Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN

Kesantunan berbahasa ialah timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang
mendengar kita bercakap dan merujuk kepada sifat-sifat bahasa yang membolehkan
kita menolak permintaan seseorang tanpa menyinggung hatinya. Orang Melayu
menggunakan bahasa sapaan dan kata ganti nama diri ketika berkomunikasi.
Walau bagaimanapun, pada zaman ini, isu kesantunan bahasa seringkali
diperkatakan, dengan adanya baya kesantunan bahasa barulah negara kita yang terdiri
daripada pelbgai kaum seperti kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, dan sebagainya
dapat hidup dalam keadaan yang aman dan sejahtera tanpa berlakunya pembalahan
atau pertekaran antara kaum. Melalui kesantunan bahasa rakyat Malaysia belajar untuk
menolak-ansur, menghormati dan menerima budaya kaum lain.
Seterusnya, dengan adanya subjek kesantunan bahasa dalam pendidikan
Malaysia bakal peminpin negara Malaysia dapat belajar cara berbahasa dengan sopansantun dan seterusnya dapat mengelakkan berlakunya pertekaran. Menurut Buku Text
Sejarah Tingkatan Lima pada muka surat 125 telah menunjukkan bahawa Bapa
Kemerdekan, Tengku Abdul Rahman telah berjaya mendapat kemerdekaan pada 31
Ogos 1957 melalui perundingan dan bukannya kekerasan. Ini jelas menunjukkan
bertanpa pentingnya kesantunan bahasa dalam usaha Tengku Abdul Rahman untuk
mendapatkan kemerdekaan tanpa mencederakan mana-mana pihak dan rakyat yang
tidak berdosa.

2.0

PENDAPAT TOKOH-TOKOH

Pendahuluan
Kesantunan perkataan ini begitu mesra dan sering kali wujud dalam kehidupan kita,
namun adakah kita faham maksub sebenar perkataan ini? Zaman kini, walaupun negara
kita, Malaysia boleh dikatakan aman, namun tetap mempunyai segelintir masyarakat
tidak faham kesantunan bahasa dan seterusnya menimbulkan kekecohan di negara kita.
Menurut Surat Khabar Berita Harian pada 01 Julai 2015 terdapat kes yang berlaku sejak
bebelakang ini seperti pertekaran antara kaum yang berlaku di Lowyat Plaza,Kuala
Lumpur, telah menimbulkan kekecohan di pusat Bandar Kuala Lumpur. Secara tidak
langsung, pekara ini telah mempengaruhi keamanan dan imej negara kita. Hal ini telah

menunjukkan bahawa masih terdapat masyarakat yang tidak memahami maksub dan
konsep kesantunan bahasa
2.1

PANDANGAN TOKOH TENTANG KONSEP KESANTUNAN BAHASA

Menurut Kamus Dewan (1984) halaman 1115 kesantunan bermaksub perihal (sifat,
tingkah laku, pertuturan dan sebagainya) santun, kesopanan serta kehalusan (budi
bahasa atau budi pekerti).
Pandangan Tokoh Dari Timur
Awang Sariyan (2007) pula memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa
yang baik, sopan, beradap, memancarkan peribadian mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
Dari sudut Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W pula. Baginda bersabda dalam
hadis , 'Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata
baik atau diam " , "janganlah kaliam saling dengki-mendengki , dan janganlah kalian
saling membenci , dan janganlah kalian saling berkata keji antara satu sama lain " dan
"Sebaik-baik manusia diantara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".
Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah
penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan
rasa tersinggung daripada pendengar. Bagi masyarakat Melayu bahasa halus dan
tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.Asmah Hj. Omar (2000),
juga menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur
untuk mencapai tujuan tertentu.Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti
dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun. Beliau telah membahagikan
kesantunan

kepada

dua

jenis

iaitu

kesantunan

asas

dengan

kesantunan

berkala.Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain.Dengan cara menunjukkan adanya sikap
berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun
antara satu sama lain. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang
menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu
sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu. Antaranya ialah taraf dan peranan orang
yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan,
mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan

Menurut Aristotle, yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,
bukan asal keturunannya.Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan
minum.Khalifah Abdul Malik Marwan pula manyatakan bahawa semulia-mulia manusia
ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.
Khalifah Abdul Malik Marwan pula berkata: Semulia-mulia manusia adalah orang
yang mempunyai adab yag merendah diri ketika berkedudukan tinggi , memaafkan
orang lain ketika berdaya untuk membalas , dan bersikap adil ketika kuat . pengertian ini
merujuk kepada kesantunan yang perlu ada kepada sesiapa yang memunyai kuasa dan
kedudukan yang tinggi dalam masyarakat .
Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menerangkan bahawa kesantunan bahasa ialah cara
penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.
Pandangan Tokoh Dari Barat
Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat
mengurangkan

pergeseran

dalam

sesuatu

interaksi.Untuk

mangamalkan

sifet

kesantunan, bahasa mesti halus,beradab sopan, perlakuan lemah-lembut dan berbudi


pekerti
J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
Kasantunan berlaku apabila wujud persetujuan etika dan peraturan bersama dalam
masyarakat.Tujuan kesantunan adalah untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan
aman.
Held mentarifkan kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji
secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi
bersemuka antara penutur dengan pendengar. Watts et.al menganggap kesantunan
ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan
interpersonal dalam kumpulan sosial.
(Lukoff,1975: 64) menganggap kesantunan adalah suatu perlakuan yang dapat
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)
mentarifkan kesantunan sabagei usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa

konflik. (Leech, 1983: 104) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang


mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi social. (Brown&Levinson, 1987:
62) menerangkan kesantunan sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka.
(Bayraktaroglo, 1997: 5) menganggap kesantunan sebagai perlakuan yang diamalkan
untuk membina persefahaman.
(Pelindungan kanak-kanak, 2004).Ammerman dan Hersen (1990) berpendapat
bahawa: Faktor tambahan yang memainkan peranan dalam mendisiplinkan penderaan
fizikal termasuk kekurangan fikiran rasional yang dapat diterokai dalam aspek
kesantunan, pendekatan disiplin di kalangan ibu bapa, kecederaan yang dialami, kesan
pada tingkah laku dan keseriusan kecederaan kanak-kanak. Pemboleh ubah penting
yang perlu diuji adalah bentuk niat yang menyebabkan mereka didera ataupun
kecederaan fizikal dan digabungkan dengan situasi keluarga yang melakukannya
menyebabkan definisi penderaan fizikal menjadi kompleks.
Rumusan
Sebagai rumusan, semua tokoh-tokoh dari seluruh dunia telah mentarifkan kesantunan
sebagai usahan yang baik untuk mengelakkan perselisihan faham pertekaran dan
menjamin keamanan sesebuah Negara. Selain daripada aspek berbahasa dan cara
bercakap, kesantunan sebenarnya juga terlibat dengan rasional dan cara seseorang
bertindak seperti yang ditakrifkan oleh tokoh Ammerman dan Hersen (1990) yang
menceritakan kekurangan fikiran yang rasional yang dapat diterokai dalam sikap
kesantunan yang menyumbang kepada kes penderaan kanak-kanak, namun banyak
orang yang masih tidak dapat mengamalkan sifat kesantunan ini supaya berfikir dengan
rasional sebelum bertindak. Mereka tidak dapat mengawal diri untuk melakukan
jenayah. Mereka telah menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti sebagainya.
Antaranya yang paling kejam adalah penderaan kanak-kanak.

3.0

ISU KESANTUNAN DI MALAYSIA


Pendahuluan
Kanak-kanak adalah pinjaman daripada Allah swt.Jadi ianya merupakan salah satu
amanah

yang

dipegang

oleh

masyarakat

sebelum

kembali

kepada

penciptanya.Masyarakat perlulah mendidik,menyayangi anak-anak dengan penuh


perhatian.Namun, hari ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan

penderaan yang melibatkan kanak-kanak.Dari segi penderaan mental,fizikal dan tak


kurang juga penderaan seksual. Apa yang menyedihkan penderaan ini ada juga
dilakukan oleh masyarakat terhadap kanak-kanak itu sendiri.Dimana hilangan
Amanah yang dipertanggungjawabkan?
3.1
Isu Penderaan Kanak Kanak
Penderaan kanak-kanak merupakan sejenis pencabulan serius terhadap hak
golongan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Penderaan
kanak-kanak boleh mendatangkan kesan jangka panjang dan jangka pendek seperti
kerencatan otak, perkembangan terbantut, kesukaran belajar, masalah menjalin
persahabatan, tabiat agresif dan kemurungan. Mangsa penderaan kanak-kanak
mungkin mengalami risiko lebih tinggi untuk bermasalah di kemudian hari seperti
pencapaian akademik yang teruk, penggunaan dadah, kehamilan remaja dan
perbuatan jenayah yang bukan sekadar menjejaskan kanak-kanak dan keluarga
malah masyarakat keseluruhannya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
menunjukkan peningkatan kes penderaan kanak-kanak iaitu jadual 3.1 dari 2010
iaitu sebanyak 3,257 kes, 3,428 kes (2011), 3,831 kes (2012), dan 4,119 kes pada
2013.Manakala statistik terbaru kes penderaan kanak-kanak dari Januari hingga
April 2014 adalah sebanyak 1,430 kes.Manakala jadual 3,2 telah menunjukkan kes
penderaan kanak-kanak kian meningkat sejak tahun 2002. Jumlah kes penderaan
kanak- kanak pada tahun 2002 adalah 1242 kes, tahun 2003 adalah 1390 kes, 2004
adalah 1656 kes, 2005 adalah 1800 kes, 2006 1999 kes dan 2007 pula adalah 2279
kes yang hamper mencecah 2000 kes. Statistik tersebut membimbangkan. (Pasti)
terdapat lagi kes-kes terpencil di kawasan pedalaman, atau pun ada sebab-sebab
lain mengapa ia tidak dilaporkan, kata Nie Ching dalam satu kenyataan. Selain itu,
Kes penderaan kanak-kanak perempuan terjadi lebih daripada 50 peratus
berbanding semua kes penderaan kanak-kanak lain. Pengabaian adalah punca
utama kes ini berlaku diikuti dengan penderaan fizikal dan seksual.

Jadual 3.1

Kes-kes Penderaan Kanak- kanak yang berlaku pada tahun

2010 hingga 2014.

Jadual 3.2 Kes penderaan kanak-kanak di Malaysia pada 2002 hingga 2007.

Contoh kes-kes penderaan kanak-kanak

Menurut Surat Khabar Berita Harian pada 17 April 2010 ,terdapat seorang budak
perempuan yang berusia tiga tahun telah mati didera pada 16 April 2010 telah
dilaporkan oleh Norhashimah Mohd Radzali dan Nor Fariza Ramlan. Bedah siasat
menunjukkan ada 60 kesan cedera baru dan lama pada tubuh mangsa. Selain itu,
keputusan bedah siasat yang dikeluarkan Hospital Serdang juga mendapati mangsa
mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Polis dari Seri Kembangan telah
mengesahkan Jasmine Lee Swee Hui, tiga tahun mati didera di Pangsapuri Bayu, Turut
di melaporkan Jasmine mati disyaki didera dan ditemui lebih 30 kesan lebam dan
cedera pada badan dan kepalanya. Lee Swee Hui, dari dipercayai didera lelaki berusia
27 tahun.Lee atau panggilan manjanya, Jasmine dibawa ke Poliklinik Komuniti Seri
Kembangan oleh bapa tirinya itu yang juga seorang penganggur, tetapi disahkan sudah
meninggal dunia dua jam sebelum itu. Timbalan Ketua Polis, Jabatan Siasatan Jenayah
Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata kanak-kanak itu dipercayai didera
seminggu lalu berdasarkan kesan lebam pada badannya.
Selain itu, menurut Khabar Berita Harian Pada 25 Februari 2010 yang lalu,
Syafia Humairah Sahari, yang berusia tiga tahun juga meninggal dunia dipercayai didera
oleh teman lelaki ibunya, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama,
Batang Kali. Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun
yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya mendapati berlaku pendarahan otak,
kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala
dan abdomen mangsa.Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di
Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor juga menemui kesan luka dan lebam
seluruh badan, selain kesan penderaan lampau. Syafia Humairah Sahari dipercayai
ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali dan berulang kali dipijak kepala
sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga
serta lebam kaki dan tangan.
Menurut Surat Khabar Harian Metro pada 5 Mac 2015, Seorang kanak-kanak
perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh penjaganya di
kediaman mereka di Klebang Jaya. Mangsa, Nor Saraniya Abdullah disahkan meninggal
dunia selepas mangsa tidak sedar diri dan mengalami pendarahan pada mulut.
Ipoh, Kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia ketika dalam jagaan
pengasuhnya di sebuah rumah di Klebang Jaya, Chemor, di sini, Nor Saraniya Abdullah
disahkan akibat kebuluran dan kurang zat makanan. Lebih menyayat hati, tubuh

mangsa turut mempunyai pelbagai kesan penderaan dipercayai dipukul dengan objek
seperti kayu, besi serta penyangkut baju.
3.2

PUNCA-PUNCA PENDERAAN KANAK-KANAK

Penderaan kanak-kanak boleh berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana nilai-nilai
moral sudah tiada lagi dalam diri. Oleh sebab terlalu sibuk dan penat dengan tugas atau
pekerjaan, stres yang dialami akan dilemparkan kepada anak-anak. Ibu bapa yang
melakukan perkara yang sedemikian tidak menghiraukan atau berasa belas kasihan
terhadap anak-anak mereka yang mereka sakiti.
Selain itu, ilmu pengetahuan agama dalam diri mereka sangat kurang turut
menyumbang kepada kes penderaan kanak kanak. Ibu bapa perlulah mendidik anakanak mereka tentang agama sejak kecil dan mengaplikasikan setiap ajaran agama
dalam kehidupan seharian. Mendera kanak-kanak adalah perbuatan yang salah kerana
kanak-kanak merupakan amanah yang dikurniahkan oleh Tuhan kepada kita untuk
meneruskan generasi. Sebagai ibu bapa seharusnya bersyukur di kurniakan anak
bukannya mendera mereka.
Di samping itu, media massa juga mempengaruhi pemikiran setiap lapisan
masyarakat pada masa kini. Media massa yang berunsurkan aksi ganas kerap kali
dapat kita saksikan di kaca televisyen seperti rancangan WWE dan filem-filem yang
berunsurkan pergaduhan seperti Crows Zero. Aksi-aksi yang di paparkan ini akan
memanipulasikan pemikiran dan mengubah seseorang individu menjadi ganas. Secara
tidak langsung, ibu atau bapa akan menggunakan kekerasan untuk mendidik anak-anak.
Tanpa mereka ketahui, perbuatan tersebut merupakan penderaan bagi kanak-kanak.
Sebagai ibu bapa kepada anak-anak perlulah belajar tentang cara-cara untuk mendidik
anak-anak supaya tidak menyakiti anak-anak yang tidak bersalah malah mereka
memerlukan bimbingan daripada ibu bapa.
Sementelahan itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah tidak akan
dapat membanteraskan kes penderaan kanak-kanak ini. Penguatkuasaan undangundang yang ketet haruslah dilaksanakan dengan mengenakan amaran hukuman yang
setimpal kepada ibu bapa dan masyarakat yang telah mendera kanak-kanak.
Kurangnya didikan agama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada
berlakunya masalah penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama

yang menjamin kepada keutuhan serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan.


Kekurangan ilmu agama akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu dengan
cara yang bertentangan dengan didikan agama. Hal ini yang menyebabkan terdapat
segelintir ibu bapa yang menghukum anaknya sehingga meninggalkan kesan seperti
luka, lebam dan mungkin juga berlaku pendarahan dalam otak.
Kes penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang
dihadapi. Masalah yang kewangan sering berlaku menyebabkan para ibu bapa berasa
terbeban. Semua ini dilepaskan kepada sang kecil yang saat itu membutuhkan kasih
sayang daripada kedua-dua insan mulia ini. Anak yang sepatutnya diberi perlindungan
dan dibelai oleh ibu bapa, kini menjadi mangsa sepak terajak mereka yang terbeban
dengan krisis kewangan yang dihadapi.
Keadaan keluarga yang kucar-kacir mungkin berpunca daripada pendidikan
keluarga yang kurang sempurna.Sesetengah belia menganggap jika usia sudah
menjangkau 25 tahun dan kewangan mencukupi,wajarlah mereka berkahwin.Mereka
tidak terfikir bahawa lelaki tersebut bakal menjadi seorang suami dan ketua
keluarga,manakalaperempuan pula menjadi seorang ibu.
Pengetahuan tentang aspek kekeluargaan dan keagamaan yang mendalam
perlu dititkberatkan bagi membendung gejala tidak sihat inidaripada berterusan.
Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya
kespenderaan kanak-kanak.Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan
danperikemanusiaan.Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka.Seperti yang
diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan si penagih lupa diri dan khayal.Oleh
itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anakanak yang tidak berdosa.
Kesimpulannya, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab seharusnya
mengetahui cara hidup berkeluarga dan cara untuk menjaga dan mendidik anak-anak.
Kerana kanak-kanak merupakan generasi muda yang akan meneruskan pembangunan
negara dan mengharumkan nama negara serta mencapai Wawasan 2020 yang
merupakan propaganda mantan perdana menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr.
Mahathir.

Kurang
pendidid
kan

Keluar
ga yg
kucar-

Rajah 3.2 : Punca penderaan kanak-kanak

3.3

Kesan-Kesan Penderaan Kanak-Kanak

Pelbagai

kesan

akan

dialami

oleh

kanak-kanak

yang

menjadi

mangsa

penderaan.Deraan merupakan satu paksaan yang diterima oleh kanak-kanak dan


mereka tidak dapat membantah.Keadaan ini merupakan satu seksaan atau penindasan.
Ibu bapa perlu sedar jika terlalu memaksa anak-anak, pekara ini akan menjejaskan
perkembangan emosi mereka. Apabila emosi mereka terjejas, hal ini akan menimbulkan
kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah mereka.
Selain itu, hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga
menyebabkan kanak-kanak sentiasa berkeadaan bimbang, menimbulkan rasa kecewa,
hilang keyakinan diri sendiri, bersikap agresif,dan fikiran mereka sering terganggu.
Sebagai contoh kanak-kanak , mungkin menghadapi masalah rasa rendah diri, lasak
terlampau, hiperaktif, mencederakan diri sendiri, penurunan prestasi pelajaran, masalah
pemakanan, kemurungan, kerisauan, hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah

terangsang dengan perbuatan kasar, ganas dan tiada perasaan, terdedah kepada
masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah. Kanak-kanak mungkin akan diam dan
tidak bereaksi atau tidak memberi respon sosial dan emosi kepada persekitaran dan
berkemungkinan besar menjadi mangsa keganasan apabila dewasa. Kanak-kanak juga
akan menghadapa masalah kawalan diri, rasa rendah diri, bersedih dan mudah menjadi
murung akibat jangka panjang penderaan kanak-kanak
Ibu bapa yang garang dan panas baran akan membentuk kanak-kanak yang
kurangbaik perkembangan emosinya seperti membenci terhadap sikap ibu bapa,bosan
belajar,dan tidak berminat dalam pelajaran.Di sekolah kanak-kanak dilatih oleh guru
mereka untuk berfikir.
Mereka dibimbing oleh guru untuk perkembangan fizikal, mental,akhlak, kerohanian, dan
social yang baik. Sekiranya ibu bapa di rumah membentukanak-anak bertentangan
dengan nilai-nilai di sekolah,maka akan timbullah konflik dalam diri kanak-kanak
tersebut.

Rajah 3.3

Punca penderaan kanak-kanak dan kesan-kesan penderaan kanak-

kanak.

3.4

Cadangan Usaha- Usaha Membendung Penderaan Kanak-Kanak

Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak masyarakat haruslah sentiasa


peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran
yang melakukan penderaan terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan

kejadian tersebut kepada pihak polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan
ancaman daripada jiran mereka.
Untuk menjayakan hal ini, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan adalah sangat
penting dijadikan bahan pembelajaran di sekolah kerana setiap perkara yang dipelajari
dalam mata pelajaran tersebut berkaitan dengan kehidupan yang kita jalani. Nilai-nilai
moral seharusnya diaplikasikan oleh setiap lapisan masyarakat dalam kehidupan
seharian di samping dapat membentuk warganegara yang bertamadun dan bertauliah.
Kuala Lumpur Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggariskan
langkah bagi mengatasi masalah penderaan kanak-kanak di negara ini. Naib
Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata langkah memerlukan kerajaan dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memperkenal serta melaksanakan program
pembangunan kesihatan mental komprehensif untuk komuniti bagi membantu
menangani masalah tekanan dan isu kesihatan mental lain.
Selain itu, majikan perlu bantu pekerja yang hadapi tekanan dengan sediakan
khidmat kaunseling dan bantuan psikologi. Ibu bapa atau penjaga disabitkan dalam kes
penderaan perlu diwajibkan hadir kursus anjuran kerajaan bagi melengkapkan diri
dengan kemahiran keibubapaan untuk memberi kasih sayang dan ambil berat keperluan
anak.
Justeru,

kerajaan

harus

mengadakan

kempen

antipenderaan

untuk

mendedahkan kepada masyarakat umum bagi membanteras gejala yang tidak


berperikemanusiaan ini dan menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka
terhadap keluarga dan anak iaitu kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap
individu terhadap keluarga supaya melahirkan keluarga yang bahagia.
Selain itu, ibu bapa juga mesti mempunyai nilai kasih sayang dan kerpecayaan
kepada Tuhan terhadap keluarga dan anak. Hal ini kerana kanak-kanak merupakan
hadiah yang diterima daripada Tuhan. Ibu bapa harus memainkan peranan mereka
sebagai ibu bapa kanak-kanak. Apabila ibu bapa menghadapi masalah, mereka harus
berbincang bersama-sama dan mengatasi masalah bersama-sama tetapi tidak bukan
mendera anak mereka.
Pihak kerajaan juga harus menguatkuasa undang-undang supaya melindungi
hak kanak-kanak. Oleh itu, pihak berkuasa harus memberi hukuman yang berat kepada

ibu bapa yang mendera kanak-kanak. Untuk itu, Akta Perlindugan Kanak-Kanak 1997
perlu diperkukuh bagi menjamin akta ini menjadi undang-undang yang serba lengkap
bagi melindungi kanak-kanak.
Pendidikan di sekolah harus menekankan soal kasih sayang. Pendidikan awal ini
dapat menyemai sikap tanggungjawab dan antipenderaan. Apabila mereka dewasa dan
hidup dalam lingkungan masyarakat,perasaan mengambil berat dan ingin tahu kebajikan
orang lain akan terus mengalir.
Sebagai intihanya, masyarakat haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dalam
usaha menangani gejala dan penderaan kanak-kanak daripada berlaku serta mencari
resolusi hingga ke akar umbi supaya gejala buruk ini dapat dibanteras dan dihalang
daripada terus membelenggu setiap lapisan masyarakat di negara ini. Hal ini penting
bagi menjadikan negara kita bebas daripada gejala buruk supaya pembangunan negara
tidak terjejas disebabkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bermoral ini. Tambahan
pula, matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan direalisasikan serta imej
negara dipandang tinggi di mata dunia.

Rajah 3.4

Usaha-usaha membendung penderaan kanak-kanak

Rumusan
Sebagai rumusan, kes-kes penderaan kanak-kanak yang kian berleluasa di nagara
kita kini telah menjejaskan imej Negara kita. kanak-kanak merupakan kumpulan
yang paling penting kepada satu Negara, kerana kanak-kanaklah bakal pemimpin
Negara kita pada masa depan. Sekiranya kita tidak mendidik mereka dengan cara
yang terbaik, maka musnahlah Negara pada masa depan.

4.0

PERSEMBAHAN BROSUR

4.1

Definisi Brosur
Brosur adalah salah satu cara terbaik untuk mempresentasikan perusahaan.

Ada tri-fold brosur (brosur lipat tiga) yang digunakan untuk mengiklankan produk
baru atau layanan yang ditawarkan oleh perusahaan. Ada brosur bi-fold folder
(brosur lipat dua) yang digunakan untuk mempresentasikan proyek perusahaan
Brosur memiliki tiga fungsi iaitu fungsi informatif, iklan dan identifikasi,
Brosur berfungsi informatif biasanya digunakan untuk menginformasikan
kepada pelanggan potensial berkaitan dengan perusahaan. Informasi ini berkaitan
dengan presentasi perusahaan, produk baru atau layanan yang perusahaan
tawarkan, atau perubahan terbaru dalam nama perusahaan.Selain itu, brosur
berfungsi

informatif

juga

berfungsi

untuk

menyampaikan

maklumat

dan

menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya dalam kempen.


Brosur berfungsi iklan pula penting sebagai alat iklan atau promosi, yang
menarik untuk mempromosikan satu atau lebih produk atau jasa. Untuk keterangan
lebih lanjut fungsi ini akan dianalisis dalam aspek Periklanan.
Dalam aspek fungsi Identifikasi brosur pula membuat perusahaan mudah di
identifikasi. Ini akan memberikan prestise dan kredibilitas perusahaan.

5.0

REFLEKSI

Saya berasa ribuan bersyukur kepada Tuhan atas jasanya supaya saya dapat
menyaipkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu, Dr.Faiziah
Haji Shamsudin atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau yang banyak membantu saya
dalam proses menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menyiapkan tugasan ini.
Dalam proses saya menghasilkan tugasan ini ,saya ini juga tidak terkecuali
daripada menghadapi beberapa masalah dan saya telah mendapat jalan penyelesaian
dalam menghadapinya. Antaranya adalah pemilihan isu yang sesuai dan mudah untuk
diulas. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan ulasan isu yang memerlukan banyak
rujukan untuk menyokongnya. Justeru pemilihan isu perlu lebih teliti supaya isu tersebut
mempunyai banyak rujukan untuk diulas kemudiannya. Saya telah meneliti beberapa isu
yang dimuat turun daripada beberapa laman sesawang rasmi dan mendapati
kebanyakan isu yang berkaitan dengan kesantunan masyarakat Malaysia.
Setelah mendapat rujukan dan sokongan maklumat yang kukuh, saya
memulakan

proses

penulisan.

Sepanjang

proses

penulisan

dijalankan,

saya

menghadapi masalah untuk menyerapkan bahan rujukan tersebut sebagai sokong


terhadap ulasan isu yang dilakukan. Saya merasakan ia tiada perkaitan antara satu
sama lain. Walau bagaimanapun, saya tetap meneruskan proses tersebut mengikut apa
yang saya tahu.
Tugasan ini juga memberikan banyak cabaran kepada saya untuk menyiapkan.
Antaranya adalah cabaran untuk menganalisis isu dan bahan-bahan rujukan sebagai
sokongan sebelum ulasan dibuat.

Setelah merujuk dan melakukan perbincangan

bersama rakan-rakan, saya berjaya untuk menganalisis isu tersebut sebaik mungkin dan
seterusnya menghasilkan tugasan ini.
Selain daripada itu, saya juga berhadapi cabaran untuk mengaplikasikan bahan
rujukan dan ulasan tokoh-tokoh dan definisi-definisi ke dalam penulisan ini. Akhirnya

saya berjaya melakukannya dengan menjalankan perbincangan bersama rakan-rakan


untuk mendapatkan pandangan mereka mengenainya.
Justeru, dalam proses menyiapkan tugasan ini saya telah menghadapi masalah
kesuntukkan masa. Ini disebabkan, saya telah menerima sebanyak empat tugasan pada
masa yang sama. Bukan itu sahaja, saya juga terpaksa untuk melibatkan diri dalam
menyusun

senaman

senamrobic,

pertandingan

menyanyi,

dan

persembahan

tarian.Tambahan pula sikap diri saya yang bersifat malas dan kurang displin diri. Namun.
Saya telah berjaya mengatasi masalah ini dengan menyediakan jadual waktu dan
mendisplinkan diri supaya menyiapkan tugasan dalam masa yang ditentukan.
Di samping itu, saya juga menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dalam
kehidupan university yang sibuk sedangkan saya baru sahaja mendaftar diri selama dua
bulan di IPG Kampus Raja Melewar. Perasaan merindui halaman kampung jelas
pengaruh saya. Namun, saya telah membendung masalah ini dengan mengisikan
semua masa lapang saya dengan aktiviti yang berfaedah supaya saya dapat mengatasi
masalah kerinduan kampung sementara waktu.
Bukan itu sahaja, saya juga mendapat masalah untuk memahami format yang
diperlukan untuk tugasan ini. Walaupun telah mandapat taklimat daripada pensyarahpensyarah namun saya masih tidak memahami akan format yang diperlukan. Tetapi
saya juga dapat mengatasi masalah ini dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh senior
yang sebilik dengan saya
Selain daripada cabaran, saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru
sepanjang melakukan tugasan ini. Satu daripadanya adalah kemahiran menganalisis
maklumat yang diperolehi untuk disuaikan dengan tugasan. Ia memerlukan masa yang
agak lama untuk mendapatkan penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama
ada maklumat tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan. Ini
adalah kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan
yang baik kepada isu yang diulas ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya
saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan.

Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain
menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Dalam proses menghasilkan tugasan ini saya telah belajar dan menambah
pengetehuan diri saya mengenai cara-cara untuk mengendali komputer. Saya telah
belajar kemahiran dan cara-cara untuk menghasilkan dan mereka brosur dengan
menggunakan perisian komputer. Saya pasti bahawa kemahiran ini akan banyak
membantu saya pada masa kelak.
Melalui tugasan yang berfokus kepada isu kesantunan masyarakat Malaysia ini,
saya berpendapat bahawa isu ini memang perlu diambil tahu dan dititikberatkan sebagai
seorang bakal guru. Apabila saya melakukan pembacaan yang meluas di laman
sesawang, akhbar dan buku rujukan, saya dapat mendalami sedikit sebanyak mengenai
sosial masyarakat Malaysia khususnya dalam isu kesantunan penderaan kanak kanak
ini. Sebagai seorang bakal guru, kita mestilah peka dengan isu sosial semasa untuk
menjadi seorang guru yang berkaliber dalam profesion keguruan. Pada hemat saya,
pendidik perlu mendalami isu kesantunan ini kerana para pendidiklah yang
bertanggungjawab mendidik anak bangsa dan mereka harus mengambil tahu keadaan
sebenar sosial para pelajar supaya boleh menjadi seorang pendidik yang lebih bersedia,
berpengalaman, berintegriti dan berkaliber.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang
diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari
sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada
pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya. Malah masyarakat juga akan lebih tertarik
kepada kita dengan kesantunan bahasa yang kita guna pakai dalam kehidupan
seharian. Jadi, mudah bagi seseorang terutamanya golongan pendidik untuk menarik
perhatian ibu bapa serta masyarakat sekitar untuk sama-sama membantu dalam
pembangunan sahsiah dan prestasi akademik para pelajar.

6.0

KESIMPULAN

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami
isteri. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran

cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa
untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai
perlindungan kanak-kanak. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris
sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Tuhan berikan
kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam
rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian
kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar
pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa
sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen.
Tujuan saya memilih isu penderaan kanak-kanak dalam tugasan ini adalah untuk
menimbulkan kesedaran masyarakat tentang bertanpa dalamnya kesan-kesan yang
ditinggalkan oleh jenayah penderaan kanak-kanak. Kanak kanak merupakan aset
Negara yang penting. Kanak-kanaklah yang bakal menjadi bakal pemacu Negara.
Kanak-kanak juga mempunyai hak untuk dilayan seperti manusia, hak untuk mendapat
pendidikan dan kasih sayang yang sepenuhnya dalam proses pembangunan tubuh
mereka.
Konklusinya, punca berlakunya kes-kes penganiayaan kanak-kanak ini bermula
dari rumah. Ibu bapa sepatutnya membela, memberi naungan dan memelihara hak
kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ibu bapa haruslah
berusaha untuk mencurahkan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada
anak-anak di samping menanam sikap saying- menyayangi antara mereka.