Anda di halaman 1dari 26

Dasar Awam

BAB 5
DASAR AWAM DARI PERSPEKTIF ANALITIK

OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1.
Memahami sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia.
2.
Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sistem
pasaran di Malaysia.
3.
Mengaitkan hubungan antara dasar awam dengan sistem
ekonomi.
4. Menjelaskan cara kerajaan memperoleh sumber kewangan dan
cara kerajaan membelanjakannya.
5.1

PENGENALAN

Di dalam bab ini, kita akan membincangkan serba sedikit tentang analisis
dasar awam yang ditinjau dari segi ekonomi. Pada kebiasaannya dari segi
akademik, dasar awam banyak ditinjau dari sudut sains politik dan
pentadbiran awam iaitu gabungan antara disiplin sains politik dan
pentadbiran awam seperti yang dibincangkan dalam pelajaran-pelajaran
yang lalu.
Selain pendekatan sains politik dan pentadbiran, pendekatan ekonomi
juga merupakan pendekatan yang penting untuk melihat dasar itu
berjalan lancar terutamanya dari segi kewangan. Kita mesti faham
bahawa sesuatu dasar itu haruslah ditinjau dari semua aspek, di samping
kita tidak boleh lupa bahawa bukan semua dasar atau program itu dapat
diselesaikan dengan menggunakan pendekatan politik dan pentadbiran
sahaja. Sebaliknya, pendekatan ekonomi atau model analitik boleh
membantu menyelesaikan masalah, walaupun pendekatan ekonomi lebih
tertumpu kepada perkara-perkara ekonomi seperti sistem belanjawan;
kos untung atau rugi; penyelidikan operasi dan statistik; kecekapan dan
kegagalan pasaran; dan sebagainya. Apalagi keadaan hari ini
menunjukkan bahawa para-para pegawai dan ahli-ahli politik sudah

79

Dasar Awam

banyak mengetahui tentang aspek-aspek ekonomi dan pengurusan bagi


menambahkan lagi produktiviti dan keberkesanan sesuatu dasar atau
program. Tidak bermakna sama sekali kalau dasar itu baik, tetapi apabila
dilaksanakan ia merugikan terutamanya yang melibatkan soal kos
perbelanjaan dan penyelewengan penggunaan wang. Justeru, pendekatan
dari berbagai-bagai aspek ilmu pengetahuan sangat penting.
5.2

EKONOMI MALAYSIA: GABUNGAN SEMUA PUNCA


PENGELUARAN

Umumnya, sistem ekonomi di sesebuah negara itu merupakan prinsip


yang utama bagi negara itu mengorak langkah ke arah pembangunan
sosioekonomi. Pengertian ekonomi secara dasarnya dapat ditakrifkan
sebagai satu proses bagaimana cara manusia hendak memenuhi
keperluan hidup mereka seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
pelajaran, kesejahteraan serta ketenteraman jiwa dan jasmani dalam
lingkungan punca-punca pengeluaran yang terhad. Dengan erti kata lain,
manusia bukan sahaja berkehendakkan makanan yang cukup, tetapi juga
hendak tinggal dalam rumah yang lebih selesa, menggunakan kenderaan
dan juga berkehendakkan kemuliaan di dunia dan di akhirat. Semua ini
bergantung rapat kepada sistem ekonomi sebuah negara itu.
Dalam menentukan sistem ekonomi berjalan lancar, ia banyak
bergantung kepada pengendalian sistem politik oleh pemimpinpemimpin yang bertanggungjawab dan berkaliber. Jika sistem politiknya
baik, ini bermakna secara tidak langsung pencapaian ekonominya pun
baik. Sebaliknya, jika sistem ekonominya tidak baik dan tidak berkesan,
maka rakyat tidak akan mencapai nikmat pembangunan yang baik dan
makmur.
Terdapat beberapa jenis sistem ekonomi yang diamalkan oleh negaranegara di dunia ini. Antaranya ialah komunisme, sosialisme, diktator,
kapitalisme dan ekonomi campuran. Komunisme ialah suatu ideologi
yang mengutamakan konsep sama rata dalam pembahagian ekonomi
negara, tidak ada pengusaha perseorangan atau perkumpulan swasta,
tidak ada sistem upah, kerana semua bentuk ekonomi ditentukan oleh
pemerintah. Sebenarnya belum ada sebuah negara pun di dunia ini yang
mencapai taraf classless society. Konsep sama rata menjadi asas perjuangan
kaum komunis, padahal konsep sama rata terlalu idealistik kerana
bertentangan dengan sifat-sifat manusia yang berlainan rasa, kebolehan,
bakat dan pengalaman.

80

Dasar Awam

Sosialisme pula berasal daripada komunis, tetapi ia telah diperkenalkan


pada mulanya di negara-negara yang sederhana maju seperti di Eropah
Timur dan di negara-negara lain di Asia Barat. Secara umumnya,
sosialisme bererti semua punca-punca pengeluaran ekonomi dipunyai
dan dikendalikan oleh negara dan semua kegiatannya adalah berpusat.
Lumrahnya keputusan dan dasar-dasar ekonomi dipegang oleh kerajaan
tanpa mengambil kira peranan rakyat. Sistem ini jelas tidak berapa
berjaya. Misalnya di Burma, masih terdapat kelemahan-kelemahan dalam
sistem ini memandangkan kerajaan tidak cukup pengetahuan dan
kemahiran.
Dalam sistem sosialis pula, pelaburan asing tidak diberi peluang. Pada hal
rakyat sendiri tidak ada yang berkebolehan menjalankan pelaburan
ekonomi. Kepentingan pelaburan asing disalahtafsirkan oleh sistem
sosialisme sebagai mengancam kedudukan rakyat dan negara. Sedangkan
dalam sistem ekonomi bebas, pelaburan asing dianggap penting bagi
mendapatkan pengalaman, modal, kemahiran, penyesuaian dan sikap
memandang jauh ke hadapan melalui perjanjian perdagangan pelaburan
dengan negara-negara yang lebih maju.
Kalau sistem komunis menganggap agama sebagai candu dan tidak
berfaedah, sistem sosialis pula tidak menentang agama secara terbuka,
tetapi mengabaikan agama atau kerohanian dalam tindak-tanduknya.
Sistem kapitalis pula bererti setiap rakyat mengambil inisiatif dan peluang
untuk mengendalikan kegiatan ekonomi. Memandangkan sistem ini
membuka peluang kepada orang perseorangan atau kumpulan yang ada
modal, maka dikatakan sistem ini mengabaikan kaum buruh dan rakyat
yang miskin.
Pada satu tahap sejarah 100 tahun yang lampau, sistem ini diamalkan
oleh negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Apabila kapitalis Barat
ini berleluasa, ia telah mengakibatkan munculnya Karl Marx yang
memperkenalkan ideologi komunis. Selepas beberapa dekad kemudian,
peranan kerajaan di negara-negara tersebut telah berubah dan membuat
banyak rombakan mengenai dasar ekonomi.
Kerajaan terpaksa mengenakan cukai-cukai terhadap keuntungan
daripada golongan pemodal dan kutipan cukai pula diberikan kepada
rakyat yang tidak mempunyai modal untuk menggerakkan kegiatan
ekonomi. Jadi, daripada sistem yang betul-betul kapitalis, ia telah diubah
kepada sistem ekonomi-campuran. Pengalaman di Malaysia
menunjukkan
bahawa
sebelum
merdeka,
penjajah
British

81

Dasar Awam

memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis tanpa mempedulikan


golongan rakyat miskin.
Setelah merdeka, kerajaan telah memperkenalkan sistem ekonomi
campuran. Peranan kerajaan sangat penting dalam menggubal dasar
ekonomi bagi sistem ini dan tidak membiarkan kaum pemodal British
dan pihak-pihak lain sahaja memonopoli kegiatan ekonomi di negara ini.
Namun, kerajaan memang menggalakkan golongan swasta melabur
modal secara usaha sama. Kerajaan Malaysia, di bawah rancanganrancangan ekonominya telah menggubal polisi ekonomi dan meyakinkan
pihak swasta untuk tampil bersama-sama.
Dengan sistem ekonomi campuran itu juga kerajaan menubuhkan badanbadan iktisad seperti MARA, FELDA, UDA, PERNAS dan lain-lain.
Ada hujah-hujah yang menyatakan bahawa kerajaan menggalakkan kaum
pelabur tanpa membantu golongan miskin. Hujah ini kurang tepat kerana
pelabur-pelabur itu dikenakan cukai terhadap keuntungan mereka dan
wang cukai itu digunakan untuk faedah rakyat.
Dengan kata lain, sistem ekonomi Malaysia menggalakkan rakyatnya
membesarkan kek dan bukannya membahagi-bahagikan sebuah kek yang
kecil seperti yang diamalkan dalam sistem sosialis. Contohnya jika
seseorang itu beroleh modal, ia akan melaburkan modal dengan
membuka perniagaan. Di samping itu, ia akan mengambil orang-orang
miskin bekerja dengannya. Usaha ini sudah cukup untuk mengatasi
masalah pengangguran. Bayangkanlah jika sebahagian besar rakyat
membuka perusahaan dengan modalnya sendiri atau bantuan modal
kerajaan tentulah pembangunan ekonomi dapat dipesatkan.
Sistem ekonomi campuran berbeza dengan sistem sosialis. Dalam sistem
sosialis, orang persendirian tidak dibenarkan membuka perusahaan
sendiri melainkan kerajaan. Soviet Union misalnya mengalami masalah
inflasi yang dibawa dari luar negeri. Oleh kerana kegiatan ekonomi
dikendalikan oleh kerajaan, maka apabila berlaku keadaan inflasi amat
sukar untuk pihak kerajaan menggalakkan rakyatnya berusaha dan
bercucuk tanam sendiri.
Satu lagi konsep yang biasa diamalkan di Malaysia ialah ekonomi
dirancang. Di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, ekonomi
dirancang tidak begitu diminati oleh pemerintah kerana infrastruktur
ekonominya sudah terselenggara. Di negara ini ekonomi dirancang masih
penting bagi merancang ekonomi rakyat seperti Rancangan Malaysia
Pertama, Kedua dan seterusnya. Pembinaan jalan raya, sekolah-sekolah,
82

Dasar Awam

elektrik dan kemudahan-kemudahan ekonomi, pinjaman kepada


bumiputera mestilah dirancang dengan baik kerana rakyat belum
mendapat faedah sewajarnya dan mereka perlu dibimbing. Mungkin masa
akan datang Rancangan Malaysia Keenam atau seterusnya tidak akan
diwujudkan lagi kerana pada ketika itu nanti semua rakyat secara
relatifnya telah mendapat pembahagian ekonomi yang adil.
Bagi kita, sistem ekonomi apa pun mestilah disejajarkan dengan ajaran
agama Islam, kesejahteraan sosiobudaya dan politik. Sistem komunis atau
sosialis Marxis jelas bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan, agama
Islam dan kebebasan beragama. Memang terdapat beberapa aspek yang
selari dengan sistem sosialis, tetapi itu secara kebetulan sahaja. Oleh itu,
jelaslah ekonomi Malaysia hari ini pada hemat saya berdasarkan amalan
ekonomi campuran yang menggabungkan semua aspek seperti kerajaan,
swasta, orang perseorangan, kumpulan, koperasi badan-badan kerajaan
negeri persatuan-persatuan dan seterusnya pelabur-pelabur dalam dan
luar negeri.
Hal ini seperti yang kita lihat, walaupun di sana sini masih terdapat
loophole atau lubang-lubang kemiskinan, tetapi secara umumnya Malaysia
mendahului negara-negara lain di Asia setelah Jepun di dalam
pembangunan sosioekonominya. Ada juga yang berpendapat Malaysia
seharusnya mengalami satu revolusi untuk pembangunan ekonomi. Ini
tidak penting ditonjolkan kerana apa yang kita lakukan ini merupakan
satu revolusi senyap yang lebih hebat daripada revolusi berdarah. Ada
juga orang berhujah bahawa, kemerdekaan Malaysia bukan melalui
revolusi berdarah. Ini juga tidak harus diandaikan kerana kalaulah
kemerdekaan Malaysia melalui cara revolusi atau peperangan belum tentu
apa yang kita capai sekarang wujud. Belum tentu wujud tujuh buah
universiti atau sebagainya.

83

Dasar Awam

SOALAN DALAM TEKS


1.
2.

Nyatakan perbezaan antara sistem ekonomi


komunisme dengan sistem ekonomi kapitalisme.
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ekonomi
terancang seperti yang diamalkan di Malaysia?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


5.3

SISTEM PASARAN DAN SYARAT-SYARAT PASARAN

Ekonomi sektor awam mengandungi berjuta-juta pertukaran barangan


dan perkhidmatan yang melibatkan orang perseorangan atau peniagapeniaga. Penglibatan dalam sektor ekonomi merupakan satu pengalaman
yang lumrah kepada kita semua. Membeli, menjual, wang, harga,
penggunaan dan pengeluaran semuanya adalah umum dalam kehidupan
harian. Dalam perbincangan ini, kita akan menyentuh bagaimana prinsipprinsip asal pasaran itu berfungsi dan apakah unsur-unsur yang
dikehendaki untuk membolehkan sistem itu dijalankan untuk
kepentingan awam. Jika unsur-unsur ini tidak wujud dalam dunia yang
nyata ini, operasi sistem pasaran akan lumpuh dan masyarakat mesti
menggubal teknik-teknik yang kolektif untuk mencapai objektifobjektifnya. Ada beberapa model sistem iaitu
5.3.1

Isi Rumah

Isi rumah boleh didefinisikan sebagai mana-mana kelompok individu


yang menentukan secara kolektif bagaimana mereka mendapatkan
pendapatan mereka dan cara mereka membelanjakannya. Ada beberapa
lagi definisi isi rumah seperti
(i)

Keputusan yang dibuat mengenai anggaran perbelanjaan:

Berapa banyak yang akan diperoleh.

Bagaimana menentukan perolehan daripada berbagai-bagai


kemungkinan; misalnya sama ada isteri pergi bekerja atau
bagaimana memperuntukkan pelajaran anak-anak, makanan
dan lain-lain.

84

Dasar Awam

(ii)

(iii)
(iv)

(v)

Isi rumah berurusan dalam bentuk wang iaitu apakah yang


diperoleh dan apa pula yang dibelanjakan, serta menyimpan
kekayaannya, menilai pembelian-pembelian barangan dan
perkhidmatan-perkhidmatan secara alternatif.
Isi rumah mempunyai unsur-unsur yang boleh dijual misalnya
tanah, buruh atau rumah sewa iaitu semua faktor pengeluaran.
Isi rumah mesti mempunyai objektif atau matlamat yang hendak
dicapai. Apa-apa juga keputusan yang dibuat oleh isi rumah, ia
akan melibatkan usaha untuk mencapai keuntungan atau
kepuasan, iaitu setiap orang dalam aspek ekonomi mempunyai
ciri-ciri tersebut.
Satu objektif yang utama untuk kepuasan maksimum.

Satu jumlah faktor-faktor pengeluaran yang terhad seperti


tanah, buruh dan modal.

Kebebasan menjual faktor-faktor perkhidmatan untuk


memperoleh pendapatan.

Kebebasan menggunakan pendapatan mereka untuk


membeli barangan perkhidmatan atau mendapat aset.
SOALAN DALAM TEKS
3.

Jelaskan secara umum definisi isi rumah dan ciricirinya.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


5.3.2

Perniagaan

Perniagaan sememangnya sudah diketahui sebagai bentuk artificial yang


dipunyai oleh individu-individu persendirian. la membeli faktor-faktor
pengeluaran daripada isi rumah dan menukar faktor-faktor ini kepada
barangan, perkhidmatan dan seterusnya menjual balik mesin-mesin output
kepada isi rumah untuk mendapat wang. Jadi, jenis-jenis perniagaan ada
berbagai-bagai bentuk dan mempunyai beberapa ciri yang utama seperti
berikut:
(i)

Objektif untuk keuntungan yang maksimum.

85

Dasar Awam

(ii)
(iii)
(iv)
5.3.3

Teknologi yang mana mengeluarkan hasil-hasil tertentu


dengan menggunakan input-input seperti tanah, buruh
dan modal.
Kebebasan menjual keluaran untuk memperoleh hasilnya.
Kebebasan menggunakan hasil itu dan seterusnya
membeli input-input yang produktif.

Pasaran

Kita mengetahui bahawa isi rumah dan perniagaan adalah berkait rapat
(lihat Rajah 5.1). Kedua-dua perkara ini berkaitan dengan penawaran dan
permintaan dalam sistem pasaran yang berasaskan kepada pengeluran
dan perkhidmatan.
Rajah 5.1
Model Ekonomi Swasta yang Lengkap

RM

BARANGAN

Permintaan

RM
BARANGAN

Pasaran Produk
PERNIAGAAN

ISI RUMAH

Permintaan

Penawaran
FAKTOR-FAKTOR
PERKHIDMATAN

FAKTOR-FAKTOR
PERKHIDMATAN

S = Penawaran
D = Permintaan

RM

RM
Pasaran Faktor

Sumber: Robert H. Haveman. (1978:21).

5.3.3.1 Syarat-syarat bagi operasi pasaran yang berkesan


Beberapa syarat mesti dicapai dan dipenuhi jika ekonomi sektor awam
berfungsi dengan cekap. Sebenarnya syarat-syarat itu mustahak jika
sektor awam menjalankan kegiatan yang menguntungkan masyarakat.
Kalau tanpa syarat-syarat tersebut, selalunya mengakibatkan permintaan
yang tinggi untuk kerajaan mengambil sebarang tindakan. Antara syaratsyarat tersebut ialah

86

Dasar Awam

(a)

Persaingan sempurna dalam semua pasaran

la mestilah merupakan persaingan yang sempurna dalam ekonomi


persendirian, jika pasaran hendak beroperasi cekap. Di bawah projek
yang bersaing, setiap pasaran mempunyai banyak pembeli dan penjual,
iaitu tidak ada peniaga yang mempunyai kawalan terhadap harga
barangan dan perkhidmatan. Semua pembeli dan penjual merupakan
penukar harga bukan pembuat harga. Harga ditentukan oleh pasaran
melalui gerakan-gerakan yang tidak personal daripada penawaran dan
permintaan.
Jika sistem pasaran berfungsi dengan baik, secara idealnya persaingan ini
tetap dalam semua pasaran ekonomi kedua-dua barangan iaitu
perkhidmatan dan faktor pengeluaran. Jika satu atau lebih penjual
mempunyai kawalan terhadap penawaran, pasaran tersebut dinamakan
monopolistik. Jika satu atau sedikit pembeli yang mempunyai kawalan
terhadap permintaan, pasaran tersebut dinamakan monopsonistik.
Apabila wujud kuasa pasaran sama ada kuasa monopsomi atau monopoli,
maka pasaran tidak berjalan dengan cekap. Harga-harga itu menyebabkan
sumber-sumber yang diperuntukkan berbeza daripada persaingan
sempurna. Ketidakcekapan mengakibatkan pembuangan ekonomi dan
seterusnya membawa kepada kerugian kebajikan sosial.
(b)

Penambahan kos-kos di semua industri

Kewujudan persaingan mengaitkan tiap-tiap industri dalam ekonomi


dengan kenaikan kos. Penambahan kos bererti bahawa sebarang
pengeluaran (firma perniagaan) dalam ekonomi itu tumbuh lebih besar,
jadi terdapat beberapa tingkat keluaran atau hasil apabila tiap-tiap satu
unit mula bertambah. Misalnya sebuah syarikat besi waja mengeluarkan
100,000 tan keluli tiap-tiap tahun dengan kos sebanyak RM125.00 bagi
setiap tan yang dikeluarkan. Jika syarikat tersebut hendak mengeluarkan
150,000 tan keluli setahun, maka ia akan melibatkan kos sebanyak
RM130.00 setiap tan yang dikeluarkan. Dalam hal ini, syarikat tersebut
mengalami penambahan kos bagi mengeluarkan keluli daripada 100,000
tan kepada 150,000 tan. Jika penambahan kos tidak wujud, maka kos
pengeluaran barangan akan jatuh berterusan dan akan bertambah
besarlah lagi pertumbuhan industri itu. Ada pendapat mengatakan kalau
ada teknologi, maka ia boleh menurunkan kos, tetapi hal ini lebih kepada
firma yang berbentuk monopolistik.

87

Dasar Awam

(c)

Prinsip Exclusive

Prinsip ini merujuk kepada satu ciri barangan dan perkhidmatan faktorfaktor pengeluaran yang mesti diperoleh jika sesuatu sistem pasaran itu
hendak berfungsi secara idealnya. Misalnya satu barangan, perkhidmatan
atau faktor-faktor yang lebih exclusive untuk tiap-tiap orang, tetapi
pembeli kepada barangan itu mestilah dikeluarkan daripada kepuasan
yang dihasilkan oleh barangan itu. Misalnya, sepasang stoking merupakan
contoh yang baik kerana konsisten dengan prinsip-prinsip exclusion.
Apabila seseorang itu membeli stoking, hanya dia yang dapat menikmati
keselesaan, bukannya orang lain. Lain pula halnya dengan seorang yang
terkena diphtheria (sakit kerongkong) kerana tidak tertakluk kepada
prinsip exclusion. Manakala orang yang disuntik tentunya mendapat faedah
daripada suntikan itu, tetapi faedah tersebut bukanlah exclusive untuk
dirinya sahaja. Apabila pesakit tersebut diasingkan, dia tidak dapat
berhubung dengan sesiapa dan orang lain akan selamat.
Barang-barang yang tidak tertakluk kepada prinsip exclusion dikatakan
mempunyai kesan spill over. Misalnya, jika kotoran dibuang ke dalam
sungai, pihak yang membuang kotoran tersebut tidak akan kerugian dan
membayar apa-apa, tetapi orang lain yang akan menerima kesan
pencemaran tersebut terutama mereka yang menggunakan air sungai
untuk pelbagai keperluan.
(d)

Ketiadaan barangan awam

Barangan awam juga dikategorikan sebagai tidak tertakluk kepada prinsip


exclusion. Walau bagaimanapun, barangan awam mewakili satu kes spill
over yang extreme, iaitu ia sepatutnya menerima layanan yang istimewa dan
dijaga dengan baik oleh semua rakyat yang menggunakannya kerana ia
disediakan oleh pihak kerajaan untuk kepentingan dan kemudahan
semua. Sebenarnya semua barangan awam boleh dikatakan sebagai
menghasilkan spill over. Jika seseorang itu mendapat barangan awam,
maka tiap-tiap orang juga akan mendapatnya dalam jumlah yang sama.
Dalam keadaan ini, tiada siapa yang boleh dikeluarkan atau dikecualikan
daripada mendapatkan barangan awam. Satu contoh barangan awam
yang klasik ialah rumah api di laut. Apabila ia mengeluarkan cahaya dan
terapung-apung di laut, maka semua kapal di laut yang akan
menggunakan laluan tersebut boleh mendapat faedah daripada
perkhidmatannya. Tidak ada bot atau kapal yang boleh dikecualikan
menerima faedah daripada perkhidmatan yang disediakan. Satu contoh
lain yang berkaitan dengan barangan awam ialah pertahanan nasional.
Jika seorang warganegara menerima dan mendapat perlindungan
88

Dasar Awam

daripada serangan pihak luar atau musuh, maka dalam perkara ini semua
warganegara akan mendapat perlindungan. Begitu juga dengan
kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti lampu-lampu jalan,
telefon awam, masjid atau apa juga barangan kepunyaan kerajaan atau
awam boleh digunakan dan memberikan faedah kepada semua pihak.
(e)

Pengetahuan yang lengkap

Bagi sektor-sektor swasta yang hendak berorientasi dengan berkesan,


semua pembeli dan penjual mesti mempunyai pengetahuan dengan
sepenuhnya bagi semua alternatif yang tersedia kepada mereka dan
mengetahui akan ciri-ciri alternatif tersebut. Dengan pengetahuan yang
demikian, kerelaan untuk membayar semua barangan yang dikehendaki
dan kerelaan untuk menjual barangan yang ditawarkan adalah sempurna
keadaannya di pasaran. Tanpa pengetahuan, kerelaan-kerelaan di pasaran
akan menjadi tidak lengkap dan mungkin orang ramai tidak sedar
terhadap alternatif-alternatif yang ada.
(f)

Mobiliti yang lengkap

Jika punca-punca keluaran itu bergerak, maka punca-punca itu akan


bergerak terhadap perubahan-perubahan harga. Keputusan pengguna
dan pengeluar akan diubah daripada apa yang dilihat daripada petandapetanda pasaran itu. la dapat dikaitkan dengan teori penawaran dan
permintaan iaitu lebih banyak diminta kalau harga barangan jatuh, dan
kurang ditawarkan barangan itu jika permintaannya kurang dan harganya
akan tinggi. Dalam sistem ekonomi yang mobile, tiap-tiap orang akan
bersedia untuk mengubah corak perbelanjaan dan juga pendapatan yang
diterima dalam merangsang terhadap perubahan-perubahan harga. Untuk
mencari kepuasan yang maksimum, pergerakan buruh yang bebas adalah
mustahak iaitu ia bebas mendapat pekerjaan dalam berbeza kadar gaji
atau pendapatan. Begitu juga bagi firma akan menurunkan kadar gaji
buruh dengan kadar yang rendah kalau harga barangan rendah dan
sebaliknya. Tanpa mobiliti seperti ini harga akan gagal berfungsi sebagai
petunjuk kepada orang ramai perniagaan.

89

Dasar Awam

SOALAN DALAM TEKS

4.
5.
6.

Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran


sempurna dalam semua pasaran?
Apakah yang dimaksudkan barangan awam dan
perbezaannya dengan barangan persendirian?
Apakah perbezaan antara monopolistik dan
monopsonistik?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


5.4

KEGAGALAN PASARAN:
YANG KOLEKTIF

PERLUNYA

TINDAKAN

Kita tahu bahawa keperluan-keperluan atau syarat-syarat utama perlu


diwujudkan untuk menjamin sistem pasaran berjalan dalam keadaan yang
baik atau sempurna. Di sini ada beberapa sebab atau faktor yang boleh
melemahkan sistem pasaran yang jika berlaku maka ia memerlukan
tindakan-tindakan yang kolektif oleh kerajaan dan rakyat. Antaranya ialah
5.4.1

Monopoli, Pengurangan Kos dan Ketidakcekapan Ekonomi

Pengurangan kos ini selalu terjadi kerana kekurangan modal atau puncapunca dan bahan-bahan mentah. Hanya dengan teknologi boleh
mengatasi masalah tersebut tetapi tidak semua firma mempunyai
teknologi yang tinggi. Jadi, sekali lagi monopoli wujud dalam pasaran.
Masyarakat mendapat satu keadaan dilema jika wujud pengurangan kos.
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah tadi, seperti anti trust
legislation, peraturan-peraturan awam, syarikat-syarikat kerajaan, badanbadan berkanun dan mewujudkan satu keadaan yang tidak ada
persaingan. Dalam keadaan sedikit saja firma beroperasi dengan cekap
maka ia dinamakan oligopoli. Jadi untuk mengatasi keadaan ini, kerajaan
boleh mengeluarkan undang-undang, melarang monopoli dan penetapan
harga boleh digubal seperti mengawal harga gula, beras dan minyak
seperti yang kerajaan lakukan.
Dalam keadaan seperti ini, kalau wujud masalah pengangkutan, minyak,
air, elektrik dan lain-lain, maka tindakan secara kolektif adalah penting.

90

Dasar Awam

Kalau perlu, kerajaan boleh mengambil alih punca-punca keluaran. Di


Amerika Syarikat misalnya telah wujud pengambilalihan ini, seperti
mengawal tenaga, pencemaran udara dan sebagainya.
5.4.2

Ketidakcekapan Ekonomi dan Spill Over

Dalam masyarakat moden dan kompleks, keadaan barangan dan


perkhidmatan serta pengeluaran dan juga proses-proses penggunaan
mengakibatkan beberapa hal yang negatif terhadap prinsip-prinsip
exclusion. Untuk memahami keadaan spill over ini ialah misalnya apabila
seseorang itu mengenakan satu kepayahan terhadap orang lain tanpa
membayar ganti rugi atau membantunya, maka di situ wujud satu kos spill
over atau keuntungan dan ini merupakan pelanggaran terhadap prinsip
exclusion.
Apabila sebuah firma mengetin dan membungkus daging mencampakkan
barang-barang buangan ke dalam sungai, perenang dan nelayan di kuala
ialah objek kepada kos spill over, atau apabila seorang jiran bermain atau
menyanyi dengan suara kuat tanpa mempedulikan jiran sebelah, maka
jiran sebelah itu menjadi objek spill over cost atau apabila dalam keadaan
kesesakan lalu lintas, sebuah kereta telah rosak, maka orang lain terkena
spill over cost. Spill over benefit pula ialah seperti spill over cost. Misalnya
sebuah syarikat melatih kakitangannya dan terpaksa membayar (kos)
untuk tujuan latihan itu. Tiba-tiba pegawai itu mencari kerja lain. Dalam
hal ini, pihak yang mendapat keuntungan spill over ialah syarikat yang
menerima pegawai itu dan yang membayar spill over cost ialah syarikat yang
melatih pegawai tadi. Contoh lain ialah, seorang jiran menanam banyak
pokok di kawasan rumahnya, tetapi jiran di sebelahnya pula tidak
menanam apa-apa pokok akan turut sama menikmati pemandangan yang
cantik. Kalau seseorang memakai minyak wangi dalam satu keramaian
atau kumpulan, maka kumpulan itu akan menikmati bau-bauan yang
harum.
Jadi, para penggubal dasar harus sedar dan tahu akan kesan-kesan spill
over ini. Misalnya, kalau sesuatu projek yang dilaksanakan oleh kerajaan
memakan masa 30 tahun untuk disiapkan, bagi orang yang sempit fikiran
tentulah tidak bersetuju kerana terlalu lama. Tetapi bagi orang yang luas
pandangan, projek tersebut ialah untuk generasi akan datang. Banyak
firma tidak mempedulikan hal-hal seperti ini.

91

Dasar Awam

SOALAN DALAM TEKS

7.
8.

Jelaskan makna ekonomi spill over dan kenapa ia


berlaku?
Bezakan antara spill over cost dan spill over benefit
dalam bidang ekonomi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


5.5

EKONOMI SPILL OVER

Seperti yang kita sedia maklum, pasaran terbuka atau bebas mencapai
satu perseimbangan apabila keluk penawaran dan permintaan bertemu.
Pada peringkat perseimbangan ini harga barangan atau perkhidmatan
ditentukan kerana jumlah barangan akan dikeluarkan dan ditukar
berdasarkan konsep penawaran dan permintaan tadi. Dalam Rajah 3.2,
kita lihat kalau pengeluaran dan harga seimbang, maka di titik E dianggap
sebagai pertemuan, iaitu Q dianggap kuantiti yang sesuai dan P pula
sebagai harga yang sesuai. Jadi, marginal cost (kos sut) marginal benefit
(untung sut) adalah sama. Sekiranya dikeluarkan lebih unit atau lebih
daripada Q, berkemungkinan harga akan menjadi mahal bagi sesuatu
barangan dan permintaan pula akan menjadi rendah. Dalam masa yang
sama secara tidak langsung harga menjadi lebih murah. Jika sesuatu
barangan yang dikeluarkan itu kurang daripada Q, kita dapati tidak
selamat kerana penawaran kurang sedangkan permintaan tinggi dan harga
barangan mungkin akan meningkat.
Tetapi, kalau dalam hal seperti pelajaran, walaupun mungkin masyarakat
akan membayar lebih kepada pelajaran, latihan dan lain-lain, masyarakat
akan mendapat kesan spill over. Jadi, sama ada tinggi atau tidak harga yang
akan dibayar terhadap pelajaran, ia tetap dibelanjakan. Hanya mungkin
kalau harga rendah maka pelajaran akan ditambah dan kalau harga tinggi
maka unit-unit pelajaran akan dikurang. Jadi, kita lihat kerelaan
masyarakat atau kerajaan membayar harga pelajaran itu melambangkan
penilaian masyarakat terhadap pelajaran adalah tinggi dan penting
walaupun harganya tinggi. Dalam Rajah 3.3, misalnya kalau D dikatakan
sebagai harga tinggi, maka sedikit unit pelajaran yang akan dibayar.
Tetapi, kalau harga rendah maka banyak pula unit pelajarannya. Jadi, Q2

92

Dasar Awam

dianggap sebaik-baik yang patut dikeluarkan dan Q1 hanya yang


minimum sahaja.
Rajah 5.2
Keluk Penawaran dan Keluk Permintaan Bertemu untuk Menentukan Harga yang Stabil
Harga P
D

P1

Q0

Q1

Kuantiti

K eKeluk
lu k P e nPenawaran
a w a r a n d a ndan
K e Keluk
lu k P e rPermintaan
m in ta a n B e rBertemu
te m u
U n tu k M e n e n t u k a n H a r g a Y a n g S t a b il

untuk Menentukan Harga yang Stabil

Sumber: Robert H. Haveman. (1978: 35).


Rajah 5.3
Menunjukkan Keluk yang Dapat Menentapkan Keseimbangan dengan Harga
P

Harga

T
S
D

$b

$b

S
O

Q1

Q2

K e lu k y a n g d a p a t m e n e ta p k a n y a n g s e im b a n g
d e n g a n h a rg a

Sumber: Robert H. Haveman. (1978: 36).

93

Kuantiti

Dasar Awam

SOALAN DALAM TEKS

9.

Ekonomi spill over boleh berlaku dalam pelbagai


perkara dan berikan contoh-contoh ekonomi spill
over yang wujud.
10. Siapakah yang akan menerima kesan daripada
ekonomi spill over yang wujud?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


5.5.1

Tindakan Kolektif dan Spill Over

Jika berlaku ketidakseimbangan dalam pasaran, kerajaan akan bertindak


seperti mengambil alih polis, askar, pelajaran, hospital dan lain-lain. Satu
lagi ialah mengenai cukai, subsidi kepada industri-industri untuk
mendapatkan spill over benefits, subsidi-subsidi dalam bentuk biasiswa
bantuan buku-buku teks dan sebagainya.
5.5.2

Prinsip-prinsip Keberuntungan Sosial yang Maksimum:


Satu Rangka Penilaian Keputusan Kerajaan

Kita telah sedikit sebanyak mengkaji private economy atau ekonomi swasta
dan sekarang kita cuba lihat pula satu set teori yang mudah untuk menilai
keberkesanan impak ekonomi daripada keputusan-keputusan dan
penilaian sektor awam dan standard untuk menilai keberuntungan
ekonomi daripada keputusan-keputusan awam sama sebagaimana yang
digunakan kepada prestasi sektor swasta iaitu
(i)
(ii)

Adakah rakyat di negara itu mendapat lebih keuntungan daripada


keputusan-keputusan itu?
Adakah kenaikan dan nilai ekonomi yang disebabkan oleh
keputusan itu lebih besar daripada kos ekonomi yang dikenakan?

Dalam hal ini, keputusan kerajaan ialah untuk mewujudkan faedah


dengan mengenakan kos-kos yang mengandungi berbagai-bagai bentuk,
seperti cukai, perbelanjaan pembentukan undang-undang dan
penguatkuasaan pencegahan. Jadi, kita patut menekankan keputusankeputusan yang melibatkan perbelanjaan rakyat dan percukaian negara.
94

Dasar Awam

Dalam ekonomi, perbincangan terhadap kesan-kesan keputusan kerajaan


dibuat dalam banyak kajian yang dipanggil kewangan awam. Ini
disebabkan kerugian dan keuntungan yang diakibatkan oleh keputusan
kerajaan itu berkaitan dengan cara kerajaan meninggikan perbelanjaan
dan membelanjakan pendapatan serta berapa banyak pendapatan itu
ditinggikan dan dibelanjakan. Pendapatan kerajaan adalah dalam banyak
bentuk seperti melalui cukai yang diperoleh daripada rakyat, firma-firma
dan sebagainya.
5.5.3

Prinsip-Prinsip Keberuntungan Sosial yang Maksimum

Menurut Robert Havemen, prinsip social gain ialah the public sector, in
undertaking any activity, should choose that alternative for which the gains to society
exceed the cost by the greatest amount and should refrain from any active if its benefits
do not exceed the cost. Ada dua aspek utama dalam prinsip ini yang perlu
ditekankan. Pertama konsep ujian minimum iaitu aktiviti sektor awam
mestilah ditemui jika hendak mewujudkan kepentingan masyarakat. Ujian
ini berkehendakkan juga cadangan yang boleh memberi gambaran
keuntungan yang melebihi kos sebelum diluluskan projek itu. Jika sesuatu
projek itu lebih rendah faedahnya daripada kos maka kerajaan tidak patut
menjalankan projek tersebut.
Misalnya perbelanjaan untuk satu pembinaan jalan air ialah RM5 juta
yang akan mengeluarkan perkhidmatan pengangkutan bernilai RM3 juta.
Ini bererti ada baki RM2 juta lagi, iaitu pengurangan kebajikan ekonomi
kepada masyarakat sebanyak RM2 juta. Kedua ialah ujian yang
maksimum. Untuk mendapat keuntungan sosial yang maksimum ini, para
pembuat dasar mesti membuat satu penyelidikan yang lengkap terhadap
alternatif untuk mencapai keuntungan kelebihan yang melebihi kos sosial.
Jadi, jika para pembuat dasar menghadapi dua alternatif iaitu A dengan
RM25,000 untung dan RM10,000 kos, manakala B dengan RM35,000
untung dengan RM15,000 kos maka, ia akan memilih B, yang
menghasilkan pulangan lebih besar lagi daripada A. Jadi prinsip ini
memerlukan satu anggaran kos dan untung bagi tiap-tiap alternatif dan
satu pilihan bagi sesuatu alternatif tentunya menghasilkan keuntungan
bersih yang besar. Perbincangan lanjut mengenai tajuk ini akan
diterangkan dalam bab berikut.

95

Dasar Awam

5.6

KOS SOSIAL DAN KEUNTUNGAN SOSIAL

Dalam analisis keputusan-keputusan kerajaan, makna kos sosial dan


keuntungan sosial mestilah difahami dengan jelas. Pada tahap ini, makna
yang konseptual akan ditekankan, kemudiannya kerajaan berasa bimbang
untuk menilai bagaimana hendak mengukur kos sosial dan keuntungan
sosial tadi. Ini perkara biasa.
Faedah-faedah (benefit) dan kos-kos bagi mana-mana keputusan awam
mempunyai dua jenis yang asas, iaitu faedah-faedah kecekapan dan kos
serta pengagihan pendapatan, faedah dan kos. Pertama cuba kita
pertimbangkan impak kecekapan tadi. Pernyataan kecekapan ekonomi
berhubung dengan peruntukan sumber keluaran masyarakat itu. Jika
tanah, buruh dan modal diperuntukkan dengan cara yang paling cekap,
kebajikan, keuntungan dan faedah ekonomi bagi masyarakat itu
(Keluaran Negara Kasar sebenar) adalah besar. Sesuatu kegiatan kerajaan
boleh meningkatkan kecekapan terhadap ekonomi, hanya jika puncapunca keluaran digemblengkan dengan sungguh-sungguh supaya dapat
menghasilkan KNK yang benar-benar tinggi. Misalnya jika satu sumber
hendak mengeluarkan RM X dan sesuatu yang bernilai RM (X + 1) atau
RM (X x 1) atau lebih. Dengan kata lain, misalnya kecekapan kerajaan
dalam pembinaan tempat letak kereta awam dapat ditunjukkan jika kos
cukai bagi tempat letak kereta itu RM300,000 dan jika rakyat sanggup
membayar lebih daripada RM300,000 untuk mendapatkan perkhidmatan
yang diberikan oleh tempat-tempat letak kereta itu jadi, jelaslah bahawa
kerelaan membayar dapat menerangkan bagaimana faedah atau untung
itu dinilai.
Walau bagaimanapun, penilaian masyarakat terhadap kos sosial dan
kebajikan sosial dan untung dalam bentuk spill over adalah berbeza-beza.
Bagi orang kaya jumlah RM100 tidak berapa bernilai dan sebaliknya bagi
orang miskin RM100 begitu bernilai sekali. Jadi, kita haruslah faham hal
ini dalam pertimbangan membuat keputusan.
Dalam menilai kesan-kesan kecekapan dan pengagihan semula
pendapatan, kita perlu memahami juga sejauh mana kerajaan boleh
mencapai keberuntungan sosial yang maksimum ini. Terdapat dua model
iaitu
(i)
(ii)

Saiz projek kerajaan yang optimum.


Kesan pemindahan program sektor awam.

96

Dasar Awam

5.6.1

Model I Saiz Projek Kerajaan yang Optimum

Masalah atau persoalan saiz bagi sesuatu peruntukan atau projek


merupakan satu masalah yang tidak mudah diselesaikan, misalnya
persoalan seperti berapa banyak barangan keluaran sektor awam yang
hendak diperuntukkan itu relatif dengan barangan yang dikeluarkan
daripada swasta? Jadi dengan prinsip keberuntungan sosial, boleh
membantu kita memahami hal ini.
Pertama, kita andaikan semua pasaran dalam sektor swasta beroperasi
secara idealnya ialah bagus atau stabil iaitu tidak ada spill over,
pengurangan kos dan keadaan yang tidak bergerak. Kedua, kita andaikan
setengah barangan awam tidak boleh dikeluarkan oleh sektor swasta dan
untuk itu tidak ada pasaran-pasaran persendirian. Jadi barangan-barangan
kerajaan ini mengandungi aktiviti-aktiviti kerajaan. Ketiga, kita andaikan
bahawa kerajaan telah menilai semua alternatif untuk mengeluarkan
sejumlah mungkin barangan-barangan awam ini dan mengetahui akan
faedah atau nilai sosialnya yang dikeluarkan daripada tiap-tiap ringgit
yang diperuntukkan bagi setiap alternatif itu.
Rajah 5.4
Saiz Projek yang Sesuai Mengikut Nilai Sosial dan Nilai Ringgit

d
c

SV
TSV

Unit
bagi
nilai
sosial

* TSV (Total Social Value)

b
a

RM A
1 Juta
A
+1

RM 300
B - 1Juta

RM 301 Juta
B

EN . X
Pendapatan Individu
Prinsip Keberuntungan Sosial Diperolehi dengan Maksimum

Sumber: Robert H. Haveman. (1978).

97

Dasar Awam

Rajah 5.4 menunjukkan misalnya TSV (jumlah kos sosial) berkait dengan
pembinaan dan operasi tempat letak kereta yang dikaitkan juga dengan
jumlah kosnya. Keluk TSV menunjukkan bahawa bagi sejuta ringgit yang
pertama rakyat rela membayar jumlah yang banyak iaitu RM300 juta.
Nilai sosialnya adalah besar.
Rajah 5.5 pula menunjukkan $SV atau $SC juta yang pertama
dibelanjakan mengeluarkan satu kerelaan membayar satu kenaikan
kepada nilai sosial (SV) ialah (OA) manakala daripada RM301 juta yang
dibelanjakan akan menghasilkan satu kenaikan kepada nilai sosial (SV)
hanya BC. Bagaimanapun, bagi setiap ringgit bertambah dibelanjakan,
kita dapati jumlah nilai yang dikeluarkan bagi setiap tambahan ringgit
menjadi lebih kecil.
Rajah 5.5
Jumlah Nilai yang Dikeluarkan Bagi Setiap Tambahan Ringgit

TSC
TSV

$SV

*TSC (TOTAL SOCIAL COST)


$SC

*TSV (TOTAL SOCIAL VALUE)

45O
O

$ Perbelanjaan Awam (=cukai)


Jumlah nilai yang dikeluarkan bagi setiap tambahan ringgit

Sumber: Robert H. Haveman. (1978).

98

Dasar Awam

Dalam hal ini juga saiz kerajaan diukur dalam bentuk berapa banyak
cukai yang didapati. Jadi para penggubal dasar mestilah selalu memikirkan
keuntungan yang lebih daripada kos. Seperti Rajah 5.5 tadi - anggaran
kerajaan haruslah pada OA - tidak lebih daripada itu dan juga tidak
kurang daipada A. Pada OA, kelebihan untung ke atas kos (untung
bersih) ialah pada BC. Jika kerajaan membelanjakan kurang daripada OA,
ini akan menyebabkan untung bersih tidak dapat diperoleh. Jika anggaran
lebih besar daripada OA, setengah daripada wang yang akhir dibelanjakan
akan berkait rapat dengan kos sosial dalam mendapat kelebihan
untung/faedah.

SOALAN DALAM TEKS


11.
12.

Bagaimana kita boleh memahami kejayaan kerajaan


dalam mencapai keberuntungan sosial yang
maksimum?
Apakah cara untuk memahami persoalan
keberuntungan sosial yang optimum dengan
melihat hubungan antara keluaran sektor awam
dan swasta?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.6.2

Model II Pemindahan Pendapatan dan Kebajikan Sosial

Prinsip keberuntungan sosial yang maksimum dapat digunakan kepada


pengagihan semula pendapatan.

99

Dasar Awam
Rajah 5.6
Menunjukkan Secara Ringkas MSC Seimbang dengan MSV

$SV
$SC
MSC

MSV
Perbelanjaan Awam
Jika kita lihat MSV dan MSC adalah sama
MSC hendak seimbang dengan MSV

Rajah 5.7
Menunjukkan Bagaimana Prinsip Keberuntungan Sosial Diperoleh dengan Maksimum

d
c

Unit
bagi
nilai
sosial

SV

b
a

A+1

EN
EN.. XX
Pendapatan Individu
Pendapatan
Individu

B-1

EN.Y

Prinsip
Keberuntungan
Sosial Sosial
Diperolehi
dengan Maksimum
Prinsip
Keberuntungan
Diperoleh
dengan Maksimum

100

Dasar Awam

Kerajaan terpaksa menentukan sesuatu projek itu supaya menguntungkan


orang ramai dan tidak untuk orang perseorangan atau golongan kecil saja.
Begitu juga kerajaan memberi bantuan kepada orang miskin dengan
bantuan subsidi yang tertentu. Ini disebabkan nilai sosial $1 bagi X
mungkin kurang daripada Y.
Ringgit pertama yang diambil oleh Y menunjukkan kebajikan sosialnya
sedikit, tetapi kalau diberikan kepada X tentulah besar nilainya. Jadi ab >
cd maka pemindahan itu memberi faedah.
Daripada perbincangan yang tersebut, dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa prinsip-prinsip keberuntungan sosial yang maksimum ialah
seperti persoalan-persoalan berikut:
(i)

(ii)
(iii)

(iv)

5.7

Bagaimana dan berapa jumlah perbelanjaan yang patut kerajaan


perhatikan?

Kerajaan patutlah meneruskan cukai dan perbelanjaan


sehingga nilai sosial (SV) dikeluarkan oleh ringgit yang
dibelanjakan itu bersamaan dengan kos sosial yang
dikenakan melalui pemindahan ringgit daripada sektor
swasta melalui cukai-cukai kerajaan.
Apakah program yang patut kerajaan belanjakan dan berapa
banyakkah yang patut dibelanjakan terhadap tiap-tiap program
itu?
Kerajaan patut memperuntukan perbelanjaannya terhadap
program-program supaya nilai sosialnya bagi ringgit terakhir yang
dibelanjakan terhadap tiap-tiap program adalah sama dengan nilai
sosial bagi ringgit terakhir yang dibelanjakan terhadap tiap-tiap
program yang lain.
Apakah jenis-jenis cukai yang patut kerajaan kenakan dan berapa
banyak hasil atau cukai yang patut dinaikkan daripada tiap-tiap
cukai itu?

Kerajaan patut memperuntukkan wang yang didapati


daripada berbagai-bagai bentuk cukai supaya kos sosial bagi
setiap ringgit yang terakhir dinaikkan daripada setiap jenis
cukai yang lain-lain.
KOS SOSIAL DAN KEPUTUSAN AWAM

Perbelanjaan kerajaan berkehendakkan hasil daripada orang ramai, firmafirma dan sebagainya. Tidak perlulah disebutkan di sini betapa
pentingnya cukai untuk sesebuah negara. Bentuk cukai antara lain ialah

101

Dasar Awam

(i)

(ii)

Cukai langsung dan tak langsung - Cukai langsung ialah dalam


bentuk cukai pendapatan, honorarium, upah dan lain-lain. Cukai
tak langsung pula ialah dalam bentuk cukai harta, sewa dan
sebagainya.
Tax incidence dan beban cukai - Tax incidence bermaksud cukai
dalam bentuk sama ada langsung atau tidak langsung yang
merujuk kepada sumber-sumber bayaran cukai yang akhir. Cukai
yang dikenakan terhadap orang kaya mungkin tidak terasa
daripada yang dikenakan kepada orang miskin.

5.7.1

Jenis Cukai

Sebelum kita membincangkan jenis-jenis cukai secara ringkas dan umum,


Rajah 5.8 menggambarkan kadar cukai yang dibayar berdasarkan kepada
ciri-ciri seperti progressive, proportional dan regressive.
Rajah 5.8
Sistem Penukaran

Progressive
(Kadar Naik)

Peratus
pendapatan
yang harus
dibayar

Proportional
(Berkadar)

Regressive
(Kadar Rosot)

Apabila kadar pendapatan semakin tinggi, semakin tinggi pula


kadar/peratusan yang harus dibayar. Ini dinamakan progressive. Proportional
pula tidak mengira berapa banyak pendapatan, kadarnya tetap sama,
manakala regressive pula menunjukkan semakin banyak pendapatan
semakin rendah kadar atau peratusan yang harus dibayar. Di Malaysia,
kebiasaannya cukai pendapatan berdasarkan kepada progressive, iaitu
semakin tinggi pendapatan seseorang semakin tinggi kadarnya. Misalnya
pendapatan seorang pegawai yang melebihi RM5,000, dia dikehendaki
membayar 9 peratus setahun dan kadarnya lebih kurang 15 peratus. Jika
102

Dasar Awam

pendapatan RM18,000 hingga RM20,000, kadarnya lebih kurang 25


peratus dan seterusnya.
Pembahagian kutipan cukai di negara ini mengikut peringkat-peringkat
Kerajaan Persekutuan, negeri dan tempatan. Misalnya cukai pendapatan
dipungut oleh Kerajaan Persekutuan, termasuk cukai jualan. Cukai harta
seperti tanah, galian, hasil hutan, cukai pintu dan lain-lain biasanya
dipungut oleh Kerajaan Negeri, manakala Kerajaan Tempatan memungut
cukai-cukai seperti kedai todi, nombor ekor, kedai runcit, gerai-gerai dan
pasar-pasar sehari, dan sebagainya. Penentuan siapa memungut cukai dan
bentuk cukai serta kadar cukai ditentukan oleh kerajaan.
Pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK) juga banyak bergantung
kepada besarnya jumlah cukai yang dipungut. Keluaran negara kasar
sebagai satu fungsi (f) bergantung kepada usaha yang produktif (E) dan
tingkat pelaburan (1). Jadi Keluaran Negara Kasar (KNK) = f (E, 1). Ada
juga orang tidak mahu melabur lebih kerana takut dikenakan cukai. Perlu
diingat bahawa kehendak manusia tidak terbatas. Cukai bukanlah perkara
atau faktor mutlak menyebabkan seseorang tidak mahu melabur. Secara
umumnya memanglah cukai tidak menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Walau bagaimanapun, seperti yang disebutkan dahulu kesan spill over
selalunya dapat mengatasi hal-hal seperti yang dinyatakan.
SOALAN DALAM TEKS

13. Bezakan antara cukai langsung dengan cukai tidak


langsung.
14. Senaraikan semula tiga jenis cukai berdasarkan ciriciri yang diamalkan di Malaysia.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
5.8

KESIMPULAN

Kita telahpun membincangkan pengkajian dasar awam daripada model


analitik untuk memahami tindakan kerajaan dalam melaksanakan dasar
awam di negara ini dari sudut ekonomi. Perbincangan tentang peranan
kerajaan dalam sektor ekonomi memerlukan pengetahuan ekonomi

103

Dasar Awam

kerana semua projek-projek kerajaan berkait rapat dengan prinsip-prinsip


ekonomi. Dengan pengetahuan ekonomi, kita mahupun penganalisis
dasar dapat mengetahui pertambahan kos perbelanjaan dalam sesuatu
projek dan juga dapat membantu dalam mengenal pasti pembaziran
dalam sesetengah projek kerajaan. Kesemua ini memerlukan analisis
dasar yang sistematik.
Di samping itu, daripada analisis yang telah dilakukan dapat memberikan
maklumat kepada penganalisis dasar untuk mengambil tindakan susulan
iaitu melalui kaedah pembetulan terhadap kegagalan pasaran demi
meningkatkan kecekapan dalam pengagihan sumber dan pengeluaran
barangan. Ia juga melibatkan pengagihan semula peluang dan barangan
untuk mencapai nilai pengagihan. Walau bagaimanapun, kegagalan
pasaran dan matlamat pengagihan yang tidak memuaskan perlu dan ia
bukan merupakan lapangan yang cekap untuk campur tangan dalam
dasar kerajaan.
Kita juga harus mempertimbangkan kos perbelanjaan campur tangan
kerajaan. Oleh itu, disebabkan pasaran tidak dapat diramal dengan cara
yang munasabah, maka secara umumnya kerajaan boleh gagal untuk
memperbaiki kegagalan pasaran tersebut. Untuk menggambarkan
campur tangan kerajaan dalam pasaran adalah terhad. Oleh itu, kerajaan
perlu menggunakan tindakan yang tegas dan bermotifkan sosial atau
affirmative action bagi mengurangkan jurang ekonomi antara kaum
bumiputera dengan bukan bumiputera.
Selain itu, kita juga perlu melihat kejayaan dan keberkesanan ekonomi
yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui analisis kos untung.
Analisis kos untung menyediakan satu rangka bagi penilaian
keberkesanan ekonomi terhadap sesuatu dasar. Dengan melihat untung
bersih ianya dapat memberikan jawapan sejauh mana dasar yang
dilaksanakan mendatangkan keuntungan atau sebaliknya.
Dengan memahami dasar awam melalui pendekatan analitik, ia dapat
membantu kita dalam membincangkan dasar dari sudut ekonomi. Walau
bagaimanapun, tidak semua masalah sosial yang berlaku dalam
masyarakat atau negara kita dapat diselesaikan menggunakan pendekatan
ekonomi. Sebaliknya, kita perlu menggunakan pendekatan sains politik
seperti yang telah dibincangkan dalam bab yang lepas.

104