Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan
patut.
Contohnya:
Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.
Anda patut berkelakuan baik.
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan.
Sesuatu tindakan itu dikata baik atau benar sekiranya tindakan sejajar
dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan
bertentangan konsep baik dan benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan
ahli falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam konteks atau
pendekatan yang berbeza.
Konsep Baik
Menurut Hobbes, baik adalah sebarang objek yang diingini dan buruk adalah
sebarang objek yang dibenci.
Lewis pula mengatakan bahawa baik atau buruk merupakan pengalaman
seseorang individu secara intrinsik.
Confucious menjelaskan baik ini ditunjukkan melalui tingkah laku sendiri.
Aristotle menganggapkan baik adalah unsur-unsur kebahagian yang ada dan
dirasainya.
Sebenarnya idea baik boleh memberi makna yang berbeza mengikut situasi
tertentu. Misalnya, pisang ini baik merujuk kepada maksud pisang itu
sedap rasanya. Apabila kita memuji seseorang itu baik hatinya, maka makna
baik di sini merujuk kepada sifat-sifat yang suka membantu atau empati.
Oleh itu, konsep baik merupakan penerimaan atau sikap psikologi individu.
Apa yang jelas di sini ialah sesuatu yang baik memang memenuhi keperluan
kita serta membawa kepuasan kepada kita.
Konsep Benar
Perkataan benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan
nilai. Sesuatu yang dianggap benar mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab
dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti.
Kepercayaan kepada Tuhan dan menurut ajaran agama merupakan tugas
kebenaran yang mutlak, iaitu tidak boleh dibahaskan atau dikaitkan
dengan perkembangan sains atau amalan-amalan sosial pada bila-bila masa.
Manakala Hukum Newton merupakan kebenaran saintifik yang boleh
dibuktikan dengan fakta-fakta atau maklumat-maklumat yang dikumpul dan
dianalisiskan secara saintifik. Pantang larang dan peraturan adat pula
merupakan kebenaran relatif kerana ini hanya wujud secara relatif. Ini
adalah kerana pantang larang yang mungkin benar pada hari ini tetapi
dengan perubahan masa mingkin ia akan menjadi salah kemudiannya.
Konsep Patut
Patut boleh diertikan seharus, mesti atau sesuai. Moore (1903)
menyatakan patut membawa erti yang sama dengan baik kerana
mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana. Konsep patut
memerlukan penilaian intrinsik yang perlu:
memberi pertimbangan terhadap satu standard yang boleh diterima oleh
manusia
memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-fakta yang wujud
memberi persetujuan kerana mempunyai pendapat yang sama atau
mempunyai sifat-sifat yang sama
tidak setuju dengan sesuatu kelakuan
Pemikiran Naturalis
Definisi dan ciri-ciri :
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu
dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and
Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara
bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia
adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang
lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai
keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan
menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasanbatasan terhadap kehendak-kehendak mereka.
Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan
mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan
pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang
lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain
memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna
mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai
hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan
seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.
Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang
sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana
dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita
seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi
nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah
berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.
Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan
berdasarkan sesuatu situasi sahaja.
Antaranya contoh yang menggambarkan
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:
seseorang
individu
atau
mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga
prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang
menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.
Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki
secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus
miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.
Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan
penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri
iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan
kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan
kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum
tujuh keturunan berakhir.
Pemikiran Emotivis
Definisi dan ciri-ciri :
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata,
tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.
Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada
kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral
bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis,
tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.
Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya
menyatakan perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin
menimbulkan perasaaan yang sama di kalangan orang-orang yang
mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis
berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan
maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan
mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau
pernyataan-pernyataan moral.