Anda di halaman 1dari 5

a) Kemahiran Merejam

Merejam bola (the spike) merupakan pukulan serangan atau rejaman dalam permainan bola
tampar. Untuk merejam bola, seseorang pemain seharusnya melompat dengan tangan
melepasi jaring. Tujuan merejam bola adalah untuk memukul bola dengan sekuat mungkin
ke bawah supaya ia terjatuh di gelanggang lawan dan gagal diselamatkan oleh pihak lawan.
Mengikut beberapa kajian yang dibuat di Jepun, bola yang direjam oleh seorang perekam
yang baik mengambil masa 0.33 saat untuk tiba ke garisan belakang lawan. Ini bermakna
bahawa kelajuan bola tersebuat kira-kira 90 km/jam.
Rejaman bola boleh dibahagi kepada empat peringkat iaitu:
1.
2.
3.
4.

Penujuan ke jaring
Lonjakan
Pergerakan badan di udara sebelum aksi memukul bola
Aksi pukulan bola

Penujuan
1. Penujuan atau larian masuk boleh dilakukan dengan dua atau tiga langkah mengikut
kebiasaan pemain. Di dalam buku biasanya perhatian akan diberi kepada penujuan
tiga langkah.
2. Untuk larian tiga langkah, perejam memulakan dari persimpangan garis serang dan
garis tepi dengan kaki kiri, diikuti dengan langkah kanan. Semasa langkah ketiga
dibuat dengan langkah kiri, kaki kanan digerak serentak untuk membolehkan
perejam membuat lonjatan ke atas dengan dua kaki. Semasa menuju ke jaring, bahu
perejam hendaklah menghadap ke jaring.

Merejam: Peringkat Penujuan

Lonjakan

1. Lonjakan dilakukan sejurus tumit berada pada peringkat akhir penujuan atau detik
2.
3.
4.
5.

akhit kaki menyentuh lantai.


Lonjakan bermula dengan sentuhan tumit, diikuti dengan bebola tapak kaki.
Tangan diayun ke hadapan dan ke atas dengan sekuat mungkin.
Badan diluruskan.
Lonjakan dan pendaratan adalah dengan kedua-dua belah kaki, iaitu menggunakan

hujung kaki dahulu untuk memulakan lonjakan dan mendarat.


6. Titik lonjakan terbaik adalah pada titik bola 45-50cm dari bahu kanan.

Merejam: Peringkat lonjakan.

Pergerakan Badan Sebelum Pukulan


1. Semasa lonjakan, tangan kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Lengan
dibengokkan di siku dan dibawa ke belakang telinga dengan siku menghala ke
hadapan.
2. Tangan kiri menghulur ke arah bola menyebabkan bahu kanan lebih rendah daripada
bahu kiri.
3. Belakang badan dilentikkan.
4. Apabila bola berada hampir dengan tangan kanan, tangan kiri dijatuhkan untuk
menaikkan bahu dan lengan kanan.

Merejam: Pergerakan badan sebelum pukulan.


Aksi Pukulan
1. Badan digerakkan ke hadapan, iaitu ke arah bola.
2. Tangan di belakang telinga digerakkan ke atas dan ke hadapan.
3. Jari-jari dan pergelangan tangan berada dalam keadaan biasa. Tapak tangan
digerakkan ke hadapan apabila hampir dengan bola dan terus memukulnya.

Merejam: Aksi pukulan (a) dan (b)

Merejam: Beberapa jenis rejaman (a), (b) dan (c)

b) Kemahiran Ansur Maju


Latihan penujuan secara perseorangan
(a) Pemain berdiri dalam satu barisan di belakang garisan serang. Apabila isyarat
diberikan oleh jurulatih, penujuan tiga langkah ke hadapan dilakukan oleh semua
pemain.
(b) Latihan (1) diulangi dengan pemain menghadap jaring dan berdiri pada garisan
serang dalam tiga atau dua barisan. Selepas isyarat diberi, pemain di hadapan akan
membuat penujuan tiga langkah dan selepas itu bergerak untuk berbaris di belakang.
(c) Latihan yang sama seperti 2 diulangi dengan pemain berada dalam dua barisan.
Pemain membuat penujuan mengikut giliran dari kedudukan di luar gelanggang.

Latihan penujuan secara perseorangan

Latihan memukul bola berpasangan.


Pemain B memegang bola dengan menghulurkan tangan ke atas. Pemain A
memukul bola dengan gaya merejam. Perlakuan memukul diulang sebanyak 10 kali dan
selepas itu kedua-dua pemain bertukar peranan.

Merejam bola yang dipegang secara berpasangan.


Pemain A meletakkan bola di satu tapak tangan dan menghulurkannya ke atas untuk

pemain B membuat rejaman. Ulang sebanyak 10 kali dan tukar peranan.

Melompat dan menangkap bola secara perseorangan


Pemain melambung bola ke atas, lalu melompat dan menangkapnya pada takat

tertinggi dengan gaya rejaman, iaitu menggunakan satu tapak tangan di hadapan bola dan
satu lagi di belakang. Ulang perlakuan sebanyak 10 kali.

Melambung dan menangkap bola secara berpasangan


Pemain A melambung bola untuk pemain B. Pemain B melompat dan menangkap

bola dengan gaya rejaman dari luar gelanggang.

Melompat dan menangkap bola yang selari dengan jaring


Jurulatih melambung bola selari dengan jaring kepada pemain B. Pemain B berlari

menuju jaring, melompat dan menangkap bola dengan gaya rejaman.

Merejam bola yang dilambung


Perlakuan adalah sama seperti latihan 6, tetapi pemain memukul bola perlahan.

Ketinggian bola adalah lebih kurang satu meter dari aras atas jaring.

Merejam kuat bola yang dilambung


Ulang latihan 7, tetapi dalam latihan ini bola dipukul dengan lebih kuat lagi.

c) Latih Tubi

Latih tubi bagi kemahiran merejam dapat dijalankan melalui permainan mudah ataupun
gerakerja yang meningkatkan aksi-aksi yang diperlukan untuk melakukan rejaman.

i.

Melompat statik
Untuk meningkatkan ketinggian seseorang pemain melompat, latih tubi melompat

secara statik adalah dicadangkan untuk dilakukan. Latih tubi melompat secara statik dapat
meningkatkan ketahanan otot dan fleksibiliti badan seseorang.

ii.

Merejam bola secara berulangan


Latihan merejam bola secara berulangan adalah penting untuk meningkatkan

kekuatan seseorang pemian merejam bola. Rejaman yang kuat akan menjadikan kelajuan
bola terus meningkat secara mendadak. Sekiranya bola direjam dengan kuat dan laju, kadar
pihak lawan berjaya menyelamatkan bola tersebut turut menurun. Peluang untuk mendapat
mata biasanya dicipta melalui rejaman bola yang kuat dan laju.

iii.

Merejam bola mengena sasaran


Rejaman bola bukan sahaja harus kuat dan laju tetapi juga perlu tepat pada hala

yang ditujukan. Latihan merejam bola mengena sasaran meningkatkan ketepatan bola
direjam ke arah yang diingini dan menurunkan lagi kadar pihak lawan berjaya
menyelamatkan bola. Sebagai contohnya, pemain mendapati pihak lawan kurang berfokus
di sebelah kanan gelanggang maka dia melakukan rejaman agar bolah menuju ke arah
kanan. Latihan ini mengasah kemahiran mengawal bola melalui teknik rejaman. Pendek
kata, Rejaman bola harus dapat dilakukan secara kuat, tepat dan laju untuk meningkatkan
peluang memperoleh skor yang tinggi.