Negara Malaysia adalah negara yang sedang membangun. Justeru itu, penting bagi sebuah negara mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Pendidikan menjadi tunjang utama bagi sesebuah negara melahirkan rakyat yang berkualiti. Menyedari kepentingan pendidikan, kerajaan Malaysia bersetuju menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Keow, 2008). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi suluh yang memberi panduan untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Menurut Mok Soon Sang mentakrifkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara (Sang, 2009, hlm. 172). Konklusinya, FPK menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Terdapat 11 elemen penting dalam FPK. Penulis hanya membahaskan elemen insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Matlamat FPK dapat dicapai dengan mentranformasikan kurikulum, ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menggubal dasar pendidikan bagi mencapai tujuan FPK. Pada tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah dibentuk diperkenalkan kepada murid tahun satu. Reka bentuk KSSR mengandungi enam komponen penting yang disebut sebagai tunjang. Tunjang-tunjang ini diperkenalkan bagi melengkapi semua aspek penting yang perlu wujud dalam diri seseorang murid untuk menjadi insan yang seimbang dan harmonis (Norazilawati Abdullah, Nooraini Mohd Noh, Mahizer Hamzah, Nik Azmah Nik Yusuf & Rumaizah Omar, 2014). Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan KSSR berlandaskan FPK dan matlamat FPK dapat dicapai dengan mengikuti dasar KSSR Dalam menjayakan KSSR