Anda di halaman 1dari 3

Apa itu kata Singkatan dan Akronim?

Salah satu daripada aspek morfologi bahasa Melayu adalah bentuk perkataan yang terdiri
daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Kata tunggal ialah kata yang
tidak mempunyai apitan, imbuhan dan gandaan tetapi hanya terdiri daripada kata dasar. Secara
umumnya akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar,
iaitu bentuk yang tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terdiri
daripada beberapa bahagian antaranya kata akronim. Kata akronim adalah kata yang hampir
menyerupai kata singkatan. Tetapi berbeza dari segi proses pengujaran dan penulisannya.
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku
kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkaian dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar. Sungguhpun akronim berasal daripada beberapa perkataan
tetapi telah menjadi satu kata yang utuh dan mantap yang mempunyai makna serta dapat
berdiri sendiri. Akronim melibatkan percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa
perkataan untuk membentuk satu perkataan baru.
Singkatan adalah pemendekan kata-kata yang teratur mewujudkan satu bentuk kata.
Walaupun kata singkatan hampir menyerupai kata akronim, tetapi ia mempunyai banyak
perbezaannya. Perlulah diingatkan bahawa akronim berbeza daripada singkatan. Singkatan
ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan manakala akronim adalah gabungan
perkataan. Proses singkatan tidak melibatkan gabungan.
Kata akronim dan kata singkatan mempunyai banyak perbezaannya. Perbezaan yang
paling ketara adalah cara pengujarannya. Akronim diujar berdasarkan suku kata atau disebut
dalam satu atau lebih ujaran. Tetapi kata singkatan diujarkan berdasarkan huruf dan diujarkan
secara satu persatu seperti PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) tidak diujarkan sekali gus
tetapi disebut satu persatu berdasarkan huruf pertama setiap perkataan. Walau bagaimanapun,
kata akronim dan kata singkatan ini mempunyai persamaan antaranya mempunyai persamaan
dari segi gabungan dan percantuman huruf pertama dalam perkataan. Percantuman dan
gabungan berlaku semasa proses akronim dilakukan bukan hanya melibatkan satu huruf yang
pertama sahaja malah melibatkan gabungan suku kata dan huruf. Oleh itu, pelbagai konsep
dan penggunaan kata akronim dan singkatan diutarakan oleh ahli pakar bahasa.
Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang dilakukan, didapati bahawa kata akronim
sebenarnya tidak menyerupai kata singkatan. Kata akronim adalah tergolong dalam kata
tunggal manakala kata singkatan bukan tergolong dalam kata tunggal. Oleh itu, sudah jelas

kata akronim dan kata singkatan adalah berbeza. Selain itu, apabila sesuatu perkataan
diakronimkan dan hasil perkataan tersebut adalah mudah untuk diujarakan manakala kata
singkatan adalah perkataan yang telah disingkatakan dan sukar untuk diujarkan. Persamaan
antara kedua-duanya ialah kedua-duanya melibatkan gabungan atau cantuman huruf pertama
dalam beberapa perkataan.
Kata singkatan yang dinyatakan oleh kebanyakan buku adalah dalam bentuk penulisan
dan bukan dalam bentuk singkatan yang diselaraskan. Kata singkatan adalah perkataan yang
disingkatkan dan sukar untuk diujarkan seperti perkataan JBA dan b.p. Oleh itu, kata singkatan
ini adalah salah dari segi hukum penyingkatan. Perkataan Mindef dan Bernas sepatutnya
tergolong dalam kata akronim dan bukannya dalam kata singkatan. Bernas adalah perkataan
yang diujarkan tanpa menyukarkan penuturnya menutur perkataan tersebut. Oleh itu, kata
singkatan adalah kata yang terdiri daripada beberapa huruf dan diujar satu persatu tanpa
membentuk suku kata contohnya Barisan Nasional disingkatan menjadi BN.
Secara ringkasnya, singkatan atau kependekan ini digunakan untuk mengenal bentuk
yang diringkaskan. Bentuk yang diringkaskan haruslah difahami oleh khalayak supaya mesej
yang ingin disampaikan dapat difahami. Penggunaan kata singkatan dalam teks atau apa-apa
artikel contohnya seperti akhbar dan novel adalah bertujuan untuk menjimatkan ruang. Selain
daripada itu juga kata singkatan berfungsi untuk mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan
masyarakat. Penggunaan kata singkatan jelas dapat dilihat dalam penulisan novel atau skrip
drama yang menggunakan bahasa harian untuk menggambarkan emosi, suasana, tempat dan
watak seseorang pelakon.
Kata akronim pula terbentuk daripada huruf-huruf yang terdapat dalam pekataan yang
ingin diakronimkan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pakar bahasa.
Ringkasnya, akronim berbeza dengan singkatan dari dua aspek iaitu akronim adalah komponen
kata tunggal manakala kata singkatan tidak. Kedua adalah perkataan yang telah diakronimkan
mudah untuk diujarkan seperti tabika dan kugiran manakala kata singkatan sukar untuk
diujarkan walaupun telah mengalami proses pemendekkan contohnya UKM dan KL.
Hasil daripada penelitian, dapat disimpulakan bahawa kata singkatan dan kata akronim
adalah berbeza. Perbezaan pendapat atau konsep yang diutarakan oleh pelbagai ahli bahasa
sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan saling berkaitan anatara satu sama lain. Walau
bagaimanapun, ada kesilapan atau kekeliruan apabila menggunakan konsep yang diutarakan
oleh ahli pakar bahasa ini tetapi masih berakar umbi pada punca yang sama. Kedua-dua kata

ini masih melibatkan pemendekan, gabungan, pembuangan dan percantuman huruf dalam
beberapa perkataan.
(721
perkataan)

patah

Anda mungkin juga menyukai