Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 1

1. Masalah
Terdapat beberapa masalah yang saya hadapi pada minggu pertama. Antaranya
kesuntukan masa menyesuaikan diri, jadual yang padat, serta masalah paling utama
adalah komunikasi antara guru dan pelajar. Mereka kurang jelas dengan arahan
yang saya sampaikan kerana saya menggunakan bahasa baku semasa mengajar.
2. Analisis
Faktor utama masalah ini adalah kesemua pelajar di sekolah ini adalah berasal dari
Kelantan. Mereka menggunakan loghat Kelantan semasa bercakap tidak kira di
rumah ataupun di sekolah. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk bercakap
dalam bahasa baku ataupun memahami bahasa yang saya katakan. Loghat yang
mereka gunakan menyebabkan saya kadang-kadang berasa keliru dan tidak faham
apa yang hendak mereka katakan. Mereka juga sering tidak memahami apa yang
hendak saya katakan kerana saya bercakap dalam bahasa baku. Selain itu, guru di
sekolah ini kebanyakannya menggunakan loghat Kelantan semasa berkomunikasi
bersama murid. Perkara ini menambahkan tanggapan murid bahawa kesemua guru
mampu bertutur dalam loghat Kelantan.
3. Cadangan untuk memperbaiki
a) Saya perlu tegas dalam penggunaan bahasa semasa sesi pembelajaran dan
pengajaran.
b) Saya perlu memberi arahan yang tegas ringkas dan mudah difahami. Dengan
ini interaksi antara guru dan murid menjadi mudah dan lancar.
c) Saya juga perlu mendapatkan bimbingan dari guru pembimbing bagaiman
untuk mengawal kelas secara efektif.

4. Tempoh masa
Saya perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana pada minggu hadapan
saya akan mula mengajar. Jika keadaan ini berterusan, sesi pengajaran saya akan
terganggu.

5. Penilaian kejayaan
Saya akan mendapatkan penilaian daripada guru pembimbing tentang usaha saya.
Disamping itu, saya juga akan sentiasa menjalankan kolaborasi bersama rakan
setugas dan meminta pandangan mereka untuk penambahbaikan.
6. Tindakan susulan
Saya akan cuba untuk menunjukkan sifat tegas didalam diri. Jika saya tidak
menunjukkan sifat tersebut, murid akan berani untuk membuat sesuka hati. Khidmat
nasihat oleh guru pembimbing amat diperlukan oleh saya bagi mengatasi masalah
ini.

Anda mungkin juga menyukai