Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Kesimpulan daripada hasil kajian ini, dapatlah dirumuskan bahawa ketidakakuran


penitisan ubat mata dikalangan warga emas selepas pembedahan katarak adalah
berpunca daripada berbagai masalah. Diantara masalah-masalah yang mereka
hadapi ialah tangan menggeletar atau menggigil, sukar menekan atau memicit
botol ubat dan mata sentiasa berkelip. Selain itu, pelupa atau kurang daya ingatan
juga menjadi punca masalah warga emas ini. Keadaan ini disebabkan faktor usia.
Selain itu, ada dikalangan mereka yang mengalami keadaan Arthritis dan
Parkinson yang menyukarkan mereka untuk menitiskan ubat mata dengan
sempurna.

Mengenai tahap kefahaman warga emas berkaitan penggunaan ubat titisan mata
selepas pembedahan katarak mengikut dos dan kekerapan yang diarahkan,
kebanyakkan mereka faham akan kepentingan menitis ubat mata mengikut arahan
dan komplikasi sekiranya tidak berbuat demikian. Ini menunjukkan bahawa
mereka mengambil berat terhadap perawatan serta mematuhi arahan yang
diberikan.

Akhir sekali, kebajikan warga emas ini menjadi isu penting khasnya penjaga,
pengamal kesihatan, dan pembuat polisi kerana sejauh mana baiknya proses
penuaan berlaku, bergantung kepada sejauh mana seseorang itu memantau dan
dapat melakukan penyesuian terhadap perubahan tersebut.
v

Anda mungkin juga menyukai