Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang

besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian
badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan ini melibatkan
gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain. Oleh itu dalam
pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku antara motor kasar dan
motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga memerlukan pengawalan
keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain seperti mata dan
sentuhan. Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan
memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang
dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan
yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka. Selain itu tahap kesukaran
aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan kanak-kanak
itu. Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut
mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah telah mereka peroleh.
Perkembangan fizikal kanak-kanak pada usia tiga hingga enam tahun berada
dalam keadaan yang sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor
termasuk faktor-faktor genetik yang diperolehi dari keturunan, pemakanan,
pendapatan keluarga dan kumpulan etnik. Salah satu aspek penting dalam
perkembangan fizikal kanak-kanak adalah perkembangan daya penglihatan
mereka. Pada usia ini perkembangan visual kanak-kanak akan mematangkan lagi
perkembangan otak mereka yang juga memperkukuhkan kombinasi antara
hemisfera kanan dan kiri otak yang seterusnya membolehkan kanak-kanak mahir
dalam arah kiri dan kanan. Otak kanak- kanak akan berkembang dengan pesat
secara struktur dan fungsinya pada usia ini iaitu semasa mereka berada di
prasekolah. Hemisfera kiri otak yang mengawal fungsi bahasa terbentuk dengan
amat pesat pada dua tahun pertama usia kanak-kanak itu. Manakala hemisfera
kanan otak yang mengawal maklumat megenai ruang mula berkembang dengan
pesat pada sekitar usia lima tahun. Kanak-kanak mengalami peningkatan dalam
pergerakan motor kasar dan motor halus yang amat hebat semasa berada di
prasekolah. Peningkatan dan penambahbaikan dalam kemahiran motor kasar
dan motor halus ini adalah dipengruhi oleh perkembangan otak, perimbangan
( sense of balance ) yang lebih baik dan peningkatan dalam koordinasi mata dan
tangan. Perkembangan motor juga dipengaruhi oleh latihan, ekspektasi ibubapa,
peniruan, faktor genetik, perkembangan otak dan etnik keturunan. Daya
imbangan merupakan aspek yang juga penting dalam perkembangan fizikal
kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengan biasanya akan
mengalami masalah untuk mengimbangi badan mereka. Mereka tidak akan
dapat melakukan pergerakan-pergerakan motor kasar seperti menyepak bola
atau menendang. Adakalanya kanak-kanak mengambil masa yang lebih panjang
dari kanak-kanak lain untuk memahirkan diri dalam pergerakan motor kasar.
Maka guru haruslah mengenalpasti kanak-kanak yang mungkin memerlukan
bantuan dalam perkembangan motor kasarnya. Untuk berlari dan melompat,
kanak-kanak melalui beberapa frasa sebelum mereka boleh berlari dan
melompat dengan sempurna. Dari pemerhatian dan kajian yang dilakukan
terdahulu, pada usia 2 hingga 3 tahun barulah kanak-kanak boleh dilihat berlari
dengan baik walaupun mereka kelihatan seperti berlari pada usia yang lebih
muda. Pada usia 4 hingga 5 tahun kanak-kanak akan mampu berlari dua kali
ganda lebih laju daripada kepantasan mereka berlari pada usia 3 tahun. Kanakkanak mula cuba untuk melompat apabila cuba memijak sesuatu objek dengan
menggunakan sebelah kaki. Ini terjadi pada usia 18 bulan. Pada usia 2 tahun ,

kanak-kanak akan boleh melompat sambil mengangkat sedikit kedua-dua belah


kaki mereka, tapi kanak-kanak ini masih lagi tidak tahu menggunakan tangan
mereka untuk mengimbangi badan mereka semasa melompat. Melempar dan
menangkap bola merupakan kemahiran motor kasar yang cuba kanak-kanak
lakukan pada awal usia mereka lagi. Namum begitu pergerakan melempar dan
menangkap bola akan menjadi lebih cekap dan kemas apabila kanak-kanak
mampu untuk mengawal pergerakan badan mereka. Kanak-kanak yang lebih
matang sudah boleh mengimbangi badan mereka semasa membuat balingan
atau menangkap bola berbanding dengan kanak-kanak dua atau tiga tahu yang
biasanya kelihatan kaku dan sukar untuk membaling bola dan kadang-kadang
gagal untuk menangkap bola. Kemahiran menangkap bola akan menjadi lebih
baik apabila kanak-kanak itu lebih matang dan boleh menggunakan koordinasi
visual mereka untuk memerhatikan pergerakan bola seterusnya menangkap bola
tersebut. Perkembangan Motor Kasar mengikut usia. Usia 1 6 Bulan Bayi boleh
mengangkat kepala untuk mengubah posisi ampu untuk pemandangan. Bayi
akan terdorong untuk mengubah poisi kepala semasa memberi tindakbalas
kepada bunyi atau rangsangan yang diperolehinya. Bayi juga boleh
membengkokkan tangan dan kakinya.Bayi juga mampu untuk menegakkan
kepalanya semasa didokong. Semasa berada dalam keadaan terlentang bayi
akan menendang-nendang dan menggerak-gerakkan kaki ke kiri dan ke kanan.
Usia 6 9 Bulan Bayi boleh mengangkat kepala dan dada sambil meniarap,
pergerakkan meniarap akan berubah-rubah mengikut kemahuan bayi. Bayi akan
boleh bergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Bayi juga akan menendang-nendang
dengan kuat. Pada usia ini juga bayi akan menghulurkan tangan meminta supaya
mereka diangkat oleh orang dewasa disekeliling mereka. Di akhir tempoh ini,
bayi akan berusaha untuk bangun dan duduk . seterusnya bayi akan bangun dan
duduk sendiri tanpa bantuan. Usia 9 18 Bulan Dalam keadaan meniarap, bayi
akan cuba bergerak ke hadapan dan ke belakang. Bayi akan mencuba untuk
merangkak, keperluan untuk bergerak menjadi memuncak bila mana pada usia
ini kanak-kanak sangat cenderung untuk meneroka kawasan sekeliling yang
biasa bagi mereka. Dengan merangkak bayi akan boleh bergerak ke lebih banyak
tempat yang sangat menarik bagi mereka tanpa bantuan orang dewasa. Bayi
kemudiannya akan mengimbangi badan dan duduk tanpa bantuan. Seterusnya
bayi akan cuba untuk berdiri. Bayi akan mencari sokongan dari orang dewasa
atau perabut di sekelilingnya untuk membantu mereka bertatih. Seterusnya bayi
akan cuba berjalan dengan sokongan dan bantuan orang dewasa. Perkembangan
seterusnya adalah untuk berjalan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Bayi
akan beralih kepada usia kanak-kanak pada akhir tahap ini. Mereka akan cuba
bereksperimentasi dan bermain peralatan permainan. Bayi akan mampu untuk
menolak dan menarik permainan beroda. Pada akhir tahap ini juga kanak-kanak
akan mampu menaiki dan menuruni tangga dengan bantuan ibu bapa. Usia 18
Bulan 5 Tahun Pada usia 18 bulan , kanak-kanak sudah mampu berlari dengan
selamat. Daya keseimbangan mereka adalah lebih baik. Kini kanak-kanak sudah
mampu untuk menaiki dan menuruni tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak
dengan sempurnanya dapat mengayuh basikal roda tiga. Kanak-kanak juga
boleh berdiri di atas hujung jari kaki. Kanak-kanak pada usia ini boleh melompat,
meloncat-loncat, melontar dan menyepak bola. Kanak-kanak juga akan
menggerak-gerakkan badan mereka apabila mendengar irama yang mereka
gemari. Usia 5 7 Tahun Kanak-kanak adalah sangat cergas dan cerdas pada
usia ini. Mereka sudah mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan

pergerakan mereka lebih luas. Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah
lebih kompleks. Kanak-kanak akan mmpu memanjat dengan baik. Mereka juga
mempunyai daya imbangan badan yang tinggi. Koordinasi mata dan tangan
membolehkan mereka memukul bola dengan menggunakan pemukul. Cadangancadangan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak.
Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan
sepenuhnya. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh dijalankan bagi
meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam pergerakan motor kasar mereka.
Berjalan ~ Aktiviti berjalan boleh dilakukan dengan berbagai cara yang lebih
kreatif seperti berjalan kehadapan, berjalan ke belakang, berjalan dalam bulatan,
berjalan ke tepi, berjalan dalam bulatan, berjalan dengan perlahan, berjalan
dengan laju, berjalan bersendirian dan berjalan secara berkumpulan. Berlari ~
Kanak-kanak suka berlari dan bergerak cergas dalam banyak ketika. Aktiviti
berlari haruslah dilakukan di tempat yang lebih luas dan lapang. Ini adalah untuk
memastikan keselamatan kanak-kanak semasa aktiviti berlari. Berlari dengan
perlahan, berlari berganti-ganti, berlari sambil membawa bola dan berlari
berhenti dan berlari. Skipping ~ skipping menggunakan tali, skipping secara
sendirian atau bermain lompat tali dalam kumpulan. Galloping ~ berlari seperti
kuda Membaling dan menyambut bola ~ menggolekkan bola, menahan bola
yang bergolek, membaling bola, menyambut bola bergilir-gilir dalam kumpulan,
permainan bola dan monyet, Mengimbangkan badan ~ berjalan meniti
sekeping papan yang diletakkan di atas tanah, meniti seutas tali yang diletakkan
di atas tanah, membawa bola di atas sudu, menjunjung pundi kacang hijau di
atas kepala. Matlamat Pembelajaran Motor Kasar PPK (2003) Perkembangan
motor kasar seorang kanak-kanak bermula sejak mereka lahir. Perkembangan ini
berterusan sehingga mereka mahir dan selesa dengan sesuatu kemahiran dan
gerakan tersebut. Menurut PPK (2003) matlamat dalam perkembangan motor
kasar kanak-kanak adalah mereka dapat menguasai kemahiran ini dengan
berkesan. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan kemahiran pergerakan motor kasar
seperti yang disarankan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003). Masalah
Motor Kasar Kemahiran motor merupakan kemahiran yang bergantung kepada
kecekapan otak, tulang, sendi dan sistem saraf berfungsi. Oleh itu
perkembangan motor adalah perkembangan gerakan dan koordinasi selain
daripada memerlukan seseorang menggunakan kekuatan otot, pengawalan
kedudukan, keseimbangan dan kemahiran persepsi diri. Perkembangan
koordinasi yang lambat merupakan salah satu masalah dalam gerakan motor.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mengalami kesukaran untuk
melakukan aktiviti seperti berjalan dengan betul, menunggang basikal, malah
untuk bermain bola. Kanak-kanak seperti ini menunjukkan pergerakan yang tidak
teratur, perlahan dan agak pelik. Kanak-kanak yang mempunyai masalah
perkembangan dalam koordinasi ini juga mempunyai masalah bagi menyiapkan
tugas yang melibatkan pergerakan otot secara berurutan. Sebagai contoh,
kanak-kanak ini tidak dapat membuat aktiviti ini dalam urutan, membuka almari
pakaian dan menanggalkan jaket baju. Seperti motor halus, masalah dalam
perkembangan motor kasar kanak-kanak juga dapat dikesan di awal tumbesaran
kanak-kanak tersebut. Pada peringkat awal ini kita dapat lihat perkembangan
kanak-kanak dari aspek keseimbangan, koordinasi dan pengawalan kedudukan
badan memerlukan gerakan badan mereka pada suatu tempat ( Shumway-Cook
& Woollacott, 1985). Keinginan kanak-kanak untuk bergerak dan meneroka
persekitaran mereka merupakan rangsangan awal bagi gerakan motor kasar.

Apabila kanak-kanak ini menghadapi masalah bergerak balas dengan


rangsangan seperti ini kita akan sedar bahawa mereka mempunyai masalah
dalam perkembangan motor kasar mereka. Aktiviti fizikal yang dirancang dengan
baik akan dapat memastikan perkembangan motor kasar yang berkesan.
Menurut Moore (1984); At this age a child needs several hours of physical
activity a day. This helps to build the body, purify the blood, promote good
digestion and calm the nerves. (Raymond Moore, Homegrown Kids, p113) Oleh
itu kanak-kanak perlulah diberikan masa yang mencukupi bagi melibatkan diri
dengan aktiviti luar seperti bermain, berlari, memanjat atau aktiviti membantu
ibubapa seperti membasuh kereta, membersihkan kawasan rumah atau aktiviti
luar yang lain. Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai