Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH
JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar

: Mohd Zulqarnain Bin Abdol Rahman

Kursus & Ambilan

: PISMP PK/ BM / MORAL

Tempoh Praktikum

: 1 BULAN

Pengkhususan

: Major ( Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Nama Guru Pembimbing : Puan Fauziah Binti Rezab


Nama Pensyarah Pembimbing : 1. Tn.Hj. Ghazali Bin Omar.

Catatan Minggu ke: (1).Tarikh : 12 April 2015 16 April 2015.


Guru kurang bersedia untuk mengajar.
Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
Sepanjang minggu pertama saya menjalani Praktikum Fasa I di Sekolah
Kebangsaan Haji Abdul Rahman, Tokai, saya berkesempatan untuk mengajar di
dalam kelas pada hari ketiga. Minggu pertama ini adalah mingu kami untuk
melaksanakan suai kenal dan pemerhatian terhadap kelas yang akan diajar. Di
samping itu, saya dan rakan praktikum yang lain lebih mencari dan mendapatkan
maklumat sekolah untuk diletakkan dalam portfolio dan buku persediaan mengajar
kami. Pada minggu pertama ini juga, saya dan rakan praktikum lain berbincang dan
berjumpa denagn pihak sekolah seperti Guru Besar, Penolong-penolong kanan dan
yang penting sekali adalah berjumpa dengan guru pembimbing kami.
Namun begitu, pada minggu pertama ini saya diberi amanah untuk masuk ke dalam
kelas-kelas yang akan saya ajar pada minggu hadapan, iaitu kelas Tahun 1 untuk
subjek Bahasa Melayu dan Tahun 3 subjek Matematik. Saya telah melaksanakan
aktiviti suai kenal dan aktiviti permerhatian terhadap murid-murid. Ini bertujuan untuk
melihat sejauh mana penguasaan mereka terhadap subjek Matematik dan Bahasa
Melayu. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada saya untuk mengenal murid yang

lemah pada kedua-dua subjek ini dan perlu di bantu sepanjang saya mengajar
bermula pada minggu hadapan.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori
tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan
penggunaan

serta

pensampelan

tingkah

laku.

Kategori-kategori

tersebut

memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.


Tambahan lagi, semasa saya berada di kelas saya mengawal tingkah laku murid
dengan membuat First Impressionterhadap murid-murid dengan tidak terlalu mesra
dan saya bersikap tegas. Pada minggu ini saya berasa kurang selesa dan tidak
bersedia untuk mengajar. Namun hubungan saya dengan pelajar mula rapat. Antara
masalah yang saya hadapi ialah sesetengah murid tidak member perhatian semasa
saya mengajar dan tidak mengawal tingkah laku. Hal ini dapat dilihat khususnya
pada waktu kelas yang terakhir. Mereka tidak memberi tumpuan terhadap apa yang
diajar oleh guru tidak difahami.
Blair, Jones & Simpson 1991menyatakan :
Apabila guru-guru menjejakkan kakinya ke dalam kelas untuk pertama kali akan
menyedari terlalu banyak perbezaan dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Guru harus
berusaha menyelidik dengan mendalam bentuk-bentuk perbezaan yang wujud.
Sejauh

mana

perbezaan

individu

mempengaruhi

proses

pengajaran

dan

pembelajara juga perlu diketahui .


Analisis
Daripada masalah di atas, saya telah membuat beberapa pemerhatian, siasatan dan
temubual dengan guru pembimbing saya dan juga rakan-rakan. Selain itu, saya juga
banyak mendapat maklum balas dari guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran
lain tentang murid-murid pendidikan khas ini. Guru-guru di sini banyak menyatakan
tingkah laku setiap murid-murid. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu saya
untuk mengetahui masalah dan tingkah laku yang di hadapi oleh murid.

Cadangan
Untuk mengatasi masalah di atas, saya telah membuat beberapa tindakan dan
cadangan. Antaranya ialah bagi mengatasi masalah murid-murid membuat bising
dan tidak member perhatian semasa p&p iaitu menggunakan strategi pengajaran
yang efektif iaitu membuat (hands-on) aktiviti yang sentiasa melibatkan penglibatan
murid setiap kali p&p dijalankan. Mok Soon Sang (2008), strategi dan kaedah
mengajar yang digunakan adalah sesuai dan yang cerdas diberikan aktiviti
pengayaan manakala murid-murid yang belajar lambat dibimbing dengan aktiviti
pemulihan.
Tempoh Masa Penyelesaian
21 April 2015 23 April 2015
Tindakan Susulan
Saya akan menggunakan aktiviti sampingan seperti gerakan badan, permainan dan
nyayian yang mampu menarik minat murid untuk memberi perhatian semasa saya
mengajar. Hal ini kerana murid-murid Pendidikan Khas lebih suka belajar sambil
bermain. Jadi, aktiviti sampingan dapat membantu mereka member tumpuan kepada
guru dan dalam masa yang sama guru dapat menyelitkan isi pdp. Dr. Rajbi Kaur
(2005), di dalam peringkat permulaan guru berjaya memotivasikan murid-murid dan
menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikuti pengajaran guru dengan
penuh minat.
Kesimpulan
Iklim sokongan yang positif hanya dapat dibawa oleh guru yang asertif. Kunci
kawalan disiplin pelajar adalah konsisten penguatkuasaan peraturan dengan
berkesan. Menurut canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkrompromi dengan
penggunaan peraturan dalam apa jua keadaan.

Pandangan / komen guru pembimbing


..................................................................................................................................................
......................................................................................................................................... ........
..................................................................................................................................................
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................
Pandangan / komen pensyarah pembimbing
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai