Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Defnisi Kaunselling Dan Bimbingan


Apa itu kaunseling?
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia
dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi
klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang
hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat
nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada
semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk
klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya
yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah
penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala.
Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang
baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil
tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut
membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
Definisi Bimbingan
Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia
melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi
menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi
penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
2.0 Laporan Majlis Watikah Pelantikan Dan Kursus Kepimpinan Pengawas
Melalui tugasan yang diberikan kepada saya iaitu Bimbingan Dan Kaunselling Kanak-Kanak
EDU 3073 saya ditugaskan untuk menjalankan aktiviti secara kolabaratif dengan guru
bimbingan dan kaunselling di sekolah yang saya jalani praktikum . Antara aktiviti yang telah
saya jalankan bersama guru bimbingan dan kaunselling adalah Majlis Watikah Pelantikan Dan
Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas sumber, Ketua Kelas. Antara peranan yang
saya kenal pasti yang dijalankan oleh guru biasa untuk menjayakan program ini adalah
membantu dan mengesyorkan pelajar yang sesuai untuk di beri jawatan ini . Selain itu, peranan

guru biasa juga dapat dilihat melalui tugasannya untuk memberi bimbingan kepada pelajar yang
benar-benar berminat untuk menjadi pengawas dan ketua kelas
Melalui program yang dijalankan ini saya mendapati program ini memberi manfaat
kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar. Melaui program watikah pelantikan ini peljar kan
berasa dirinya dihargai dan akan lebih mematuhi arahan guru. Melalui program ini juga pelajar
dapat membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif, Melalui kursus kepimpinan
pengawas

yang

dijalankan

pelajar

dapat

meningkatkan

kemahiran

memimpin

dan

berkomunikasi secara berkesan dalam mengendalikan kes-kes disiplin. Melalui kursus ini juga
pelajar mengukuhkan nilai positif di dalam diri mereka seperti kepentingan mematuhi disiplin di
sekolah dan manfaatnya selepas mereka tamat persekolahan. Selain itu, saya juga
berpendapat bahawa kursus kepimpnan ini mampu mengeratkan perpaduan,pemupukan
semangat patrotisme dan nasionalisme dikalangan pelajar yang menyertainya.
Ini kerana kursus ini dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunselling yang bertauliah
dan berpengalaman. Beliau membantu peserta kursus ini meningkatkan kemahiran komuniksi
dan daya kepimpinan sepanjang kursus ini. Kursus ini juga dijalankan sejurus selepas watikah
pelantikan dijalankan. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memastikan peranan guru
biasa dalam membantu dan mengenal cara-cara membimbing pelajar yang dapat dibelajar
secara langsung daripada guru kaunselling.
Seterusnya, Kursus ini juga dapaat membantu pelajar dalam membantu membendung
masalah pengawasan disiplin di sekolah. Inu kerana guru disiplin dan guru-guru biasa yang lain
sahaja tidak cukup memantau disiplin pelajar. Oleh itu, melalui lantikan pengawas, ketua kelas,
dan pengawas pusat sumber masalah disiplin di sekolah ini dapat dikurangakan. Guru biasa
juga telah memperolehi beberapa input dan kemahiran kaunselling melalui program ini
3.0 Laporan Aktiviti Sukaneka Prasekolah 2016
Aktiviti kedua yang telah saya jalankan bersama guru bimbingan dan kaunselling adalah
Sukaneka Prasekolah Seri Kelana. Program ini bukan sahaja dijalankan oleh guru-guru
prasekolah seri kelana sahaja tetapi dijalankan dengan kerjasama guru kaunselling sekolah
tersebut. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama,persefahaman dan
interaksi yang sihat di kalangan peserta dan mengertakan hubungan diantara
murid dan ibu bapa. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka juga dapat membentuk sikap dan
amalan positif dikalangan kanak-kank prasekolah dengan menunjukkan didiplin yang tinggi.
2

Melalui aktiviti sukaneka juga kanak-kanak akan berasa aktif dan seronok semasa
menjalanakan aktiviti yang menarik dan produktif
Melalui aktiviti kolabarasi bersama guru bimbingan ini guru biasa boleh bertukar
pandangan dan pendapat diantara mereka mengenai kepentingan sesuatu aktiviti dijalankan .
Melalui aktiviti ini saya mendapat sedikit input daripada guru kaunselling mengenai kepentingan
aktiviti belajar sambil bermain. Saya juga mendapat ilmu baru dan sedar betapa pentingnya
aktiviti belajar sambil bermain dikalangan kanak-kanak prasekolah. Ilmu ini dapat saya
manfaatkan semasa mengajar di prasekolah kelak.
Selain itu, saya juga berpendapat bahawa aktiviti sukaneka ini membantu murid
prasekolah merasakan diri mereka diterima oleh ibu bapa dan guru. Melalui program ini juga
pelajar prasekolah akan berasa diri mereka akan lebih dihargai. Saya juga sedar bahawa aktiviti
sukaneka ini menekankan konsep bermain yang mewujudkan :

Hubungan mesra dengan kanak-kanak dimana rapo yang baik dapat dibina dalam masa

yang singkat
Membentuk suasana bersifat permisif supaya kanak-kanak bebas melahirkan perasaan

secara terbuka
Peka kepada perasaan yang dilahirrkan oleh kanak-kanak, kemudian membuat refleksi
terhadap perasaan tersebut.

Melalui aktiviti sukaneka ini saya sebagai guru prasekolah telah banyak belajar mengenai
pentingnya melayan keperluan kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum
mengikut tahap perkembangan masing-masing. Bagi kanak-kanak pula melalui aktiviti sebegini
mereka akan mengenali dan menyedari tentang bakat, potensi, dan kebolehan diri. Seterusnya,
membawa kepada pemahaman kebolehan, bakat dan sikap pelajar.
4.0 Laporan Program Motivasi Dan Perjumpaan Ibu- bapa
Majlis perjumpaan Ibu bapa Murid Tahun 6 yang telah diadakan pada 5 Februari 2016 di Sk Seri
Kelana, Seremban. Majlis ini adalah untuk memasikan bahawa semua ibu bapa yang
menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi
pembelajaran, sosial anak-anak mereka. Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan
perlu kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR Pada
tahun ini. Program ini juga dijalankan untuk memberi suntikan motivasi awal kepada semau ibubapa dan calon UPSR 2016
3

Tujuan Program ini adalah :Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga tentang maklumat-maklumat peperiksaan
UPSR
Memohon kerjasama ibu bapa / penjaga supaya memantau dan menyelia kegiatan
anak-anak berunsur akademik di rumah.
Berganding bahu bersama guru-guru menyerapkan semangat ingin berjaya dalam
sanubari
Menanamkan dan mendidik anak-anak agar mempunyai sikap rajin belajar dan jangan
putus asa.
Melalui program sentuhan kasih sayang ini saya sebagai guru biasa beberapa langkah penting
perlu diambil antaranya pemerhatian. Guru perlu memberi perhatian terhadap masalah yang
dihadapi oleh seseorang pelajar sebelum merujuk kepada kaunsellor sekolah. Selain itu guru
juga perlu menjadi Role Model kepada seseorang pelajar semasa memberi bimbingan. Melalui
teknik modeling ini pelajar akan meniru sikap positif yang ada pada diri cikgu tersebut. Teknik
lain yang boleh digunakan oleh guru biasa semasa membimbing pelajar tahun 6 adalah melalui
system token. Sistem token atau market diberikan apabila kanak-kanak menunujukkan ciri-ciri
tingkahlaku yang wajar. Sebaliknya , mereka juga akan hilang token atau market sekiranya
menunjukkan ciri-ciri tingkahlaku disruptif.
Langkah lain yang boleh diambil oleh guru semasa membimbing pelajartahun 6 adalah
melalui teknik main peranan. Dimana pelajar diberi peluang untuk melihat tingkahlaku mereka
sepertimana yang dilihat oleh orang lain. Aktiviti seperi bercerita dan simulasi membantu pelajar
tahun 6 sedar mengenai tingkah laku positif yang perlu dipatuhi oleh mereka.Akiviti sentuhan
kasih saying ini juag memberi manfaat kepada guru biasa mengenai teknik dan cara bimbingan
yang sesuai yang perlu digunakan oleh guru semasa membimbing pelajar tahun 6 ini.
Melalui program ini adalah menjadi harapan pihak sekolah untuk melihat sikap posiif
dan ingin cuba dikalangan pelajar tahun 6, Program Perjumaan Ibu Bapa/Penjaga Murid-Murid
Tahun 6 dapat memberikan suntikan semangat kepada semua calon UPSR 2016 untuk terus
berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang. Pihak sekolah juga berharap melalui program ini
ibu bapa dapat memberikan motivasi kepada anak-anak dalam menempuhi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah
Sebagai rumusan, proses bimbingan dan kaunseling adalah proses pertolongan yang
profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
4

5.0 Program Hormat Menghormati


Program Hormat- Menghormati ini dijalankan untuk memupuk budaya hormat dikalangan
pelajar Sk Seri Kelana. Program ini membantu murid daripada semua bilangan etnik dan kaum
belajar dan memahami apa itu maksud sebenar hormat. Program ini membantu mengeratkan
hubungan silaturahim dikalangan pelajar dan guru SK Seri Kelana yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama.
Melalui program Hormat- menghormati yang dijalankan oleh unit bimbingan kaunselling
dengan kerjasama guru guru Sk Seri Kelana. Antara aktiviti yang dijalanakan adalah memberi
ceramah kepada pelajar mengenai kepentingan budi bahasa dalam kehidupan seharian.
Memandangkan pelajar Sk Seri Kelana ini terdiri daripada pelbagai kaum dan agama maka
program ini amat penting untuk menyedarkan pelajar betapa pentingnya budaya hormat
menghormati.
Melalui program ini juga saya berpendapat guru biasa juga berperanan dalam memupuk
sikap perpaduan di dalam bilik darjah dan bukan hanya mengharapkan guru bimbingan dan
kaunselling dalam hal ini. Ini kerana guru biasa juga perlu menerapkan nilai kasih sayang dan
hormat menghormati dikalangan pelajar di dalam bilik darjah. Melalui subjek pendidikan moral
dan agama pelajar perlu difahamkan mengenai pantang larang dan adat istiadat sesebuah
kaum di Malaysia. Peranan guru biasa juga tidak boleh dipandang rendah dalam menbimbing
murid. Oleh itu, guru biasa disekolah juga perlu sentiasa merujuk guru bimbingan kaunselling
untuk membimbing pelajarnya dari segi emosi, intelek dan jasmani.
Justeru, melalui program hormat menghormati ini guru perlu belajar cara dan teknik yang
sesuai boleh digunakan dibilik darjah untuk membimbing murid untuk menghormati gur,ibu bapa
dan rakan sebaya. Program sebegini bukan sahaja memanfaatkan pelajar malah guru juga
dapat mengetahui cara yang sesuai untuk membimbing seseorang pelajar yang mengahadapi
masalah tingkah laku seperi kurang ajar dan tidak mendengar arahan guru. Oleh itu, melalui
program ini guru biasa juga secara tidak langsung dapat memperolehi pengalaman yang baru
dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah sosioemosii dikelas.
Oleh itu, saya berpendapat bahawa program ini akan berjaya jika guru biasa dan
kaunselling sentiasa berganding bahu dala menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peljar
bersama
6.0 Kesimpulan
5

Justeru, amat jelas bahawa guru biasa sebagai guru pembimbing memainkan peranan yang
amat pening dalam membantu guru bimbingan dan kaunselling. Guru bimbingan dan
Kaunselling dan guru biasa perlu saling berkerjasama dalam membimbing pelajar. Ini kerana
guru kaunselling sahaja tidak dapat mengawasi tingkah laku dan kehendak pelajar, ini kerana
guru biasa atau guru kelas sahaja yang mengenali kehendak seseorang pelajaruntuk diberi
bimbingan. Oleh itu, peranan guru biasa juga amat penting dalam mendidik pelajar dan tidak
hanya terletak di bahu guru kaunselling sahaja.

Anda mungkin juga menyukai