Anda di halaman 1dari 2

Lama mencuba? Betulkah timing anda?

Mari baca.
1. Jangka hayat sperma : purata 72 jam
2. Jangka hayat ovum : purata 24 jam
3. Satu kitaran haid : purata 28 hari
4. Hari pertama kitaran haid : hari pertama keluar haid
3. Hari Ovulasi : Hari ke 13-15 dalam kitaran haid
Tips
====
1. PRE-CONCEPTION (PERSEDIAAN)
pastikan anda dalam kondisi yang baik untuk mengandung
sekiranya baru gugur, beri ruang 3-6 bulan untuk rahim bersedia
sekiranya kandungan sebelumnya melalui C-Ser, beri ruang 2 tahun untuk rahim bersedia
dan luka sembuh sepenuhnya bagi mengelakkan komplikasi
makan supplemen folic acid sekurang-kurangnya sebulan sebelumnya
kurangkan pengambilan kafein
jangan stress
2. ANGGAR TARIKH OVULASI (TIMING)
hari pertama darah haid keluar dikira Hari Pertama kitar haid. Catat tarikh ini.
hari ovulasi kira-kira pada hari ke 13-15. Anggar tarikh ovulasi anda. Ingat, jangka hayat
ovum hanya 24 jam. Jadi kena sharp-shoot tarikh ini.
3. AMBIL CUTI (BERTENANG)
ambil cuti 3-5 hari jika anda dan pasangan hidup berPJJ. Salah seorang sahaja ambil cuti
dan duduk bersama pasangan satu lagi dalam tempoh bercuti.
waktu cuti perlulah jatuh sekitar tarikh ovulasi; jika jatuh pada hari minggu, panjangkan cuti
pada hari ke 11-16.
boleh juga ambil cuti Every Other Day (EOD) jika jarak perjalanan tidak begitu jauh (pagi
jumpa pasangan dan petang balik semula) jika tak penatlah hehe
lagi best jika dapat ambil cuti umrah 2 minggu pergi menunaikan umrah di Makkah, dan
timing flight pergi-balik pada waktu ovulasi. Boleh doa depan Kaabah.
4. HUBUNGAN INTIM
adakan hubungan intim sekurang-kurangnya setiap 72 jam (ingat, jangka hayat sperma ialah
72 jam atau kurang! Manakala jangka hayat ovum ialah 24 jam sahaja!)
sebaiknya adakan setiap hari atau setiap selang sehari
sasarkan pada tarikh-tarikh jangkaan ovulasi
contohnya jika hari ke 11-16 kitaran haid jatuh pada tarikh 11hb - 16hb, maka adakan
hubungan dalam tarikh tersebut. Lebih kerap lebih tinggi peluang.
5. BOOST-UP SPERMA BERKUALITI - untuk lelaki
jangan minum alkohol!
jangan merokok!

berat badan sihat (elakkan obesiti)


elakkan mandian rendaman air panas atau sauna
6. ELAKKAN PELINCIR JIKA BOLEH
sesetengah pelincir mungkin boleh merencat atau membunuh sperma, maka peluang
mungkin lebih rendah.
Cuba dan usaha untuk 6 bulan. Jika sudah berusaha mengikut timing yang betul namun tiada
hasil, dapatkan konsultasi doktor O&G.
Semakin meningkat usia, tahap kesuburan berkurangan dan komplikasi ketika mengandung
dan ketika bersalin semakin meningkat. Takpe. Kalau umur lebih 35 tahun, dapatkan
konsultasi O&G. Jangan putus asa. Rezeki itu Allah tentukan.
Verifikasi info oleh Dr Muhammad Izzat (Registrar O&G HKL)
Saya doakan anda yang sedang mencuba akan segera berjaya. Amiin.

Anda mungkin juga menyukai