Anda di halaman 1dari 4

Tajuk ini adalah untuk membincangkan bagaimana pendidikan kolonial telah

mendatangkan kesan terhadap sosioekonomi di Tanah Melayu. Seperti yang


diketahui, system pendidikan di Tanah Melayu mempunyai sejarah yang panjang
untuk di lakar. Tambahan pula, perkembangan ilmu dan pendidikan Islam di
Malaysia telah bertapak sejakzaman kemahsyuran kerajaan Melaka lagi. Sejarah
pendidikan Tanah Melayu pada waktu itu mempunyai kaitan dengan sosiobudaya
penduduk dariada pelbagai kaum. Kewujudan sistem pendidikan itu pula
menggambarkan pemikira sesebuah masyarakat itu sendiri. Orang Melayu
misalnya, telah mengalami system pendidikan yang berasaskan agama kemudian
berubah kepada keperluan zaman dan akhirnya turut mengalami pendidikan
sekular.

Semasa zaman penjajahan British, pihak kolonial telah melaksanakan


pelbagai dasar dan perundangan dalam sistem pentadbiran yang mana ianya dilihat
sebagai agenda tersendiri untuk melakukan penjajahan secara halus umumnya
terhadap rakyat di Tanah Melayu dan khususnya terhadap kaum Melayu sendiri.
Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat tempatan telah mempunyai sistem
pendidikan yang tersendiri. Pada peringkat awal, sistem pendidikan tersebut lebih
bersifat tidak formal dan berkembang seiring dengan kedatangan agama Islam di
alam Melayu. Antara contoh pendidikan tidak formal tersebut ialah pengajian alQuran dan ilmu pengetahuan agama. Pendidikan tidak formal ini merupakan satu
perkara yang wajib dipelajari oleh orang Melayu. Pendidikan agama Islam diajar di
surau atau masjid di kampung-kampung pada waktu malam. Pendidikan yang
ditekankan adalah membaca al-Quran dan tajwid, mempelajari abjad-abjad Arab,
tafsir al-Quran, hadis, fiqah, tauhid, mengingat dan menghafal doa, serta
mempelajari prinsip-prinsip asas agama Islam. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan pula adalah dengan menghafal kitab-kitab dan
ajaran guru. Kemudiannya, terdapat sistem pendidikan pondok sebagai pusat
pembelajaran dan tempat tinggal pelajar. Penubuhan sekolah-sekolah pondok ini
lebih tertumpu di negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Sukatan pelajaran
sistem pengajian pondok pula meliputi aspek membaca serta memahami
kandungan kitab suci al-Quran dan bahasa Arab. Kemahiran membaca, menulis,
dan mengira juga merupakan salah satu aspek yang diberi tumpuan dalam sukatan
pelajaran sistem pengajian pondok.

Apabila Inggeris campur tangan dalam pemerintahan negeri-negeri Melayu,


bidang pendidikan tidak diberi perhatian. Hal ini kerana pihak British hanya
memberi tumpuan kepada kekayaan hasil bumi seperti bijih timah, getah, kelapa
sawit, dan lain-lain yang terdapat di Tanah Melayu. Di samping itu, agenda dan
matlamat British yang ingin menggunakan dasar pelajaran hanyalah semata-mata
untuk kepentingan mereka sendiri. Pelaksanaan dasar pelajaran oleh pihak British
juga dilihat untuk menjaga keseimbangan masyarakat Tanah Melayu. Melalui
pelaksanaan dasar ini juga, kedudukan Inggeris di Tanah Melayu akan lebih terjamin
dan bertambah kukuh.

Ketika zaman penjajahan British di Tanah Melayu, sistem pendidikan Islam telah
mengalami pelbagai perubahan dan menjejaskan kepentingan pendidikan Islam.
Keyakinan terhadap pendidikan Islam pula mula diubah kepada sistem pendidikan
Inggeris oleh pihak penjajah. Orientalis Barat juga telah melaksanakan sistem
pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris dan meletakkan asas mata
pelajaran dalam bahasa Inggeris. Pada waktu itu, pendidikan Islam mula tergugat
dengan halangan dan cabaran terhadap bangsa Melayu. Hal ini kerana pihak
pentadbir British cuba mengawal kemasukan orang-orang Melayu untuk belajar di
sekolah Inggeris. Mereka hanya diberi peluang pendidikan yang hanya terbatas
kepada ilmu mentadbir bagi menyokong struktur pentadbiran Inggeris. Hal ini
disebabkan oleh timbulnya kebimbangan pihak Inggeris terhadap kebangkitan
orang Melayu sekiranya lahir orang-orang Melayu yang bijak pandai yang mana
kemungkinan untuk mereka bangkit menentang pihak British adalah tinggi.
Sekiranya orang-orang Melayu belajar dengan pandai, ia akan membuat kedudukan
Inggeris tergugat.

Semasa penjajahan British, pihak Inggeris telah membangunkan sekolah


vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil. Dasar
pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak British dengan mewujudkan
sekolah vernakular telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina, dan India
dipisahkan mengikut sistem persekolahan yang berbeza. Hal ini secara tidak
langsung telah menyebabkan hubungan antara kaum disempadani dengan dengan
sistem pendidikan yang berlainan sehingga hubungan mereka semakin renggang.
Di samping itu, sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India mempunyai kepentingan
dan peranan yang tersendiri, terutamanya bagi kaum tertentu, iaitu sekolah Melayu
hanya untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk kepentingan orang
Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India.
Pada tahap awal sistem pendidikan kolonial, mereka tidak menggalakkan
anak Melayu belajar di peringkat lebih tinggi kerana bimbang mereka akan
menentang penjajah melalui pendedahan dan kepintaran yang diperoleh. Inggeris
hanya bertujuan menghapuskan buta huruf di kalangan orang Melayu dan dengan
tujuan itu memadai pendidikan hanya diberikan sehingga darjah enam atau
peringkat sekolah dasar. Inggeris juga telah menanamkan minat terhadap pekerjaan
sebagai petani atau buruh dan semangat untuk terus tinggal di kampung. Sistem
persekolahan cara ini sangat menekankan aspek disiplin, kepatuhan dan peraturan
yang adalah sebahagian besar daripada usaha penjajah untuk melahirkan golongan
petani yang lemah tetapi setia. Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan taat
setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka dan menyekat kebangkitan
semangat untuk maju di kalangan orang Melayu. Sistem pendidikan penjajah
seperti itu dilihat tidak bertujuan untuk membentuk sikap jati diri dan simbol
nasional dalam diri rakyat Malaysia. Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India
dibiarkan berkembang berasingan dengan bahasa pengantar yang berbeza-beza.
Aliran persekolahan yang berdasarkan garis etnik ini dilaksanakan demi memenuhi

keperluan sektor tertentu dalam ekonomi Malaya ketika itu, terutama untuk
pentadbiran penjajah dan sektor ekonomi kapitalis yang dikuasai pemodal Inggeris.

Pendidikan vernakular mempunyai ciri tersendiri sehingga ia menimbulkan


masalah yang rumit di Tanah Melayu. Pendidikan vernakular mempunyai empat ciri
perbezaan yang ketara. Pertama, setiap jenis sekolah dikhususkan hanya untuk
sesuatu kaum sahaja; kedua, tidak ada dasar berhubung bahasa yang tunggal;
ketiga, sekolah itu terpisah di kawasan geografi yang berbeza; dan keempat,
kuruikulum sekolah berkenaan juga tidak selari. Perkembangan sosiopolitik semakin
sukar untuk diatasi kerana selain pendidikan bertumpu pada garis etnik,
pengajarannya juga tidak lari daripada kelompok etnik. Selepas merdeka, sistem
pendidikan yang diasaskan oleh pihak penjajah dilihat tidak lagi sesuai digunakan.
Reformasi pendidikan dilakukan agar fenomena cintakan negara asal dalam
kalangan etnik Cina dan India tidak berterusan, malah bahasa dalam sistem
pendidikan berfungsi sebagai alat untuk menyatukan bangsa. Bahasa dalam
pendidikan dilihat sebagai alat memecah kebuntuan untuk menyelesaikan
persoalan etnik yang berbeza-beza dalam negara (Chandra 1922, 22). Selain
bahasa pengantar yang mengandungi bahasa etnik masing-masing, semua asas
mata pelajaran turut berlandaskan negara China dan India. Mereka hanya tinggal di
Tanah Melayu tetapi semua yang dipelajari adalah tentang budaya, sejarah, politik,
dan ekonomi berdasarkan negara asal. Ini menyebabkan tidak berlaku sosialisasi
budaya antara pelajar yang menjadi aspek penting dalam proses pendidikan.

Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak British ini seakan-akan ingin
mewujudkan keadilan kepada semua kaum dan memberi keuntungan kepada orang
Melayu. Pada hakikatnya, ia melemahkan status quo orang Melayu dari segi sosial
dan ekonomi. Secara jelasnya, pihak British tidak bertindak untuk memberi
kesaksamaan dalam pendidikan semua kaum yang mana terdapat bangsa yang
mendapat taraf pendidikan yang lebih tinggi. Kesedaran terhadap ketidakadilan ini,
maka Laporan Barnes 1950 telah menjadi pencetus kepada perubahan pendidikan
orang Melayu setelah kebangkitan semangat kesedaran nasionalisme selepas
Perang Dunia II pada tahun 1946. Laporan Barnes 1950 telah mengusulkan
pembentukan satu bangsa himpunan daripada pelbagai bangsa. Oleh itu, sekolah
kebangsaan yang mana pada dasarnya dapat menyatukan semua kaum dapat
diwujudkan. Sekolah ini menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dan bahasa kedua. Di samping itu, bahasa Tamil dan bahasa Cina
dijadikan mata pelajaran di sekolah, manakala mata pelajaran prinsip-prinsip Islam
dalam al-Quran dan tulisan Jawi diajar selama setengah jam pada setiap hari
persekolahan kepada pelajar yang beragama Islam.

Perkembangan ini telah membuatkan masyarakat Cina merasa kedudukan


mereka tergugat. Oleh itu, mereka mendesak supaya perubahan dan penyemakan
semula dilakukan dalam sistem pendidikan sedia ada. Rentetan daripada desakan

kaum Cina, maka Laporan Fenn-Wuu 1951 telah terhasil. Laporan Fenn-Wuu 1951
dihasilkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan pendidikan bagi masyarakat Cina.
Landskap pendidikan negara yang sering berlaku pada waktu itu adalah untuk
mengimbangi kehendak rakyat dan harus dipertimbangkan bagi menjamin
keharmonian dan perpaduan negara. Seterusnya, Ordinan Pelajaran 1952
ditubuhkan oleh sebab iu, terdapatnya pandangan dan tuntutan yang berbeza,
maka wujudlah kesan sistem pendidikan yang diaturkan oleh pihak British yang
mana wujudnya sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah
vernakular Tamil.