Anda di halaman 1dari 2

Tel / Faks : 04 7412857

Email : skpayamakinsun@gmail.com
1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Ruj. Kami
Tarikh

:
:

Bil ( ) dlm SKPMI/40/006/1/(


29hb Oktober 2014

Pegawai Pertahanan Awam Daerah,


Pejabat Daerah Pertahanan Awam Pendang,
JKR 1, Jalan Sungai Tiang,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman.
Tuan,
MOHON MENDAPATKAN KHIDMAT JURULATIH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Dimaklumkan bahawa pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Paya Mak Insun,
Pendang, Kedah akan mengadakan Program Perkhemahan Tahunan seperti butiran berikut:
Tempat
Tarikh
Bilangan peserta

:
:
:

SK Paya Mak Insun, Pendang.


05 hingga 07 November 2014
76 orang murid

3.
Bagi memantapkan perjalanan program tersebut, pihak sekolah ingin memohon untuk
mendapatkan khidmat jurulatih dari pejabat tuan bagi menjalankan aktiviti kawad kaki, ikatan
dan pertolongan cemas pada 6hb November 2014 bermula jam 8.00 pagi hingga pukul 4.00
petang.
4.
Kerjasama serta sokongan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih. Makan minum akan disediakan. Pihak sekolah juga akan membayar
elaun kepada jurulatih yang terlibat sekiranya diperlukan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,,
( MOHD NASIR BIN YAACOB )
Penyelaras Program Perkhemahan Tahunan,
Sekolah Kebangsaan Paya Mak Insun,
06720 Pendang,
Kedah Darul Aman

Tel / Faks : 04 7412857


Email : skpayamakinsun@gmail.com
1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Anda mungkin juga menyukai