Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN POSTMORTEM PENGELOLAAN RAGBI SENTUH

AHLI JAWATANKUASA : NAIB PENGERUSI


PENSYARAH PENYELARAS : ENCIK KANAISAN A/L KANAPATHY
TARIKH : 13/14 JULAI 2016

KELEMAHAN:
Memandangkan tidak banyak kumpulan yang memahami undang-undang dalam
pertandingan ini, kebanyakan peraturan telah dimudahkan supaya senang difahami.
Bagaimanapun, beberapa orang pemain juga membuat kesilapan dan perlu sentiasa diingati
oleh pengadil. Bilangan pemain pasukan juga dikurangkan kepada 5 orang kerana tidak banyak
pasukan yang menyertai pertandingan ini. Kelewatan peserta juga menyebabkan pengelolaan
ragbi dilewatkan hingga pukul 6 petang baru mula.

PENAMBAHBAIKAN:
Untuk menjayakan pengelolaan ragbi dengan lebih meriah, kami boleh mengambil
insiatif untuk mencari sponser supaya terdapat bajet yang lebih dalam menyediakan hadiah
yang lumayan bagi menggalakkan para pelatih untuk menyertai pertandingan ini. Dengan
adanya pasukan peserta yang banyak, kami dapat menganjungkan permainan dengan lebih
sistematik dan meriah. Tambahan pula, sekiranya kami membuat persiapan awal, kami percaya
bahawa kami dapat memberi taklimat dan latihan kepada para permain. Dengan itu, kami akan
membuat persediaan awal dan berbincang dengan ahli jawatankuasa yang lain. Keadaan ini
penting kerana, dengan adanya taklimat dan latihan, para permain atau peserta lebih
bersemangat untuk menyertai pertandingan ragbi yang kami anjurkan.

Anda mungkin juga menyukai