Anda di halaman 1dari 4

Kesalahan Tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan


tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang
jawapan yang disediakan

Latihan 1
1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi.
_______________
2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang mahukan kanak-kanak
itu dihantar ke rumah kebajikan kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris
yang boleh menjaga mereka. _______________________
3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu diambil oleh Encik Baba
agar penghuni dorm itu lebih prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan
dorm mereka. __________________________
4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang
lain. ________________________
5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah di
atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka dalam
pertandingan reka cipta itu. _________________
6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej yang menarik
kepada para pelanggan-pelanggan sempena cuti sekolah. _________________
7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti
durian dan manggis._______________________
8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya
Cikgu Azizi kepada murid- muridnya. ______________________
9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang penyakit selesema
burung pihak berkuasa musnahkan.______________________________
10.Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah
terpikat kepada keindahan Pulau Tioman ketika kali pertama berkunjung ke
pulau itu. ___________________________
Kesalahan Ejaan
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan
tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat sambutan yang menggalakkan
terutama pada bulan Ramadan.

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya


dituntut menunjukkan contoh yang baik kepada orang
ramai. 3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang
musim perayaan berpunca daripada sikap peniaga yang
menangguk di air keruh. 4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu
merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan
tahunan dan acara merentas desa. 5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan
pendatang tanpa izin dapat dikurangkan demi menjaga
imej negara. 6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para
pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan antara
kaum. 7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak
semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit hati itu.
8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan
itu amat mengkagumkan para panel juri yang mengadili
acara berkenaan. 9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan
barangan tempatan ialah menghadkan pengimportan
barangan berjenama dari luar negara. 10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak
urusan pentadbiran dan pengurusan.
Menggabungkan ayat tunggal kepada ayat majmuk
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini suyaya menjadi satu ayat majmuk.
1. Mata pelajran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar
oleh sesetengah pelajar.
Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang
senang oleh sesetengah pelajar.

2. Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu.


Masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

3. Zubaidah pergi ke sekolah.


Zubaidah menjalani latihan bola jaring.
.
4. Buku cerita itu sangat tebal.
Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di
Plaza Angsana, Johor Bahru.

5. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.


Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.
.
6. Sharifah selalu ponteng sekolah.
Sharifah didenda oleh guru disiplin sekolahnya.

7. Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu.


Ibu sedang memasak rendang ayam di dapur.

8. Rohana tidak hadir ke sekolah hari ini.


Dia memberitahu rakannya.
Dia sakit perut.
.
9. Hujan sangat lebat pada hari ini.
Razali tetap pergi ke sekolah.

10. Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas.


Murid-murid itu berbual-bual dengan rakannya.

Menukarkan ayat
A. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
1. Encik Razak menghantar anak lelakinya ke sekolah
berasrama.

2. Mereka telah menyusun kerusi dan meja di dewan kuliah


umum pada pagi tadi.

3. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di


belakang rumah pada setiap bulan.

4. Ibu telah menyelimutkan adik yang kesejukan itu dengan


sehelai kain.

5. Semua murid telah menyetujui cadangan Cikgu Abdullah


itu.
.
6. Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor
itu sedang mengelaskan buku kepada beberapa kategori..
7. Saya menaiki bas Ekspres Maju untuk ke Kuala
Lumpur.
8. Pekedai itu menjual alat-alat tulis di kedainya.
.
9. Awak telah meminjam buku cerita saya pada minggu lepas.
.
10. Saya akan mengemaskan bilik adik setiap pagi, sebelum
saya pergi ke sekolah.