Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG





Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh
hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan
sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan
anak-anak kami.
Ya Allah , Ya Munzilal Barakah ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usahausaha murni kami, sekolah ini akan menjadi sekolah yang
cemerlang &terbilang,
sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di
akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan
antara kami, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan
keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di
antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga
pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan
dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan
muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami
dengan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai