Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan ReUnion kali ke-2

Bissmillah hir rahman nir rahim


Assalamualikum w.b.t
Terima kasih Pengerusi Classmate ambo form 4, form 5 1982, 1983
Yang dikasihi sahabat2 bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Terengganu batch 1982, 1983.
Yang diraikan ahli keluarga sahabat2 anak-anak dan pasangan yang turut hadir.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi pada hari ini Ahad 29hb. May 2016 hari yang penuh
bermaknasekali lagi kita dapat berkumpul bersama dengan rakan-rakan zaman sekolah di
dalam Majlis Reunion SMTT8283 bagi tahun 2016.
Ada muka-muka lama yang baru yg join buat kali pertama
Saya bagi pihak urusetia majlis reunion merakamkan ribuan terima kasih di atas kehadiran dan
sokongan sahabat2 dan ahli keluarga semua. Walaupun masing-masing sibuk dengan tugas dan
tanggungjawab, barakallah kerana sanggup meluangkan masa untuk menjayakan program
reunion kita.
TEPUK TANGAN
Buat pengetahuan hadirin sekelian perjumpaan terakhir sebelum ini adalah 4 tahun lepas, iaitu
FamilyDay di Merang Beach Resort pada tahun 2012..dan yang sebelumnya adalah di Pantai
Cherating pada 2010.
Program-program reunion yang kita anjurkan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan
silaturrahim bagi sahabat-sahabat smtt8283 yang telah bersama seperti adikberadik di sek men teknik trengganu pada 1983 iaitu 33 tahun yang lalu.
Perlu ditekankan disini bahawa penganjuran majlis reunion amat bergantung kepada

sokongan dan sambutan daripada tuan-tuan dan puan-puan. Manakala kos penganjuran majlis
reunion sangat tertakluk kepada sumbangan yang diterima daripada sahabat-sahabat kita yang
dermawan. Alhamdullillah setakat kita diberikan rezeki yang mencukupi.
Kerja-kerja yang terlibat di dalam penganjuran majlis reunion seperti ini bukannya mudah.
Pengorbanan masa dari barisan ajk yang secara sukarela menawarkan diri untuk memastikan
majlis berjalan dengan lancar, happening dan terkesan
Alhamdulillah barisan AJK untuk majlis tahun ini adalah seramai 17 AJK, terdiri dari 5 AJK
lelaki dan 12 AJK perempuan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakam berbanyak

terima kasih kepada barisan AJK.. semoga pengorbanan masa dan penat lelah diangkat sebagai
amal soleh. BARAKALLAH
TEPUK TANGAN
(utk barisan ajk)
TEPUK TANGAN
Alhamdulillah majlis reunion pada tahun ini dibuat menjelang bulan puasa. Sebelum ini
kebanyakkan di buat dalam musim cuti sekolah hujung tahun.
Istimewa juga tahun ini kita meraikan Happy Birthday Jubli Emas. Dulu remaja berumur 16
sekarang dewasa 50.
Makin nyaring panggilan kubursemoga kita benar-benar sedar akan usia
Sama-sama kita pastikan fokus dan komitmen kita untuk persediaan hari akhirat. Sama-sama kita
pakat saling mendoankan untuk kita dan sahabat2 semua.
Tidak masuk syurga selagi kita tidak mengasihi saudara sesame islam sebagaimana kita
menyangi diri kita sendiri.
Kubur dah panggil
Segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri dan segala kebaikan adalah dari Allah s.w.t.
Saya menyusung sepuluh tangan ke atas segala kecacatan, kita hanya berusaha dan merancang,
sedangkan perancangan terbaik adalah daripada Allah s.w.t.
Saya sekali lagi mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan
kerjasama yang diberikan oleh barisan ajk.
Saya mohon kemaafan seandainya ucapan saya tadi terselit ungkapan yang tidak menyenangkan
atau menyinggung perasaan tanpa disedari, semuga kita semua di berikan Allah s.w.t rahmat dan
hidayahnya.
Ahlan wasahlam ya ramadhan
Sekian sahaja ucapan ringkas sayamudah2an majlis siraturahim kita ini mendapat keberkatan
dan keredhaan dariapda Allah s.w.t.
Saya sudahi ucapan ini dengan Wabilallah hi taufiq Wal hidayah, wassalamualaikum w.b.t.
Saya bagi pihak barisan jawatankuasa Persatuan Alumni memohon ampun maaf andai ada
kekurangan dari sudut jamuan dan layanan ampun maaf jua dipohon.

Di hujung tahun 1977 saya meninggalkan bumi IKBN Peretak dan balik ke kampung. Dua
minggu saya menjadi seorang anak muda yang murung. Sehinggalah suatu hari Ibu saya bertanya
kenapa jadi begitu. Sakit ke atau sebagainya?

Tuan-tuan dan puan puan, saya menjadi seorang perindu pada sebuah kebisingan dunia IKBN
waktu tu Pusat Latihan Belia Negara. Saya memaklumkan kepada Ibu bahawa saya rindukan
hilai tawa rakan-rakan yang berada di peretak.
Ketika itu dunia komunikasi hanyalah surat. Namun untuk mengirim surat sebenarnya tidak
semudah kita jangkakan kerana tidak semua rakan-rakan dapat membalas surat kita.
Acap kali saya ke Bukit Freaser saya melalui PLBN Peretak. Wajah Cikgu Majid, Cikgu Haidar,
Miss Gomes (yang kami angggap aunte ketika itu), beliau terkenal dengan bebelannya.
Masakkan asam manis tukang masak IKBN yang saya rindui.
Itu adalah senario 30 tahun dulu. Kedewasaan saya mengajar untuk mengenali apa itu hubungan
silatulrahim dalam contact agama dan sosial. Akhirnya tahun 2011 saya menyertai mesyuarat
agong penubuhan Persatuan Alumni IKBN Peretak dimana Sdra Samsudin Oli Mohamad terpilih
sebagai Presiden. Saya dapat bermalam di IKBN Peretak satu malam. Walaupun hanya satu
malam dalam sebuah bilik yang besar yakni dua kali ganda lebih besar dari bilik di PLBN
semasa saya berkursus di tahun 1977. Nostalgia saya kepada 15 orang rakan lama yang samasama mengikuti kursus senifoto tetap datang.
Saya tidak mengenali Sdra Samsudin, Noor Azmi, Husaini, Mizwan, Baharudin,Hafiz,Sdri
Janefer,Azizah, Noni dan lain-lain lagi. Namun selepas itu kami kami sering berkomunikasi di
dalam Facebook. Cadang demi cadangan diutarakan untuk memantapkan Alumni.
Akhirnya disuatu malam dalam bulan Ramadan yang mulia saya mengambil satu keputusan
untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan serta
Hari Malaysia pada 17 September 2011 bersamaan 19 Syawal 1432. Tarikh keramat ini akan
menjadi satu catatan sejarah kepada kita kerana semalam 16 September kita baru merayakan hari
Malaysia.
Saya dan barisan AJK sering mengadakan mesyuarat di dalam Facebook. Walaupun ada
waktunya tidak cukup korum, namun ianya berlangsung dalam suasana yang seolah-olah kami
berada dalam satu bilik mesyuarat.
Tuan-tuan dan puan-puan:

Majlis yang berlangsung pada hari ini tidak menjanjikan satu acara gemilang. Namun saya
mengharapkan agar ia menjadi satu batu tanda persahabatan yang murni. Jika dulu kita
berkumpul tanpa isteri dan anak-anak. Kini kita bersama dalam satu kumpulan yang membawa
erti tersendiri. Nah di sini kita kita dapat memberitahu kepada isteri dan anak-anak mahu pun
cucu bahawa kita telah memulakan langkah pertama kemercu jaya bermula di sebuah pusat
latihan dan kini institut. Dan dari sinilah ada di antara alumni yang berjaya menjadi usahawan
malahan ada yang lebih jauh menjadi tenaga professional yang berjaya.
Tuan-tuan dan puan-puan
Hari ini hari kita. Tuan-puan boleh berada di mana saja. Di kerusi empok mahupun kerusi
pelastik atau di bawah pokok yang redup untuk berjumpa rakan rakan lama dan rakan-rakan
baru. Tiada siapa yang boleh ganggu. Hubungan ini mungkin tidak berlaku lagi dalam satu masa
yang singkat. Namun jikalau ada kerjasama yang baik, majlis seperti ini akan diteruskan
diwaktu lain. Namun dalam mengeratkan silatulrahim saya yakin kerjasama dalam bentuk
menjana ekonomi, menjana ilmu baru akan diteruskan.
Persatuan Alumni hanyalah badan yang melaksanakan. Kejayaan bergantung kepada usaha ahliahlinya. Kejayaan hari ini bukan usaha saya seorang, tanpa Tuan Pengetua, Presiden, Timbalan
dan ahli-ahli jawatankuasa saya pasti usaha ini hanya tinggal angan-angan sahaja. Sekalung
penghargaan kepada tuan-tuan semua. Tidak ketinggalan kepada kakitangan IKBN Peretak.
Teristimewa kepada keluarga kami. Tanpa mereka yang memberikan sokongan kepada kita
mungkin terhalang untuk datang ke sini. Untuk tetamu, walaupun anda berfikir bahawa tidak
membantu, namun dengan kehadiran taun-tuan dan puan-puan sebenarnya telah memberikan
sumbangan besar dalam usaha murni ini.
Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Kemerdekaan, dan Salam
kesyukuran untuk Allah kerana kita berada di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Saya bagi pihak barisan jawatankuasa Persatuan Alumni memohon ampun maaf andai ada
kekurangan dari sudut jamuan dan layanan ampun maaf jua dipohon. Kepada yang akan kembali
ke kediaman masing-masing doa dipohon agar semuanya dilindungi oleh Allah
Subhanahuwattala.

Anda mungkin juga menyukai