Anda di halaman 1dari 30

Masalah gelandangan di Kota-Kota Besar

Posted on July 10, 2014 | Leave a comment

9-7-2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan
golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.
PM berkata sedemikian selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti dapur jalanan di
sekitar Jalan Tun Perak malam 8-7-2014.
Selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan
dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang
bernasib baik itu. Golongan ini boleh tidur di pusat sedemikian supaya tidak tidur di tepi jalan.
Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan
khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan

kepada golongan gelandangan di ibu kota. Perdana menteri meluangkan masa kira-kira sejam
melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan,
selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria.
Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul
Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa gelandangan yang tidur di tepi
jalan, termasuk di perhentian bas.
Isu gelandangan di ibu kota menjadi topik hangat kebelakangan ini termasuk apabila
Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan melarang Dapur Jalanan daripada
beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang
minggu lepas.
Namun, Tengku Adnan menarik balik arahan tersebut dan memberi peluang kepada badan bukan
kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti dapur jalanan untuk beroperasi di kawasan itu
sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidilfitri.
Perdana menteri telah meninjau aktiviti sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen yang mengedarkan
nasi berlauk ayam bersama buah epal, kopi O panas, sirap, roti bun, biskut wafer dan minuman
kotak kepada gelandangan, kebanyakannya warga emas di kawasan tersebut.
Najib turut diberi penerangan mengenai aktiviti Pertiwi Soup Kitchen oleh pengasasnya Munirah
Abdul Hamid.
Ketika mengadakan tinjauan di sekitar Bangunan Cahaya Suria, Najib turut menegur seorang
lelaki warga emas yang sedang tidur di sebuah perhentian bas dan beliau terkejut apabila
menyedari Perdana Menteri berdiri di sebelahnya.
Najib turut meluangkan masa hampir 10 minit bertanya khabar kepada bekas pemandu teksi Lim
Kim Hua, 63, yang terpaksa hidup bergelandangan kerana tiada keluarga untuk menjaganya.
Perdana menteri juga sempat menjenguk seorang ayah dan anak lelakinya yang berusia kira-kira
du

DATUK Seri Najib Razak melihat Lim Kim Hua, 63, yang tidur di pondok hentian bas, Kuala
Lumpur.

Makanan diagihkan kepada gelandangan, tengah malam oleh PERTIWI Soup Kitchen

a tahun yang sedang nyenyak tidur beralaskan plastik di


siar kaki Jalan Silang.
Najib turut bertanya khabar dengan satu-satunya wanita yang ditemui tidur di tepi Jalan Silang
itu iaitu Norliza Mat Zain, 42, yang berasal dari Teluk Intan dan datang ke Kuala Lumpur untuk

menemani suaminya mendapatkan pekerjaan. Bagaimanapun suaminya kini berada dalam


penjara dan bakal dibebaskan sebelum Aidilfitri ini.
Najib juga turut mendengar luahan hati bekas penjual kereta Tan Yap Heng, 70-an yang
mendakwa sudah 20 tahun hidup bergelandangan berikutan tidak mampu untuk mendapatkan
pekerjaan kerana faktor usia dan pernah dirompak. Tan memberitahu perdana menteri bahawa
setiap kali beliau memohon bantuan dari agensi kebajikan kerajaan, permohonan beliau sering
ditolak kerana beliau tidak mempunyai alamat tempat tinggal tetap.
Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN

Esscom menjamin kedaulatan Malaysia di Sabah


Posted on June 2, 2014 | Leave a comment

Pasukan keselamatan mengawal resort pelancongan


Esscom tekad pastikan kawasan Pantai Timur Sabah selamat
Insiden penculikan di Singamata Adventures and Reef Resort Semporna bulan Mei 2014
memberi mesej jelas kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bahawa
masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Zon Selamat Timur
Sabah (ESSZONE).
Ancaman keselamatan berikutan pencerobohan pengganas Sulu dan kes penculikan menuntut
Esscom mengambil tindakan drastik dan langkah proaktif bagi menjaga kedaulatan dan
keselamatan kawasan pantai timur Sabah ekoran krisis di Tanduo, Lahad Datu pada tahun 2013.
Jenayah rentas sempadan di perairan timur Sabah, yang tujuh daripada 362 pulau di kawasan itu
menempatkan pusat peranginan dan aktiviti marin, boleh mencemarkan imej Malaysia dan
memberi kesan kepada industri pelancongan negara serta aktiviti ekonomi.
Menyedari impak negatif ancaman keselamatan di kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer itu,
Esscom mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan keadaan di kawasan pantai timur
Sabah adalah selamat dan terkawal kepada penduduk dan pelancong.
Esscom kini melarang pergerakan keluar masuk ke kawasan resort selepas pukul 6 petang bagi
mengelakkan insiden penculikan yang modus operandinya dilakukan pada waktu malam dan
awal pagi daripada berulang.
Esscom memutuskan tiada sebarang aktiviti di laut dan sungai selepas matahari terbenam (semua
aktiviti hanya dilakukan pada waktu siang). Pengusaha resort yang mempunyai aktiviti unik pada

waktu malam hendaklah memohon kebenaran daripada Esscom terlebih dahulu.


Selain itu, pasukan keselamatan akan mengadakan rondaan dan pemeriksaan dari semasa ke
semasa di setiap resort dan pengusaha yang gagal mematuhi arahan berkenaan akan dirujuk
kepada Kementerian Pelancongan dan pihak berkuasa tempatan untuk tujuan digantung lesen
perniagaannya.
TAMBAH ASET KESELAMATAN
Insiden penculikan seorang pelancong China dan seorang pekerja resort berasal dari Filipina
mengejutkan banyak pihak kerana ia berlaku selang hanya empat bulan daripada insiden
pembunuhan dan penculikan pelancong di Pulau Pom-Pom.
Insiden penculikan itu adalah kes jenayah rentas sempadan atau kes penculikan dan bukan
kejadian yang pertama kerana beberapa penculikan sedemikian pernah berlaku di kawasan
Semporna dan Lahad Datu.
Esscom tidak menolak kegiatan penculikan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas dari
selatan Filipina sejak tahun 2000 itu bertujuan mendapatkan sumber kewangan.
Bagi membanteras kegiatan penculikan berleluasa khususnya di kawasan perairan Semporna dan
Lahad Datu yang terletak hampir dengan sempadan Filipina, pasukan keselamatan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim
Malaysia (APMM) menambah 30 peratus bilangan aset seperti bot dan kapal di kawasan perairan
Semporna tanpa menjejaskan kawalan rondaan di kawasan lain.
PERBAIKI KELEMAHAN
Tidak menafikan masih banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan Esscom untuk
memastikan sektor pelancongan tidak terjejas akibat aspek keselamatan. Esscom mampu
memperbaikinya dan berupaya membentuk persefahaman lebih mantap pada masa akan datang.
Memang agak sukar untuk Esscom memberi jaminan bahawa penculikan tidak akan berlaku di
ESSZONE memandangkan beberapa faktor dikenal pasti mendorong berlakunya kes penculikan.
Dari awal, Esscom tidak dapat disamakan dengan Rascom (Rajang Area Security Command).
Rascom diwujudkan untuk memerangi komunis di Sarawak pada awal tahun 70an sehingga 90an
sementara Esscom berperanan menjaga dan mengawal kawasan yang jauh lebih luas meliputi
laut dan daratan.
Tambahan lagi pantai yang panjang sejauh 1,733.7km dari Kudat sehingga ke Tawau
membuatkan tentera kita sukar mengenal pasti musuh memandangkan mereka mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan penduduk negeri ini di samping mengamalkan budaya hidup
yang sama dengan penduduk Sabah. Ada di antara mereka yang terlibat dengan jenayah
penculikan sudah tinggal di Sabah bertahun-tahun lamanya dan hal itu adalah satu cabaran besar
Esscom untuk mengatasinya.
KERJASAMA ESSCOM DAN PENGUSAHA PELANCONGAN
Justeru, bagi tujuan menjaga keselamatan pelancong dan pelanggan, Esscom menetapkan
beberapa syarat penting untuk dipatuhi semua pengusaha pusat peranginan di ESSZONE.
Antara inisiatif itu ialah menggaji pengawal keselamatan terlatih yang akan mengawal premis
perniagaan 24 jam sehari selain menugaskan seorang pegawai bertanggungjawab untuk melapor
terus kepada polis atau Esscom sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang mendatangkan ancaman
terhadap keselamatan pelanggan resort.
Langkah itu membolehkan tindakan segera diambil kerana sebelum ini pekerja resort terlebih
dahulu memaklumkan kejadian kepada pengurus resort dan kemudian barulah pengurus
melaporkannya kepada polis. Setiap resort di ESSZONE hendaklah memasang peralatan
keselamatan seperti CCTV (kamera litar tertutup), menara tinjau, lampu sorot dan peralatan

komunikasi. Semua pengusaha resort juga dikehendaki memberi kerjasama kepada pasukan
keselamatan dengan membenarkan anggota keselamatan membuat rondaan di kawasan resort.
Mereka juga boleh melaporkan kepada Esscom sekiranya ada anggota keselamatan yang tidak
serius ketika menjalankan tugas di resort.
Pada masa ini terdapat 362 buah pulau di ESSZONE. Daripada jumlah itu, tujuh pulau
mempunyai pusat peranginan iaitu Kapalai, Mabul, Pulau Bum-Bum, Pom-Pom, Mataking,
Langkayan dan Billean.
HUBUNGAN KERJASAMA ANTARA AGENSI
Esscom, sebagai agensi penyelaras, menempatkan pasukan keselamatan dan aset pertahanan di
kawasan-kawasan strategik yang menjadi laluan masuk di kawasan perairan melibatkan semua
komponen keselamatan dan tugas-tugas pertahanan secara holistik dan bersepadu.
Arahan penugasan masih terletak di bawah ketua perkhidmatan dan agensi masing-masing. Bagi
mencapai matlamat penubuhannya, Esscom dari semasa ke semasa meningkatkan kerjasama
dengan agensi penguatkuasa yang lain antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja
Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan agensi Persekutuan dan negeri yang berkaitan.
Persefahaman itu menjadi asas kekuatan Esscom untuk menghadapi ancaman jenayah rentas
sempadan atau jenayah penculikan.
Esscom merupakan entiti yang berjaya merealisasikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan
hasil penggabungan komponen pertahanan, keselamatan dan awam.
Esscom turut mengukuhkan pelaksanaan program peningkatan semangat patriotisme masyarakat
di ESSZONE serta menyelaras dan memantapkan program pembangunan sosial ekonomi
berteraskan keselamatan kepada kumpulan sasar di ESSZONE.
Esscom ditubuhkan pada 1 April 2013 di bawah Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan
Awam 2013 selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduao, Lahad Datu
Sabah pada awal Mac 2013.
Dianggotai empat komponen utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera
Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pegawai Awam, asas
penubuhannya ialah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah susulan
pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu.
Matlamat Esscom antaranya memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan
rakyat, memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama, memastikan,
memelihara dan memudahkan penjalanan secara bebas serta melaksanakan tindakan yang
sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang di Zon Selamat Timur Sabah
(ESSZONE).
ESSZONE meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan,
Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau

Pantai Timur Sabah sentiasa jadi sasaran kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang gemar
melakukan penculikan.

Leave a comment
Posted in KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN, STPM Penggal 3(Bhg A)
Malaysia dan Negara Luar

Teknologi Hijau
Posted on April 9, 2014 | Leave a comment
Teknologi Hijau
Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang
memenuhi kriteria-kriteria berikut:
? Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau
(GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat

dan lebih baik untuk semua hidupan;


? Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
? Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
Tenaga Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
Alam sekitar Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
Sosial Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Objektif
Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama
meningkatkan pembangunan ekonomi;
Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan
sumbangannya kepada ekonomi negara;
Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan
meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan
datang; dan
Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan
menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Sektor Utama
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:
i) Sektor Tenaga
Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan
bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial;
dan
Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga
dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan,
pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan
kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv) Sektor Pengangkutan
Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan,
khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.
Matlamat

i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)


Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen
untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;
Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan
dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;
Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung
Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan
perkhidmatan Teknologi Hijau; dan
Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan
penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah
pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.
ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)
Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;
Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi
lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;
Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti
tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri
tempatan dan syarikat multinasional;
Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan
Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)
Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di
samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan
Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi
penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Teras Strategik
i) Teras Strategik 1
Mengukuhkan kerangka institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang
kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor
swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri
atau Timbalan Perdana Menteri;
Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan
program Teknologi Hijau yang efektif;
Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan
Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab
masing-masing.
ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan,
adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan
Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan
meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:
Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkahlangkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras
dengan objektif dan matlamatnya;
Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian
nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri;
Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu
perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri
tempatan;
Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan
daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan
Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3
Memperkukuh Pembangunan
Modal Insan dalam Teknologi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk
pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti
sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;

Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di
peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;
Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang
separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;
Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang
Teknologi Hijau; dan
Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor
Teknologi Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam
penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau
dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan
ditingkatkan melalui:
Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;
Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau institut
penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;
Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,
Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat
kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.
v) Teras Strategik 5
Promosi dan Kesedaran Awam
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi
kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan
perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:
Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang
komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau;
Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk
mempromosikan Teknologi Hijau;
Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat
melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;
Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang berhubung
dengan kerajaan
Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara
BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan
Dasar Teknologi Hijau Negara.

Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama
di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran
yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau.
Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi
pemberian latihan dan program pendidikan.
Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau
menerusi pengkomersialan.
Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat
terhadap Teknologi Hijau, katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini,
hari ini.
Sumber: Berita Harian
Temubual Galeri@1, RTM 1
Y. Bhg. Dato Dr Halim Bin Man
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
1. Apakah maksud teknologi hijau?
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam
semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi
rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita
menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan
sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa
teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan
untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah
Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan
selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan
konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang
dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa
depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat
sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang
lebih baik dari sekarang.
2. Mengapakah teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran negara?
Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.
Saya percaya penekanan terhadap teknologi hijau adalah pendekatan yang tepat dalam
menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda
utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu
alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu

bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini a better
place to live in.
Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup
rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan
sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan
berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar
adalah minima.
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri
yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan
peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang
mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau
amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy.
Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi
baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang tahun 2020, industri PV dapat
menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).
Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau. Pihak
swasta, para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan
mengkomersilkan teknologi hijau.
3. Apakah kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hijau dalam kehidupan kita sebagai orang
awam?
Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu teknologi
yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan
gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara
kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang
melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu,
kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan
paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesankesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang
demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam
masyarakat dunia pada masa kini.
Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, usahausaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi
Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca
dunia. Kita sebagai pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam
pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat sebagai contohnya
penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan
sebagainya.
Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap
tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air

merupakan antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti


harian kita. Walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian
daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan
dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita
juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan
masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang. Oleh yang demikian,
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua agar mula mendekati
amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap
tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan sebagainya.
4. Boleh Y.Bhg Dato berikan sedikit saranan dan harapan Datuk kepada masyarakat ke arah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan teknologi hijau?
Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek. Pertama ialah
aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya
mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta
praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan
dari peringkat sekolah lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para
penyelidik kita boleh menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa
membazir sumber-sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang
boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport.
Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses
kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh,
bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh
membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli
makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri
daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri
ketika membeli-belah.
Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan
penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga.
Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun
penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah
supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan
hijau budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya
mereka akan turut terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.
Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke arah
penghayatan dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan
memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
5. Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan teknologi hijau?
Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan
pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada

sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat
mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak
diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer
Status).
Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan
cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang
digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE.
Insentif-insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh
diberikan bagi:
i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi
kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST;
ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada
pengilang tempatan;
iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap
tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada
pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST.
iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh
ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic,
lampu dan penyaman udara.
6. Boleh Y.Bhg Dato terangkan langkah-langkah yang diambil atau contoh-contoh program yang
dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat?
Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai Kecekapan Tenaga
dan Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu daripada cabang Teknologi Hijau
sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Centre for Education, Training and Research in
Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Programprogram ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan
orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran
program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM,
Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi
Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul
Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di
seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga
Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.
Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month peringkat Kebangsaan
secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Diperbaharu dan
mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam dan sektor swasta. Antara
aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramahceramah berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah,
menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa untuk menggalakkan
amalan Kecekapan Tenaga.

Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan
melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/ Jabatan
Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan
meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau
dalam kehidupan kita. Ini bagi memastikan program-program lain yang akan dilaksanakan oleh
Kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat.
Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SAINS DAN
TEKNOLOGI

Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju


Posted on April 6, 2014 | Leave a comment
Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju

Selain pertambahan infrastruktur berkaitan angkasa yang dimiliki oleh Agensi Angkasa Negara
(Angkasa) seperti Observatori Negara Langkawi (ONL) tahun 2011, pembangunan sektor
angkasa negara mengorak langkah ke hadapan dengan Dasar Angkasa Negara.
Dasar Angkasa menjadi pemangkin bagi pembangunan sektor angkasa negara masa hadapan,
termasuk pembangunan sektor industri angkasa, yang mana Angkasa akan bertindak sebagai
agensi penggerak utama.
Dasar itu penting sebagai memenuhi keperluan rangka kerja dan hala tuju dalam membangunkan
sektor angkasa yang strategik dan penting bagi negara. Dasar ini merupakan kerangka dan garis
panduan untuk memandu industri angkasa negara dalam tempoh 10 tahun akan datang iaitu
sehingga 2020.
Dengan adanya dasar baru itu, sektor angkasa akan diiktiraf sebagai sektor baru yang strategik
yang boleh menjana ekonomi baru bagi negara di samping meningkatkan keupayaan negara di
dalam teknologi tinggi bagi tujuan keselamatan.
Dasar ini meliputi bidang satelit komunikasi, satelit navigasi, remote sensing (penderiaan jauh
atau pencerapan bumi), undang-undang angkasa, sumber manusia, pendidikan dan kesedaran
awam, penyelidikan dan pembangunan (R&D), industri angkasa dan teknologi angkasa.
Dengan adanya dasar angkasa itu, pembangunan sektor angkasa akan memberi tumpuan kepada
aktiviti-aktiviti hiliran seperti aplikasi bagi satelit telekomunikasi, satelit navigasi dan satelit atau
remote sensing, yang dijangka menjadi industri penting bagi penjanaan ekonomi baru negara.
Sebagai contoh, penggunaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) begitu meluas kerana ada
pihak yang bersedia menjualnya secara komersial untuk pengguna.
Jawatankuasa Angkasa Negara (Jangka) itu dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Ia turut dianggotai oleh Kementerian
Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan (KPKK), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuniti (KPPK), Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Turut terlibat ialah Kementerian Luar, Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Kewangan,
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Malaysian IndustryGovernment Group for High Technology (MIGHT), Jabatan Penerbangan Awam dan wakil
Industri Aeronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB), dan MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd.
Jangka yang akan membincang dan mencadangkan program berkaitan angkasa bagi negara akan
melaporkan kepada hasil perbincangan kepada Majlis Aeroangkasa Malaysia ( MAC) yang
dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Akta Angkasa untuk mengawal selia aktiviti dan operasi berkaitan sektor angkasa seperti

pelancaran dan pengoperasian satelit, pendaftaran objek yang dilancarkan ke angkasa lepas,
pengoperasian stesen Bumi dan aktiviti lain yang berkaitan juga digubal. Setiap pelancaran dan
pengoperasian satelit yang dimiliki oleh rakyat ataupun syarikat Malaysia perlu diberi lesen dan
Angkasa bertanggungjawab pengeluaran lesen pada masa akan datang selepas akta tersebut
diwartakan.Ketika ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan
badan yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen untuk kebenaran menggunakan julat
frekuensi gelombang sahaja.
Dalam pada itu, program kesedaran dan pendidikan juga terus dilaksanakan untuk pelbagai
peringkat lapisan kumpulan sasar termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar
universiti.
Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SAINS DAN
TEKNOLOGI

11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam


Posted on January 1, 2014 | Leave a comment
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan
perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri
sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan 2014.
Tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih
berhemah pada tahun 2014. Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

1. Kerajaan akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai
kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

2. Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred Jusa juga akan dikurangkan sebanyak
RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus.
3. Kerajaan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat
awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas
Ekonomi.
4. Kerajaan mengurangkan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi
dan premis kerajaan.
5. Membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
6. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis
pejabat.
7. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam
menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
8. Cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang
Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
9. Kerajaan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta
pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlismajlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
10. Kerajaan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan
penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar,
mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
11. Kerajaan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan
mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di
institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
Leave a comment
Posted in Ekonomi Malaysia dan antarabangsa, KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN, KENEGARAAN: ISU SEMASA

Ancaman Terhadap Keselamatan dan Kedaulatan Negara


Posted on November 19, 2013 | 1 comment
Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 15-11-2013

Pulau Pom Pom di Sipadan, Sabah


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh
membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna,
Sabah awal pagi ini.
Polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira
pukul 1 pagi itu. Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak
mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan
oleh kumpulan lelaki berkenaan. Kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan
bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan.
Dipetik dan disesuaikan daripada Bernama 19-11-2013

Pasukan keselamatan mengawal resort pelancongan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pihak media tidak mendedahkan identiti
mangsa culik warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada Jumaat lepas demi
keselamatan mangsa. Setiap laporan yang mendedahkan identiti mangsa boleh mengancam
nyawanya kerana mangsa diculik pengganas dari Selatan Filipina yang terkenal dengan
kekejamannya. Justeru, media tempatan perlu mengutamakan keselamatan mangsa dalam
membuat laporan berita.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan
kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang,
dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas lelaki yang menggunakan senjata berat dari
Selatan Filipina.
Polis menjalin kerjasama erat dengan Polis Filipina dan Aseanapol untuk membebaskan mangsa
culik itu.
IPSOM dizahirkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 20
Mei lepas dan ia adalah sebuah institusi yang berfungsi memberikan cadangan kepada polis dan
Kementerian Dalam Negeri melalui kajian-kajian berkaitan keselamatan awam.
Katanya, IPSOM dipengerusikan Ahmad Zahid dan terdapat empat pusat utama dalam institusi
itu yang diketuai seorang pengarah iaitu Pusat Penyelidikan Keselamatan dan Ketenteraman
Awam, Pusat Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Pusat Latihan dan Pembangunan Modal Insan
dan Unit Pentadbiran dan Kewangan
1 Comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 3, KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN

INTEGRITI
Posted on September 12, 2013 | Leave a comment
Faktor-faktor yang menjejaskan integriti boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu,
kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan institusi, budaya dan individu.

1. Kepimpinan
Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap
integriti.
Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk
memberikan pedoman, dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.
Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti.
Begitu juga pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik, lebih-lebih lagi mereka yang
cakap tidak serupa bikin.
Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang,
prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan akan menjejaskan integriti.
2. Sistem dan Prosedur
Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi.
Enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti ialah:
Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan
tender.
Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.
Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat
dalam kalangan petugas.
Penguatkuasaan yang tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara berpilih.
Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program.
Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga
menjejaskan keupayaan penguatkuasaan.
Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas dan adanya percanggahan dalam sesetengah
undang-undang.
3. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran
Kerajaan, swasta dan masyarakat umum.
Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan
munasabah.
Bahagian-bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya.
Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi menangani
tuntutan dan cabaran baru.
Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan lapuk akan membazirkan sumber dan
menyebabkan tidak berkesan untuk mencapai matlamatnya.
Institusi memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem pentadbiran.
Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasi dengan
baik.
Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh mengakibatkan persaingan tidak sihat
ataupun konflik antara institusi, serta pengabaian tanggungjawab.
Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran sumber dan tugas yang
dilakukan tidak sempurna.
Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain
juga boleh menjejaskan integriti.
Misalnya, ada institusi yang memupuk nilai-nilai murni, sedangkan ada institusi lain

menyebarkan nilai-nilai sebaliknya.


Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan serta nilai-nilai yang
berlawanan itu boleh menimbulkan kecelaruan dan krisis nilai.
Dengan demikian, integriti individu, masyarakat dan negara turut terjejas.
4. Budaya
Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan
tingkah laku.
Salah satu komponen persekitaran ialah budaya.
Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa.
Justeru, budaya berubah dan boleh diubah.
Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai kepada
individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.
Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, tidak
bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.
Salah satu kesan sikap di atas ialah keengganan membuat laporan atau menegurapabila melihat
sesuatu kesalahan berlaku.
Kebimbangan terhadap akibat tindakan menegur atau melapur adalah antara punca keengganan
tersebut.
Contohnya, individu yang mempunyai maklumat mengenai atau menyaksikan sesuatu salah
laku, bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya membuat aduan.
Maka timbullah sikap dan amalan angguk dan ampu lebih-lebih lagi terhadap pemimpin.
5. Individu
Akhir sekali, penentu kepada kejayaan pengukuhan integriti ialah diri sendiri.
Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan
etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan melibatkan diri dalam pelbagai bentuk salah
laku.
Kemerosotan integriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya meihat kelemahan orang
lain, enggan memeriksa kelemahan diri sendiri, lantaran itu jauh sekali untuk mengakui dan
mengatasinya.
Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah,
penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral.
Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai murni itu
sendiri adalah lemah.
Leave a comment
Posted in Dasar Dalam Negara, KARANGAN TAJUK SOSIAL KEMASYARAKATAN, STPM
Penggal 2(Bhg A) Malaysia Maju dan Sejahtera

Senjata Pemusnah Besar-Besaran


Posted on August 25, 2013 | Leave a comment

Malaysia Gesa PBB Siasat Penggunaan Senjata Kimia Di Syria


25 Ogos 2013
Media antarabangsa melaporkan satu serangan yang menggunakan senjata kimia berlaku
di daerah Ghouta berdekatan Damsyik pada Rabu lepas, yang menyebabkan kematian
beratus rakyat Syria serta mencederakan ramai lagi penduduk.

Kanak-kanak yang terkorban akibat serangan gas saraf/senjata kimia

Keganasan akibat pergolakan politik

Ada kemajuan tamadun manusia?????

Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat laporan yang


mendakwa wujud penggunaan senjata kimia, yang menyebabkan kematian dan kecederaan di
Syria.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menyeru pihak yang terbabit agar
memberi akses serta pelindungan keselamatan kepada pasukan pakar kimia PBB untuk
menjalankan tugas mereka.
Malaysia amat prihatin terhadap laporan itu dan mengutuk tindakan berkenaan, sekiranya
dibuktikan benar. Hal ini kerana kekejaman itu jelas melanggari undang-undang antarabangsa
dan mendesak agar mereka yang bertanggungjawab ke atas tindakan kejam dan tidak
berperikemanusiaan ini dibawa ke muka pengadilan.
Maklumat tambahan:
Penggunaan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of mass destruction-WMD) seperti
senjata kimia (gas saraf), biologi (virus anthrax), radioaktif dan nuklear (CBRN) dalam
peperangan serta serangan-serangan keganasan sudah berkembang menjadi ancaman
global yang terbaru kepada dunia sejagat. Penggunaan senjata pemusnah besar-besaran
ini akan menyebabkan kemusnahan paling maksimum terhadap sasaran.
Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, Karangan Pengajian Am STPM Penggal
3

Kebebasan Dan Hak Asasi Manusia mesti ada batasnya


Posted on August 22, 2013 | Leave a comment
Pada masa kini terdapat sesetengah kumpulan di Malaysia bangkit mempersoalkan kebebasan
dan hak asasi manusia tanpa menyedari kesan kepada pembangunan negara dan rakyat
keseluruhannya.
Persepsi mereka mengenai kebebasan dan hak asasi manusia telah berubah. Kalau dahulu
kebebasan dimaksudkan bebas daripada cengkaman penjajah tetapi kini ia lebih kepada
kebebasan mutlak dalam konteks asas hak asasi manusia. Jadi kebebasan dalam bersuara dan
ekspresi, beragama, berkumpul dan seumpamanya kini dianggap sebagai sebahagian daripada
hak asasi manusia. Inilah antara yang menjadi cabaran negara dalam proses pembangunan negara
di samping mengisi dan mengekalkan semangat kemerdekaan yang telah dicapai sejak 56 tahun
yang lepas.

Anarki di banyak negara yang tiada batasan undang-undang dan hak asasi

Kebangkitan Arab Spring yang meghancurkan negara sendiri


PENGARUH BARAT
Dakyah dan ideologi yang dimainkan barat itu, kini menjadi topik di mana-mana negara dan kini
menjadikan isu kebebasan sebagai isu sejagat. Masyarakat dunia termasuk di Malaysia semakin
menerima norma-norma kehidupan di barat yang lebih mengutamakan hak individu dan
kumpulan kecil tertentu berbanding kepentingan umum.
Kerana itu di barat, mereka tidak peduli jika segelintir individu atau kumpulan kecil memilih
gaya hidup yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakatnya kerana mereka bebas

untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi. Contohnya isu hubungan seks luar nikah,
perkahwinan sejenis dan seumpamanya.
Ini jugalah yang pernah diperjuangkan golongan aktivis sosial di Malaysia dalam Program
Seksualiti Merdeka dua tahun lepas yang secara terbuka menuntut hak golongan lesbian, gay,
biseksual dan transeksual (LGBT).
Pemikiran liberalisme dan pluralisme juga semakin menular dalam masyarakat hari ini terutama
dalam isu kebebasan beragama. Bagi mereka agama menjadi satu kongkongan dan untuk menuju
kemajuan caranya ialah dengan membebaskan diri daripada kongkongan agama dengan
membawa prinsip semua ideologi dan fahaman dianggap setara, sama benar dan sah.
Kebebasan bersuara yang diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Pengistiharan
Hak Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dalam
Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP) turut mengundang konflik
kepada masyarakat.
Penggunaan media sosial sebagai medan kebebasan bersuara hingga melangkaui sempadan
terutama menyentuh nilai-nilai berkaitan budaya, agama, institusi raja jelas memberi impak yang
buruk kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini. Hal ini kerana, walaupun ada golongan
liberal dan terbuka untuk membicarakan soal tersebut, namun majoriti masyarakat Malaysia
masih lagi teguh dengan adat dan budaya serta berpegang kepada agama.
Kebebasan di alam maya yang sukar dikawal ini jugalah menjadi ancaman pengisian
kemerdekaan dan tamadun yang dibina.
HAK ASASI PERLU SEKATAN
Kemerdekaan memberi ruang sesebuah negara membina tamadun dan peradabannya. Untuk
mengisi kemerdekaan, rakyat dan pemimpin harus memahami nilai kemerdekaan itu sendiri.
Namun apa yang berlaku hari ini, terdapat segelintir pihak dalam masyarakat yang terlalu terikutikut dengan globalisasi terutama isu berkaitan hak asasi yang boleh memberi kesan baik dan
buruk.
Konsep hak asasi harus difahami dengan menggunakan neraca yang tepat sekiranya kita mahu
menjaga dan mengekalkan serta mengisi kemerdekaan yang ada. Ia harus menggunakan
piawaian dan standard pembangunan serta perkembangannya mengikut acuan kita sendiri dan
bukan mengikut peradaban lain. Walau apapun perubahan falsafah, ideologi hak asasi itu, namun
tidak boleh meninggalkan perkara-perkara yang boleh menjamin dan menjaga kelangsungan
peradaban dan tamadun yang dibina. Selama mana kita mahu menjaga kemerdekaan ini, selama
itu jugalah adanya sekatan-sekatan tertentu terhadap hak asasi. Had ini harus diletakkan dalam
budaya dan adat sopan kita seperti hormat menghormati antara satu sama lain serta menghormati
agama yang menjadi ciri-ciri terpenting.
KEMATANGAN DAN JATI DIRI

Jati diri harus dibina atas warna dan cat yang kita berikan kepada demokrasi dengan mengambil
keadaan diri kita sendiri. Jika mahu mengambil hak asasi dari negara lain, ia harus dilihat
bagaimana ia boleh disesuaikan dengan keadaan di negara ini. British sendiri tidak pernah
memaksa Malaysia menggunakan undang-undang mereka. Ketika itu British meletakkan syarat,
undang-undang itu hanya diterima sekiranya ia bersesuaian dengan keadaan masyarakat di
negara ini. Jelas di sini walaupun British itu penjajah, namun mereka menghormati pandangan
dan keadaan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Sekarang ramai yang berhujah perlu ikut
arus permodenan hak asasi dengan mengikut apa yang ada di barat. Kita tanya semula adakah
ia bersesuaian dengan keadaan budaya dan masyarakat di sini?
Di sinilah perlunya kekentalan jiwa masyarakat Malaysia untuk menghadapi dan memerangi apa
yang tidak sesuai kerana sedia maklum, perkembangan di luar tidak dapat dihindari kerana ia
adalah lumrah alam. Kematangan dan jati diri penting kerana dapat menjaga maruah, harga diri
negara dan bangsa supaya tidak mudah dipengaruhi elemen-elemen luar. Dalam peperangan
memerlukan senjata sebagai benteng dan perisai. Ia boleh diumpamakan jati diri kita. Jika kita
tidak mampu menyediakan perisai itu, hanya undang-undang sahaja yang boleh membantu
memastikan keselamatan terus terjamin.
PENTINGNYA AGAMA
Hakikat yang terpaksa diterima, setelah 56 tahun merdeka, kita masih lagi dalam persimpangan
dan tercari-cari untuk membentuk jati diri. Kekuatan agama dan bangsa sebenarnya telah
menjadi asas jati diri yang dipegang sejak dulu. Bangsa Malaysia akan lemah dan lumpuh jika
tidak berpegang kepada kedua-dua ini. Jika paksi ini tidak dituruti dan mahu mengambil nilai
orang lain kerana tuntutan globalisasi, pasti kita tidak akan berjaya mengisi kemerdekaan itu.
Pentingnya agama kerana tidak ada agama di dunia ini mengajar ke arah keburukan dan
perpecahan. Malah kejayaan Malaysia, sebagai sebuah negara yang kecil menjadi maju dan
makmur seperti hari ini adalah kerana pegangan agama yang masih kukuh yang menjadi benteng
keutuhan bangsa. Tempoh lebih 50 tahun merdeka, bukanlah tempoh yang terlalu panjang. Jika
kita bandingkan dengan Amerika yang mencapai kemerdekaan lebih 200 tahun. Kita kini baru
sampai suku atau 1/4 dan jika dibandingkan kemajuan yang kita capai kini, mungkin kita lebih
cepat lagi daripada Amerika. Semuanya kerana kita mempunyai asas agama yang mengajak kita
untuk hormat menghormati. Malah jika semua rakyat tidak kira agama menghayati agama
masing-masing, walau 10 bangsa sekalipun hidup di dalam negara ini, kita tidak akan
bersengketa. Hal ini kerana emosi dan perasaan dikawal oleh agama yang boleh meredakan
persengketaan serta menifestasikan cinta dan kasih kepada negara dengan menjaga kemerdekaan
yang ada.
UNDANG-UNDANG SEBAGAI PERISAI
Rakyat sesebuah negara yang masih belum matang dari segi jati diri, emosi dan pemikirannya
hanya akan menggunakan sentimen apabila membangkitkan soal demokrasi, kebebasan bersuara
atau hak asasi. Ini menyebabkan kadangkala kebebasan dan hak asasi disalahgunakan secara
emosi hingga menimbulkan kegelisahan dan ketegangan rakyat yang boleh membawa
kehancuran kepada sesebuah negara. Apabila perisai dalam kalangan rakyat masih belum kukuh,

hanya sistem perundangan yang mantap sahaja dapat menjaga rakyat dan menjadi mekanisme
untuk mengekalkan dan mengisi kemerdekaan.
Mengambil contoh Akta Hasutan yang diperkenalkan bagi mengekang kegiatan komunis yang
mengancam keselamatan negara pada tahun 1948. Sumbangan Akta Hasutan sangat jelas bagi
menjaga keharmonian kaum, agama, insitusi raja-raja yang membolehkan kita hidup dalam
keadaan aman damai seperti hari ini, katanya yang berharap penelitian rapi dilakukan kerajaan
sebelum menggantikannya. Setiap individu itu harus menjaga diri mereka melalui agama, nilainilai budaya yang ada. Namun jika rakyat tidak mampu menjaganya, maka undang-undang dan
penguatkuasaan sahaja yang boleh mengekang kebebasan melampau. Janganlah bangsa Malaysia
menunggu sehingga berlaku detik sukar untuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat
kerana cabaran berterusan terus berlaku terutama penghinaan rakyat, liberalisasi, tuntutan
kesamarataan yang boleh mencabar hubungan kaum dan agama di negara ini.
Tegasnya, Malaysia masih belum mampu untuk membuang semua undang-undang yang boleh
menjaga keharmonian kaum yang dikatakan menyekat hak asasi manusia. Sentimen bangsa yang
ada di Malaysia berbeza dengan apa yang ada di barat. Bangsa barat sudah berkurangan nilai dari
segi moral, namun kita di sini lagi kekal dan kukuh. Lantaran itu, undang-undang yang ketat
perlu bagi menjadi semangat dan roh yang boleh menjaga keamanan kita di dunia dan akhirat.
Dipetik dan disesuaikan daripada BERNAMA
Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, Karangan Pengajian Am STPM Penggal
3, KARANGAN TAJUK SAINS DAN TEKNOLOGI, KARANGAN TAJUK SOSIAL
KEMASYARAKATAN

Jerebu Melanda Malaysia lagi akibat pembakaran


hutan Indonesia
Posted on June 23, 2013 | Leave a comment

Putrajaya mengalami jerebu tebal 21-6-2013


IPU 387 mata

IPU 400 mata, 22 Jun 2013 Muar Johor


23-6-2013
Jakarta: Indonesia semalam menggunakan pesawat tentera untuk memadam api di Sumatera
berpunca daripada pembakaran haram yang menyebabkan jerebu teruk di negara itu, Singapura
dan Malaysia. Indonesia menggunakan dua pesawat untuk melakukan pembenihan awam
semalam.
Tujuh pesawat tentera dan tiga helikopter untuk membawa bom air ke lokasi kebakaran.
Sebanyak 60 titik panas dikesan di Riau, Sumatera dengan 80 peratus daripadanya berada di
kawasan perladangan dan 20 peratus lagi di kawasan hutan.
Indeks pencemaran Singapura kembali ke paras bahaya dengan paras bacaan berada pada tahap
300, manakala kualiti udara di ibu negara Malaysia juga semakin merosot semalam, ketika
Jakarta menerima tekanan hebat untuk memulihkan keadaan.
Pada 22 Jun 2013, indeks pencemaran Muar Johor berada pada tahap 401, paras yang boleh
mengancam nyawa mereka yang sakit atau warga tua.
Bau kayu terbakar memenuhi udara dan jarak pandangan merosot, manakala bangunan dilitupi
asap kelabu. Jalan raya yang biasanya sibuk, bertukar lengang, apabila penduduk mengelak
keluar rumah, bertemu kawasan atau membeli belah.
Sementara itu Singapura akan mengambil tindakan keras ke atas syarikat tempatan yang didapati
terbabit dengan pembakaran hutan secara haram di Indonesia, sehingga menyebabkan negara itu
mengalami pencemaran paling buruk pernah direkodkan. Kerajaan Singapura tidak akan bertolak
ansur dengan syarikat terbabit kerana menjejaskan keadaan di republik itu.
(disesuaikan daripada Berita Harian dan STAR, 22-6-2013)
Leave a comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 3, KARANGAN TAJUK SAINS DAN
TEKNOLOGI

Anda mungkin juga menyukai