Anda di halaman 1dari 1

SUMBANGAN FALSAFAH BARAT DALAM

PERKEMBANGAN FPK
Secara keseluruhannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih mirip atau
mempunyai banyak persamaan dengan Falsafah Pendidikan Rekonstruktivisme (Griffen
Encharang, 2009). Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai unsur yang mirip
dengan Falsafah Pendidikan Rekonstruktivisme yang mana falsafah pendidikan ini
menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan
membentuk masyarakat harmoni dan makmur. Matlamat pendidikan yang ditekankan
dalam falsafah ini adalah serupa dengan matlamat pendidikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. (Mok Soon Sang, 2003).
Selain itu, melalui kepentingan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri,
penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi
pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu dalam KBSM dan KBSR juga
dapat dilihat sebagai salah satu unsur dalam falsafah pendidikan progresivisme dan
pragmatism yang diserapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Griffen
Encharang, 2009).
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan matapelajaran yang dititik beratkan
mengikut falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme. Jika dilihat dalam kurikulum
sekolah, pendidikan teknik dan vokasional ini juga dititik beratkan dalam kurikulum
Negara kita. Melalui contoh ini, jelas bahawa terdapat unsur falsafah pendidikan Barat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai