Anda di halaman 1dari 14

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

1. Pendahuluan
Republik Indonesia ialah sebuah negara kepulauan yang disebut sebagai Nusantara
(Kepulauan Antara) yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan
antara

Lautan

Hindi

dan

Lautan

Pasifik.

Indonesia

bersempadankan

Malaysia

di Kalimantan,Papua New Guinea di pulau Papua, dan Timor Timur/Timor Leste di pulau
Timor.
Sejarah Indonesia meliputi suatu rentetan waktu yang sangat panjang. Terdapat pelbagai
waktu dalam sejarah negara Indonesia. Sejarah Indonesia boleh terbahagi kepada lima waktu
iaitu era pra kolonial, era kolonial,era kemerdekaan, era Orde Baru dan juga era reformasi
iaitu waktu petadbiran Indonesia sekarang.
Sejarah Indonesia banyak dipengaruhi oleh bangsa lainnya. Kepulauan Indonesia menjadi
wilayah perdagangan penting setidaknya sejak abad ke-7, yaitu ketika Kerajaan Sriwijaya di
Palembang menjalin hubungan agama dan perdagangan dengan Tiongkok dan India.
Kerajaan-kerajaan Hindu dan Buddha telah tumbuh pada awal abad Masehi.
Diikuti para pedagang yang membawa agama Islam, serta berbagai kekuatan Eropa yang
saling bertempur untuk memonopoli perdagangan rempah-rempah Maluku semasa era
penjelajahan samudra. Setelah berada di bawah penjajahan Belanda, Indonesia yang saat itu
bernama Hindia-Belanda menyatakan kemerdekaannya di akhir Perang Dunia II, tepatnya 17
Ogos 1945.
Indonesia telah melalui zaman kemerdekaan selama 67 tahun dan telah melalui pelbagai
suasana pahit manis sepanjang zaman sejarahnya yang tersendiri. Indonesia sendiri terdiri
daripada pelbagai bangsa dan etnik. Disebabkan itu negara Indonesia kaya dengan
kebudayaan dan warisan.

2. Asal Usul,Perkembangan dan Kedudukan Indonesia


2.1 Asal usul Indonesia
1

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

Indonesia atau lebih dikenali sebagai kepulauan Nusantara terletak di Asia tenggara
berdekatan laut Sulawesi. Bagi sesetengah negara di eropah, negara Indonesia dikenali
sebagai kepulauan rempah. Ini adalah kerana Indonesia merupakan pengeluar rempah
ratus yang terkenal selepas India.
Nama Indonesia mula dikenali di eropah pada kurun ke-19. Indonesia digunakan pertama
kali dalam penulisan daripada G. W. Earl pada thun 1850 dan J. R. Logan iaitu tahun
1850 dalam penulisan etnik bertajuk Journal of Indian Archipelago yang di terbitkan
pada kurun ke-19.
Pada tahun 1880 nama Indonesia telah digunakan secara rasmi oleh British, Jerman dan
juga Belanda. Pada ketika itu, penulis etnik seperti Adolf Bastian, G.A. Wilken dan juga
H. Kern telah memperkenalkan nama Indonesia ke dalam pengajian Belanda. Ini adalah
disebabkan Belanda adalah negara yang paling lama menjajah ke atas Indonesia iaitu
selama 350 tahun.
Nama Indonesia kembali muncul pada tahun 1884 ketika seorang guru besar etnologi dari
Universitas Berlin yang bernama Adolf Bastian menerbitkan buku yang berjudul
Indonesien Oder Die Inseln Des Malayischen Archipel (Indonesia atau Pulau-pulau di
Kepulauan Melayu) yang memuat tentang hasil penelitiannya ketika berada di Nusantara
pada tahun 1864 sehingga 1880. Buku karya Adolf Bastian itu pulalah yang
mempopularkan nama Indonesia di kalangan sarjana Belanda.
Sementara itu di dalam negeri, istilah Indonesia pertama kali digunakan secara mulanya
pada tahun 1908 oleh sebuah organisasi pelajar Indonesia yang terdapat di Belanda
bernama Indonesische Vereeniging (Perhimpunan Indonesia). Istilah indonesia juga
digunakan pada saat Kongres Pemuda II pada tahun 1928 yang menghasilkan perkaraperkara yang penting tentang persatuan Indonesia.
Namun begitu, ada perdebatan dan perbincangan mengenai asal usul nama Indonesia
ini. Pada tahun 1920, Mohammed Hatta sebagai seorang yang menyanjung tinggi negara
Indonesia telah bertanyakan perihal bagaimana Indonesia dikenali dan dicipta. Beliau
telah di sokong oleh sebahagian pelajar Indonesia yang belajar di Leiden, Belanda.
Nama Indonesia sebenarnya diambil daripada ringkasan kepada kepulauan India atau
lebih dikenali sebagai Indian Archipelago. Seperti mana Malaysia pada ketika itu dikenali
sebagai Tamah Melayu yang dijajah oleh British. Tokoh-tokoh lain yang menyebut

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

Indonesia iaitu Adolf Bastian (1884), Van Volenhoven, Snouck Hurgronnje, Kern, dan
lain- lain.
Pada tanggal 28 oktober 1928 terjadinya sumpah pemuda bermula pada saat itulah
perkataan Indonesia dipakai untuk pertama kali sebagai identiti nasional, dan negara.
Belanda telah memecahkan kawasan kepulauan dengan kawasan tanah utama untuk
memudahkan mereka mentadbir ketika era penjajahan Belanda. Tradisi ini adalah konsep
yang sama digunakan British di Tanah Melayu.
Cara pentadbiran seperti ini adalah bertujuan untuk menyekat semangat kenegaraan dan
pada masa yang sama kaedah ini juga menyebabkan identiti sesuatu bangsa itu akan
hilang dengan sendirinya. Selain itu, Belanda mengamalkan corak pemerintahan pecah
dan perintah bagi tujuan mengaut sepenuhnya keuntungan hasil kekayaan sumber bumi di
Indonesia.
2.2 Identiti Negara Indonesia
Satu kajian tentang identiti Melayu dan Indonesia oleh sosial saintis telah diadakan pada
5 hingga 9 Julai 1993 bertempat di University of Hull. Pada keseluruhan perbincangan
yang berlangsung itu, populasi kehidupan di Asia Tenggara merupakan perkara utama
yang didiskusikan. Di sana, mereka membincangkan tentang gambaran etnik yang
terdapat dalam dunia Malay-Indonesia.
Selain itu, turut menjadi bahan perbincangan adalah hubungan antara kaum-kaum yang
berlainan bangsa dan budaya. Antara benda yang kita ketahui daripada perbincangan itu
ialah identiti bagi masyarakat Indonesia adalah terbahagi kepada dua iaitu semangat
kenegaraan yang tinggi dan juga kelas bawahan.
Identiti nasional Negara Indonesia berasal dari kata "national identity" yang dapat di
ertikan sebagai "keperibadian internasional" atau "jati diri nasional". Identiti adalah jati
diri yang dimiliki oleh suatu bangsa. Identiti bangsa Indonesia adalah berbeza berbanding
dengan identiti bangsa Australia, bangsa Amerika dan bangsa lainnya. Identiti itu
terbentuk kerana bangsa.
Indonesia mempunyai pengalaman bersama, sejarah yang yang sama, dan penderitaan
yang sama dan juga terbentuk melalui semangat saling kerjasama antara kelompok yang
satu dengan kelompok yang lain.
Identiti yang terdapat di Indonesia boleh terbahagi kepada empat iaitu suku bangsa,
agama, kebudayaan dan bahasa,
a. Suku Bangsa

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

Suku Bangsa adalah golongan sosial yang khusus yang sudah ada sejak lahir,
yang sama coraknya dengan golongan umur dan jenis kelamin.
b. Agama
Bangsa Indonesia dikenali sebagai bangsa yang agamis. Agama yang berkembang
di indonesia antara lain ialah Islam, Kristian, Katholik, Budha dan Kong Hu Cu.
Agama Kong Hu Cu pada peringkat permulaannya tidak diakui sebagai agama
rasmi indonesia namun sejak pemerintahan Presiden Abdurrahman Wahid, istilah
agama rasmi dihapuskan.
c. Kebudayaan
Kebudayaan merupakan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang
berisikan perangkat-perangkat atau model-model pengetahuan yang secara
kolektif digunakan oleh pendukung-pendukungnya untuk menafsirkan dan
memahami lingkungan yang dihadapi dan digunakan sebagai pedoman untuk
bertindak dalam bentuk kekuatan dan benda-benda kebudayaan.
d. Bahasa
Bahasa merupakan unsur komunikasi yang dibentuk atas unsur-unsur bunyi
ucapan manusia dan digunakan sebagai cara untuk berinteraksi antara manusia.

Kita tahu bahwa identiti nasional atau jati diri nasional itu adalah jati diri yang dimiliki
warga negara dan suku bangsa dari suatu negara. Identiti nasional atau jati diri nasional
itu ada dalam interaksi, maka dapatlah kita katakan bahwa jati diri itu diperlukan dalam
interaksi.
Terdapat didalam setiap interaksi para pelaku interaksi mengambil suatu posisi dan
berdasarkan posisi tersebut individu yang menjalankan peranan-peranannya sesuai
dengan corak interaksi yang berlangsung. Maka dalam berinteraksi orang berpedoman
pada kebudayaannya. Jika kebudayaan kita katakan sebahagian dari identitas nasional,
maka kebudayaan itu juga dapat dijadikan pedoman bagi manusia untuk berbuat dan
bertingkah laku.
3. Unsur-Unsur Etnik di Indonesia
Kelompok etnik atau suku bangsa adalah suatu golongan manusia yang anggota-anggotanya
mengidentifikasikan dirinya dengan sesamanya, biasanya berdasarkan garis keturunan yang
dianggap sama. Identiti suku pula boleh di definisikan sebagai pengakuan dari orang lain

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

akan ciri khas kelompok tersebut dan oleh kesamaan budaya, bahasa, agama, perilaku atau
ciri-ciri biologi.
Indonesia merupakan salah satu negara dengan mempunyai suku bangsa terbesar di dunia.
Terdapat sekurang-kurangnya 400 kelompok etnik di dalam wilayah negara ini.
3.1 Etnik Jawa
Etnik Jawa merupakan suku bangsa terbesar di Indonesia yang berasal dari Jawa
Tengah, Jawa Timur, dan Yogyakarta. Setidaknya 41,7% penduduk Indonesia merupakan
etnik Jawa. Selain itu, etnik Jawa banyak tinggal di Lampung, Banten, Jakarta,
dan Sumatera

Utara.

Di Jawa

Barat mereka

banyak

ditemukan

di Kabupaten

Indramayu dan Cirebon. Etnik Jawa juga memiliki sub-etnik, seperti etnik Osing, orang
Samin, etnik Bawean/Boyan, Naga, Nagaring, etnik Tengger dan lain-lain.
Etnik bangsa Jawa lebih banyak menggunakan bahasa Jawa dalam pertuturan mereka
seharian. Bahasa Jawa terdapat perbezaan kosa kata dan intonasi yang berbeza sekiranya
dibandingkan dengan bahasa Melayu.
Kebanyakan etnik Jawa menganut agama Islam. Terdapat sebahagian kecil daripada
bangsa Jawa yang menganut agama Protestan dan Kristian. Terdapat juga yang etnik
Jawa yang mengamalkan agama Kejawen iaitu kepercayaan kepada benda-benda
animisme dengan pengaruh Hindu-Budha.
Majoriti orang Jawa berprofesi sebagai petani, namun di bandaraya mereka mendominasi
pejabat eksekutif, pejabat legislatif, pejabat kementerian dan ketenteraan. Orang Jawa
adalah etnik paling banyak di dunia artis dan model. Mereka juga banyak yang bekerja di
luar negeri, sebagai buruh kasar dan pembantu rumah tangga selain mendominasi tenaga
kerja Indonesia di luar negeri terutama di negara Malaysia.
3.2 Etnik Sunda
Etnik

Sunda adalah

pulau Jawa, Indonesia

kelompok etnik yang


yang

meringkumi

berasal

wilayah

dari

Jawa

Barat,

bahagian

barat

Banten, Jakarta,

dan Lampung. Etnik Sunda merupakan etnik kedua terbesar di Indonesia. Sekurangkurangnya 15,41% penduduk Indonesia merupakan orang Sunda.
Majoriti orang Sunda beragama Islam, akan tetapi terdapat juga sebahagian kecil yang
beragama kristian, Hindu, dan Sunda Wiwitan/Jati Sunda. Agama Sunda Wiwitan masih
bertahan di beberapa komunitas pedesaan Etnik Sunda, seperti di Kuningan dan
5

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

masyarakat suku Baduy di Lebak Banten yang berkerabat dekat dan dapat dikategorikan
sebagai suku Sunda.
Jati diri yang mempersatukan etnik Sunda adalah bahasanya dan budayanya. Orang
Sunda

dikenal

memiliki

sifat

optimistis,

ramah,

sopan,

dan

riang. Orang Portugis mencatat dalam Suma Oriental bahawa orang sunda bersifat jujur
dan pemberani. Karakter orang Sunda yang periang seringkali ditampilkan melalui tokoh
popular

dalam

cerita

Sunda

iaitu Kabayan dan

tokoh

popular

dalam wayang

golek iaitu Cepot, anaknya Semar. Mereka bersifat riang, suka bercerita, dan banyak akal,
tetapi seringkali nakal. Orang Sunda juga adalah yang pertama kali melakukan hubungan
diplomatik secara sejajar dengan bangsa lain.
Sang Hyang Surawisesa atau Raja Samian adalah raja pertama di Nusantara yang
melakukan hubungan diplomatik dengan Bangsa lain pada abad ke-15 dengan orang
Portugis di Melaka. Hasil daripada hubungan diplomatic tersebut dibentangkan
dalam Prasasti Perjanjian Sunda-Portugal. Beberapa tokoh Sunda juga menjawat jawatan
Menteri dan pernah menjadi wakil Presiden di kabinet.
Disamping prestasi dalam bidang politik (khususnya pada awal masa kemerdekaan
Indonesia) dan ekonomi, prestasi yang cukup membanggakan adalah pada bidang budaya
iaitu banyaknya penyanyi, pelakon dan artis dari etnik Sunda yang memiliki prestasi di
peringkat nasional.

3.3 Etnik Orang Suku Laut


Etnik

Laut atau

sering

juga

disebut Orang

Laut adalah

suku

bangsa

yang

menghuni Kepulauan Riau, Indonesia. Secara lebih luas istilah Orang Laut merangkumi
"berbagai suku dan kelompok yang bermukim di pulau-pulau dan muara sungai di
Kepulauan Riau-Lingga, Pulau Tujuh, Kepulauan Batam, pesisir dan pulau-pulau di lepas
pantai Sumatera Timur dan Semenanjung Malaysia bahagian selatan.

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

Sebutan lain untuk etnik Laut adalah Orang Selat. Etnik Laut kadang-kadang diistilahkan
dengan suku bangsa maritim ataupun dikenali Orang Lanun.
Mengikut sejarah, Orang Laut dulunya adalah perompak, namun berperanan penting
dalam Kerajaan Sriwijaya, Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor. Mereka menjaga
selat-selat, mengusir bajak laut, memandu para pedagang ke pelabuhan Kerajaankerajaan tersebut dan mempertahankan daerah mereka di daerah tersebut.
Bahasa etnik Laut memiliki persamaan dengan Bahasa Melayu dan digolongkan sebagai
Bahasa Melayu Local. Secara umumnya etnik Laut bekerja sebagai nelayan.
Seperti suku Bajau Orang Laut kadang-kadang di panggil sebagai "kelana laut", kerana
sifat mereka hidup berpindah-pindah di atas perahu.
3.4 Etnik Sasak
Etnik Sasak adalah bangsa yang mendiami pulau Lombok dan menggunakan bahasa
Sasak. Sebagian besar etnik Sasak beragama Islam, uniknya pada sebahagian kecil
masyarakat etnik Sasak, terdapat praktik agama Islam yang agak berbeza dengan Islam
pada umumnya yakni Islam Wetu Telu, namun hanya berjumlah sekitar 1% yang
melakukan perkara ibadah seperti itu. Ada pula sedikit warga suku Sasak yang menganut
kepercayaan pra-Islam yang disebut dengan nama "\Sasak Boda".
Asal nama Sasak kemungkinan berasal dari kata sak-sak yang dimaksudkan sebagai
sampan. Dalam buku negara Indonesia iaitu Kertagama, kata Sasak disebut menjadi satu
dengan Pulau Lombok. Ini boleh didefinaskan sebagai Lombok Sasak Mirah Adhi.
Dalam tradisi lisan warga setempat kata sasak dipercaya berasal dari kata "sa'-saq" yang
membawa maksud yang satu. Kemudian Lombok berasal dari kata Lomboq yang bererti
lurus. Maka jika digabung kata Sa' Saq Lomboq ialah sesuatu yang lurus. Banyak juga
yang menerjemahkannya sebagai jalan yang lurus.
4. Masalah Pelbagai Etnik
Indonesia merupakan salah satu negara didunia yang mempunyai pelbagai etnik dengan lebih
dari 500 etnik dan menggunakan lebih dari 250 bahasa. Disebabkan ini, seperti mana negarnegara lain yang mempunyai pelbagai bangsa dan etnik, timbul persoalan-persoalan
mengenai pengintegrasian berbagai etnik dalam kerangka memupuk semangat nasional yang

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

selalunya menjadi tema penting. Ironinya, setelah sekian puluh tahun kemerdekaan,
pertikaian antara etnik selalu saja terjadi.
a) Pelbagai Budaya di Indonesia
Masyarakat pelbagai budaya yang kuat terhadap etnik masing-masing menekankan
kebudayaan sendiri. Masyarakat majmuk menghasilkan batas-batas suku bangsa yang
didasari prasangka yang menghasikan keadaan sosial yang mementingkan kebudayaan
tersendiri sahaja. Dengan adanya masalah-masalah seperti kepelbagaian budaya yang
terdapat di Indonesia, sekiranya memiliki sikap pentingkan diri sendiri sahaja akan
menyebabkan akhirnya sampai kepada konflik Etnik. Hal-hal inilah yang akan di bahas
lebih jelas lagi dalam pembahasan sistem sosial Indonesia.
Mereka memberi penjelasan kepada fasal 32 UUD 1945 dengan peryataan: kebudayaan
bangsa Indonesia adalah puncak-puncak kebudayaan di daerah-daerah dalam
perkembanganya, kebijaksanaan politik kebudayaan nasional. Kebudayaan daerah yang
menjadi satu lambang keunggulan etnik yang beragama (kebudayaan suku bangsa)
dinafikan, selanjutnya yang ada adalah kebudayaan di setiap pelusuk.
Peningkatan keragaman budaya masyarakat juga terjadi berkaitan dengan proses migrasi
dan faktor-faktor serupa migrasi. Proses migrasi tersebut mengarah pada penungkatan
keragaman etnik, agama yang meningkatkan heteregonitas komposisi penduduk acapkali
menimbulkan masalah di peringkat sosial.
b) Sistem Stratifikasi Sosial
Meskipun kumuniti manusia tidak di rancang sesuai rencana, namun mereka tetap
tergolong sebagai sebuah komuniti. Ada prosedur-prosedur yang diakui dalam mencari
kerja, mengaplikasikan hak, memasukan anggota baru dalam kelompok, meminimumkan
persaingan dan konflik, dan membuat peraturan-peraturan. Pemahamam semacam ini
yang di didikkan dalam adat dan hukum disebut sebagai cara menyatukan masyarakat.
Cara di mana manusia diklasifikasikan dan di kelaskan merupakan bahagian penting dari
struktur masyarakat. Di semua masyarakat terdapat klasifikasi pada diri manusia. Mereka
dibezakan

satu

dengan

yang

lainya

dalam

hal

etnik,

budaya,

usia,

dan kemampuan alamiah.


Sebahagian masyarakat manusia di klasifikasaikan berdasarkan pekerjaan yang mereka
lakukan. Sementara dalam masyarakat lain merka di klasifikasikan berdasarkan sejarah
keluarga mereka (masyarakat feodalis), dan berdasarkan susunan hierarki. Dengan
8

SADN 1043 Hubungan Etnik

demikian

setiap

218228

orang

di

klasifikasikan

dalam

beberapa

cara

tetapi kriteria yang paling penting adalah kriteria yang menentukan

statusnya

dalam

masyarakat.
Ketika berbicara tentang stratifikasi sosial, para ahli sosiologi akan

menunjuk

pada

ranking kategori masyarakat. Bukan ranking individu kerana kategori sossiologi


merupakan

hasil

perbandingan

individu

dalam

masyarakatnya.

Beberapa orang hidup dalam kesamaan sementara lainya sebahagian hak-haknya tersebut
kerana status sosial mereka. Status merujuk pada kedudukan seseorang itu dalam
masyarakatnya.
Dalam masyarakat yang terstratifikasi, posisi di ranking berdasarkan susunan hierarki
kerana ada banyak kriteria untuk klasifikasi. Terdapat beberapa jenis stratifikasi sosial,
salah satu yang paling dikenal adalah sistem kelas, seperti sistem kelas di perancis yang
paling pertama di kembangkan di British setelah terjadi revolusi industri. Dalam kelas ini
erat kaitanya dengan hak-hak yang gelar aristroraksinya dan kekayaan lainya.
Stratifikasi sosial yang berlangsung di lingkungan masyarakat menampakan bahawa ia
adalah tidak terpelihara akibat oleh sistem aspirasi masyarakat, sehingga melahirkan
diskriminasi hak-hak pada umumnya.
c) Pertuturan untuk Berkomunikasi
Negara Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai terlalu banyak bahasa yang
digunakan di dalam kehidupan masyarakat seharian. Bahasa yang paling banyak di
gunakan adalah bahasa Jawa dan juga bahasa Indonesia tulen iaitu menyerupai bahasa
Melayu.
Masalah utama adalah komunikasi antara satu etnik kepada etnik yang lain. Walaupun
telah di terapkan di peringkat sekolah, semua harus menggunakan bahasa Indonesia,
namun semangat pegangan etnik yang kuat menyebabkan masalah komunikasi tidak
dapat di elakkan.
Masing-masing dengan bahasa etnik masing-masing dan bersikap tidak mahu mengalah.
Ini akan menyebabkan pertelingkahan dan seterusnya tiada kemuafakatan antara satu
sama lain.
Selain itu, masalah komunikasi adalah masalah biasa yang akan di hadapi oleh
masyarakat yang berbilang etnik dan bangsa. Bukan sahaja di negara Indonesia, di
Malaysia juga terdapat masalah seperti ini.

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

Indonesia juga tidak boleh lari dengan masalah bahasa ini sehinggakan menjadi isu-isu
sensitif sekiranya terdapat perbahasan di dalam masyarakat. Seharusnya, sebagai sebuah
negara yang pelbagai etnik, kita haruslah menghormati dan memahami setiap etnik yang
terdapat di Indonesia.
Sikap asobiah perlulah di elakkan kerana sikap seperti ini tidak menguntungkan manamana pihak sekali pun menang atau kalah. Janganlah hanya cinta yang mendalam
terhadap etnik masing-masing menyebabkan tragedi pertumpahan darah sesama
masyarakat.

d) Keagamaan
Sering kali agama dijadikan alasan penyebab terjadinya konfik antara etnik,
seperti halnya Tragedi Sampit. Tragedi Sampit sama sekali bukanlah disebabkan konfik
keagamaan. Konflik ini jelas kerana faktor pembentukan

budaya dan juga

masalah keadaan sosial antara masyarakat asli setempat dengan masyarakat pendatang.
Sangat tidak arif dan tidak bijaksana pihak- pihak yang mengkaitkan masalah ini dengan
isu agama. Meskipun krisis Sampit tidak menampakkan reaksi struktural yang signifikan,
tetapi secara substantif jelas krisis itu memiliki kesamaan, iaitu suatu konflik sosial yang
berlanjut pada tindakan kekerasan yang melibatkan orang-orang Madura. Semua orang
samada sedar atau tidak, seakan sudah memahami bahawa krisis Sampit adalah konflik
antara etnik.
Untuk mendeteksinya tidaklah terlalu sulit kerana simbol-simbol etnik dengan mudahnya
dikemas untuk memperkuat perpaduan yang sudah terbentuk itu. Padahal, dari beberapa
sumber, terlalu naif jika krisis Sampit hanya dikatakan sebagai konflik bermotif etnik
sahaja.
5. Memupuk Semangat Nasionalisme Dalam Masyarakat
Indonesia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, etnik, budaya dan
keagamaan. Rentetan itu, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah amat
mustahak. Walau bagaimanpun, kita mendapati semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat semakin merosot dari semasa ke semasa.
Sejak 17 Ogos 1945, penduduk Indonesia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam,
hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai.
10

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni Bersekutu
Bertambah Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di Indonesia. Antara langkah-langkah
untuk menyemai semangat perpaduan ialah:
a) Peranan Ibu Bapa
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau lebih
dikenali sebagai "role model" merupakan unsur primer yang efektif dan pragmatik untuk
menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini , ibu bapa wajar
menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang yang erat dan
karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan perayaan , ibu bapa haruslah mengadakan
majlis rumah terbuka . Secara tidak langsung , amalan ini dapat membentuk ikatan
silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat.
Justeru, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh .
Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam
mengajar anak-anak mereka menghayati serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain
dengan penuh berdedikasi. Pada realitinya , ibu bapa haruslah memastikan generasi muda
berpegang teguh kepada sejarah dan asas pembinaan negara untuk melahirkan masyarakat
yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada itu , ibu bapa
turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati adat
istiadat , pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum demi mengelakkan konflik antara
kaum.

b) Peranan kerajaan
i) Pendidikan
Dasar pendidikan negara perlulah mengutamakan kepentingan dan keperluan semua
kaum. Melalui dasar pendidikan, kerajaan tidak membezakan soal pelajaran dalam
menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat pelbagai kaum dan keturunan.
Bagaimanapun, kerajaan haruslah menyediakan sistem pendidikan yang boleh
membentuk perpaduan. Antara sistem tersebut adalah sistem persekolahan yang sama
bagi semua, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum yang sama,
sukatan pelajaran yang seragam dan peperiksaan yang seragam.
11

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

Bagi menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa kebangsaan perlulah digunakan


sebagai bahasa pengantar utama. Ini adalah langkah untuk perhubungan dan
persefahaman di antara semua kaum tanpa menimbulkan rasa curiga. Kurikulum juga
berperanan untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani,
akal dan emosi. Di samping itu, ianya berperanan sebagai pendukung cita-cita negara
dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian negara.
Sukatan pelajaran yang sama adalah asas sistem pelajaran kebangsaan untuk mewujudkan
perpaduan negara. Melalui dasar ini, perselisihan dalam persefahaman tidak akan wujud.
Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar
tidak terganggu disebabkan terpaksa berpindah sekolah. Dasar ini adalah sebagai langkah
menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum selain dapat mewujudkan
keperibadian yang sama.
ii) Sukan
Peranan agensi sukan amat penting dalam memperbanyakkan lagi aktiviti sukan tidak
kira dalam kelompok kecil ataupun besar disamping menarik minat peserta selain
bertujuan riadah. Pembangunan sukan adalah penting kerana di situlah bermulanya
keakraban dalam semangat setia kawan bermula peringkat kecil sehinggalah ke persada
dunia seterusnya mengharumkan nama negara.
Semangat

kesukanan

juga

mampu

memupuk

perpaduan

antara

kaum.

Misalnya,penglibatan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu


aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain. Semangat berpasukan
juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana
bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.

Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat

mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri. Negara


juga dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan
negara.

c) Peranan Media
Dalam pada itu, peranan media juga sama penting dalam membawa mesej-mesej berunsurkan
penyatuan dan perpaduan kaum. Kerjasama antara mmedia tidak kira swasta mahupun kerajaan
12

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

adalah perlu supaya teras pembangunan dalam membina negara bangsa dapat dijayakan seperti
yang dirancang.
Walaupun terdapat segelintir daripada masyarakat yang peka dan sedar tentang mesej yang
dibawa, namun lebih kecil jumlahnya yang mengamalkan nilai-nilai murni yang menjurus
kepada penyatuan kaum. Ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat terhadap mesej
perpaduan daripada iklan-iklan seperti ini tidak mendapat sokongan yang penuh. Kesedaran
tentang pentingnya integrasi antara kaum dan perpaduan kaum merupakan pemboleh ubah yang
penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial malah ekonomi di negara kita (Rahmat
Ghazali, 2008).
Olehdemikian, iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan haruslah mencerminkan tentang
pentingnya penyatuan di antara satu kaum dengan kaum yang lain agar pembangunan sosial,
ekonomi dan insfrastruktur dapat dicapai. Kesedaran seharusnya wujud dalam diri agar konflik
di antara kaum dapat dielakkan dan ini berupayamerapatkan sebarang jurang yang wujud.

6. Kesimpulan
Indonesia merupakan sebuah kepulauan yang terbesar di dunia yang mempunyai pelbagai
etnik kebudayaan yang banyak. Ini adalah kerana Indonesia terdiri daripada pebagai bangsa
dan mempunyai jumlah bahasa yang di gunakan seharian.
Masyarakat Indonesia yang mempunyai pelbagai etnik pasti menghadapi masalah yang
kompleks. Pelbagai cara untuk merapatkan dan menyatukan antara etnik akan sentiasa ada
dan harus berterusan supaya pencegahan terhadap isu pergaduhan di antara etnik tidak
meletus dan menjadi konflik.
Dalam konteks untuk memupuk perpaduan di dalam masyarakat yang pelbagai etnik, setiap
individu mestilah menghormati hak-hak setiap etnik yang terdapat di dalam masyarakat
tersebut. Selain itu, masyarakat haruslah berfikiran terbuka dan positif untuk memahami
etnik daripada semua bangsa. Sikap pentingkan diri sendiri dan perkauman haruslah
dielakkan bagi mengekalkan keamanan yang telah wujud selama ini.
Pemerintah atau pentadbir dalam negara juga haruslah peka terhadap isu-isu etnik ini dalam
membuat sebarang keputusan agar tiada mana-mana pihak atau sesuatu etnik itu terguris. Isuisu sensitif haruslah dielakan bagi mengekalkan kemakmuran. Sikap prasangka buruk setiap
13

SADN 1043 Hubungan Etnik

218228

individu haruslah dibuang. Selain itu, pemerintah juga haruslah menangani isu-isu etnik ini
dengan bijaksana tanpa sikap berat sebelah ke mana-mana pihak.
Menghormati hak dan kepentingan setiap golongan etnik di negara yang mempunya pelbagai
etnik sangat perlu di hayati bersama agar dapat menghindarkan sebarang konflik yang wujud.
Sepatutnya setiap individu menghormati satu sama lain dan berfikiran terbuka terhadap
agama individu yang lain. Semangat keagamaan yang kuat menyebabkan seseorang itu
bersikap fundamentalisme yang akan mnjadi masalah yang serius dalam masyarakat.

14

Anda mungkin juga menyukai