Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan
Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi
seorang guru yang baik dan cemerlang. Apa yang penting, keikhlasan dalam
menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri. Kualiti dan sikap
profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan. Bukan sahaja
semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-guru.
Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga
boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya
seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka,
personaliti, dan kesantunan mereka. Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak
langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan di kalangan masyarakat.
Seorang guru pastinya akan sentiasa berdiri di khalayak ramai, hadapan para
guru lain, murid-murid dan juga ibu bapa murid itu sendiri. Dalam proses mengajar
dan memahami murid, guru hendaklah menggunakan kata-kata yang sesuai dan
mudah difahami oleh mereka. Selain itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran
anak-anak murid meraka agar ucapan yang disampaikan boleh diterima dan dapat
aplikasikan kelak, serta menggunakan laras bahasa yang tepat.
Oleh itu, terdapat pelbagai etika sosial dan protokol dalam proses menjadi
guru yang cemerlang. Ia termasukah semasa proses pengucapan awam ataupun
semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran,

kesantunan

bahasa

dalam

menyampaikan isi dan kemahiran mendengar secara efektif. Selain itu, guru juga
hendaklah tidak boleh melupakan tertib di meja makan, terutamanya semasa majlismajlis formal dan rasmi, dan juga etika pemakaian, di mana guru hendaklah
mengikut tertib dan pakaian yang betul mengikut tema majlis. Maka, program Bina
Insan Guru (BIG) telah diadakan sebagai satu program yang dirangka khusus bagi
memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
2.0 Laporan Sebelum
Kami telah menjalankan dua kali mesyuarat di dalam bilik GERKO. Selaku pengerusi
Ho Zi Xian, dia telah membahagikan tugas-tugas kepada semua orang dan
menganalisikan semua peranan yang perlu ditanggung oleh setiap tugas. Selain itu,
kami telah berbincang dan merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan
semasa waktu sesi moral. Pelantikan Jawatankuasa Pelaksanaan BIG Fasa 5 telah
dilaksanakan secara demokratik oleh Jawatankuasa Induk BIG di bawah pimpinan
Pengerusi BIG. Di samping itu, kami telah mengaturkan masa bagi setiap aktiviti
1

yang akan dilangsungkan dalam tiga hari dua malam dalam Bina Insan Guru fasa
empat ini. Seterusnya, kami telah menyelesaikan setiap masalah yang diungkitkan
oleh setiap ahli seperti dari segi kewangan, cenderamata, makanan dan sebagainya.
Walaupun penat dalam perancangan dan pengurusan dalam Bina Insan Guru ini,
kami masih berasa amat gembira dan perasaan tertunggu-tunggu terhadap Bina
Inan Guru yang seronok ini. Semua ahli telah memberi komitmen dan kerjasama
yang tinggi dalam Bina Insan Guru kali ini. Kami juga telah menunjukkan kecaknaan
terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti. Bukan itu sahaja, kami juga
telah bertindakbalas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian
budaya. Sepanjang dua kali mesyaurat diadakan, kami telah menghadirinya pada
masa yang tepat. Hal ini kerana kami amat menghayati aktiviti ini dan ia telah berjaya
menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan kami. Pensyarah
Penyelaras BIG telah mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua
pelajar. Beliau mengharapkan agar semua pelajar telah memilih dan melaksanakan
tanggungjawab masing-masing dengan baik bagi mengurus program BIG ini.
3.0 Laporan Semasa
Dalam slot pertama iaitu Bengkel Pengurusan Pendidikan, kami telah mendengar
ceramah yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Hassan di bilik serba
guna pusat sumber. Melalui aktiviti yang dijalankan, nilai-nilai hidup bermoral dapat
diterapkan dalam proses pembinaan insan guru. Segala perisian program tersebut
juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada
pegangan Prinsip Rukun Negara dan seterusnya menjadi asas pembentukan
masyarakat dan pembinaan negara bangsa.

Objektif

aktiviti

ini

adalah

untuk

membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi dan persekitaran


pendidikan, mengenali dan menilai potensi diri sebagai insan guru serta membina
pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya guru, menghayati konsep kerja
sebagai satu ibadat dan hidup berbakti, memahami realiti dan tanggungjawab
seorang guru dan membuat refleksi secara kritis ke atas bentuk peraturan dan
fungsi-fungsi JPN, PPD dan pengurusan pendidikan. Antara kandungan yang telah
disampaikan melalui ceramah termasuklah guru dan perundangan, mandat, Akta
550, surat pekeliling ikhtisas, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor
serta fungsi dan peranan PPD / Zon / Bahagian dan PKG. Semua guru pelatih turut
berpeluang untuk didedahkan dengan informasi dan pengetahuan yang penting
melalui bengkel tersebut. Bagi memastikan keberkesanan program ini dapat dicapai,

semua guru pelarih dikehendaki menyediakan sebuah penulisan kritis mengenai


program tersebut.
Dalam slot kedua iaitu aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti luaran yang
melibatkan penglibatan komuniti. Melalui aktiviti yang dijalankan, nilai-nilai hidup
bermoral dapat diterapkan dalam proses pembinaan insan guru. Segala perisian
program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan
kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan seterusnya menjadi asas pembentukan
masyarakat dan pembinaan negara bangsa. Objektifnya adalah untuk memahami
struktur pengurusan sekolah cemerlang, menunjukkan kemahiran dalam pengurusan
hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan dan emahami aspekaspek penting dalam menguruskan pelbagai budaya sekolah dan kurikulum untuk
diaplikasikan pada masa yang akan datang. Kami telah menerima taklimat
pengurusan sekolah di dalam dewan mesyuarat SK Ibrahim. . Antara kandungan
yang akan disampaikan melalui ceramah termasuklah latar belakang sekolah,
pencapaian sekolah, pengurusan sekolah yang sistematik, infrastruktur atau
kemudahan sekolah, kurikulum serta budaya sekolah. Semua guru pelatih turut
berpeluang untuk melawat ke bilik-bilik khas di sekolah tersebut. Bagi memastikan
keberkesanan program ini dapat dicapai, semua guru pelarih dikehendaki
menyediakan sebuah laporan mengenai refleksi mengenai program tersebut.
Seterusnya, kami telah membuat lawatan Penanda Aras Sekolah Cemerlang.
4.0 Laporan Selepas
Kami telah membuat refleksi tentang program Bina Insan Guru ini. Seterusnya,
kami telah telah makan tengah hari di Aman Jaya Mall pada pukul 1 tengah hari.
Akhirnya, kami pun balik ke IPDA dengan perasaan yang gembira.
5.0 Rumusan
Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada
semua pihak yang terlibat, program Bina Insan Guru fasa empat ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Hasil daripada program ini telah melahirkan guru
yang mampu untuk memimpin segala aktiviti berkaitan mengenai perancangan dan
seterusnya melahirkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua
bidang.

6.0 Lampiran
(Slot 1 Bengkel Pengurusan Pendidikan)

(Slot 2- Bengkel Benchmark)