Anda di halaman 1dari 2

CERITA SI PEMOTONG KAYU.

Di dalam sebuah kampung yang jauh, tinggal seorang lelaki tua bernama Pak
Mamat bersama isterinya Mak Temah. Mereka hidup dalam kemiskinan.
Aduhai malang nasibku
Hidupku susah makanan tiada
Tiada wang untuk diguna
Asyik hidup kebuluran.
Pak mamat bekerja sebagai pemotong kayu. Pada suatu hari, Pak Mamat pergi ke
hutan untuk memotong kayu. Pak Mamat berjumpa sepohon kayu yang sederhana
di tebing sungai. Semasa ingin menebang pokok itu, tiba-tiba kapaknya terjatuh ke
dalam sungai.
Apalah nasibku ini,
Sudah tidak mampu untuk pegang kapak lagi
Tengok, sudah jatuh pula.
Pak mamat pulang ke rumah dengan kesedihan.
Kesedihan Pak Mamat itu disedari oleh isterinya,
Apakah yang abang sedihkan?
Pak Mamat pun menceritakan segalanya.
Mak Temah sedih lalu menangis mengenangkan nasib suaminya.
Pada keesokkan harinya,Pak Mamat pergi ke hutan untuk mencari makanan.
Apabila sampai di sebuah sungai, muncul seorang puteri.
Puteri itu hairan melihat Pak Mamat yang kesedihan.
Tuan Puteri pun bertanya? Apakah yang kau sedih ini?
Pak Mamat pun menceritakan segalanya.
Puteri berasa sedih dan ingin menolong Pak Mamat.

Baik, biar beta membantu kamu. jangan lah berasa sedih lagi. Kata tuan puteri.
Tuan puteri pun menyelam dan timbul dengan kapak emas. Tuan puteri bertanya
kepada Pak Mamat?
Adakah ini kapak kamu?
Bukan, kapak emas ini bukan saya punya. kata Pak Mamat.
Puteri pun menyelam lagi dan timbul semula dengan kapak perak.
Adakah ini kapak kamu?
Bukan, kapak perak ini bukan kapak saya.
Tuan puteri menyelam dan timbul bersama kapak buruk.
Adakah ini kapak kamu?
Ya tuan puteri. Inilah kapak saya.
Tuan puteri pun memberikan kapak buruk itu kepada Pak Mamat. Pak Mamat berasa
gembira.
Disebabkan kejujuran Pak Mamat, puteri telah menghadiahkan kapak emas dan
perak kepada Pak Mamat.
Wah, terima kasih tuan puteri. Sungguh baik tuan puteri memberikan saya kapak
emas dan perak ini.
Pak Mamat berasa gembira dan pulang dengan senang hati.
Mamat telah memberitahu kepada isterinya.

Sampai dirumah, Pak

Selepas itu, mereka hidup dalam

gembira.
Pengajaran dalam cerita ini adalah kita hendaklah bersikap jujur dan jangan suka
bercakap bohong.