Anda di halaman 1dari 4

KBAT keperluan pendidikan abad 21

6 April 2016 | ADMIN

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan
pendidikan masa lampau.
Jika suatu ketika dahulu, komunikasi dua hala antara guru dan murid-murid sudah
memadai, namun tahap pendidikan masa kini menuntut kemahiran berfikir di luar
kotak, kehendak jawapan pula memerlukan cara berfikir aras tinggi.
Justeru, dalam memenuhi tujuan itu, kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 20132025 telah memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
untuk melahirkan golongan murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi,
serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Transformasi pendidikan kepada KBAT adalah sesuai dengan keadaan semasa kerana
guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan muridmurid masa lalu.
Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai
sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih
mendalam.
Penerapan KBAT dalam pendidikan menggunakan pendekatan menyeluruh dan
sistematik yang merangkumi tujuh elemen, terdiri daripada tiga elemen utama iaitu

kurikulum, pentaksiran dan pedagogi serta empat elemen sokongan seperti


kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya.
Ikuti pandangan guru-guru dalam menjayakan tuntutan pendidikan negara ke arah
melahirkan murid dan pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran kritis, kreatif,
dan inovatif.
roses pembelajaran di sekolah bukan sekadar interaksi di antara guru dan pelajar.
Seharusnya pemahaman itu perlu melibatkan proses berfikir.
Bagaimanapun, boleh dikatakan kebanyakan pelajar sebenarnya menghafal atau rote
learning dalam pembelajaran.
Ini boleh dikategorikan sebagai kemahiran berfikir aras rendah. Sebagai contoh
kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau
maklumat yang disampaikan oleh guru.
Ini terjadi kerana masa kini orang memandang kepada berapakah bilangan A yang
diperoleh.
Bukan kepada sejauh manakah kita memahami atau mendapatkan input dalam proses
pembelajaran. Sehinggakan di penghujung harinya, keputusan cemerlang itu hanyalah
sekadar nilai sekeping kertas kosong.
Justeru itu, dalam usaha mampu bersaing sebaris dengan negara termaju, sistem
pendidikan negara perlu berupaya melahirkan generasi muda berpengetahuan,
mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan
berkesan pada peringkat global.
Maka, aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diperkenalkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Aplikasi KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Ia memerlukan seseorang
itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea,
pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.
Pembelajaran bukan lagi satu arah Menurut Mohamad Khamidon Sadi, 47,
perlaksanaan KBAT itu dapat diaplikasikan sekiranya guru diberikan persediaan yang
rapi ke arah itu.
Secara umumnya semua guru telah pun disediakan dengan ilmu KBAT sejak dalam
pengajian pendidikan.
Kerana KBAT lebih terarah menterjemahkan konsep pendidikan dalam taksonomi
bloom iaitu merangkumi pembelajaran dari aras rendah ke aras tinggi iaitu pelajar
mampu mengingat, memahami, mengaplikasikan, analisa, membuat penilaian dan
menghasilkan produk/menyelesaikan masalah, katanya.
Beliau yang sudah mengajar selama 24 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Seksyen 16 Shah Alam itu menjelaskan pendidik perlu bersedia dari segi

mental dan fizikal, di samping prasarana yang sesuai dan kondusif bagi
menterjemahkan KBAT dalam pembelajaran.
Namun masih terlalu banyak kekangan dan kelemahan yang agak ketara dalam
memastikan perlaksanaan berjalan dengan baik dalam membentuk kemenjadian diri
pelajar. Seperti yang terdapat dalam enam aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM).
Bagaimanapun, dengan adanya KBAT pembelajaran menjadi lebih aktif dan
menyeronokkan.Tidak lagi spoon feeding atau satu arah. Mereka dilihat menjadi
lebih pro aktif, kreatif dan masa sama sikap malu di dalam kelas semakin berkurangan
kerana pelajar diberi pendedahan untuk bercakap dan memberi pendapat sama rata,
jelasnya.
Namun hakikat yang perlu diterima ialah ketidakjelasan terhadap KBAT itu sendiri,
sokongan dari segi prasarana di dalam bilik darjah, perbezaan tahap pelajar yang
sangat ketara, kekangan kewangan dan sokongan ibu bapa di rumah sering kali
menjadi batas bagi pelaksanaan KBAT secara menyeluruh.
Sementara, kejayaan pencapaian peratusan dalam peperiksaan utama sekolah seperti
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesebuah
sekolah yang sering digemburkan pihak tertentu juga sebenarnya sedikit sebanyak
masih lagi membantutkan usaha KBAT.
Kerana ia tetap menyebabkan exam oriented masih dikekalkan dan justeru, pelajar
dan guru akan lebih tertumpu untuk mengejar silibus berbanding perlaksanaan
pembelajaran secara lebih terbuka, ujarnya.
Mampu membuat keputusan sendiri Pada masa yang sama guru Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan, Jaffry Jaafar, 32, berpendapat soalan berbentuk objektif yang
digunakan sebelum ini menyebabkan murid yang lemah akan memilih secara rawak
serta tidak membaca soalan yang diberikan.
"Ini menyebabkan murid menjawab sambil lewa dan siap menjawab kertas soalan
tidak sampai lima minit. Melalui format baru kertas soalan berdasarkan KBAT, murid
perlu menulis serta berfikir untuk mendapatkan jawapan.
Pelajar yang lemah tidak ada pilihan lain untuk menjawab soalan," katanya.Ujarnya,
setiap murid mempunyai tahap pemikiran berbeza. Kepelbagaian soalan dapat
membantu murid memahami sesuatu perkara dengan mudah.
"Kesan positif melalui KBAT, murid yakin memberi pendapat dan mampu membuat
keputusan sendiri. Kita boleh lihat dahulu murid dapat keputusan cemerlang 10A,
belum tentu akan dapat pekerjaan yang memerlukan kemahiran.
Melalui pendekatan KBAT, elemen aplikasi dan mencipta dapat membantu murid
proaktif serta berdaya saing dengan orang sekeliling.
"Pelaksanaan KBAT tidak mudah. KBAT memerlukan inisiatif pelajar itu sendiri
untuk berubah daripada pemikiran biasa kepada pemikiran yang kritis," jelasnya.

Pelaksanaan KBAT juga diteruskan pada peringkat pra sekolah menggunakan


pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Guru Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Peel, Kuala Lumpur, Tuan
Maizura Tuan Mat berkata, untuk murid-murid peringkat pra sekolah, teknik mengajar
mesti diselitkan dengan elemen seronok, belajar sambil bermain satu kemestian, unsur
permainan juga diterapkan menggunakan pendekatan bertema menggunakan alatan
sukan, alat muzik, dan alat permainan tradisional.
"Bermain adalah pengalaman penting murid kerana mereka berpeluang belajar dalam
suasana bebas, selamat, gembira dan bermakna," katanya.
Dalam meningkatkan bina upaya KBAT secara berterusan, guru juga menggunakan
pendekatan tersendiri.
"Di dalam kelas saya menggunakan teknik menyelesaikan masalah contohnya
mengadakan aktiviti melibatkan nombor, perkataan teka-teki silang kata yang sesuai
dengan tahap mereka, hasilnya mereka mula meneroka, memahami dan dapat
mempelajari masalah yang timbul," katanya.
Tambah Tuan Maizura, dalam menimbulkan mood seronok juga, dia mengaplikasikan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran.
"Selalunya saya guna bahan maujud dalam pengajaran agar murid boleh sentuh, lihat
dan rasa. Jika ada keperluan, disertakan juga tayangkan video, cd, slide show."Usaha
meningkatkan KBAT juga adalah melalui guru yang sentiasa perlu kreatif dalam
merancang aktiviti. Salah satu daripadanya menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik, selesa dan sesuai, kelas dihias dengan warna ceria dan bersih," katanya.
http://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/kbat-keperluan-pendidikanabad-21-1.506623