Anda di halaman 1dari 4

TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA
Thursday, 10 May 2012

ISU SEMASA - WANITA & JENAYAH ROGOL

Jenayah rogol di malaysia semakin kronik.


Puncanya?
Setiap hari mesti ada sahaja berita sensasi kes-kes rogol di
malaysiayang terpampang di dada-dada akhbar. Sudah semakin menjadimenjadi saban hari, sehinggakan masyarakat hari ini sudah lali dengan beritaberita seperti ini. Apa sebabnya? Di bawah ini ada beberapa contohnya
kejadian kes rogol terbaru yang telah di paparkan dalam akhbar berita harian.

Amah dakwa dirogol abang majikan


Kuala lumpur : seorang pembantu rumah warga indonesia mendakwa
dirogol abang majikannya selepas dia menolak ajakan untuk mengadakan
hubungan seks dengan lelaki itu, baru-baru ini. Sumber berkata, lelaki terbabit
meminjam pembantu rumah berusia 25 tahun itu daripada adiknya kononnya
bagi membantu membuat persediaan kenduri di rumahnya pada 23 september
lalu. suspek berusia 40-an didakwa beberapa kali mengajak wanita itu
mengadakan hubungan seks ketika dalam perjalanan dari rumah adiknya di
wangsa maju ke rumahnya di bangi.

Rogol anak, nikah emak


petaling jaya: seorang juruteknik dihukum penjara 10 tahun dan enam
sebatan oleh mahkamah sesyen semalam, atas dua tuduhan merogol remaja
berusia 15 tahun, 10 hari sebelum bernikah dengan ibu remaja berkenaan, lima
tahun lalu. Hakim rozina ayob menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan
enam sebatan bagi tuduhan pertama manakala tuduhan kedua pula enam
tahun ke atas hamdan ahadluddin, 49.

Duda rogol budak upah rm5 dihukum


Kuantan: seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun dipenjara 10
tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam selepas
didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dengan
memberinya upah rm5 hingga rm15 antara mei tahun lalu hingga oktober lalu.
Tertuduh, che hassan che nawang, 61, dari kampung jaya gading di sini
mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim ahmad
zamzani mohd zain.

Dirogol dan dibunuh dengan kejam


Bukit mertajam: seorang wanita ditemui mati disyaki dirogol dan
dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak
berhampiran sungai kampung kuala tasek, dekat sini, semalam. Mangsa yang
dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an itu ditemui jam 3.30 petang oleh
seorang pekebun dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di
kepala selain luka di kemaluan akibat dicucuk kayu. Ketua polis daerah
seberang perai tengah (spt), asisten komisioner dr mohamad shah husin shah,
berkata siasatan awal polis mendapati, mangsa berkemungkinan dibunuh di
tempat lain sebelum dicampak di kawasan semak berkenaan.
Dan ini pula, dua kes rogol di malaysia yang boleh dikatakan mendapat
perhatian seluruh rakyat malaysia. Antaranya :
Noor suzaily mukhtar, juruteknik komputer yang menemui maut dalam keadaan
tragis selepas dirogol dan dibunuh kejam dalam sebuah bas ekspress di klang,
pada 7 oktober 2000.
Tragedi yang melibatkan kes nurin jazlin turut mengembalikan memori pahit
bagi abdul gani juni, 54. Bapa kepada nurul huda abdul ghani, murid tahun
empat sekolah rendah kebangsaan tiram duku, gelang patah yang dirogol dan
dibunuh dengan kejam di pondok pengawal stesen janakuasa tenaga nasional
berhad (tnb) di kampung pekajang, gelang patah, johor bahru pada 17 januari
2004 itu turut berduka cita dengan kematian nurin jazlin.
Yang pastinya kes melibat jenayah kes rogol di malaysia ini tidak mengira
mangsa. Daripada yang bertudung litup dan labuh, nenek, anak sendiri, anak
tiri, sehinggalah kepada peringkat kanak-kanak pun mereka sapu. Gelaran
apa yang boleh diberikan manusia yang bertopengkan binatang ini?
Kita jangan bercerita soal untuk mencari penyelesaian sedangkan kita
sendiri yang memberikan racun dan sekarang ini kita mencari pula ubat yang
terbaik untuk mengubatinya. Kalau semalam, kita buka pusat bersosial dan
anjurkan segala bentuk parti dan memberikan kebenaran. Secara tidak
langsung kita galakkan anak-anak muda dalam menyertai segala bentuk parti
sosial supaya seiring dengan negara maju. Kononnya.
Hari semalam kita create bangsar , kemudiannya kita create pula sri
hartamas. Sekarang ini kita sudah disogokkan dengan mutiara damansara
seperti the curve tempat di mana muda-mudi menunggang arak dan berfesyen
macam nak bogel untuk bersosial atas nama setaraf negara maju.
Tetapi hari ini, pihak-pihak berkenaan termasuk kita semua bercakap soal
gejala sosial yang semakin teruk dan ingin cuba mencari jalan
penyelesaiannya. Apa pandangan anda dengan kes rogol di malaysiayang
menjadi-jadi sejak kebelakangan ini?

Punca kes rogol :


Keadaan politik di malaysia kerana ianya melibatkan kepimpinan negara.
Senario politik yang berlaku ini menyebabkan pengabaian program untuk
mendidik masyarakat.negara kita. Apabila didikan diperingkat negara tidak

dijalankan melalui media elektronik dan media massa maka masyarakat akan
kosong jiwa mereka.
Rancangan di media elektronik. Sebagai contohnya rancangan realiti tv yang
banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata
sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemakaian
mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar hukum menutup aurat dalam
islam, faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini.
Kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon
bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak
dapat mengawalnya. Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini
sehingga berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh
golongan remaja di malaysia .
Gaya pemakaian wanita ini menjadi serius akibat terpengaruh dengan fesyen
terkini yang datangnya dari negara barat.
Keruntuhan institusi kekeluargaan
Kehidupan yang bebas tanpa sempadan
Kurangnya penekanan daripada aspek agama.

Langkah pencegahan awal jenayah rogol :


1. Wanita seharusnya keluar berteman. Peringatan ini sudah jelas disebut dalam
hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram. Ini
bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak
bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas? Yang
pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut islam
mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu
begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri.
Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?
2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang. Ini juga sudah
disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadangkadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang
anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang
sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru
menangis tidak berlagu. Laporan all women society (awam) dalam satu buku
bertajuk the rape report: an overview of rape in malaysia (2002) menyebut
daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan
lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri
untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah
tentu perogolan tidak berlaku.
3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai
umur mumaiyyiz. Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik
dalam islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang
berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang
meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini
juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang
mahram.
4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang yang
memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi

pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol.


Bayangkan, kalau keluar kl sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah
ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak
dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran. Kan baik kalau
wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka.
Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung.
Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya
longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan
anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan
datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya
adalah terhadap perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau
cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.
5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'. Di barat, ada undangundang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya
undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas
nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada
isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi? Dari satu sudut lelaki
memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin
dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh islam, memang lah tak patut bagi
si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami
dalam mengetuai bahtera. Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk
menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut
dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau
tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu
kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.
6. Menutup pintu-pintu maksiat. Segala benda yang mengundang berahi manusia
maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang.
Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan
yang boleh mendorong maksiat. Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah
di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh
didapati. Marilah kita sama-sama melakukan apa yang islam suruh buat.
Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang
jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula? Tindakan
mahu meminda seksyen 376 kanun keseksaan kepada hukuman mandatori
adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan
adalah lebih baik lagi.
Disediakan oleh

: Nursuraya Binti Talib