Anda di halaman 1dari 9

KHUTBAH JUMAAT

MEMBINA INSAN BERTAKWA MELALUI MUHASABAH DIRI


DAN AMALAN YANG BERTERUSAN
(29 Julai 2016M / 24 Syawal 1437H)
____________________________________________________________________________________________________________



.
.


.



.
SidangJumaat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah subhanahu wataala dengan melaksanakan segala yang diperintahkanNya, serta menghindari segala tegahan-Nya. Semoga kita termasuk dalam
kalangan orang yang benar-benar bertakwa serta dikasihi Allah subhanahu
wataala. Tajuk khutbah pada hari ini ialah Membina Insan Bertakwa
Melalui Muhasabah Diri Dan Amalan Yang Berterusan
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Di kesempatan ini, marilah bersama kita menghayati firman Allah subhanahu
wataala di dalam surah Al-Maidah, ayat 35:



Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan
carilah jalan yang boleh menyampaikan kepada-Nya (dengan mematuhi
perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada
jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Ayat yang dibacakan tadi mengandungi dua perkara yang sangat


memerlukan pemerhatian kita, dan sekaligus menuntut kita untuk berusaha
melaksanakannya.
Pertama, perintah untuk kita bertakwa kepada Allah, manakala yang kedua
pula ialah seruan supaya kita mencari jalan perantaraan atau wasilah, yang
dapat membawa kita hampir kepada Allah subhanahu wataala. Maka apakah
dia wasilah, atau jalan perantaraan yang dapat membawa kita kepada Allah
subhanahu wataala ini?
Menurut Imam at-Tobari rahimahullah dalam kitabnya Jaami al-Bayan Fi
Tawiil Aayi al-Quran () , bahawa wasilah atau jalan
perantaraan yang dimaksudkan ini, adalah amalan-amalan ketaatan yang
menghasilkan keredhaan Allah subhanahu wataala. Ini bermakna sebagai
seorang Muslim, kita diperintahkan meningkatkan keimanan dan ketakwaan
kita, dengan membanyakkan segala amalan yang diperintahkan Allah
subhanahu wataala serta yang dicintai olehNya. Sabda Rasulullah sallallahu
alaihi wasallam:
((



))


Maksudnya: Amalan yang amat dicintai oleh Allah ialah yang berterusan
walaupun sedikit.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Selain paling dicintai Allah subhanahu wataala, amalan yang dilakukan
secara berterusan juga merupakan amalan yang paling digemari oleh
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Malah pernah diriwayatkan bahawa
sayyidatina Aishah radhiallahu anha pernah ditanya oleh seorang sahabat
bernama Masruq, : Apakah jenis amalan yang paling disukai oleh Nabi
sallallahu alaihi wasallam? Aishah radhiallahu anha lalu berkata Yang
berterusan.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
2

Begitulah, walaupun dalam realiti kehidupan hari ini, kita berada dalam
keadaan yang sibuk, tidak kiralah sama ada dengan pekerjaan, persekolahan
mahupun dengan urusan penjagaan anak-anak, seperti yang dibuat oleh
kaum ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Ia sebenarnya bukanlah
satu penghalang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah subhanahu
wataala. Malah segala pekerjaan kita itu boleh menjadi ibadah jika ianya
kerja yang halal, dilakukan dengan cara yang selari dengan kehendak syarak
dan dengan niat kerana Allah (ikhlas). Hadis-hadis Baginda sallallahu alaihi
wasallam juga ada menegaskan bahawa amalan yang dilakukan walaupun
sedikit, tetapi jika ia dilakukan secara berterusan (istiqamah), ia merupakan
satu amalan yang paling dicintai Allah dan Rasul-Nya sallallahu alaihi
wasallam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada kesempatan ini juga, khatib ingin mengajak kita semua melakukan
muhasabah pada diri kita setelah melalui bulan Ramadhan dan beberapa hari
dalam bulan Syawal yang berlalu. Marilah kita menilai kembali mutu serta
keberkesanan pekerjaan yang telah kita lakukan. Bukan hanya dalam urusan
keduniaan, malah lebih utama lagi perkara-perkara ibadah untuk keperluan
akhirat kita.
Apakah maksud muhasabah? Muhasabah adalah perilaku menilai dan
memperelokkan diri yang terbentuk dalam jiwa seseorang manusia
itu menurut kaca mata Islam. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai
mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah
dilakukan

agar

tidak

menjadi

penghalang

untuk

mendapat

keredhaan Allah subhanahu wataala. Jika muhasabah ini kita lakukan


hanya pada setiap kali tahun baru menjelang sahaja, maka sejauh manakah
keberkesanannya? Tidakkah lebih berkesan dan produktif, jikalau kita

bermuhasabah pada setiap ketika, atau paling tidak pada setiap penghujung
hari?
Fikirkan dan renungkanlah, setiap kali datangnya tahun baru, maka ini juga
bermakna umur kita sudah setahun semakin hampir kepada pertemuan yang
abadi. Iaitu pertemuan bersama Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Bahkan pada
setiap malam, di ketika kita lena dalam tiduran, tidak mustahil ia juga

berkemungkinan merupakan malam-malam kita yang terakhir. Hayatilah


firman Allah subhanahu wataala di dalam surah Az-Zumar, ayat 42:
Maksudnya:

Allah

(yang

menguasai

segala-galanya),

Ia

mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa


orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang
tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang
yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke
badannya)

sehingga

sampai

ajalnya

yang

ditentukan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda tanda yang


membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk
memahaminya).
Renungkanlah juga, bagaimana solat yang akan kita lakukan nanti, sekiranya
kita mengetahui inilah tahun atau malam kita yang terakhir? Bagaimanakah
ungkapan kata-kata dan layanan pada ibu bapa kita, sekiranya kita
mengetahui

inilah

pertemuan

kita

yang

terakhir

bersama

mereka?

Bagaimanakah pula pendidikan dan bekalan agama untuk anak-anak dan

isteri kita, jika sekiranya kita mengetahui ini adalah sisa-sisa hidup kita yang
terakhir bersama mereka?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Maka apakah yang boleh kita pelajari dari khutbah kita pada hari ini? Mimbar
merumuskan tiga pengajaran yang utama:
Pertama, lakukanlah amalan yang berterusan, konsisten dan istiqamah bagi
mengangkat kedudukan kita di sisi Allah, agar kita tergolong dalam kalangan
hamba yang dicintai-Nya.
Kedua, lakukan muhasabah pada diri kita, bukan sahaja pada setiap hujung
tahun apabila tahun baru bakal menjelang. Akan tetapi, lakukanlah juga pada
setiap masa dan ketika; dan;
Ketiga, laksanakanlah amalan-amalan soleh seolah-olah kehidupan kita
yang terakhir di dunia ini.
Semoga dengan kita sentiasa bermuhasabah, ia dapat mendorong kita untuk
memperbaiki dan meningkatkan kuantiti ibadah kita, selain memastikan ianya
berkualiti di sisi Allah subhanahu wataala.
Maka jelas di sini, bahawa Allah subhanahu wataala tidak hanya melihat
kepada banyak atau sedikitnya amalan, akan tetapi yang dinilai di sisi Allah
subhanahu wataala kelak adalah amalan yang paling baik, iaitu amalan yang
menetapi syarat-syaratnya seperti ikhlas serta jujur dalam beramal.
Semoga dengan ini, kita mampu menjadi umat yang berjaya dalam
meneruskan

perjuangan

dengan

penuh

bertaqwa,

hingga

terserlah

keindahan agama yang luhur ini. Amin Ya Rabbal Alamin.Firman Allah


subhanahu wataala dalam surah Al-Mulk ( ) , ayat 2:











Maksudnya : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya kematian dan
kehidupan, untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di
antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Berkuasa lagi Maha
Pengampun


.


.

KHUTBAH JUMAAT KEDUA


____________________________________________________________________________________________________________

.



.

.

. :


{
}






.


.


.
.
Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan
kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat
kelak.
7

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada


kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami,
khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan
juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Ya Allah, kami memohon ke hadratMu, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah
amal

kami,

eratkanlah

perpaduan

kami,

murahkanlah

rezeki

kami,

kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan


yang bermanfaat. Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia,
bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada
ujianmu

seperti

banjir

besar,

kemarau

panjang,

wabak

penyakit,

persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon


denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman,
makmur dan berkat.
Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon ke hadratMu ya Allah,
jadikanlah setiap individu generasi muda di kalangan remaja dan belia
generasi pelapis negara dan negeri kami ini golongan yang beramanah,
bertanggungjawab, dan berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah
masyarakat yang baik, aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan,
keredhaan dan berkat daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami serta generasi
yang mewarisi kami, daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh
menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.

.
. .
. .
8

. .
.

.
.
.

Anda mungkin juga menyukai