Anda di halaman 1dari 15

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGA 1024
POLITIK DAN PENTADBIRAN
TAJUK:
BUDAYA POLITIK

DISEDIAKAN UNTUK:

DISEDIAKAN OLEH:

ISI KANDUNGAN
1.0
2.0
2.1
3.0
3.1
4.0

PENGENALAN
CIRI-CIRI BUDAYA POLITIK
PENTAKRIFAN DAN KONSEP BUDAYA POLITIK
BUDAYA POLITIK ORANG MELAYU KINI
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BUDAYA
POLITIK ORANG MELAYU KINI
KESIMPULAN
Rujukan

2
3
4
6
8
12
14

BUDAYA POLITIK

1.0

PENGENALAN

Kehidupan manusia di dalam masyarakat, mempunyai peranan penting dalam sistem politik
suatu negara. Manusia dalam kedudukannya sebagai makhluk sosial, sentiasa akan
berinteraksi dengan manusia lain dalam usaha mewujudkan keperluan hidupnya. Keperluan
hidup manusia tidak cukup yang bersifat asas, seperti makan, minum, biologi, pakaian dan
tempat tinggal sahaja. Lebih dari itu, juga merangkumi keperluan akan pengakuan kewujudan
diri dan penghargaan dari orang lain dalam bentuk pujian, pemberian upah kerja, status
sebagai anggota masyarakat, anggota suatu parti politik tertentu dan sebagainya.

Setiap warganegara, dalam kehidupan hariannya hampir selalu berkomunikasi dengan aspekaspek amalan politik yang baik atau sebaliknya. Dalam proses pelaksanaannya terjadi secara
langsung atau tidak langsung dengan amalan-amalan politik. Jika secara tidak langsung, hal
ini setakat mendengar maklumat, atau berita-berita tentang peristiwa politik yang berlaku.
Jika seraca langsung, bererti orang tersebut terlibat dalam peristiwa politik tertentu.
Kehidupan politik yang merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian dalam interaksi
antara warganegara dengan kerajaan, dan institusi-institusi di luar kerajaan (non-formal),
telah menghasilkan dan membentuk variasi pendapat, pandangan dan pengetahuan tentang
amalan-amalan perilaku politik dalam semua sistem politik. Oleh kerana itu, seringkali kita
boleh melihat dan mengukur pengetahuan-pengetahuan, perasaan dan sikap warga negara
terhadap negara, kerajaan, pemimpim politik dan lain-lain.

Budaya politik pada asasnya banyak dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang telah dilalui
oleh seseorang itu. Di dalam kebanyakan kes, jika proses sosialisasi yang telah dilalui adalah

tinggi, kebiasaannya corak budaya politik adalah bersifat peserta, di mana masyarakat
akan mengambil tahu terhadap isu-isu dan perkara-perkara politik yang terjadi atau berlaku
disekeliling mereka. Jika sosialisasi politik yang dilalui adalah bersifat sederhana, maka
budaya politik kebiasaannya adalah bersifat tertakluk peserta yang berrnakna kepekaan
masyarakat kepada lambang-lambang, nilai dan struktur politik adalah sederhana dan
mereka hanya akan mengambil tahu mengenai isu-isu politik yang berkaitan dengan
mereka semata-mata. Sebaliknya jika, sosialisasi yang dilalui oleh seorang itu adalah
rendah, kebiasaanya budaya politik adalah bersifat tertakluk iaitu sifat yang pasif terhadap
nilai, larnbang-lambang dan struktur politik yang ada disekeliling mereka (Wan Ariffin,
2005) .

Budaya politik antara lainnya merangkumi nilai-nilai, sikap, kepercayaan dan orientasi yang
dikongsi bersama. la juga melibatkan hala dan gaya pemikiran serta perilaku individu dalam
konteks persekitaran serta institusi yang mereka berada di dalamnya. Kewibawaan media
dalam menggunakan unsur-unsur yang berkaitrapat dengan budaya politik mempengaruhi
secara langsung sistem politi dan politik semasa. Leeds (1981:194) misalnya percaya bahawa
kepercayaan politik seseorang individu merupakan sebahagian daripada tindakbalas
personalitmya serta beberapa pengaruh sosial dan persekitaran lain yang semuanya
menyumbang kepada budaya politik semasa.

2.0

CIRI-CIRI BUDAYA POLITIK

Budaya politik adalah nilai-nilai yang berkembang dan dipraktikan oleh sesuatu masyarakat
tertentu dalam bidang politik. Ciri-ciri dari budaya politik adalah:
i.
ii.
iii.
iv.

Adanya ketetapan kuasa


Proses dalam membentuk polisi kerajaan
Adanya kegiatan dari parti-parti politik
Perilaku dari pegawai-pegawai kerajaan
3

v.
vi.
vii.

Adanya budaya politik berkaitan dengan masalah perundangan


Adanya peentangan masyarakat terhadap kuasa yang memerintah
Melibatkan pola peruntukan sumber-sumber masyarakat

2.1

PENTAKRIFAN DAN KONSEP BUDAYA POLITIK

Persoalan budaya politik adalah suatu persoalan yang membincangkan sikap dan orientasi
psikobudaya sesebuah masyarakat terhadap politik. Asasnya budaya politik melihat sesebuah
masyarakat dari pelbagai sudut dan pandangan seperti pandangan terhadap pemerintahan,
pandangan masyarakat terhadap sistem politik, pandangan terhadap kepimpinan dan
pandangan-pandangan serta reaksi masyarakat terhadap unsur-unsur atau hal-hal yang
berkait-rapat dengan politik. Semua aspek budaya politik ini boleh berubah mengikut
kepelbagaian dimensi dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat. Kebanyakan
sarjana yang membuat kajian mengenai persoalan ini cuba untuk menggambarkan bentuk
budaya politik sesebuah masyarakat dengan membuat perbandingan budaya politik sebuah
masyarakat yang lain. Diamond (1993) menegaskan bahawa kebanyakan perbincangan di
kalangan sarjana berkisar kepada:

...countries do differ significantly in their patterns of politically relevant beliefs,


values, and attitudes, and that within countries these elements of political culture are
clearly shaped by life experiences, education and social class (Diamond 1993: 1).

Apa yang nyata, budaya politik itu adalah satu unsur yang berubah-ubah. Terdapat pelbagai
faktor yang boleh mempengaruhi perubahan di dalam budaya politik. Proses pendemokrasian
adalah faktor utama yang boleh membawa perubahan di dalam budaya politik masyarakat
dunia di samping faktor-faktor lain yang saling mempengaruhi. Dari aspek budaya politik
masyarakat, berlaku perubahan paradigma di mana sebilangan besar masyarakat Melayu yang
selama ini menganggap "persoalan politik terserah kepada orang politik" kini sudah tidak
4

berlaku lagi (Mohamad Daud 1999: 11). Hari ini masyarakat Melayu daripada pelbagai status
dan lapisan memperlihatkan kecenderungan mereka untuk mengetahui dan ada di kalangan
mereka yang berkecenderungan untuk menguasai dunia politik yang melingkari kehidupan
mereka. Menyedari perubahan (perubahan pandangan) mendadak sesetengah orang Melayu
akhirakhir ini, tinjauan secara khusus perlu diketengahkan. Gejala yang menguasai minda
masyarakat Melayu, dalam meneliti sikap dan pemikiran politik masyarakat Melayu, sudah
tentu mempunyai perkaitan dengan pelbagai unsur yang saling mendukung meliputi struktur
politik, komunikasi politik, pemikiran politik, kebudayaan politik, dan unsur-unsur politik
yang lain. Daripada kepelbagaian unsur politik yang diketengahkan, sewajarnya ditinjau
dimensi budaya politik di dalam mengkaji perubahan politik kerana pola pembentukan sikap
dan pemikiran politik masyarakat Melayu sukar dipisahkan dari sudut pandangan budaya
Melayu. Andaian ini adalah berdasarkan kepada cara hidup masyarakat Melayu sendiri
sebagai pembentuk dan sekali gus pendukung nilai kebudayaan yang melingkarinya.

Budaya Politik adalah suatu perlakuan, tingkah laku, penglibatan, persepsi, kepercayaan,
jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkungan politik masyarakatnya
(Ahmad Nidzamuddin 2002). Menurut Almond & Powel (1966), mencirikan budaya politik
kepada tiga bentuk iatu budaya politik parokial, subjek dan partisipan. Budaya politik
parokial ini wujud di kalangan masyarakat yang tidak ambil tahu tentang urusan politik.
Mereka hanya mengutamakan urusan keluarga dan urusan peribadi mereka sahaja. Budaya
politik subjek pula, merujuk kepada mereka yang menerima output daripada sebelah pihak
sahaja tanpa mempersoalkan apa, bagaimana dan mengapa. Mereka ini terdiri daripada ahli
parti dan penyokong parti yang setia kepada pemimpin yang boleh dianggap taat melulu,
mendengar dan mempercayai hanya sebelah pihak. Budaya politik partisipan pula, merujuk
kepada masyarakat yang mempunyai kesedaran politik yang tinggi. Mereka ini boleh

diketogerikan kepada masyarakat sivil. Budaya politik juga mengandungi satu kepercayaan
yang boleh digambarkan dan nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik (Pye
&Verba 1965: 513).

3.0

BUDAYA POLITIK ORANG MELAYU KINI

Budaya politik Melayu pada hari ini sedang mengalami suatu proses tranformasi. Budaya
politik Melayu dahulunya adalah bersifat feudal dengan ciri-ciri yang jelas seperti zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah
memberi gambaran serta menjelaskan sistem politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu
sebelum kedatangan kolonial ke Tanah Melayu. Ketika itu, masyarakat Melayu terbahagi
kepada dua golongan iaitu golongan yang memerintah

dan golongan yang diperintah

(Gullick 1978). Golongan yang memerintah terdiri daripada golongan istana dan bangsawan.
Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat jelata. Golongan yang
memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan martabatnya. Ketika
masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan bangsawan dianggap sebagai
jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang terpilih menjadi pemimpin utama
dalam sesuatu kelompok masyarakat akan dianggap sebagai manusia yang suci, mulia dan
bebas dari dosa (Shaharuddin 1988). Oleh yang demikian, orang Melayu percaya bahawa
pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat yang sangat istimewa serta kuasa dalam bentuk
daulat yang tidak boleh ditentang oleh sesiapa. Selepas kedatangan Islam, tanggapan mereka
terhadap golongan pemerintah ini masih tidak berubah. Raja yang awalnya dianggap sebagai
jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja Melayu mempunyai pertalian daripada keterunan
Iskandar Zulkarnaian. Sejarah Melayu, meletakkan raja-raja Melayu sebagai pengganti
Allah di muka bumi ini. Baginda diterima sebagai ketua agama Islam di dalam
masyarakatnya

serta

di

panggil

dengan

gelaran

Sultan.

Gelaran

Sultan

telah

memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa yang menderhaka kepada Sultan adalah suatu
kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan itu akan mendatangkan tulah kepada setiap
penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja
yang diderhakainya (Haron Daud 1993:89-102). Oleh itu budaya politik Melayu tradisional
adalah bersandarkan kepada agrarian, patron-client, pasif, non-political. Tetapi kini telah
memperlihatkan perubahan dalam budaya politik orang Melayu yang mula melibatkan
golongan pertengahan dan bawahan dalam memilih hak mereka tanpa dibayangi oleh politik
feudal. Keadaan ini telah mula dipraktik dalam PRU ke 11 dan 12 yang telah memperlihatkan
kematangan dalam memilih kehendak mereka juga kerana ketidakpuasan terhadap UMNO
yang memuncak, menyebabkan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan negeri yang
telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Keadaan ini telah menjadi satu budaya politik baru
dalam masyarakat Melayu.

Sejak dari kajian The Civic Culture yang dilakukan oleh Almond dan Verba (1963)
sehinggalah kini, para sarjana memaparkan pelbagai faktor yang membawa kepada
perubahan di dalam budaya politik sesebuah masyarakat. Dalam The Civic Culture, Almond
dan Verba menjelaskan bahawa,
...the cognitive, attitudinal, can change quite dramatically in response to regime
performance, and evaluational dimensions of political culture are fairly "plastic" and
historical experience, and political socialization (1963: 23).

Apa yang nyata, budaya politik itu adalah satu unsur yang berubah-ubah. Terdapat pelbagai
faktor yang boleh mempengaruhi perubahan di dalam budaya politik. Proses pendemokrasian
adalah faktor utama yang boleh membawa perubahan di dalam budaya politik masyarakat
dunia di samping faktor-faktor lain yang saling mempengaruhi. Dari aspek budaya politik
masyarakat, berlaku perubahan paradigma di mana sebilangan besar masyarakat Melayu yang
selama ini menganggap "persoalan politik terserah kepada orang politik" kini sudah tidak
7

berlaku lagi (Mohamad Daud 1999: 11). Hari ini masyarakat Melayu daripada pelbagai status
dan lapisan memperlihatkan kecenderungan mereka untuk mengetahui dan ada di kalangan
mereka yang berkecenderungan untuk menguasai dunia politik yang melingkari kehidupan
mereka. Menyedari perubahan (perubahan pandangan) mendadak sesetengah orang Melayu
akhirakhir ini, tinjauan secara khusus perlu diketengahkan. Gejala yang menguasai minda
masyarakat Melayu, dalam meneliti sikap dan pemikiran politik masyarakat Melayu, sudah
tentu mempunyai perkaitan dengan pelbagai unsur yang saling mendukung meliputi struktur
politik, komunikasi politik, pemikiran politik, kebudayaan politik, dan unsur-unsur politik
yang lain. Daripada kepelbagaian unsur politik yang diketengahkan, sewajarnya ditinjau
dimensi budaya politik di dalam mengkaji perubahan politik kerana pola pembentukan sikap
dan pemikiran politik masyarakat Melayu sukar dipisahkan dari sudut pandangan budaya
Melayu. Andaian ini adalah berdasarkan kepada cara hidup masyarakat Melayu sendiri
sebagai pembentuk dan sekali gus pendukung nilai kebudayaan yang melingkarinya.

3.1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BUDAYA POLITIK ORANG


MELAYU KINI

Terdapat faktor-faktor yang begitu dominan dalam proses sosialisasi politik yang
dibincangkan dengan panjang lebar oleh sarjana-sarjana politik dan sosiologi iaitu faktor
keluarga dan masyarakat, pendidikan dan media semasa. Kekuatan pengaruh faktor ini
mungkin berubah melalui proses pembelajaran. la juga bergantung kepada sejauhmanakah
penerimaan dan pencernaan individu terbabit terhadap proses sosialisasi yang berlaku
sepanjang kehidupan. Keadaan ini mempunyai pengaruh yang besar kepada perubahan
pemikiran budaya politik masyarakat Melayu kini.

Keluarga dan Masyarakat

Keluarga sebagai salah satu faktor yang dominan membentuk orientasi politik dan partisipasi
politik dalam proses sosialisasi. Pada peringkat awal kehidupan seseorang, keluarganya
memainkan peranan utama tetapi setelah memasuki alam persekolahan, kemudian bekerja
serta terlibat dengan kumpulan-kumpulan baru, maka individu ini akan disosialisasikan oleh
faktor-faktor lain yang semakin bertambah dan pelbagai ini. Berdasarkan kepada fakta-fakta
di atas memang tidak dinafikan lagi bahawa keluarga yang terdiri dari lelaki sebagai bapa,
wanita sebagai ibu, merupakan faktor yang amat berpengaruh dalam proses sosialisasi.
Modenisasi politik melalui pendemokrasian di kalangan wanita untuk menceburkan diri
dalam politik telah melangkaui pengaruh faktor gender terhadap wanita Melayu yang
diasaskan oleh norma-norma tradisional dan ajaran Islam. "Zaman dah Berubah, Dunia
semakin Maju" mengiktiraf keterlibatan wanita sebagai pemimpin dalam politik. Ini
dinisbahkan berdasarkan kepada peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga dan bekerja,
tetapi masih lagi mematuhi suami yang diiktiraf sebagai ketua dan penyara keluarga.
Seseorang ahli politik wanita disosialisasikan dengan kepercayaan bahawa ia mesti
menggalas dua beban iaitu sebagai ahli politik dan kehidupan berkeluarga. (Rashila Ramli,
2000, m.s 199). Ini sekaligus memberi ruang kepada golongan wanita dan seterusnya
meluaskan sasaran keterlibatan masyarakat dalam politik.

Jika dilihat perubahan ini semakin merangsangkan budaya politik tempatan di mana golongan
wanita kini telah diberi kebebasan untuk menyertai politik dan menyuara pendapat mereka,
berdasarkan hak dan kebebasan demokrasi dalam amalan negara kita. Penyertaan pemimpin
wanita dalam parti UMNO dan PAS dilihat telah mula merubah budaya politk Malasia.
Seperti Datu Seri Shahrizat Jalil, Dr. Mashitah dalam pimpinan UMNO, allayarhamah Dr. Lo
Lo, Nurul Izzah dan PAS dan PKR, telah memberikan satu kesan dalam budaya politik

Melayu. Keterbukaan dalam menerima pandangan mereka dan kehendak mereka telah
dijadikan sebagai satu keperluan dan kehendak wakil wanita Melayu.

Pengaruh pendidikan
Kelangsungan hidup sesebuah masyarakat adalah berdasarkan kepada program pembangunan
modal insan sebagai aset penting bagi menjayakan pembangunan negara. Dalam hal ini
keseimbangan kepada keupayaan dan kemampuan seseorang insan dari segi kognitif, afektif
dan psikomotor dan disulami dengan ajaran agama dan ketimuran menghasilkan rakyat yang
berjiwa merdeka dan tinggi semangat patriotismenya. Pendidikan telah menjadi wahana
utama dalam menghasilkan masyarakat yang memahami sifat kemerdekaan negara melalui
kurikulum pengajian politik yang sesuai dengan peringkat pembelajaran. Sosialisasi politik
ini seharusnya memberi satu impak yang positif terhadap modal insan yang memahami
tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia, selektif terhadap cabaran globalisasi seperti
kebebasan, mengamalkan kaedah pemikiran yang sihat, kritikan dan kreatif, tinggi sifat
integriti dalam diri seperti jujur, amanah, bertanggungjawab, takrifan diri menurut acuan
sendiri, menjauhi ektremisme, cauvinisme, fanatisme serta mengamalkan budaya ilmu yang
sangat tinggi (Siti Rohana, Norun, Nur Fazilah & Zanariah, 2008).

Melalui pendedahan pendidikan dari peringkat rendah sehingga tinggi memberikan satu
pengetahuan kepada rakyat mengenai kah dan keperluan mereka yang perlu dilakukan oleh
pemimpi dan parti politik. Perubahan ini mendedahkan kepada rakyat mengenai kreterian
pemimpin yang mereka ingingkan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Usaha ini juga
penting bagi mendidik masyarakat tentang perjalanan pilihan raya yang sihat dan
memperbaiki politik kotor kepada yang Iebih sihat dan bersih. Keprihatinan rakyat tentang
politik akan dapat memastikan parti yang menang lebih berintegriti dan bertanggungjawab

10

terhadap janji yangtelah ditaburkan. (Maizatul Haizan Mahbob,2005, m.s 27-39). Seterusnya
menjadukan masyarakat kininlebihyakin dan tidak menjadi pak turut kepada pemimpin,
seperti apa yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu.

Pengaruh Media Massa


Media altematif seperti Blog, e-mel, Facebook dan My space merupakan satu kuasa baru
dalam dunia budaya politik yang perlu ditangani dengan bijak agar ia menjadi medium
terbaik dan terkini dalam percaturan perkembangan politik negara. Kalau dilihat dari sejarah
perkembangan media altematif ini, Blogging bermula sebagai aktiviti untuk berhubungan dan
berkomunikasi sesama masyarakat siber, juga menjadi laman untuk menyatakan pendirian
dan pendapatan. Dianggarkan lebih setengah juta laman blog di negara ini dan jumlahnya
berkembang saban hari. Koridor Raya Multi media (MSC) dan Agenda Teknologi Maklumat
Negara (NITA) ditubuhkan dengan harapan penyertaan dan pembudayaan masyarakat
Malaysia terhadap ruang siber dalam era globalisasi. Rang Undang-undang Komunikasi dan
Multimedia 1998 juga telah menjanjikan bahawa ruang siber tidak akan ditapis (Johan
Jaafar, Berita Harian, m.s 27). Justeru itu, dalam proses sosialisasi politik, ruang siber ini
sebenamya telah dieksploitasi dengan berkesan oleh parti-parti politik pembangkang bagi
menjelaskan kepada masyarakat tentang senario politik semasa. Perangkaan menunjukkan
peratus pengguna internet kini melebihi 60 peratus penduduk Malaysia, dan pelanggannya
sebahagian besar adalah golongan muda. Menunjukkan satu trend yang boleh mempengaruhi
budaya politik kini.

Mereka dengan mudah dapat mengakses maklumat dan berhubung melalui media social
tanpa sekatan dalam perhubungan mereka. Trend ini dilihat menjadi budaya politik kini yang
mampu merubah fikiran dan kehendak masyarakat yang dilihat bebas dalam menyebarkan

11

maklumat mereka. Dalam kontek sosialisasi politik, perkembangan mendadak teknologi


komunikasi menyebabkan media cetak dan elektronik kini bukan lagi menjadi pembekal
tunggal maklumat, tepati sebagai wadah yang dinamik, pantas dan mudah yang boleh
dieksploitasi secara lestari. Berikutan dengan ledakan penggunaan dan pembudayaan ruang
siber ini juga, sesi ruang awam seperti membuka ruang kepada perdebatan yang sihat ini
adalah proses sosialisasi politik (political socialization) iaitu membawa kesedaran politik
kepada segenap lapisan masyarakat.

Dengan itu semua rakyat mempunyai hak dan pengetahuan yang sama rata ke atas amalan
politik, ekonomi dan dasar sosial yang dilangsungkan ke atas mereka. Walaupun sosialisasi
politik ini dikatakan adalah suatu proses yang kompleks yang melibatkan pengetahuan
individual terhadap fakta dan nilai politik, tetapi penglibatan rakyat secara menyeluruh
tentunya dapat membina ruang politik yang lebih sihat, aman dan stabil.

4.0

KESIMPULAN

Perkembangan budaya politik sesebuah negara tidak mungkin terlepas daripada sejarah yang
pernah terlukis di bumi tersebut. Sejarah merupakan pustaka rujukan, gedung kajian bagi
memperoleh panduan dan pedoman dalam mendepani cabaran masa mendatang. Sejarah yang
tidak dirujuk dan dibiarkan terus tenggelam dalam dimensi masa boleh mengundang
musibah. Sesebuah negara itu mungkin kembali menghadapi masalah yang sama seperti apa
yang pernah dihadapi oleh rakyatnya yang terdahulu. Lebih malang lagi sekiranya masalah
itulah yang dahulunya pernah membawa titik noktah kepada kegemilangan tamadun bangsa
tersebut. Walaubagaimanapun sebagai sebuah bangsa yang perlukan satu perubahan dalam
gaya politik, keadaan ini perlu dilihat sebagai satu perubahan positif dalam budaya politik
Melayu. Pemimpin dan pegawai yang saksama ditaati dan disanjungi. Namun nilai ini nilai

12

manusiawi. Tidak bermakna disebabkan oleh wujudnya golongan terdahulu yang


menghormati pemerintah adil maka apa yang berlaku pada hari ini adalah pengaruh daripada
peristiwa tersebut. Hal ini tidak berkait secara langsung kepada perkembangan politik
semasa. Mana-mana manusia normal daripada mana-mana bangsa di mana-mana penjuru
dunia sekalipun akan punya perasaan yang sama. Menghormati yang adil dan saksama.
Keadaan ini dilihat telah mula menjadi trend atau kehendak dalam budaya politik. Jika
pemimpin UMNO tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, adil dan saksama calon lain
akan dipilih berdasarkan kepimpinan dan kemampuan dalam menjalankan tugas yang adil.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa pengundi Melayu menentukan
kemenangan sesuatu calon pada pilihan raya. Budaya politik Melayu juga mempengaruhi
pola pengundian mengikut daerah/peti undi kawasan majoriti pengundi Melayu dan faktor
kemenangan calon BN di Hulu Selangor. Isu moral calon PKR dan keceluparan pemimpin
PAS ketika mengeluarkan kenyataan semasa kempen PRK Hulu Selangor memberi faedah
kepada BN kerana budaya politik Melayu tidak mengingkari dan menderhaka kepada Sultan.
Selain itu, melalui ciri agama Islam pula menunjukkan calon PKR yang mempunyai masalah
moral yang lampau seperti yang digambarkan oleh media alternatif juga memberi kelebihan
kepada BN kerana dalam budaya politik Melayu Islam menjadi asas dalam pembentukan
budaya politik Melayu.

Rujukan

13

Ahmad Nidzamuddin Sulaiman. (2002). Budaya Politik dalam Masyarakat Majmuk di


Malaysia dlm Abdul Monir Yaacob dan Suzalie Mohamad (pnyt.), Etika dan budaya
berpolitik dari perspektif islam, Kuala Lumpur: Insitut Kefahaman Islam Malaysia
Almond & Powell. (1960). Comparative politics: a development approach. Boston: Little
Brown
Diamond. Larry. (1993). Introduction: Political Culture and Democracy. Dim. Political
Culture and Democracy in Developing Countries. Boulder & London : Lynne Rienner
Publishers
Johan Jaaffar (1 Mac, 2008). Media alternatif jangan diambil mudah, Berita Harian, m/s:27
Keselamatan. Bangi: Penerbit UKM
Leeds, C.A. (1981). 3rd Edition. Political Studies. Plymouth: Macdonald & Evans
Maizatul Haizan Mahbob, (2005). Pilihan Raya dan Pendidikan Pengundi dalam Politik Dan
Mohamad Daud Mohamad. (1999). Sikap dan Pemikiran Politik Masyarakat Melayu. Dewan
Budaya, Oktober: 11-14
Mohamad Daud Mohamad. (1999). Sikap dan Pemikiran Politik Masyarakat Melayu. Dewan
Budaya, Oktober: 11-14
Siti Rohana Omar, Norun Najjah Ahmad, Nur Fazilah & Zanariah Jano. (2008). Sosialisasi
Politik Pasca Pilihan Raya Ke-12, Mac 2008. Shah Alam: Penerbit UITM
Verba, Sidney. (1963). The Civic Culture: Political Attitudes and Democracy in Five
Nations .Princeton. New Jersey : Princeton University Press
Wan Ariffin Haji Wan Ahmad. (2005). Hubungan Antara Sosialisasi Dengan Budaya Politik
Kelas Menengah Melayu Di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tesis yang
dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan
untuk ijazah Doktor Falsafah.

14