Anda di halaman 1dari 6

CERAMAH FADHILAT REJAB, SYAABAN & RAMADHAN

1435H / 2014M
SMK PANTAI SEPANG PUTRA
AMIRUL IQHMAL AHMAD ROSNI
Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdullilahi rabbil alamin,
Wassalatu wassalamu ala saidina muhammadin asrafi mursalin,
Wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Yang Berbahagia,
Ustaz Nasrul Hadi Bin Hj Mohd Tauhid
Penceramah jemputan pada hari ini,
Yang Berusaha,
Tuan Haji Mohd Amin Bin Sulaiman
Pengetua SMK Pantai Sepang Putra,
Yang Dihormati,
Encik Azman Bin Johari
Penolong Kanan Pentadbiran
Cik Siti Zubaidah Binti Mohd Said
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Mohd Isa Bin Sulaiman
Penolong Kanan KoKurikulum
Barisan Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang, Para Kauselor, Guru-guru
dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Mayang berliut berisi padat,
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.
Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh, salam ukhwah, salam perdana dan
salam SEMESTRA.

Majlis akan dimulakan dengan Ummul Kitab (Al-Fatihah)

Ikan merah dijual di pecan,


Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

***

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan Saudara ____________________________________________
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis, dengan ini, mempersilakan.
(Bacaan Doa)
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Terima Kasih diucapkan kepada Saudara _________
atas pimpinan bacaan doa. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan
berjalan dengan lancar, Insya Allah!

Hadirin yang dihormati sekalian,

* **

Rejab Kembali, Syaaban Menanti, Ramadhan Dirindui.


Alhamdullilah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang
Maha Esa, kerana, dalam meniti tiga bulan yang penuh keberkatan, iaitu Rejab,
Syaaban dan Ramadhan, dapat kita dipertemukan di dalam
Ceramah Fadhilat Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Peringkat SMK Pantai Sepang
Putra, bagi tahun 1435H bersamaan 2014M.
* **

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Rejab kembali menemui kita.


Rejab bermaksud kebesaran atau kemuliaan, manakala bulan Rejab membawa
maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Barang siapa yang berpuasa tiga hari
pada bulan Rejab dan berjaga malam, atau Qiamullail, adalah seperti dia berpuasa
selama tiga ribu tahun. Masyarakat Jahilliyah menamakan bulan ini dengan bulan
Rejab kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan
sebarang peperangan berlaku semasa bulan Rejab, atau lebih dikenali sebagai bulan
Allah.

Berakhirnya Rejab, bermulanya Syaaban.


Bulan Syaaban lebih dikenali sebagai bulan Nabi Muhammad S.A.W. Buktinya ialah
Sabda Nabi S.A.W., yang bermaksud: Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan atau menghapuskan dosa dan
Ramadhan ialah menyucikan dosa dari segi jasmani dan rohani diri seseorang itu.
Bulan Syaaban dinamakan demikian kerana terbapat banyak kebaikan. Syaaban
bermakna kemuliaan, ketinggian dan kebaikan. Puasa yang lebih afdhal sesudah
Ramadhan ialah puasa pada bulan Syaaban.

Syaaban berlalu, Ramadhan menanti.


Ramadhan pula merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah
yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Kelebihan bulan Ramadhan adalah
dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehinggalah mendapat
keampunan dan darjat tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam
Lailatul Qadar yang dipenuhi dengan amal ibadah, disamping solat sunat, bertasbih
serta berzikir.

Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:

Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
* **
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu ceramah daripada penceramah
jemputan kita pada pagi yang penuh Syafaat ini.
Beliau dilahirkan pada 28 Jun 1985, keluarganya berasal dari Kampung Bukit
Bangkong. Berkelulusan Sarjana Muda dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau aktif dalam memberikan ceramah agama dan motivasi kepada semua lapisan
masyarakat. Beliau juga terlibat dalam pelbagai agensi berkaitan dakwah.
Dengan ini, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia,
Ustaz Nasrul Hadi Bin Hj Mohd Tauhid bagi menyampaikan ceramahnya.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
(Ceramah)
Syukran jazilan diucapkan kepada Ustaz Nasrul Hadi Bin Hj Mohd Tauhid atas
ceramah yang disampaikan sebentar tadi.
Diharap hadirin yang mendengar ceramah itu tadi akan dapat melaksanakan perkara
yang boleh kita jadikan pedoman dan ilmu, khususnya pada bulan-bulan yang penuh
syafaat ini. Insya Allah!
* **

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid yang akan didendangkan oleh
_____________________;
bertajuk _____________________________________________________.
Majlis mempersilakan.
(Nasyid)
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan nasyid __________________________
atas persembahan yang menakjubkan itu tadi.
* **
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah
jemputan kita. Majlis mempersilakan _____________________________ untuk
naik ke atas pentas bagi menyerahkan cenderahati kepada Ustaz Nasrul Hadi Bin
Hj Mohd Tauhid.
Dijemput Ustaz Nasrul Hadi Bin Hj Mohd Tauhid untuk naik ke atas pentas untuk
menerima cenderahati sebagai tanda ingatan daripada pihak sekolah.
Terima kasih kepada _______________________________ atas penyampaian
cenderahati sebentar tadi.
* **
Alahmdulliah, dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka Ceramah Fadhilat
Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Peringkat SMK Pantai Sepang Putra, tahun
2014 sudah sampai ke penghujungnya.
Saya, mewakili pihak pengurusan majlis pada hari ini, ingin mengucapkan rasa syukur
dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita
pada hari ini samada secara langsung atau tidak langsung. Moga kita semua akan
beroleh keberkatan daripada-Nya.

Timun sekepal sipucuk putat,


Mencari bunga di dalam kebun,
Pantun janggal bersulam cacat,
Jari bersusun kemaafanku pohon.
Dengan kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari andai kata ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
* **
Syaaban dan Ramadhan bakal menjelang,
Pahala diterima, dosa diampuni,
Diberi Allah umur yang panjang,
Kalau sudi datanglah lagi.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita akhiri majlis pada hari ini dengan membaca
surah al-Asr.
(Membaca Surah)
Sekian,
Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh.
* **
Dijemput Ustaz Nasrul Hadi Bin Hj Mohd Tauhid, diiringi
______________________________ untuk ke kantin untuk menjamu sedikit
jamuan ringan yang telah disediakan.
* **
Semua murid tingkatan 1,2 dan 3, anda dibenarkan rehat.
Murid-murid tingkatan 4 dan 5, sila masuk ke dalam kelas masing-masing kerana
proses PdP berjalan seperti biasa.

Anda mungkin juga menyukai