Anda di halaman 1dari 6

5.

4 Perancangan Cara Menyemak Data


Bahagian ini menerangkan cara untuk mengumpul data bagi menjawab soalan kajian.
Data yang telah digunakan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain itu,
dalam bahagian ini ada juga menerangkan tentang wajaran markah bagi setiap soalan
yang dijawab oleh murid. Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang
dicadangkan, pengkaji akan membuat tinjauan masalah yang telah dikenalpasti bagi
tujuan menegesan kemahiran murid dalam aktiviti lukisan. Pengkaji juga akan
membuat rumusan faktor wujudnya ketidakaslian karya di kalangan murid tahun lima
dalam aktiviti lukisan.
Pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen kajian bagi mendapatkan data kajian
iaitu ujian diagnostik, temubual, rekod pemerhatian serta rekod pemarkahan sepanjang
penggunaan kit gaya pembelajaran gambar, bunyi dan pergerakan. Hal ini bagi
memudahkan instrumen ini untuk mengukur objektif kajian yang berbeza.
Jadual 5
Perancangan Semakan Data
Soalan Kajian
1) Apakah
dihadapi

masalah

yang

murid

dalam

Cara Pengumpulan Data


Ujian diagnostik

Analisis
Peratus & Min

Pemerhatian

menghasilkan karya lukisan?


2) Mengapakah keaslian karya
lukisan

di

kalangan

murid

tahun lima adalah terhad?


3) Bagaimanakah penggunaan kit

Ujian pra & pasca


Pemerhatian
Rekod hasil kerja
Ujian pra & pasca

gaya pembelajaran gambar,

Temubual

bunyi dan pergerakan (GBP)

Pemerhatian

berkesan

dalam

membantu

menambah nilai keaslian karya


murid?

5.4.1 Ujian

Peratus & Min

Peratus & Min

Ujian merupakan suatu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat responden sebelum, samasa mahupun selepas pengajaran. Ujian sering
digunakan untuk mendapatkan hasil bagi tujuan penialaian terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ujian dilakukan untuk memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan
berkesan. Dalam kajian tindakan yang bakal digunakan,ujian bertujuan untuk menguji
keberkesanan kaedah kit gaya pembelajaran gambar, bunyi dan pergerakan terhadap
aktiviti lukisan murid tahun lima dalam menghasilkan karya yang asli.
5.4.2 Ujian Dignostik
Ujian ini merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mengesan tahap
kelemahan dan pencapaian murid khususnya bagi bidang menggambar lukisan.
Tujuan pemerhatian ini dilakukan adalah untuk memilih responden yang digunakan
oleh pengkaji bagi tujuan pelaksanaan kajian ini
Prosedur pemilihan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
i)

Pengkaji menjalankan ujian dignostik kepada murid dengan melaksanakan


aktiviti lukisan secara secara bebas tanpa sebarang bahan bantu
rangsangan. Pengkaji akan mendapatkan rekod lepas keputusan daripada

ii)

guru mata pelajaran Dunia Seni Visual kelas tersebut.


Pengkaji akan menyemak dan mengesan kelemahan murid semasa

iii)

menghasilkan karya lukisan.


Berdasarkan gred ujian yang dinilai dan pencapaian murid semasa
perlaksanaan aktiviti lukisan pengkaji memberi penumpuan kepada mereka

iv)

yang memperoleh gred c dan ke bawah.


Pengkaji memilih empat orang responden yang paling sesuai

Secara umumnya terdapat dua ujian yang akan dijalankan iaitu ujian pra dan pasca.
Ujian pra dan pasca akan dijalankan untuk melihat peningkatan prestasi murid melalui
penggunaan kaedah kit gaya pembelajaran gambar, bunyi dan pergerakan (GBP).
Ujian pra akan diberikan sebelum pendekatan pembelajaran GBP diperkenalkan
manakala ujian pasca diberikan selepas pendekatan kaedah ini diaplikasikan kepada
kumpulan sasaran yang telah dipilih . Soalan ujian yang diberikan berupa arahan
perlaksanaan aktiviti lukisan.

Markah akan dinilai berdasarkan aplikasi teknik, olahan bahan dan media serta
kreativiti murid dalam menghasilkan karya. Aspek utama yang ditekankan juga adalah
keaslian karya. Markah murid akan dikelaskan mengikut aspek kemahiran yang dinilai.
Jadual 6
Interpretasi skor markah
Gred
A
B
C
D
E

Markah
80-100
60-79
40-59
20-39
0-19

Analisis
Cermerlang
Baik
Sederhana
Lemah
Sangat Lemah

Kelayakkan
Lulus
Lulus
Lulus
Gagal
Gagal

Dalam menginteprestasi data tersebut gred A, B dan C dikira sebagai lulus, manakala
gred D dan E adalah gagal. Ujian pasca akan diberikan kepada murid untuk
mengetahui tahap penguasaan mereka selepas kaedah gaya pembelajaran GBP
dijalankan. Selepas data dikumpul, satu jadual akan disediakan bagi membandingkan
ujian pra dan ujian pasca. markah ujian pra dan ujian pasca akan dibandingkan melalui
graf perbezaan. Jika terdapat peningkatan markah ujian pasca berbanding ujian pra
yang dilaksanakan dalam kajian ini, menunjukkan adanya keberkesanan penggunaan
kaedah gaya pembelajaran GBP dalam meningkatkan keaslian karya murid dalam
aktiviti

lukisan

dengan

berkesan.

Jesteru

kajian

penggunaan

kaedah

gaya

pembelajaran GBP adalah untuk mencari kerelevenan untuk dijadikan kajian tindakan
seterusnya dapat dijadikan suatu inovasi baru tentang cara meningkatkan keaslian
karya murid dalam aktiviti lukisan

5.4.3 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan suatu ringkasan perhubungan atau interaksi yang berlaku di


antara pengkaji dan peserta tentang tempat atau suatu peristiwa yang berkaitan
dengan kajian tindakan. Menurut Schmuck (1997) mengatakan ,
observation means of collecting qualitative data, involve carefully
watching and systematically recording what you see and hear going on in
a particular setting.
Jesteru pemerhatian pula merupakan kaedah seterusnya dalam proses pengumpulan
data. Proses ini merupakan proses berterusan yang dijalankan oleh pengkaji pada
setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya berlaku secara tidak
langsung kebiasaanya bagi memastikan data yang diperolehi bertepatan dengan
kriteria yang dikehendaki. Dalam kaedah ini, pemerhatian secara berstruktur telah
digunakan untuk memerhati, mendengar dan merekod maklumat murid berdasarkan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti dengan menggunakan
senarai semak. Setiap soalan permasalahan berkaitan dengan operasi pendaraban
akan dicatat dan disemak
5.4.4 Temubual
Pengumpulan data melalui hasil temu bual adalah berdasarkan kepada soalan-soalan
yang dikemukakan dalam temu bual separa struktur seperti yang telah pengkaji
perkatakan sebelum ini.
Kaedah kualitatif ini juga sudah tentunya akan dijalankan di kawasan sekolah
memandangkan respon ataupun peserta temu bual terdiri daripada murid-murid dan
guru subjek yang berada di kawasan sekolah.Tidak dapat dinafikan bahawa, membuat
kajian dan mengumpul data di kawasan sekolah mempunyai beberapa kebaikan.
Antaranya ialah,

sekolah merupakan tempat peserta penyelidikan berada. Maka,

keadaan ini sudah tentunya memudahkan pengkaji itu sendiri dalam mengakses
penyelidikan yang dikehendaki. Pengkaji juga dapat menemu bual beberapa orang
respon pada satu hari tanpa perlu bergerak jauh dan melibatkan pengeluaran wang
melalui kos pengangkutan dan penginapan.
Selain itu, bagi mengurangkan gangguan bunyi bising semasa menjalankan sesi temu
bual ini, pengkaji boleh memohon kebenaran untuk menggunakan Pusat Sumber
Sekolah, bilik mesyuarat,bilik darjah

atau mana-mana bilik yang sesuai untuk

menjalankan temu bual tersebut. Sesungguhnya, bilik yang bebas daripada gangguan
bunyi boleh meningkatkan konsentrasi atau tumpuan penyelidik dan peserta
penyelidikan.
Hasil temu bual yang dijalankan akan digunakan untuk menganalisis kajian yang
dijalankan dan keputusan untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah gaya
pembelajaran GBP dalam aktiviti lukisan bagi meningkatkan keaslian karya akan dilihat
sama ada berkesan ataupun tidak terhadap murid-murid tahun lima di sekolah
tersebut.
5.4.5 Triangulasi
Data-data penyelidikan tindakan pengkaji adalah lebih tertumpu kepada gambargambar, catatan nota lapangan, lembaran kerja dan transkrip temu bual yang bersifat
hujahan, pendapat dan pandangan individu. Justeru, data jenis ini diklasifikasikan
sebagai data kualitatif. Dalam hal ini, pengkaji perlu menyemak data untuk membina
keyakinan terhadap kebolehpercayaan dan kesahan data yang kumpulkan. Semakan
data dilakukan melalui kaedah triangulasi. Mathison (1988) menyatakan bahawa,
Triangulation has risen an important methodological issue in naturalistic and
qualitative approaches to evaluation in order to control bias and establishing
valid propositions because traditional scientific techniques are incompatible with
this alternate epistemology.
Denzin (1978) pula mengenal pasti empat jenis triangulasi iaitu triangulasi sumber,
triangulasi penyelidik, triangulasi teori dan triangulasi kaedah. Untuk penyelidikan
tindakan, pengkaji akan menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi sumber
dalam menyemak data yang dikumpul. Data yang dipungut mesti mempunyai
kredibiliti, maka data perlu disemak untuk menentukan sejauh manakah ianya boleh
dipercayai.
Teknik menyemak data yang akan digunakan dalam penyelidikan tindakan ialah
triangulasi kaedah dan triangulasi sumber. Triangulasi kaedah yang melibatkan kaedah
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual membolehkan maklumat dan gambaran
yang diperoleh secara menyeluruh. Ketiga-tiga kaedah ini saling melengkapi.
Penggunaan tiga kaedah yang berbeza ini telah membantu menjelaskan satu idea

daripada perspektif yang berbeza dengan jelas dan menyakinkan melalui bukti-bukti
dan hujah-hujah yang kukuh.

PEMERHATIAN

TEMU BUAL

ANALISIS DOKUMEN

Rajah 8. Triangulasi Kaedah


Bagi triangulasi sumber pula, hasil semakan lembaran kerja oleh guru pembimbing
yang sama dengan pengkaji akan menjelaskan bahawa semakan yang dilakukan tiada
bias. Konsistensi dalam semakan lembaran kerja peserta murid membuktikan data
yang dikumpulkan adalah tepat dan sah.