Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di
muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran
munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung
sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan
kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di
lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa
dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga
sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara
sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara
yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan
kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di
persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu
dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan
cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai
boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari


semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan
suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk
menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.
Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokokpokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan

mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber
ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang
mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan
seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit
kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini
turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit
tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika


persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat
mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain
yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat
dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih
juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup
kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia
boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh
kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan
mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada
manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang
turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada
kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam
kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara
dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar
daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-

tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia.


Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan
habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan
berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya
merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat
menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang
pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan
hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber
kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar
membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi
negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian
akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke
dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan
dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan
pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan
serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej
negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin


bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan,
Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di
samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya
kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

GAN CHUI YONG


205876

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar
yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti
pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di
negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan
tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan
kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang


bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan
segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan
bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat
bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan
kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh
kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan
dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga,
orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang
boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini,
kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam
sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara
daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa
pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.
Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula
jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air
hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk
meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi
kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek
penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi
canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro
sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan
pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang
memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan
semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan


kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora
dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam

semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna
merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat
perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan
sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam
semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca
menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan
kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh


Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan
oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan
pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan
semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan
semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu,
penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik,
memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga.


Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat
mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh
menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang
kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan
menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia
terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap
alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan


menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan
bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan
untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat
meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka
panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu.
peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat

mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan


negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam
sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi


yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara
ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar,
bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya
adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai
bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab
bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari
dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai