Anda di halaman 1dari 1

DERAF

Kepada
Daripada

:
:

Pengarah Bahagian Sumber Manusia


Peserta Program Doctor of Business Administration (DBA)
MARA-GSB UKM

PERMOHONAN ANJAKAN TARIKH PEPERIKSAAN KOMPREHENSIF DBA DARI


6 & 20 NOVEMBER 2014 KEPADA PENGHUJUNG BULAN DISEMBER 2014
Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Dimaklumkan bahawa pihak GSB UKM telah mengeluarkan jadual peperiksaan kepada peserta
Program Doctor of Business Administration (DBA) MARA-GSB UKM untuk menduduki
peperiksaan komprehensif DBA bermula 6 November 2014 (Peperiksaan Major - Pengurusan) dan 20
November 2014 (Peperiksaan Minor - Pemasaran).
Pihak kami berpendapatan bahawa tarikh peperiksaan tersebut adalah kurang sesuai berdasarkan
justifikasi berikut:a. Peningkatan beban kerja khususnya pasca pengumuman bajet 2015 dan pecutan pelaksanaan
program program di semua sektor dan peringkat dalam memastikan Indek Petunjuk Prestasi
(KPI) tahunan di capai atau melepasi sasaran yang ditetapkan dalam sukuan keempat 2014.
b. Penyediaan pelbagai laporan berbentuk tahunan, laporan kajian penilaian outcome program,
status pemantauan projek dan lain lain pelaporan berkaitan perlu disiapkan sebelum bulan
Disember 2014.
c. Penyediaan perancangan projek dan program tahun 2015 dan penyemakan akhir untuk
memuktamadkan cadangan dan perancangan Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMK 11) yang
perlu dikemukakan kepada Agensi Pusat.
d. Lain lain tugasan rasmi luar jangka yang meningkat pada sukuan keempat sepertimana
trend di tahun sebelumnya perlu dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan.
Berdasarkan justifikasi tersebut, pihak kami memohon jasa baik dan kerjasama tuan selaku Pengawal
Program menjalankan perbincangan dengan pihak GSB UKM bagi membolehkan peperiksaan
tersebut dijalankan dalam penghujung bulan Disember 2014 dan sekaligus memberikan pihak kami
lebih banyak ruang untuk melakukan persediaan akhir peperiksaan di samping memastikan tugas
tugas hakiki berjalan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Diharap mendapat perhatian dan tindakan segera tuan.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai