Anda di halaman 1dari 4

1.

SISTEM HAFAZAN
1-Sistem hafazan yang dijalankan di MITIB tidak jauh berbeza dengan sistem
yang diamalkan di SMISTA.Cara hafazan dan ulangan adalah seperti berikut :
1-

Jadid

2-

Iadah Usbuiah

3-

Qadeemah

4-

Isbat

2- Cuma disana terdapat sedikit perbezaan semasa Isbat.Isbat adalah ulangan


yang dibaca oleh pelajar setelah tamat 1 juzuk hafazan.Isbat yang dijalankan di
MITIB adalah seperti berikut.
1-

3 maqra pertama dengan guru tahfiz sendiri.

2-

3 maqra kedua dengan guru tahfiz yang lain.

32 maqra akhir dengan GURU AKADEMIK.Menjadikan jumlah keseluruhan 8


maqra iaitu 1 juz.
Jika dilihat disini,guru akademik turut memainkan peranan mereka dalam
peningkatan prestasi quran pelajar.Namun peranan yang mereka mainkan
terbatas dalam memperbaiki hafazan sahaja bukannya keseluruhan aspek tahfiz
seperti tajwid dan sebutan huruf.
3- Bagi pelajar yang lemah disediakan kelas pengukuhan dimana pelajar akan
dibantu oleh guru tahfiz.

LAPORAN TAMBAHAN MENGENAI MITIB


Di bawah ini disenaraikan laporan berdasarkan pemerhatian semasa di MITIB.
Pro
Menekankan semua bidang sejak awal.
Bacaan mathurat dibuat sambil berdiri waktu subuh.Ini mengelakkan pelajar
tidur.
Urusan tahfiz diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru tahfiz.
Tiap hari main.Cuma waktu main dihadkan hingga jam 6 petang sahaja.
Subjek azhari diajar di tingkatan 2 dan 4.
Kontra
Akhlak pelajar kurang memuaskan.
Kebersihan di asrama kurang memuaskan.
Pelajar tidur dalam kelas prep.

2.LAPORAN KOKURIKULUM

2.1
Aktiviti kokurikulum di MITIB merupakan aktiviti yang tidak begitu di
titikberatkan kepada pelajar kerana hanya ada beberapa program sahaja yang
dijalankan untuk tahun 2012 dan aktiviti badan beruniform tidak dijalankan pada
tahun 2012.
2.2
Aktiviti Ko-kurikulum yang dijankan di Mitib adalah Persatuan Bahasa
Arab, Amal Islami dan Khat. Manakala aktiviti sukan dan permainan yang utama
di Mitib adalah Renang, Tekwando dan Memanah.
2.3
Walaubagaimanapun, aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di Mitib diberi
penekanan yang khusus supaya pelajar boleh mencapai kecemerlangan ditahap
yang membanggakan. Sebagai contohnya, Persatuan Amal Islami yang disertai
oleh pelajar Mitib ke peringkat Negeri Selangor memperolehi tempat yang
pertama dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
2.4
Semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah wajib disertai oleh
semua pelajar. Dalam aktiviti renang, pelajar menengah atas dibenarkan berlatih
tanpa pengawasan jurulatih manakala pelajar menengah rendah diwajibkan
berlatih dengan pengawasan jurulatih.
2.5
Aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton, bola jaring, ping pong, futsal
dijalankan tanpa ada jadual dan guru khas tetapi hanya bergantung kepada
pelajar untuk terlibat.

3.Bahagian Hal Ehwal Murid


3.1

Jadual Harian Pelajar


Sila rujuk lampiran 1

3.2

Uniform Pelajar
3.2.1. Pengawas lelaki memakai kemeja dan seluar putih beserta
kopiah dan serban putih
3.2.2. Pengawas perempuan memakai baju kurung dan bertudung
putih, kain ungu.
3.2.3. Semua pelajar perempuan memakai jubah ungu manakala
pelajar lelaki memakai baju melayu putih bersampin biru.

3.3

Hari Guru
3.3.1. Aktiviti yang dijalankan sempena Sambutan Perayaan Hari
Guru Peringkat Sekolah bagi sesi 2012 adalah aktiviti
Sukaneka antara guru dengan pelajar di bawah kelolaan
Majlis Perwakilan Pelajar.

3.3.2. Antara aktiviti sukaneka yang diadakan ialah:

Perlawanan bola sepak (guru lelaki)

Perlawanan bola jaring (guru Perempuan)

Pertandingan tarik tali

Pertandingan menganyam ketupat

Pertandingan congkak

Pertandingan batu seremban

Guru-guru dibahagi kumpulan berdasarkan rumah sukan.


Pada 20 Jun 2012 telah diadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat
Maahad Integrasi Teknologi Sains Istana Bandar (MITIB). Acara ini diadakan di
padang Dewan As-Syatibi dan dirasmikan oleh YDP PIBG. Antara acara yang
dijalankan ialah koir guru, ikrar guru dan anugerah kepada guru-guru
berdasarkan pilihan pelajar. Terdapat beberapa kategori anugerah iaitu kategori
guru tingkatan 1, kategori guru tingkatan empat dan lima. Anugerah guru ialah
kehadiran paling awal, paling tegas, guru paling penyayang, berketrampilan
paling menarik, paling berdedikasi dan paling lama berkhidmat. Seterusnya
acara sukaneka disambung di Dataran Asrama.

3.5

Program bersama mufti Selangor SS Datuk Mohamad Tamyez

3.5.1. Yang terlibat: Pengetua MITIB dan PK HEM, guru-guru dan pelajar SMISTA.
3.5.2. Program dijalankan pada 20 Jun 2012 selepas solat Maghrib.

Disediakan oleh

-Faiz bin mokhtar


-Mohd Zailani Bin Yaacob
-Najah Nadiah Bt Alias
-Yusliza Bt Yusuf

Anda mungkin juga menyukai