Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU

SUNGAI LONG
43000 BANDAR SUNGAI LONG, SELANGOR

KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN
SMK BBSL TAHUN 2015

Disediakan Oleh,
Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
SMK BBSL

KARNIVAL SUKAN
SMK BANDAR BARU SUNGAI LONG TAHUN 2015
1.0 PENDAHULUAN

Karnival ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang lebih meluas kepada para
pelajar. Disamping itu, pelajar mampu menonjolkan bakat masing-masing dan melepaskan beban tekanan
pelajaran supaya keseimbangan pembinaan diri pelajar dapat direalisasikan selaras denga falsafah
pendidika Negara.
2.0 RASOINAL
Karnival ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing
demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan melahirkan pelajar
yang sihat. Karnival ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang
cergas dan aktif dalam bidang sukan
3.0 MATLAMAT
Karnival Sukan SMK BBSL ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat
membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam
bidang sukan selaras dengan misi sekolah dalam memberikan pendidikan berkualiti yang menyeluruh ke
arah membentuk pelajar berilmu dan berhemah tinggi selaras dengan falsafah dan aspirasi negara.
Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam
bidang sukan selaras dengan dasar 1 murid 1 sukan yang diperkenalkan
4.0 OBJEKTIF :

Adalah diharapkan Karnival ini akan dapat :

Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid.

Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.

Guru dapat mengenal pasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan.

Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani,rohani,emosi dan
intelektual.

Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.

5.0 PELAKSANAAN :
Tarikh

: 13 November 2015 (Jumaat)

Masa

: 07.30 pagi 12.30 Tengah hari

Tempat

: Padang SMK Bandar Baru Sungai Long

6.0 KUMPULAN SASARAN :


Semua Pelajar Tingkatan 3

7.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :


Permainan yang dipertandingkan :

Bola Sepak (Lelaki)


Bola Jaring (Perempuan)

Bola Keranjang (lelaki dan Perempuan)

8.0 JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL SUKAN SMK BBSL


Penasihat

: Puan Zaitun Binti Ibrahim (Pengetua)

Pengerusi

: Puan Rahimah Binti Abd. Rahim ( Penolong Kanan )

Naib Pengerusi 1

: Puan Maheran Binti Abd. Rahman ( PK HEM )

Naib Pengerusi 2

: Puan Radin Hashimah Binti Radin Hassan (PK Kokurikulum)

Setiausaha

: En. Musa Bin Bachik

Penolong Setiausaha

: Pn. Vani Ramasamy

AJK

: Pn Nurul Ratna Binti Mazlan


( Bola Jaring)
: Pn. Sarbanun Binti Ismail
( Bola Keranjang)
: En. Amizar Bin Mahat
( Bola Sepak)

9.0 JAWATANKUASA KERJA KARNIVAL SUKAN SMK BBSL 2015


Penyelaras

: Pn. Vani Ramasamy

Pen. Penyelaras

: En. Musa Bin Bachik

Pengadil Bola Sepak

: Pelajar Kelab Bola Sepak

Pengadil Bola Jaring

: Pelajar Kelab Bola Bola Keranjang

Pengadil Bola Jaring

: Pelajar Kelab Bola Jaring

Penjaga Masa

: Pelajar KRK

Siaraya /Peralatan /Padang

: En. Azlizan Bin Alias

Keselamatan Dan Kecemasan : Pn. Lim Lai Choon


Hadiah Dan Cenderamata

: Pn. Vani Ramasamy

Minuman

: Pn. Rosilawati Binti Ahmad

Fotografi Dokumentasi

: Pn Nurul Ratna Binti Mazlan

Juruacara

: En. Amizar Bin Mahat

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL. PERKARA
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Hadiah - Bola Sepak (Medal )


Hadiah - Bola Jaring (Medal )
Hadiah - Bola Keranjang (Medal )
Cenderahati Pengadil (murid)
Air mineral dan roti murid
Hadiah penyertaan
Jumlah Besar

11.0 ATURCARA KARNIVAL

HARGA/UNIT
RM6.00 x 14 x 4
RM6.00 x 14 x 4
RM6.00 x 10 x 4
RM12 x 8
RM 2 X 250
RM 30 x 10

JUMLAH(RM)
336.00
336.00
240.00
96.00
500.00
300.00
1,808.00

Mengikut perancangan, pertandingan ini akan dijangkan diadakan selama 1 hari


13 November 2015 (Jumaat)
8.00 Pagi

: Murid berkumpul di padang Senamrobik


Taklimat Setiausaha Sukan
Peserta mengambil tempat

8.30 Pagi

: Taklimat pegawai / guru/ murid

8.45 Pagi

: Perasmian Karnival Sukan oleh Puan Pengetua

9.00 Pagi

: Perlawanan Bola Sepak dimulakan


Hijau melawan Kuning
Biru melawan Merah
Kuning melawan Biru

10.15 Pagi

: REHAT

10.30 Pagi

: Perlawanan Bola Keranjang dimulakan


Perlawanan Bola Jaring dimulakan

12.00 Tengahari: Penyampaian Hadiah


12.45 Tengahari : Bersurai

12.0 PENUTUP
Adalah dengan ini amatlah diharapkan supaya kertas cadangan bagi mengadakan Karnival Sukan ini akan
mendapat kelulusan dan juga secara tidak lansung akan mencapai misi dan visi iaitu SMK BBSL sebagai
institusi pembangunan modal insan berkualiti tinggi sepanjang zaman .

Disediakan Olah,

Disemak Oleh,

(PN.VANI RAMASAMY)
Penolong Setiausaha
SMK BBSL

(PN. RAHIMAH BINTI ABD. RAHIM)


Penolong kanan Kurikulum
SMK BBSL

DisahkanOleh
..
(PN. ZAITUN BINTI IBRAHIM)
Pengetua
SMK BBSL
,

Anda mungkin juga menyukai