Anda di halaman 1dari 13

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

PENGERTIAN KONSEP KEBEBASAN ASASI SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN


DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1.1

PENGENALAN

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia akan
mendukung prinsip-prinsip sebuah negara demokrasi. Antara prinsip-prinsip utama dalam sistem
demokrasi ialah amalan kebebasan asasi manusia. Ini menjadi pegangan dalam sesebuah sistem
negara yang mengamalkan demokrasi. Tetapi konsep demokrasi dari segi kebebasan asasi dalam
hal ini perlu dilihat dari segi sejarah pembentukan negara Malaysia itu sendiri perlu diambil kira
atau difahami dengan jelas maksudnya. Dalam konteks ini kebebasan asasi yang perjuangkan
mesti memperlihatkan kesepaduan dengan kehendak perlembagaan negara yang mengutamakan
keharmonian dan perpaduan kaum yang ada di Malaysia.

Dalam hal ini kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dapat dilihat sebagai suatu proses
evolusi .Walaupun konsep hak asasi manusia dikatakan masih baru namun menurut Paine , idea
dan pemikiran berkenaan hak asasi manusia sudah dapat dikesan kewujudannya semenjak
kewujudan manusia itu sendiri. Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan
untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan, beragama dan juga
hak-hak bersangkutan pendidikan.

Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang
bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari,
menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan.

Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep
kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara tidak bersifat
mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks
"kebencian".

Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling
bertentangan. Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia
antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-Hak Sivil dan Politikal (ICCPR)
(Azman, 2010).

1.2

KONSEP KEBEBASAN ASASI MANUSIA

Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. Konsep hak kemanusiaan
adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama,
sebagaimana mereka memiliki identiti insan, yang tidak dipengaruhi oleh faktor tempatan,
perkauman dan kewarganegaraan. Pada dasarnya, Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua
segi, yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. Dari segi perundangan, Hak
kemanusiaan merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa
yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan.

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

Contohnya, dalam perlembagaan Malaysia terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang
terlindung di bawah perlembagaan. Pencabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan
membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Pentakrifan hak kemanusiaan dari
segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain.

Dari satu segi moral, Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh
anggota masyarakat. Sehubungan dengan perkara ini, anggota masyarakat akan mengakui
wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu, yang dianggap sebagai
"sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia", walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam
undang-undang. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba mengelakkan diri
daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral. Kewujudan, keabsahan
dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu perdebatan dalam bidang falsafah dan
sains politik .

Dari segi perundangan, hak kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undangundang antarabangsa, dan juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. Walaupun begitu,
cara pentakrifan dan pelaksanaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian. Pada
lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) pada 10 Disember
1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan

Hak Asasi Manusia Sejagat

(Universal Declaration of Human Rights) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat
kebebasan utama iaitu:

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA


1. kebebasan daripada ketakutan
2. kebebasan daripada kemahuan
3. kebebasan bersuara
4. kebebasan kepercayaan.

Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak
ekonomi, sosial dan kebudayaan (WIKIPEDIA, 2012). Sementara itu, Majlis Islam juga telah
mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran
dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep
komuniti. Setiap hak asasi manusia yang diterap dalam perisytiharan itu membawa bersama
tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah
tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan
ummah.

Bagi tamadun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga,
kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat
Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat
yang lebih individualistik (Kevin, et. al, 1991).

Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak
asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan
bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti
yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.
4

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

Di bawah Seksyen 2, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597),
pengertian hak asasi manusia merujuk kepada kebebasan asasi yang termaktub dalam Bahagian
II, Perlembagaan Malaysia.

Seksyen 4(4) Akta 597 juga memperuntukkan bahawa rujukan harus dibuat kepada Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan
Persekutuan. Ini bermakna hak asasi manusia yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi
dimaktubkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1948 harus dirujuk setakat tidak berlawan
dengan Perlembagaan Persekutuan. Secara adatnya, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
1948 dianggap sebagai undang-undang antarabangsa yang mengikat. Dengan terteranya Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, konsep hak asasi manusia di Malaysia telah
diperluaskan sejajar dengan perkembangan sejagat. Walaupun terdapat 28 perkara di bawah
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang menjamin hak asasi individu, terdapat satu
klausa khas iaitu Perkara 29 yang menyebut bahawa setiap orang tertakluk hanya kepada batasan
seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan
dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk
mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan
umum dalam suatu masyarakat yang demokratik (WIKIPEDIA, 2012).

2.1

KETELUSAN DAN APLIKASI KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA

Idea kebebasan bersuara mendapat tempat dalam wacana politik Tanah Melayu (Malaysia)
bersama-sama dengan kedatangan idea-idea demokrasi iaitu pemerintahan berasaskan und ang5

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

undang, sistem kehakiman, dan prinsip hak kebebasan individu semasa era awalan kolonial
British. Pada tahun 1948, British tela h memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan 1948 yang
merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan bentuk demokrasi
berparlimen yang diamalkan kini.

Kini trend global ke arah pendemokrasian dan ditambah lagi dengan kemajuan teknologi
maklumat melalui media elektronik dan internet semakin memberangsangkan perkembangan
idea kebebasan bersuara di Malaysia.

Setelah merdeka, jaminan kepada kebebasan bersuara terkandung pada Bahagian I1


Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 10(1) iaitu mengenai kebebasan bercakap, berhimpun
dan menubuhkan persatuan yang mana menyatakan (a) tiap-tiap warganegara berhak bebas
bercakap dan mengeluarkan fikiran, (b) semua warganegara berhak berhimpun secara aman
dengan tidak bersenjata, dan (c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan
(Rusdi, et. al, 2005).

Amalan demokrasi di Malaysia hanya mementingkan proses pilihan rayah sehingga penghayatan
terhadap nilai-nilai demokrasi yang lain seperti prinsip hak asasi manusia,
pemerintahan berasaskan undang-undang, dan kebebasan sivil termasuklah kebebasan bersuara
terbatas. Case (1993) pula mengklasifikasikan politik Malaysia terutama pada era kepimpinan
Dr. Mahathir sebagai semi-democratic atau separuh demokrasi kerana pihak kerajaan menekan
organisasi sosial atau NGO melalui ISA, OSA, Akta Hasutan, AMCP, Clan AUKU, Walaupun
kerajaan tidak mengharamkan para NGO tadi.
6

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

Selain itu, tidak berlakunya peralihan kuasa pusat atau perubahan kerajaan yang mana semenjak
pilihan raya yang pertama tahun 1955 sehingga pilihan raya ke lapan pada tahun 1990 (mahupun
hingga pilihan raya ke-10 pada tahun 1999), parti yang memerintah terdiri daripada kalangan
parti Perikatan yang kemudiannya pada tahun 1974 membentuk Barisan Nasional (BN). Jomo K.
S. (1996: 74-75) telah. memperlihatkan

dua cabaran demokrasi Malaysia iaitu pertama,

penghakisan terhadap demokrasi Malaysia yang disebabkan pemusatan kuasa di tangan badan
eksekutif telah memberi kesan langsung kepada cara pemerintahan dan tahap kebebasan bersuara
di Malaysia dan kedua, wujudnya amalan penyewaan hak milik oleh ahli-ahli politik yang
mempunyai kepentingan perniagaan khususnya melalui media seperti akhbar Utusan Malaysia
dan Berita Harian serta stesen televisyenTV3.

Chandra Muzaffar (1986) telah menghuraikan secara terperinci hak kebebasan bersuara yang
disekat melalui akta-akta kawalan dan manipulasi pengawasan ke a tas media massa dan
elektronik tempatan. Akta-akta tersebut iaitu ISA, OSA, Akta Hasutan, AMCP, dan AUKU
menyebabkan tanggapan meluas bahawa tiada saluran yang jelas dalam mengemukakan
pendapat alternatif terhadap arus utama apatah lagi kritikan ke atas dasar-dasar dan tindakantindakan pihak pemerintah.

Salah satu elemen demokrasi ialah kebebasan media. Musa Hitam (2001) iaitu pengerusi
SUHAKAM berpendapat tidak wujud apa yang dikenali sebagai kebebasan media yang mutlak.
Beliau menyetujui kebebasan media harus diikat dengan tanggungjawab dalam menyampaikan
laporannya. Penolong Pengarah Berita Utusan Malaysia waktu itu, (Marzuki Yusoff 2001) juga
menyokong pandangan Musa Hitam dan beliau menjelaskan, "Walaupun hampir semua
7

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

wartawan mungkin gembira apabila dapat menulis sebebas-bebasnya tetapi dalam sistem dan
nilai-nilai masyarakat di Malaysia, media massa (cetak dan elektronik) perlu ada tanggungjawab
sosial dan penapisan dalaman. Malaysia sendiri tidak akan aman jika akhbar saling melagalagakan penduduk berlainan kaum. Rakyat juga akan terlalu keliru dan hidup dalam kebencian
jika sentimen anti kerajaan dipaparkan setiap hari.

3.0

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KEBEBASAN BERSUARA

Salah satu tujuan utama demokrasi ialah untuk menegakkan keadilan. Walau bagaimanapun,
oleh kerana dalam demokrasi perwakilan golongan majoriti yang berkuasa maka ada bahayanya.
Kemungkinan hanya kepentingan majoriti yang diutamakan. Untuk menghindarkan keadaan
yang mana kepentingan golongan minoriti diabaikan atau peraturan-peraturan untuk melindungi
kepentingan atau memberi keistimewaan kepada golongan minoriti itu. Selain itu, golongan
minoriti tersebut mungkin juga diberikan tempat untuk mempunyai wakil yang boleh
menyuarakan hak serta kepentingan mereka melalui parlimen atau institusi pemerintahan lain.

Semua ini tidak dianggap menjejaskan sistem demokrasi itu, bahkan boleh menjadikannya lebih
adil dan kuat. Mengikut pendapat beliau, jika demokrasi bermakna pemerintahan oleh majoriti,
maka orang Melayu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia boleh menggunakan sentimen
perkauman bagi mendirikan pemerintahan Melayu sahaja dengan menindas kaum-kaum lain,
menukarkan sempadan pilihan raya dan mengambil semua kekayaan negara. Akan tetapi,
masyarakat Melayu memilih untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain dan tidak mengetepikan
hak minoriti sebagai mengutamakan keadilan untuk semua. Sistem politik menjadi lebih stabil
dan sistem demokrasi termasuklah pilihan raya dapat diamalkan secara berterusan (Abdul Hadi,
8

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

2010). Kerajaan yang sedemikian ini telah mewujudkan satu pemerintahan yang stabil,
mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. Namun begitu, perjalanan demokrasi
berparlimen ini agak. lambat dan membebankan kerajaan dan rakyat. Hal ini kerana kerajaan
terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat daripada setiap lapisan masyarakat.
Sesebuah kerajaan demokrasi berparlimen cenderung untuk membuat keputusan yang popular
daripada keputusan yang tepat kerana ia terpaksa memikirkan tentang pilihan raya yang akan
datang.

Praktik politik di Malaysia dan hak asasi manusia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
mempunyai kaitan antara satu sama lain kerana amalan politik di Malaysia memerlukan
keabsahan oleh peruntukan hak asasi manusia dan dalam masa yang sama peruntukan hak asasi
manusia ini memberikan keabsahan terhadap amalan politik agar ia tidak menyalahi undangundang. Dalam amalan demokrasi terdapat pelbagai aktor politik contohnya ahli politik, parti
politik, badan bukan kerajaan, kumpulan berkepentingan, kumpulan pendesak, media massa dan
orang awam. Aktor-aktor ini mengabsahkan kewujudannya dan mendapat autoriti untuk
bertindak melalui peruntukan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal ini amat
mustahak demi menjamin kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Terdapat tiga keadaan praktik politik yang dikemukakan sebagai paling kerap dijadikan budaya
politik tidak kira daripada parti pemerintah, pembangkang mahupun masyarakat sivil. Pertama,
hak asasi sering dipertikaikan dan disekat dengan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan
Persekutuan atau undang-undang sekatan lain demi memelihara dan mengekalkan kuasa
pemerintahan. Kedua, isu sekatan hak asasi manusia dijadikan oleh pihak pembangkang sebagai
9

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

modal untuk meraih simpati dan sokongan politik. Ketiga, wujud masyarakat sivil dalam bentuk
kumpulan berkepentingan dan kumpulan pendesak yang mendasarkan kewujudan mereka atas
nama hak asasi manusia. Ketiga-tiga praktik politik ini memperlihatkan sejauh mana hak asasi
manusia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan telah dipertahankan di Malaysia (Abdul Hadi,
2010).

Dari segi keburukan amalan hak asasi di Malaysia memperlihatkan sekatan hak asasi sebagai alat
pengekalan kuasa dan dominasi kerajaan. Bagi ahli falsafah politik Niccolo Machiavelli,
keutamaan bagi pemerintah bukan untuk berkelakuan baik tetapi untuk mengekalkan
kedudukannya sebagai penguasa. Prinsip ini dapat dilihat dalam amalan politik di Malaysia.
Kerajaan sering menyekat kebebasan asasi mana-mana sahaja pihak yang dilihat memberi
ancaman kepada kepentingan politik mereka. Dua contoh peristiwa yang dikemukakan di dalam
bahagian ini ialah Mogok Utusan 1961 dan Operasi Lalang 1987. Sekatan kebebasan asasi dalam
peristiwa ini ialah kebebasan akhbar. Kebebasan akhbar dijamin oleh Perkara 10. Kebebasan
bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Isu ini berpunca daripada Dasar Empat Perkara oleh
Lembaga Pengarah pada tahun 1959. Pertama, Utusan Melayu akan memberi sokongan kepada
parti pemerintah kerana ia akan menguntungkan perniagaan. Kedua, Utusan Melayu akan
menyiarkan berita yang benar tetapi membataskan kepala berita kepada parti pembangkang.
Ketiga, Utusan Melayu akan memberi keutamaan jumlah berita kepada menteri-menteri
Perikatan. Keempat, Utusan Melayu akan mengkritik secara membina apabila keputusan buruk
telah dibuat oleh parti pemerintah. Isu ini bertambah serius apabila Tan Sri Ibrahim Fikri Bin
Mohamad iaitu mantan Ketua Penerangan UMNO dan ahli Majlis Tertinggi dilantik sebagai
pengarah urusan dan ketua pengarang bagi Syarikat Utusan.
10

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

Peristiwa mogok berlangsung selama 93 hari, bermula pada 21 Julai 1961 sehingga 21 Oktober
1961 di bangunan Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Ia bertujuan menentang
Dasar Empat Perkara dan membidas tindakan pemindahan pengarang Utusan Melayu, Said
Zahari. Sepanjang peristiwa ini, terdapat dua peruntukan Kebebasan Asasi yang telah disekat.
Pertama, Perkara 9. Larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak kerana Pengarang Utusan,
Said Zahari telah dipindahkan ke Singapura kerana ia didakwa sebagai batu penghalang
pelaksanaan Dasar Empat jika berkhidmat di pejabat Utusan di Kuala Lumpur. Selepas itu,
Tunku Abdul Rahman telah menghalang Said Zahari daripada memasuki Malaysia akibat
keadaan politik yang terus mendesak kepentingan kerajaan selain kritikan-kritikan Utusan
Melayu terhadap kepimpinan Tunku. Hal ini jelas bertentangan dengan kebebasan warganegara
daripada dibuang negeri tetapi ia dirasionalkan atas dasar kestabilan dan ketenteraman awam.

4.0

RUMUSAN

Berdasarkan kepada perbincangan

mengenai kebebasan asasi manusia di Malaysia telah

memperlihatkan satu bentuk yang mana konsep-konsep yang dibincangkan mengenainya masih
menjadi kawalan atau mempunyai had. Jika dilihat keperluan pihak pemerintah dalam
mengawalnya atas dasar kepentingan umum bagi mengelakkan masalah seperti pergaduhan
kaum, agama atau perkara-perkara lain yang membangkitkan masalah sehingga mengganggu
ketenteraman awam. Apa yang pasti kebebasan bersuara dan asasi merupakan satu keperluan
awam yang perlu diberikan kepada masyarakat kini, atas dasar masyarakat kini lebih berfikiran
terbuka dan boleh menerima sesuatu perkara dengan berfikir dengan lebih mendalam. Tapi dari
satu segi tidak semua masyarakat mampu menerima sesuatu perkara itu secara terbuka atas dasar
kebebasan, seperti perkara berkaitan agama, bangsa dan adat. Keadaan ini sebaliknya boleh
11

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

menimbulkan masalah yang besar, apa yang pasti ketelusan bersuara dan kebebasan asasi di
Malaysia masih lagi dalam bentuk kawalan kerajaan dan tidak bebas sepenuhnya. Mungkin
sudah sampai masa ketelusan kerajaan dalam memberikan kebebasan kepada perkara-perkara
tertentu perlu dinilai kembali. Seperti kebebasan akhbar, perundangan atas dasar rakyat kini
sudah mampu menilai perkara-perkara berkenaan dengan matang. Sebaliknya perkara-perkara
yang melibatkan agama, budaya dan bahasa masih perlu dipertahankan atau dikawal supaya
menjaga keharmonian supaya wujud dasar hormat-menghormati dan menjadi batasan dalam
membicarakannya secara terbuka bagi mengelakkan salah faham sesama masyarakat.

12

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA


Rujukan

Abdul Hadi Abdul Muti. (2010). Huraikan Peruntukan Penting Hak Asasi Manusia. Sejauh
Manakah Ia Dipertahankan Dalam Praktik Politik Di Malaysia. Atas talian 22 Julai
2014,

dari

http://notapolitik.blogspot.com/2010/09/huraikan-peruntukan-penting-hak-

asasi.html.
Azman Hamzah. (2010). Hak Asasi Manusia; Imbangan Antara Hak Ramai Dan Hak Individu.
Atas talian 22 Julai 2014, http://www.squidoo.com/hakasasimanusia
Kevin Tan Yew Lee , Yeo Tiong Ming & Lee Kiat Seng. (1991). Constitutional Law in Malaysia
and Singapore. Malayan Law Journal, ms 420.
Kwek Kon-Yao. (2010). Ciri-ciri kebebasan bersuara. Atas talian 22 Julai 2014, dari
http://akademimerdeka.org/2010/12/22/ciri-ciri-kebebasan-bersuara/.
Miller, Carroll H. (1985). Title Guidance services. Imprint New York: Harper & Row
Milne R.S & Mauzy D.K., (1992). Politik dan Kerajaan. Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur
Milne, R. S.; Mauzy, Diane K. (1999). Malaysian Politics under Mahathir. Kuala Lumpur:
Routledge.
WIKIPEDIA.

(2012).

Hak

asasi

manusia.

Atas

talian

22

Julai

2014,

dari

Julai

2014,

dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_asasi_manusia
WIKIPEDIA.

(T.T).

Kebebasan

bersuara.

Atas

talian

22

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebebasan_bersuara.

13