Anda di halaman 1dari 11

[ SULIT ]

SJK ( C ) PEI HWA


BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4
UJIAN BULAN OGOS 2012
Nama
Kelas

: __________________ (
:4( )

Markah
Tarikh
T/tangan Ibu Bapa

KERTAS 1

: ________ %
: __ /8/2012
: ___________
MASA : 50 Minit

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Jawab
semua soalan. Anda dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat. Kemudian
tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
Soalan 1 - 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Mak Cik Rozita memasukkan dua ____________ garam ke dalam masakan itu.
A. hiris
B. cubit
C. helai
D. titis

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

Penoreh getah itu terserempak dengan seekor harimau yang ____________.


A. peramah
B. jinak
C. buas
D. bengis

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 1

[ SULIT ]
3

__________ berharap agar rakyat di negeri ini bersatu padu, titah Sultan Mahmud
Syah.
A. Beta
B. Hamba
C. Saya
D. Mereka

Jarak _________ Johor Bahru ________ Sungai Petani kira-kira 700 kilometer.
A. daripada ke
B. dari ke
C. kepada di
D. di kepada

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

Pemain bola itu ___________ menggelecek bola hingga berjaya menjaringkan tiga
gol untuk pasukannya.
A. lembab
B. keras
C. lincah
D. lembik

Puan Chan menggantung beberapa keping lukisan sebagai _____________


dinding di rumah baharunya.
A. hiasan
B. perhiasan
C. menghiaskan
D. dihiaskan

Sikap suka menabung perlu ditanam dalam diri kanak-kanak sejak kecil kerana
___________.
A. musuh dalam selimut
B. bumi mana yang tidak ditimpa hujan
C. indah khabar daripada rupa
D. melentur buluh biarlah dari rebungnya

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 2

[ SULIT ]

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

Aina ___________ anak perempuan kesayangan Puan Umi Kalsom.


A. adalah
B. yang
C. akan
D. ialah

" ___________, tingginya bangunan itu!" kata Farid kepada Lucy.


A. Wah
B. Aduh
C. Amboi
D. Aduhai

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10

Encik Seng __________ dengan jiran baharunya itu.


A. berpeluk-pelukan
B. bertepuk-tepukan
C. bersalam-salaman
D. bersentuh-sentuhan

11

Encik Satiya meletakkan __________ bagi setiap pasang kasut yang dijualnya.
A. harga diri
B. harga pokok
C. harga modal
D. harga tetap

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 3

[ SULIT ]
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12

Salmah __________ sambil memeluk erat ibu kandungnya yang hampir 15 tahun
terpisah itu.
A. menempelak
B. menangis
C. meraung
D. mengejek

13

Puan Wong ___________ apabila murid-muridnya tidak menyiapkan kerja sekolah.


A. darah muda
B. cangkul angin
C. darah gemuruh
D. naik darah

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14

Puan Ling ___________ tetamunya makanan dan minuman.


A. mengadakan
B. menyediakan
C. menghulurkan
D. menghidangkan

15

Ibu jarang membeli makanan di kedai. ____________, ibu lebih suka menyediakan
makanan sendiri di rumah.
A. Di samping itu
B. Sebaliknya
C. Selepas itu
D. Semenjak itu

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 4

[ SULIT ]
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16

Lembu-lembu itu di tempatkan di dalam ________ supaya mudah untuk mengawal


pergerakannya.
A. raga
B. reban
C. kandang
D. sangkar

17

"Ayah sentiasa berdoa ___________ kalian berjaya dalam hidup, kata Encik Razali
kepada anak-anaknya.
A. jikalau
B. meskipun
C. untuk
D. agar

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18

Air dalam botol itu tinggal __________ kerana tumpah.


A. sepuluh
B. setiap
C. pelbagai
D. separuh

19

Setelah mencapai kejayaan, dia lupa akan ibu bapanya di kampung. Perbuatan
itu seperti _____________.
A. dihiris dengan sembilu
B. kacang lupakan kulit
C. isi dengan kuku
D. melepaskan anjing tersepit

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 5

[ SULIT ]
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20

Tetamu yang hadir ____________ Selamat Hari Jadi kepada Mimie yang
menyambut hari jadinya yang ke-10.
A. merayakan
B. mengucapkan
C. meraikan
D. menyampaikan

21

Kakak Jenny bertubuh langsing dan lampai.


Perkataan seerti bagi lampai ialah
A. tinggi
B. kurus
C. rendah
D. tegap

22

Dia telah berjanji dengan kawannya untuk bercuti di Pulau Langkawi.


Perkataan berlawan bagi bercuti ialah
A. bersantai
B. berjalan
C. bekerja
D. berehat

Soalan 23 dan Soalan 24


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
23

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Adik suka makan telur separuh masak.


Buah mangga yang masak itu enak dimakan.
Baju yang dijemur oleh Mak Cik Shima belum masak.
Mekanik itu sedang membaiki basikal yang masak.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 6

[ SULIT ]
24

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Dafi mengikat tali itu dengan kemas.


Puan Anita membeli barang kemas.
Rambut pemuda itu disikat dengan kemas.
Fauziah sedang kemas bilik tidurnya.
I dan III
I, II dan III
II, III dan IV
I. II, III dan IV

Soalan 25
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
25

Bagaimanakah perasaan saudari apabila diumumkan sebagai pemenang?


A. Saya baru menerima berita itu semalam.
B. Saya berasa sungguh gembira apabila diumumkan sebagai pemenang.
C. Pengumuman itu akan saya sampaikan secepat mungkin.
D. Sudah sebulan saya tidak menerima sebarang pengumuman.

Soalan 26
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
26

Pihak pemaju yang membina taman permainan di situ.


A. Apakah tujuan taman permainan itu dibina?
B. Bilakah pembinaan taman permainan itu akan siap?
C. Siapakah yang membina taman permainan di situ?
D. Siapakah yang menyuruh taman permainan itu dibina?

Soalan 27 hingga Soalan 28


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
27

Rambutan yang saya beli di gerai itu dimakan oleh abang.


A. Rambutan yang abang beli di gerai itu dimakan oleh saya.
B. Abang memakan rambutan yang saya beli di gerai itu.
C. Abang makan rambutan yang dibelinya bersama saya di gerai itu.
D. Rambutan di gerai itu dimakan oleh saya dan abang setelah dibeli.

28

Di manakah kamu beli buku itu? tanya Yi Sheng.


A. Saya bertanya kepada Yi Sheng di manakah buku itu dibeli.
B. Yi Sheng bertanya adakah buku itu saya beli.
C. Saya bertanya adakah buku itu Yi Sheng beli.
D. Yi Sheng bertanya tempat saya membeli buku itu.

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 7

[ SULIT ]
Soalan 29 hingga Soalan 30
Pilih ayat yang betul.
29

A.
B.
C.
D.

30

I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Dia belum sembuh daripada sakit.


Jihan membeli dua biji goreng ayam.
Kebakaran di rumah itu berjaya dihapuskan.
Pak Cik Mohan membelikan baju adik semalam.
Pasukan kami berjaya ke peringkat akhir.
Di bulan hadapan, kami akan pergi bercuti.
Panggung wayang itu sesak penuh dengan penonton.
Saya dan dia mempunyai minat yang sama.
I dan III
II dan IV
I dan IV
III dan IV

Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hidung merupakan organ yang penting kepada manusia. Dengan menggunakan hidung,
manusia dapat menghidu dan membezakan kira-kira 4000 jenis bau.
Selain itu, hidung juga merupakan sebahagian daripada organ untuk sistem
pernafasan kita. Menerusi saluran di dalam hidung, udara disedut masuk dan dihembus
keluar. Bulu hidung pula bertindak untuk menapis kotoran yang besar manakala bakteria dan
bahan-bahan yang halus diperangkap oleh bendalir yang dikenali sebagai mukus. Namun
demikian, fungsi hidung yang utama adalah untuk melembapkan udara yang masuk ke
paru-paru.
Justeru, hidung perlulah sentiasa dijaga. Jika tidak, pelbagai masalah yang berkaitan
dengan hidung akan timbul. Antara masalah yang sering berlaku termasuklah selesema,
pendarahan hidung dan resdung.
Selesema kebiasaannya berpunca daripada jangkitan kuman pada rongga hidung.
Pendarahan hidung pula berlaku apabila hidung kita mengalami kecederaan. Di samping
itu, menyedut udara yang terlalu sejuk atau terlalu kering juga boleh menyebabkan
berlakunya masalah ini. Seterusnya, resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk,
kutu, pijat, atau makanan tertentu.

31

Apakah fungsi utama hidung kepada manusia?


A. Membolehkan manusia menghidu dan membezakan kira-kira 4000 jenis bau.
B. Menapis dan memerangkap kotoran yang melalui saluran hidung.
C. Menjadi saluran agar udara boleh disedut masuk dan dihembus keluar.
D. Melembapkan udara yang masuk ke paru-paru.

32

Alahan terhadap makanan, habuk, kutu atau pijat merupakan punca berlakunya
masalah
A. jangkitan kuman.
B. pendarahan hidung.
C. resdung.
D. selesema.

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 8

[ SULIT ]
33

Antara berikut adalah masalah yang sering dikaitkan dengan hidung kecuali
A. selesema.
B. resdung.
C. kanser tekak.
D. pendarahan hidung.

34

Perkataan alahan dalam petikan bermaksud


A. alergi.
B. hormon.
C. radang.
D. penyakit

35

Mukus merupakan sejenis bendalir dalam hidung bertindak


A. menapis kotoran yang besar.
B. menyedut masuk dan menghembus keluar udara melalui saluran hidung.
C. melembapkan udara yang masuk ke paru-paru.
D. memerangkap bakteria dan bahan-bahan halus yang melalui saluran hidung.

Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Buah betik buah rambutan,
Banyak ditanam di tepi perigi;
Rasanya enak bila dimakan,
Banyak dijual di pekan sari.
Buah durian kulit berduri,
Berbuah pula mengikut masa;
Banyak khasiat pada diri,
Segala vitamin ada di dalamnya.
Buah pulasan buah delima,
Ditanam di ladang juga di dusun;
Enak dimakan tidak terkira,
Boleh didapati setiap tahun.
Berbudi pada tanah yang subur,
Tanah subur anugerah Tuhan;
Rakyat sihat negara makmur,
Hidup harmoni sepanjang zaman.

36

Buah-buahan banyak dijual di


A. dusun.
B. ladang.
C. pekan sari.
D. tepi sungai.

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 9

[ SULIT ]
37

Buah apakah yang berbuah mengikut musim?


A. Betik
B. Jambu
C. Delima
D. Durian

38

Frasa boleh didapati setiap tahun bermaksud


A. mudah diperoleh pada bila-bila masa.
B. sukar diperoleh apabila perlu.
C. buah-buahan senang ditanam.
D. buah-buahan mempunyai banyak khasiat.

39

Apabila rakyat hidup sihat negara akan


A. miskin.
B. makmur.
C. huru-hara.
D. kacau-bilau.

40

Apakah jenis puisi di atas?


A. Syair
B. Sajak
C. Pantun
D. Gurindam

Disediakan oleh
Disemak oleh

: Encik Ikhwari Bin Ismail


: Cik Azlinawatty Binti Daraman

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 10

[ SULIT ]

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 4/ UJIAN OGOS 2012


1.

11.

21.

31.

2.

12.

22.

32.

3.

13.

23.

33.

4.

14.

24.

34.

5.

15.

25.

35.

6.

16.

26.

36.

7.

17.

27.

37.

8.

18.

28.

38.

9.

19.

29.

39.

10.

20.

30.

40.

Ikhwari bin Ismail / Bahasa Melayu K1 / Tahun 4 / Ogos / Muka Surat 11

Anda mungkin juga menyukai