Anda di halaman 1dari 1

Akidah (Bahasa Arab: ;transliterasi: al-'Aqdah) dalam istilah Islam yang

berarti iman menurut Wikipedia. Semua sistem kepercayaan atau keyakinan bisa
dianggap sebagai salah satu akidah Akidah boleh disingkatkan kepada konsep
tauhid yang merupakan perinsip utama dalam akidah islam dan sebagai tunjang
kepada tamadun Islam. Akidah merupakan prinsip utama dalam Islam untuk
menentukan hlaa tuju tamadun samada berlandaskan kepada satu kepercayaan
sebagaimana yang digariskan oleh Islam atau sebaliknya dan ini tergambar
melalui rukun imam iaitu keimamnan kepada Allah malaikat, kitab, para rasul,
hari kiamat serta qada dan qadar.
Aqidah merupakan asas terpenting dalam setiap kehidupan manusia. Setiap
insan yang lahir ke dunia ini sudah dibekalkan dengan fitrah beraqidah dan
keyakinan yang menjadi pegangan hidup. Mereka akan mempertahankan
kepercayaan dan pegangan tersebut walaupun terpaksa membayar dengan
harga yang mahal, sehingga sanggup mengorbankan jiwadan harta. Dalam Islam
kepercayaan ini dikenali sebagai aqidah.
Justeru itu setiap insan akan melakukan tindakan dan aktiviti mereka selaras
dengan kepercayaan dan pegangan aqidah masing-masing. Akidah memainkan
peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang, Akidah adalah
penggerak dan mencorakkan kehidupan. Akidah yang Iemah mempengaruhi
gaya hidup negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang
jelas dan betul akan menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan dan
terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, sepcrti melakukan jenayah,
keruntuhan akhlak dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai