Anda di halaman 1dari 6

Terdapat enam

strategi intervensi yang berasaskan sekolah dan home schoolyang

dibincangkan di dalam jurnal ini iaitu intervensi tingkah laku, intervensi pengurusan diri,
intervensi akademik, program komunikasi Home School, intervensi perhubungan sosial dan
kerjasama dengan pakar perundingan.
Intervensi yang pertama ialah intervensi tingkah laku yang terbahagi kepada dua strategi
iaitu antecedent based dan consequence based intervention. Antecedent based ialah
intervensi bagi mengenalpasti punca berlakunya tingkah laku distruptif dan tingkah laku yang
spesifik. Melalui intervensi ini pengkaji menyatakan dua kaedah iaitu yang pertama
mempamerkan peraturan kelas sepanjang tahun serta yang kedua mengurangkan masa untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan. Melalui strategi ini, guru menggabungkan kaedah-kaedah
tersebut dengan peneguhan positif iaitu pujian jika murid dapat melaksanakan peraturan dan
tugasan yang diberikan.
Seterusnya strategi yang kedua ialahconsequence based intervention yang berfokuskan
kepada pengurangan kekerapan sesuatu tingkah laku. Melalui strategi ini terdapat tiga kaedah
iaitu peneguhan positif, response cost dan pengurusan diri (DuPaul& Weyandt,2006).
Berdasarkan pendapat di atas ketiga-tiga kaedah tersebut merupakan suatu kaedah yang utama.
Namun demikian, di dalam jurnal ini kaedah pengurusan kendiri telah dipecahkan kepada satu
intervensi yang utama dalam menguruskan tingkah laku murid ADHD ini. Seterusnya, kaedahkaedah diaplikasikan secara segera apabila sesuatu tingkah laku ditonjolkan serta guru juga perlu
memberikan ganjaran untuk meningkatkan motivasi murid. Manakala bagi response cost pula
adalah seperti token ekonomi yang mana murid akan menerima token apabila menonjolkan
tingkah laku yang diingini dan penarikan token diberikan apabila murid menonjolkan tingkah
laku yang tidak diingini.
Intervensi tingkah laku yang seterusnya ialah pengurusan kendiri yang mana
membolehkan murid ADHD ini untuk mengawal tingkah laku mereka sendiri. Melalui kaedah
ini, guru menggunakan ansur maju yang mana pada peringkat permulaan guru akan bersama
murid membuat perbandingan mengenai skala Likert tingkah laku mereka. Setelah skor skala
Likert murid menunjukkan peningkatan maka murid sendiri akan dibiarkan untuk memberikan
skala pada tingkah laku mereka tanpa membuat perbandingan dengan guru. Skala tersebut

merupakan skala Likert adalah skor markah bagi tingkah laku murid iaitu daripada lemah kepada
cemerlang bagi tingkah laku murid ADHD.
Seterusnya ialah intervensi berdasarkan akademik yang mana terbahagi kepada tiga
kaedah iaitu penggunaan arahan yang jelas, penggunaan komputer dan penglibatan rakan sebaya
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah penggunaan arahan yang jelas guru
secara spesifik menerangkan arahannya samada sewaktu sesi pengajaran mahupun sewaktu
memberikan tugasan. Bagi kaedah penggunaan komputer pengkaji hanya menyatakan bahawa
kaedah ini dapat meningkatkan pencapaian matematik dan kemahiran membaca murid ADHD.
Manakala penglibatan rakan sebaya di dalam pembelajaran membaca, kemahiran matematik dan
ejaan dapat meningkatkan penyelesaian tugasan dan pencapaian murid-murid ADHD mahupun
murid tipikal. Seterusnya, pengkaji turut mencadangkan kombinasi intervensi akademik dan
pengurusan kendiri dalam meningkatkan dan mengekalkan pencapaian akademik murid-murid
ADHD.
Intervensi seterusnya bagi kanak-kanak ADHD ini ialah Program Komunikasi HomeSchool. Melalui program ini pengkaji menerangkan mengenai penggunaan Pelaporan Rekod
Harian yang jarang digunakan bagi mengatasi masalah komunikasi kanak-kanak ADHD
terutamanya yang mendapat pendidikan secara home school. Pelaporan ini adalah berdasarkan
kerjasama ibu bapa dan murid dalam menentukan sasaran pencapaian komunikasi kanak-kanak
ini sewaktu home-school. Hal yang demikian, mereka akan menyenaraikan tiga hingga lima
matlamat dan guru akan memberikan skor berdasarkan skala likert semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kemudian, ibu bapa akan memberikan ganjaran jika kanak-kanak ADHD ini
menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.
Selain daripada itu, intervensi yang turut disentuh oleh pengkaji ialah berkaitan dengan
masalah perhubungan sosial kanak-kanak ADHD. Pengkaji membuat sedikit perbandingan antara
intervensi secara tradisional dan klinikal. Menurut pengkaji, intervensi secara tradisional iaitu
secara berkumpulan kurang berjaya. Hal ini kerana, intervensi tiada penambahbaikan dan
generalisasi serta sukar dilaksanakan di dalam dunia realiti. Berbanding dengan intervensi
klinikal yang dijalankan di klinik pesakit luar apabila pengkaji turut mengaplikasikan strategi
intervensi yang lebih spesifik telah memberikan kesan yang sangat positif serta mempunyai
penambahbaikan dan generalisasi.

Menurut DuPaul, et. al (2006), menyatakan bahawa kolaborasi bersama pakar perunding
dapat meningkatkan ke fungsian sekolah dan pencapaian akademik. Hal ini kerana, pakar
perunding mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri mengenai kanak-kanak ADHD
manakala guru pula mempunyai kepakaran dari segi proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa dengan intervensi kolaborasi pakar perunding dengan
guru khasnya dapat memberikan kesan yang sangat baik kepada kanak-kanak ADHD ini.
Pengkaji juga menyenaraikan, empat peringkat untuk menjalankan intervensi ini iaitu pertama
guru dan pakar menentukan masalah akademik kanak-kanak, kedua membincangkan intervensi
yang sesuai, ketiga memilih intervensi yang efektif dan terakhir membuat penilaian terhadap
intervensi yang telah dijalankan.
Secara keseluruhannya, kesemua intervensi yang dinyatakan oleh pengkaji sesuai
dijalankan di Malaysia terutamanya kerjasama antara pakar perunding bersama guru serta buku
pelaporan harian. Kerjasama Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas dan guru tersebut adalah
pihak ini akan menghantar dua atau tiga orang pegawai mereka akan datang ke sekolah dan
menjalankan intervensi kepada kanak-kanak pendidikan khas. Dilihat perkara ini memberikan
manfaat kepada kanak-kanak pendidikan khas bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian
akademik mereka bahkan juga perkembangan kanak-kanak ini dari pelbagai aspek seperti
perkembangan motor, kognitif dan sokongan moral. Perkara ini juga dapat membuka minda
kanak-kanak ini bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi realiti kehidupan yang
semakin mencabar ini.
Selain itu juga, penulis sangat tertarik dengan penggunaan skala likert serta buku
pelaporan harian di dalam intervensi Program Komunikasi Home-School. Hal ini kerana, dengan
kaedah ini secara tidak langsung kanak-kanak ADHD dalam belajar untuk mengawal serta
mempelajari proses berkomunikasi dengan betul bersama orang di sekelilingnya. Perkara ini juga
akan dapat mengubah stigma negatif orang di sekeliling mereka bahawa mereka ini juga mudah
untuk didampingi dan didekati. Penulis berpendapat bahawa intervensi-intervensi yang lainnya
memang sudah lazim digunakan oleh guru-guru di Malaysia dalam mengatasi tingkah laku serta
meningkatkan pencapaian akademik kanak-kanak ini. Konklusinya, guru pendidikan khas
seharusnya mempunyai kesedaran dan sentiasa peka intervensi-intervensi yang terkini dalam
membantu meningkatkan potensi kanak-kanak ADHD ini daripada segala aspek.

Rujukan

Kaedah pertama iaitu guru mempamerkan dan menjelaskan peraturan-peraturan di dalam


kelas. Seterusnya murid-murid akan diberikan pujian jika mematuhi peraturan tersebut serta
peraturan ini dilaksanakan sepanjang tahun persekolahan. Manakala bagi kaedah ke dua guru
meminimakan masa untuk menyelesaikan sesuatu tugasan serta terutamanya bagi tingkah laku
tidak membuat tugasan dan tingkah laku distruptif.
Seterusnya, intervensi yang dilihat paling efektif dijalankan adalah mengenai pengurusan
tingkah laku kanak-kanak ADHD. Penggunaan token ekonomi, pengurusan kendiri serta
peneguhan positif dilihat antara kaedah-kaedah pengurusan tingkah laku yang sangat berkesan.
Hal ini kerana, penulis berpendapat melalui penggunaan pelbagai kaedah ini yang berfokuskan
kepada sesuatu tingkah laku murid membolehkan guru mengawal mereka serta melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Misalnya
penggunaan token ekonomi ini dapat mengurangkan mahupun menghapuskan tingkah laku
negatif murid ini. Di samping itu juga, penggunaan token ini juga dapat meningkatkan tingkah
laku positif murid terutamanya apabila tingkah laku negatif murid dihapuskan. Oleh sebab itu,
perkara ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru harus mengaplikasikan intervensi ini sewaktu
sesi pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN PENYESUAIAN KAEDAH DI MALAYSIA


Menurut Barkley (2000) simptom ADHD menyebabkan masalah tingkah laku sama ada di
sekolah mahupun di rumah. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai intervensi yang telah dijalankan
oleh pelbagai pengkaji. Pengkaji lazimnya melakukan intervensi terhadap kanak-kanak iaitu
termasuk menggunakan ubat psikotropik dan strategi modifikasi tingkah laku sama ada di rumah
mahupun di sekolah ( Berkley, 2006).

Anda mungkin juga menyukai