Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan
Isu dan masalah tigkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali
dilaporkan tidak kira melaui media cetak mahu pun media elektronik. Isu masalah
tingkah laku ini sering kali menjadi isu yang hangat diperkatakan dalam
kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. Pelbagai masalah yag melibatkan etika
perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes yang melibatkan tingkah laku
negatif guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan sebagainya.
Sebagai contoh isu gangguan seksual iaitu guru disiplin cabul murid sebelum
rotan yang dilaporkan oleh Harian Metro yang bertarikh 4 Mac 2011 telah
menjadikan isu ini semakin hangat diperkatakan disegenap lapisan masyarakat.
Berdasarkan isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru disiplin di sebuah
sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang iaitu Megat Ismazi Ismail, 48 tahun.
Guru tersebut telah didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya
di atas dada kesemua pelajar tersebut di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30
pagi hingga 8.30 pagi pada 25 Februar 2011. Guru tersebut telah melanggar kod
etika perguruan dengan membuat gangguan seksual ke atas muridnya. Isu
gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasan dari hari ke
hari.
Dewasa ini, kejadian gangguan seksual semakin berleluasa dan agak
merungsingkan semua pihak. Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di tempat
kerja dan tempat awam malah isu ini telah menular di sekolah-sekolah. Tidak kira
sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Dimana mangsa gangguan seksual ini
ialah murid-murid ataupun pelajar-pelajar. Gangguan seksual yang dilakukan oleh
para pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi
anak murid dibawah jagaan mereka. Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku

yang negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini
memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari
masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.
Menurut Abd Rahim (2003), terdapat kaitannya pemboleh ubah personaliti
ini dengan gangguan seksual. Masing-masing mangsa dan pelaku disimpulkan
mempunyai personaliti yang bermasalah sehingga mendorong terjadinya perbuatan
ini.

Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti kefahaman kedua-dua pelaku

dan mangsa tentang terma gangguan seksual dan bentuk-bentuk gangguan seksual
yang kerap dilakukan oleh pelaku dan dialami oleh mangs. Kod Amalan (1999)
mentakrifkan gangguan seksual contohnya meraba ialah sebarang tingkah laku
berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan samada secara lisan,
isyarat, visual, psikologi atau fizikal.
Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk
gangguan seksual kepada lima jenis iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara
isyarat, gangguan secara visual, gangguan secara fizikal dan gangguan secara
psikologikal. Gangguan secara isyarat (Bukan Lisan) ialah gangguan yang
dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau
gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling,
menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang
lain.
Seterusnya, gangguan secara visual ialah perlakuan menghantar nota, surat,
email, pesanan ringkas (sms), gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang
berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik
atau peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan mangsa berasa
tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual. Begitu

juga, gangguan secara lisan ialah bentuk gangguan yang dapat dilihat dalam
penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyibunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual
ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual
sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut.
Selain itu, gangguan secara psikologi ialah mangsa cuba merapati secara
seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi
keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang
bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang menimbulkan tekanan emosi dan
mental ke atas mangsa. Disamping itu, gangguan secara fizikal ialah gangguan yang
berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain
dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa,
memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba
sehingga mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut.
2.0 Punca Berlakunya Kes Gangguan Seksual ( Cabul )
Gangguan seksual terhadap murid di sekolah bukanlah satu fenomena yang
baru. Menurut Fitzgerald (1993) seorang dari setiap dua orang wanita akan menjadi
mangsa gangguan seksual. Penyataan sarjana ini menggambarkan bahawa
gangguan seksual merupakan masalah sosial yang semakin meruncing pada hari
ini. Apabila menyebut gangguan seksual di sekolah, yang terbayang dimata setiap
orang ialah murid perempuan adalah golongan yang menjadi mangsa dan pelakunya
adalah golongan guru lelaki. Menurut Koss (1990), murid yang mengalami gangguan
seksual iaitu dicium seringkali merasa diri mereka sebagai mangsa dan menukar
corak hidup mereka menjadi pendiam, kurang bergaul dan sebagainya. Murid yang

menjadi mangsa ini tidak menghadirkan diri ke sekolah. Hal ini menyebabkan
peluang untuk belajar mereka terganggu dan menjejaskan masa depan mereka.
Murid yang mengalami gangguan seksual akan mengalami gangguan dan
tekanan emosi yang tinggi jika tidak diberi rawatan kaunseling. Perasaan takut,
marah, murung, malu, mudah tersinggung dan kurang motivasi untuk belajar
terdapat pada diri mangsa. Gangguan seksual contohnya cabul adalah satu isu
tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru terhadap murid-muridnya
sehingga murid tersebut takut untuk ke sekolah dan ada juga murid berasa tidak
selesa

berada

disekolah.

Hal

ini

menyebabkan

pembelajaran

mangsa

terganggu.Keselamatan murid tersebut telah terancam kerana perbuatan yang


dilakukan oleh guru tersebut sangat keterlaluan. Keadaan yang dialami oleh murid
ini berpunca dari guru yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan
murid tersebut.
Mengapakah boleh berlakunya gangguan seksual? Mengapakah murid
menjadi mangsa dan pelakunya gurulelaki? Menurut Clark (1991) bahawa
pergerakan wanita, revolusi seksual dan penggunaan pil perancangan keluarga
adalah

antara

faktor

yang

didapati

sebagai penyumbang

besar

kepada

berkembangnya masalah sosial ini. Antara punca tingkah laku negatif yang
dilakukan guru bagi kes gangguan seksual (mencabul) pertamanya ialah kurang
memahami etika keguruan. Guru yang memahami etika keguruan tidak akan
tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Ini
berbeza pula dengan guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang
telah digariskan. Ini menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mengerti dan
memahami apa yang terkandung dalam kod etika guru.

Sebagai seorag guru kita sepatutnya sedia maklum tentang perkara yang
boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi dalam kes ini yang terjadi
adalah sebaliknya. Guru lelaki tidak menjaga batas-batas pergaulan diantara guru
lelaki dengan murid perempuan. Masalah keluarga juga merupakan salah satupunca
berlakunya tingkah laku negatif dikalangan guru ini. Guru yang mengalami masalah
keluarga contohnya penceraian dan kurang kasih sayang akan mengalami tekanan
dan emosi yang tidak stabil. Hal ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan
mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi
melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa, masalah
rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak dapat
dipenuhi menyebabkan guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat untuk
melepaskan tuntutan seksual mereka.Menurut teori seksualiti menjelaskan bahawa
perkembangan hidup dan tingkah laku manusia adalah didorong oleh kemahuan,
kehendak dan kuasa seksualiti (Abd Rahim, 2003). Disini jelas menunjukkan
bahawa seks adalah satu keperluan asas kepada orang dewasa dan cara manusia
mencapai kehendak dan keperluan seksual.
Faktor lain yang

menyebabkan masalah ini timbul ialah pengaruh

negatif yang timbul melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon
bimbit dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik
lebih banyak dari media massa kerana media elektronik mudah didapati dengan
meluas tanpa sekatan. Hal ini kerana, guru boleh memperolehi bahan-bahan lucah
dengan mudah dengan hanya melayari internet berbanding medium yang lain. Ini
menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan sedemikian.
Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini
terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa contohnya media cetak

membolehkan guru tersebut mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan
sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak
muridnya.
Tiada kesedaran agama juga adalah punca kepada tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh guru tersebut. Didikan agama yang kurang terutama tentang hukum
halal dan haram menyebabkan seseorang guru tersebut sanggup melakukan
perkara terkutuk itu demi kepuasan mereka sendiri. Kesedaran agama yang kurang
iaitu tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan
guru tersebut tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah.
Guru tersebut juga tidak menjaga pergaulan beliau dengan anak muridnya dimana
dia sanggup membuat gangguan seksual keatas anak muridnya sendiri. Di sini jelas
menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan
beliau sebagai seorang muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan baik.
Jika difikir kembali tidak mungkin akan berlaku kes seumpama ini jika guru tersebut
mempunyai kesedaran agama yang tinggi.
Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada tingkah laku negatif
yang dilakukan oleh guru tersebut ialah pengambilan pil peransang. Kebanyakkan
kes yang melibatkan gangguan seksual ini sering kali dipengaruhi oleh pengambilan
pil peransang seperti Viagra yang tidak terkawal dan dijual di pasaran secara
terbuka. Apabila pengambilan pil peransang secara tidak terkawal, keinginan
seksual semakin meningkat menyebabkan berlakulah gangguan seksual keatas
murid. Kebanyakkan guru lelaki yang tidak berkahwin atau telah bercerai yang
menggunakan pil peransang ini akan cuba membuat gangguan seksual terhadap
anak muridnya apabila teransang. Dalam situasi ini, guru tersebut hanya ingin

memuaskan diri mereka tanpa mengira nasib yang akan menimpa anak murid
apabila berkelakuan negatif seperti ini.
Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif ini ialah
bebanan kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang
tinggi. Mengikut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru
terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan,
kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja
yang terlalu banyak dan tekanan ditempat kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari
menyebabkan guru itu tidak dapat berfikir panjang seterusnya mencari jalan lain
untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Guru terbabit menggangap, gangguan
seksual yang dilakukan ini boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi namun
kesan dari perkara itu lebih teruk dari apa yang dijangkakan.
3.0 Kesan Daripada Isu Atau Masalah Tersebut
Masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi, jika masalah ini tidak
dibendung dengan baik. Akibat dari perbuatan tingkah laku negative guru ini bukan
sahaja akan memberi impak buruk kepada dirinya namun kesannya akan turut
dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru- guru lain,
Implikasi yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan ini ialah
menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi semakin rengang. Murid akan
merasa benci dan takut untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
bersama guru tersebut. Dalam situasi ini, murid berasa tidak selamat untuk
meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatannya
juga akan musnah kerana mereka semua tidak lagi mempercayai guru tersebut
selepas sekali melakukan perkara yang tidak senonoh. Guru tersebut akan
mengalami tekanan emosi juga adalah kesan jangka pendek yang akan dihadapi

dimana guru tersebut mungkin mengalami konflik jiwa yang serius akibat dari
perbuatannya. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait
dengan gangguan emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan
masalah keluarga.
Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini
mungkin akan mendapat kesan yang buruk kerana mereka akan dibenci dan
dicemuh oleh masyarakat. Ini menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam
suasana yang tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan
menimpa guru tersebut ialah beliau akan hilang pekerjaan dan mata pencarian
akibat dari perbuatan mereka yang tidak senonoh itu. Pada masa yang sama guru
tersebut tidak akan diterima oleh masyarakat dimana masyarakat akan memandang
serong kepada mereka.
Selain itu hubungan ibubapa dan guru menjadi rengang dimana ibubapa tidak
lagi mempercayai i guru untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna.
Masyarakat juga akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru
dan pentadbir sekolah. Tambahan lagi, kesannya ialah ibubapa tidak puas hati
dengan layanan guru terhadap anaknya. Manakala kesan jangka panjang yang
menimpa ibubapa dan masyarakat ialah mereka menyalahkan guru sehingga guru
tersebut dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. selain itu, ibubapa membawa
isu gangguan seksual ini kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi
mendapat keadilan bagi pihak anak mereka.
Selain itu, sekolah akan memindahkan guru tersebut ke sekolah yang lain
bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tidak
ada tempat dalam masyarakat dimana beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh
dipercayai oleh masyarakat. Kesan kepada guru lain ialah, masyarakat tidak lagi

mempercayai

bahawa

guru

dapat

mendidik

dan

mengajar

anak

mereka

menyebabkan tugas guru tidak lagi di pandang sebagai satu tugas yang mulia oleh
masyarakat. Kesan daripada itu juga menyebabkan guru guru tidak bersalah akan
diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang
dilakukan oleh rakan sejawatannya.
Tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru ini menyebabkan profesion
perguruan

ini

dipandang

rendah

oleh

masyarakat.

Masyarakat

tidak

lagi

mempercayai kepada profesion perguruan sehingga menyebabkan profesion ini


tidak lagi diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi
dianggap mulia oleh masyarakat dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa
profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang
selamat dan berkesan. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh
masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid. Di samping itu juga, kesan dari ini
kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai
aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini.
Kesan akan yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau nama baik
sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutama ibu bapa tidak lagi
menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi
dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti
kepada murid-murid. Manakala kesan jangka panjang yang menimpa sekolah ialah
sekolah dilabel sebagai tempat yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah
gangguan seksual berleluasan secara tidak terkawal.
Mangsa yang mengalami gangguan seksual akan lebih cenderung berdiam
diri, bersendirian, murung dan sebagainya. Ini menyebabkan mangsa tidak lagi
berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa menurun. Pada masa yang sama

mangsa gangguan seksual akan fobia dengan guru terutama guru lelaki. Kesan
jangka panjang kepada mangsa ialah mangsa mengalami tekanan emosi dan jiwa
yang tinggi sehingga mangsa cuba membuat perkara yang tidak diingini contohnya
membunuh diri dan sebagainya.
4.0 Etika Guru yang Berkaitan
Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh
bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan dan mereka yang sudah
lama bertapak dalam bidang perguruan ini. Kepentingan kod etika sememangnya
tidak dapat dinafikan lagi. Dengan adanya kod etika perguruan ini seharusnya para
guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang
guru, memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab mereka terhadap
pelajar, masyarakat dan Negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu
bapa pelajar, meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan
memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan guru sesama guru. Oleh
yang demikian, pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting
dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru bagi mengatasi masalah
ini.
Mengikut Nikki (2009) pula etika dianggap sebagai pedoman perilaku yang
dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam bahagian tertentu manakala
Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban. Antara
fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion
mengenai prinsip profesionalisme yang dirangka. Ini bermakna setiap ahli yang juga
guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.

Fungsi kod etika juga ialah merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas
profesion yang berkaitan. Ini bemakna bahawa etika profesion dapat menyediakan
pengetahuan kepada masyarakat supaya lebih memahami kepentingan suatu
profesion. Akhir sekali fungsi kod etika ialah membantu para profesional mencegah
campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam
keanggotaan profesion.
Kod etika perguruan adalah pedoman dan panduan kepada guru dalam
menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab membimbing murid-murid
untuk mencapai kemajuan sepenuhnya. Di dalam kod etika perguruan terdapat 4
tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam profesion ini iaitu tanggungjawab
terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibubapa, tanggungjawab terhadap
masyarakat dan Negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan. Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam kes
gangguan seksual (mencabul), kita dapati guru tersebut telah melanggar kod etika
perguruan dimana beliau tidak menunjukkan tanggungjawab terhadap pelajar.
Dalam kes ini sepatutnya guru tersebut mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar namun guru tersebut telah melakukan perkara yang sebaliknya terhadap
pelajarnya. Kes seperti ini tidak seharusnya dilakukan kerana ia mencemarkan nama
baik profesion ini sehingga menyebabkan murid tersebut tidak lagi selamat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
Selain

itu,

berdasarkan

kod

etika

perguruan,

guru

sepatutnya

bertanggungjawab dalam menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku


yang dapat memberi contoh. Dalam isu gangguan seksual ini, guru tersebut tidak
bertanggungjawab dalam memberi contoh yang baik kepada murid dimana guru
tersebut menunjukkan tingkah laku yang negatif dengan membuat gangguan

seksual secara terangan ke atas murid dengan mencium murid tersebut. Di samping
itu kod etika yang terlibat dalam kes ini ialah guru tidak harus bertingkah laku begitu
rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Tambahan lagi, guru
haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan berguna. Ini berbeza
dengan guru yang membuat gangguan seksual tersebut sehingga melakukan sikap
yang tidak baik terhadap muridnya.
Demikian juga dengan kod etika bahawa guru haruslah bertugas sebagai
'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat
yang diterima oleh masyarakat, guru tidaklah harus menyatakan atau membuat
sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya
serta guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau Negara. Kod etika ini jelas menunjukkan bahawa guru yang
melakukan gangguan seksual tidak mengikut kod etika yang digariskan sebagai
seorang pendidik. Secara kesimpulannya, kod etika yang menjadi panduan kepada
semua guru tidak digunakan dan diamalkan oleh guru yang melakukan tingkah laku
yang negatif tersebut.
5.0 Langkah Mengatasi Tingkah Laku Guru Yang Negatif Tersebut
Kes gangguan seksual ini menjadi semakin serius jika tidak ditangani dengan
segera. Tingkah laku yang negatif ini boleh dibendung jika masyarakat berkerjasama
dalam menyelesaikan masalah ini. Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik
untuk mengatasi tingkah laku guru yang negatif dimana melalui kaedah ini kita boleh
membangunkan kesedaran guru tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan
oleh

mereka

terhadap

murid-murid.

Kebanyakkan

negara

maju

telah

memperkenalkan pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan


pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai gangguan seksual seperti
diskriminasi seksual, hak asasi wanita, hilai-nilai baik dalam hubungan antara lelaki
dan wanita, pencabulan, penderaan seksual dan sebaginya.
Selain itu, bagi mengatasi masalah ini, kursus, ceramah atau bengkel perlu
dibuat

bagi

meningkatkan

nilai-nilai

dan

tingkah

laku

yang

teratur

dan

bertanggungjawab terutama yang melibatkan penjawat awam contohnya guru. Bagi


mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua guru perlu menghadiri kursus
yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab
sebagai pendidik. Nilai murini seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika,
tanggungjawab dan sebagainya perlu di terapkan ke dalam diri semua guru dalam
kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan gangguan seksual dari
terus berlaku. Nilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada
melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang perlu
dipertahankan. Menurut Fullan (1993) menyatakan guru melibatkan diri secara
produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan
dengan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
Justeru itu kerjaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan
yang penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan
masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang
negetif ini . Pendidikan seks bukan sahaja sesuai kepada murid, guru-guru dan
masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks
ini bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan seksual
yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid-murid. Di samping itu juga,
pendidikan seks ini juga mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh

pesalah gangguan seksual jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada
murid-murid.
Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negative ini
(gangguan seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan
kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami
gangguan seksual serta guru yang melakukan gangguan seksual. Di setiap sekolah
perlu diwujudkan khidmat bimbimbing dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru
bagi menangani isu gangguan seksual di mana khidmat ini dikendalikan oleh
individu yang pakar dalam masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini
bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar
kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone
(1981) mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu
yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran
tertentu.
Tambahan lagi, kuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang
boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undangundang yang melibatkan kes gangguan seksual dikalangan pendidik ini perlulah
dibanteras dengan segera supaya kes seumpama ini dapat diatasi dengan segera.
Penguatkuasaan

undang-undang

seperti

penjara,

sebatan,

hukuman

dan

sebagainya perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini dari terus


berleluasan. Dengan adanya penguatkuasaan ini, tingkah laku negatif dikalangan
guru mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera. Di samping itu juga, guru
yang melanggar etika perguruan perlulah dilucut dari jawatannya. Ini dapat memberi
pengajaran kepada guru-guru yang lain supaya tidak melakukan perkara yang tidak
bermoral ini.