Anda di halaman 1dari 2

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
OPERASI TAPAK BINA SIRI 2/2016 - Kegagalan Perancah, Membawa Maut.
Kuala Lumpur,_____Mei Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, YBhg Dato'
Ir. Mohtar Bin Musri memaklumkan bahawa operasi mengejut di seluruh Malaysia di tapak-tapak pembinaan bagi
memastikan tahap pematuhan perundangan dan meninjau tahap keberkesanan langkah-langkah pencegahan yang
telah diambil oleh pihak kontraktor, dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).
Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang menjalankan
operasi tapak bina selama 5 hari bermula dari 09/05/2016 di seluruh negara dengan anggaran tapak bina yang
akan diperiksa adalah sebanyak 210 tapak. Operasi kali ini lebih memfokuskan kepada tapak-tapak pembinaan
yang melibatkan penggunaan dan pemasangan sistem struktur perancah di tapak bina. Semua perancah yang
diguna pakai di tapak pembinaan mestilah mematuhi kehendak standard BS 1139, MS 1462 atau setara dengannya.
Sebarang penggunaan perancah yang tidak mematuhi mana-mana standard tidak dibenarkan untuk diguna pakai di
mana-mana kerja pembinaan.
Selain itu, operasi ini memberi penekanan kepada pematuhan kehendak perundangan oleh dutyholder seperti
Jurutera Profesional, pengendali perancah dan kontraktor.
Operasi kali ini menggunakan pendekatan Model Penyeragaman Penguatkuasaan (EUM). EUM berkonsepkan
kawalan risiko yang perlu dilaksanakan menurut kehendak akta, peraturan, tata amalan industri dan piawaian KKP.
Sekiranya kawalan risiko didapati tidak memuaskan, pegawai JKKP akan mengambil tindakan seperti mengeluarkan
notis pembaikan, notis larangan (pemberhentian kerja), kompaun dan pendakwaan. Pendekatan ini membolehkan
penguatkuasaan dijalankan dengan lebih seragam dan berkesan.
Tambah beliau, projek-projek pembinaan boleh mengundang pelbagai risiko kepada pekerja dan orang awam.
Sehubungan itu, setakat April 2016, JKKP telah menjalankan 2814 pemeriksaan. Daripada jumlah tersebut, JKKP
telah mengeluarkan 1840 notis dan mengenakan 72 kompaun serta 2 tindakan mahkamah yang telah selesai
terhadap kontraktor-kontraktor yang terbabit atas pelbagai kesalahan.
Beliau turut menggesa kontraktor, Jurutera Profesional, Penyelia Formwork dan Penyelia Perancah menjalankan
tanggungjawab masing-masing bagi memastikan keselamatan dan kesihatan tapak kerja terjamin.
Tamat.

Kementerian Sumber Manusia


Aras 9, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan PUTRAJAYA
Tel : 03 8886 5004 / 5264
Fax : 03 8889 2354

Anda mungkin juga menyukai