Anda di halaman 1dari 34

GRU 6014 KAEDAH PENYELIDIKAN

PENDIDIKAN
(a) Kepentingan dan Tujuan menjalankan Penyelidikan Pendidikan
(Importance and purposes

educational research)
(b) Cara-cara mengetahui (Ways of knowing)
(c) Inkuiri Saintifik dalam Penyelidikan Sains Sosial
(d) Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif

(e) Jenis-jenis Penyelidikan


(f) Proses Menjalankan Penyelidikan (Steps in conducting research:
Preparing a research proposal).

Pengenalan

Sumber Pengetahuan/ilmu pendidikan


1. Dari pendapat dan pengalaman individu dan
pakar-tidak boleh dijadikan asas atau panduan
tindakan
2. Dari kajian saintifik-boleh dijadikan asas
atau panduan tindakan

Ciri-ciri Penyelidikan Pendidikan

1. Penyelidikan adalah empirikal (berdata)


2. Penyelidikan adalah sistematik
3. Penyelidikan adalah sah (valid)
4. Penyelidikan adalah bolehpercaya

5. Penyelidikan adalah pelbagai pendekatan


(forms)

Process Sistematik dalam Penyelidikan


Definisi
- Penyelidikan sebagai satu proses sistematik
mengutip dan menganalisa maklumat (data)
untuk satu tujuan (McMillan dan Schumacher,
1997).
- Penyelidikan sebagai satu proses yang
sistematik, terkawal, empirikal, dan kritikal
tentang sesuatu fenomena semulajadi
berasaskan teori dan hipothesis yang berkaitan
(Kelinger, 1986).

Apakah yang dimaksudkan sistematik?


Berasaskan beberapa langkah seperti

1. Mengenal pasti masalah


-menyediakan satu kerangka dan mengenalpasti
andaian (assumptions/conditions).
2. Meninjau maklumat berkaitan
-bagaimana org lain menangani masalah yang sama?

3. Mengutip data
-memerlukan satu perancangan yang dikawal
(control)

4. Menganalisa data
-sesuai dengan masalah yang hendak dikaji

5. Membuat rumusan
-berdasarkan data yang diperolehi dalam konteks
kerangka kajian

Nota:
Langkah ini mungkin bertindan tindih. Dalam kajian
kuantitatif, hipotesis ditentukan sebelum mengutip data.

Manakala, dalam kajian kualitatif, hipotesis dihasilkan


setelah data dikutip.

Kesahan Penyelidikan Pendidikan


2 jenis

1. Kesahan dalaman-setakat manakah dapatan kajian


boleh diinterpretasikan dengan tepat.
-berkenaan dengan metodologi kajian

a. instrumen
b. sampel
c. intervensi/langkah

Kesahan Luaran-setakat mana dapatan kajian boleh


digeneralisasikan kepada populasi dan/atau situasi.

-dalam hal ini kesahan dalaman merupakan prasyarat


kerana jika ianya tidak betul, generalisasi pun tidak
betul.
-kesahan luaran hanya bergantung kepada situasi dan
tujuan kajian.
Nota:
Tahap kesahan dalaman atau luaran bagi setiap kajian
tidak akan perfect. Its a matter of degree.

Kebolehpercayaan Penyelidikan Pendidikan


-Kebolehpercayaan bermaksud ketekalan
(consistency) kajian dan setakat mana kajian boleh di
ulang semula (replicated).
-Ada 2 kebolehpercayaan
A. Kebolehpercayaan dalaman bermaksud kutipan
data, analisis dan interpretasi akan tekal (consistent)
jika situasi (condition) yang sama diberi.
B. Kebolehpercayaan luaran bermaksud penyelidik
lain boleh mengulang semula sesuatu kajian dalam
setting yang sama dan memperoleh dapatan yang
sama.
Secara umum, kebolehpercayaan kajian berkaitan
dengan boleh ulang semula dan ketekalan metodologi,
situasi dan dapatan.

Klasifikasi Penyelidikan
-2 jenis-Penyelidikan Asas (Basic Research) dan
Penyelidikan Gunaan (Applied Research)
-Jenis penyelidikan bergantung kepada tujuan atau
matlamatnya.
-Penyelidikan Gunaan:jika tujuannya ialah untuk
menyelesaikan masalah serta merta (solution)
-Penyelidikan Asas: jika tujuannya untuk menambah
(extension) ilmu dalam bidang yang dikaji. Dapatannya
tidak digunakan serta merta tetapi digunakan sebagai
asas untuk kajian lain/baru.
-Penyelidikan tindakan dijalankan oleh guru, pentadbir
atau professional di sekolah itu sendiri untuk membuat
keputusan tentang masalah harian yang dihadapi.

-Dapatan kajian tindakan tidak bertujuan untuk


generalisasi tetapi kegunaan sendiri.

Penyelidikan Kualitatif dan Kuantitatif


-Penyelidikan kualitatif menerangkan sesuatu
fenomena dengan perkataan.

-Penyelidikan kuantitatif menerangkan sesuatu


fenomena dengan nombor
-Pendekatan penyelidikan kuali dan kuanti berbeza
kerana PKLmembuat rumusan drpd situasi yang
spesifik kepada yang umum (general conclusion)
manakala PKT membuat rumusan drpd prinsip yang
umum kepada situasi yang spesifik (induktif).

-PKL berasaskan paradigm semulajadi (naturalist) dan


dijalankan dalam setting semulajadi. Maklumat
(meanings) yang diperolehi khusus (specific) untuk
setting tersebut (deduktif).
-PKT berasaskan positivism atau kaedah saintifik.
Penekanan adalah kepada fakta, hubungkaitan dan
sebab-akibat.

-PKL tidak menekankan teori sebagai asas kajian


kerana teori atau model boleh dihasilkan, berubah,
ditukar atau dimodifikasi semasa menjalankan kajian.
- PKT sangat menekankan teori sebagai asas kajian dan
teori ini tidak berubah.
-PKL fokus khusus pada sesuatu konteks (contextspesifik) manakala PKL fokus pada pemboleh ubah dan
faktor.

Pelbagai Kaedah Penyelidikan


1. Kaedah eksperimental-melibatkan manipulasi
sekurang-kurangnya satu pembolehubah dan
sampelnya mestilah dipilih secara rawak (tulin).
2. Kaedah kuasi eksperimental-melibatkan manipulasi
sekurang-kurangnya satu pembolehubah dan tetapi
sampelnya mestilah dipilih secara rawak (tulin).
3. Kaedah tinjauan-tidak memanipulasikan pemboleh
ubah. Mendapatkan data sebagaimana ianya wujud
dalam keadaan sedia ada. Dapatan yg diperolehi
menerangkan status quo, hubungkaitan dan kesan
(ex-post facto).

4. Kaedah sejarah (historical)-cuba memahami


sesuatu masalah, isu, fenomena dan pergerakan
(movement) yang telah lepas dgn menggunakan
dokumen dan artifaks. Berasaskan inkuiri kritikal.
5. Kajian ethnografi-kajian mendalam tentang
sesuatu budaya. Dlm konteks pendidikan, ia
berkaitan dengan sistem, proses dan fenomena dalam
sesuatu konteks. Bergantung pada pemerhatian,
penerangan (description), dan interpretasi kualitatif.

Peranan teori dalam penyelidikan


-Teori adalah satu set konstruks (konsep) yang saling
berkaitan, definisi, pernyataan (propositions) yang
menggambarkan satu fenomena secara sistematik
dengan menunjukkan hubungan antara pembolehubah
bertujuan untuk menerangkan (explain) dan
meramalkan fenomena tersebut (Kerlinger, 1986).

-peranannya memberikan satu kerangka (framework)


atau asas untuk meyelesaikan masalah kajian.
-panduan tentang pelbagai dimensi kajian, faktor-faktor
yang terlibat, jurang (gap), kelemahan dan
ketidaktekalan kajian.
-panduan untuk menguji sesuatu generalisasi.

Proses kajian (Perbincangan)


Mengenalpasti masalah kajian

GRU 6014:

Slot 2:

Menentukan Tajuk Kajian Kuantitatif


1. Tuliskan satu masalah pendidikan yang ingin
dikaji.
2. Berdasarkan masalah tersebut, senaraikan
soalan-soalan biasa yang anda ingin
mendapatkan jawapan.

3. Cuba rumuskan satu tajuk kajian


berdasarkannya.
4. Cuba polish tajuk kajian tersebut sehingga
menjadi tajuk yang boleh dikaji iaitu konstruk
yang terdapat dalam tajuk tersebut boleh
dioperasikan

5. Setelah mengenalpasti konstruk dalam tajuk kajian,


fikirkan konsep-konsep atau pemboleh ubah yang
berkaitan dengannya.
6. Hasilkan objektif kajian daripada konsep-konsep
atau pemboleh ubah di atas
7. Fikirkan kaedah mengutip data untuk setiap
objektif kajian ini.

Apa itu konstruk (construct)?


Konstruk terdiri daripada beberapa konsep.
Biasanya terhasil dari teori
Contohnya bimbang (anxiety), motivasi, pintar,
berfikir, agresif, konsep kendiri, pencapaian,
keterampilan.

Kesediaan membaca=persepsi visual, diskriminasi


persepsi, orientasi kekiri dan kekanan dan akuiti
pendengaran.

Cari konstruk dalam tajuk berikut:


1. Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Tentang Faktor
yang Mempengaruhi Kecenderungan Penggunaan
Pusat Sumber Sekolah di Bentong, Pahang.
2. Penghayatan Nilai Akhlak dalam Pendidikan Islam
di kalangan Pelatih-pelatih Islam di Maktab
Perguruan Teknik, KL
3. Kecemerlangan Pendidikan dan Amalannya di
sekolah Menengah Harian dari Perpektif
Pengurusan
4. Pertalian antara Pencapaian Akademik dengan
Penguasaan Kemahiran Kerja Praktik dan Konsep
Kendiri Akademik dikalangan Pelajar KHB

5. Perbandingan Kesan Dua Kaedah


Pembelajaran Perisian Pengarangan Di sebuah
Maktab Perguruan
6. Peranan Persekitaran Terhadap Perkembangan
Individu ke Tahap Kecemerlangan: Satu Kajian
Kaedah Restropektif
7. Pengaruh Pendidikan Formal dan Non-Formal
Terhadap Prestasi Usahawan.

Pemboleh ubah (variable)

Merupakan satu peristiwa (event), kategori,


kelakuan (behavior) atau ciri (atribute) yang
menerangkan konstruk serta mempunyai nilai
tertentu bergantung pada sesuatu kajian.

Ada beberapa jenis pemboleh ubah

1. Pemboleh ubah kategori (categorical variable)


a. Cth: male-female, married-single, pass-fail, income
level, educational level, nationality and religion

2. Pemboleh ubah berterusan (continuous variable)


a. Diukur secara bernombor dan boleh ke nilai
infiniti within a range

b. Cth: weight, height, age, achievement, aptitude,


skills

3. Pemboleh ubah bersandar (dependent variable or


consequence variable)
a. Nilainya bergantung kepada pemboleh ubah yang
menyebabkan nilainya berubah
4. Pemboleh ubah tidak bersandar atau boleh
dimanipulasi atau eksperimental (penyebab)/
(independent variable or antecedent variable)
dimanipulasi nilainya/caranya oleh penyelidik
untuk menyebabkan nilai pemboleh ubah
bersandar berubah. Ini sering berlaku dlm kajian
eksperimental
a. Cth: Masa mengulangkaji vs pencapaian
b. Kaedah mengajar kerap digunakan sebagai
pemboleh ubah tidak bersandar/eksperimental

5. Dalam kajian bukan eksperimental seperti tinjauan,


korelasi dan expost facto, pemboleh ubah tidak
dimanipulasi.

a. Cth: Tahap keterbacaan dikalangan pelajar darjah


2; Sikap ibu bapa terhadap polisi sekolah
6. Dalam kajian korelasi, pemboleh ubah disebut
pemboleh peramal (predictor variable) dan
pemboleh ubah diramal (predicted variable).
a. Cth: Skor SPM dan Pencapaian di universiti
7. Pembolehubah moderator-sejenis pembolehubah
tidak bersandar yang boleh memberi kesan kepada
hubungan antara pembolehubah tidak bersandar
utama (1) dengan pembolehubah bersandar.

7. Hipotesis kajian ialah satu pernyataan tentatif tentang


hubungan/kaitan antara dua atau lebih pemboleh
ubah.

a. Dengan perkataan lain, penyelidik membuat


jangkaan dapatan.
b. Cth: Adakah hubungan antara mengulangkaji
dengan ingatan?
H: Ada hubungan yang positif antara mengulangkaji
dengan ingatan

H: Pelajar pencapaian rendah dalam kelas pemulihan


bacaan akan mendapat skor yang tinggi berbanding
dengan pelajar pencapaian rendah dalam kelas
normal

H: Stail pentadbiran demokratik menghasilkan


kepuasan yang tinggi dikalangan ahli fakulti
berbanding dengan stail pentadbiran autoritarian.
c. Hipotesis sangat penting dalam kajian eksperimental
dan korelasi.
d. Kriteria hipotesis

i.

Pernyataan mesti menjelaskan jangkaan hubungan


antara dua atau lebih pemboleh ubah.

ii. Boleh diuji secara empirikal

iii. Boleh dihuraikan secara tentatif berdasarkan teori


atau kajian lepas
iv. Mesti ringkas dan padat (concise and lucid)

Mencari tajuk kajian kualitatif


1. Mesti dimulakan dengan tajuk kajian yang umum
dan metodologi yang hendak digunakan.

2. Keduanya tidak terpisah seperti mencari tajuk


kajian kuantitatif.
3. Cthnya, hendak mengkaji peristiwa lepas atau
sedang berjalan? Peristiwa lepas memerlukan
koleksi dokumen lama manakala peristiwa yang
sedang berjalan memerlukan kebenaran berada
dalam lokasi yang dipilih dan menemubual individu
tertentu dilokasi tersebut.

4. Tajuk umum: Pengajaran membaca dan menulis


Ada dua pendekatan yang berbeza: Kelas Phonics
dan Kelas Whole Language
Anda memilih untuk memahami kelas Whole
Language
Persoalan: Bagaimanakan guru membuatkan pelajar
boleh belajar menulis dan membaca dalam kelas
ini?
5. Bermula dengan: SATU KES dan JENIS
METODOLOGI kemudian DESKRIPSI
NARATIF kemudian KONSEP

KES: satu hal atau satu masalah di suatu tempat


METODOLOGI: Pemerhatian (nota lapangan/field
notes), Temubual (transkrip), dan dokumen-dokumen
DESKRIPSI NARATIF: cerita yang mengandungi
individu, insiden (senario), bahasa individu yang
terlibat (verbal atau bukan verbal), dan makna yang
diberikan oleh individu tentang pandangan mereka
terhadap peristiwa dan persekitaran dalam konteks
kehidupan mereka.
KONSEP: sintesis atau rumusan dari deskripsi di
atas. Konsep ini khusus untuk konteks dan individu
yang terlibat dalam deskripsi di atas.

TEKNIK MENGUTIP DATA


KUANTITATIF
Jenis : Pemerhatian berstruktur
: Temubual berstruktur
: Ujian

: Soal selidik
: Pemerhatian tidak sedar
Ciri: Instrumen digunakan
: Data dalam bentuk nombor
: Cara persembahan data telah ditentukan

: Data dalam bentuk respon yang ditentukan oleh


instrumen

Ciri: Data diletakkan dalam jadual


: interpretasi (makna data) diperolehi berdasarkan
prosedur statistik

TEKNIK MENGUTIP DATA


KUALITATIF

Jenis: Pemerhatian ethnografi


: Temubual ethnografi
: Dokumen

Ciri: Data dikutip tanpa instrumen


: Data dalam bentuk perkataan
: Cara persembahan data tidak ditentukan
bergantung pada data yang dikutip
: Data dalam bentuk nota lapangan, nota temubual,

dokumen.

Ciri: Pengguna jadual untuk menunjukan pattern,


jadual digunakan untuk sokong makna
kualitatif
: Interpretasi (makna/meanings) diperolehi
berdasarkan strategi kualitatif yang dipakai