Anda di halaman 1dari 25

Isu Guru Menjalankan

Kerjaya Sambilan
[if !supportLists]1.0

[endif]PENGENALAN ISU

Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia,


dihormati dan disanjungi. Guru merupakan seorang yang
akan dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke
akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai
etikanya tersendiri di mana guru dianggap segalagalanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan
menjadi orang yang dihormati serta disegani dalam
masyarakat. Walaubagaimanapun, profesion perguruan
abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang
diperkatakan seperti isu penyalahgunaan dadah, salah
laku seks, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit
mental dan sebagainya. Isu-isu yang diperkatakan
menjadi semakin bertambah hari demi hari yang
menampakkan keburukan serta kepincangan yang
mencalar profesion perguruan itu sendiri walaupun ianya
berpunca dari individu tertentu yang bergelar guru.
Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang
diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang besar.
Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun
menurut satu laman web (artika.com), isu adalah suatu
masalah yang dikedepankan atau diperkatakan untuk
ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga merupakan suatu
berita yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin
kebenarannya.
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin
berjaya dalam apa jua bidang haruslah mempunyai ciriciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan
nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk
etika seseorang individu tersebut. Etika ditakrifkan
sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan
dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan

kewajiban dan tanggungjawab moral (Harold Koontz &


Heinz Weihrich Pengurusan terjemahan Mohd Salmi
Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar DBP).
Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkatan
Greek ethos yang bermaksud perwatakan atau
keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995),
etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam
pula menyatakan etika adalah akhlak. Manakala dalam
konteks pekerjaan merujuk kepada tingkah laku baik
sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh
syarak.
Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan
dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan
atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral
yang baik atau buruk serta betul atau salah sebagai
panduan kepada ahli-ahli. Dalam kehidupan manusia
memerlukan satu sistem atau panduan untuk
menentukan mereka bertingkah laku. Perkara ini
mendasari perkembangan etika dalam masyarakat
tersebut.
Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan
etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik
dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garisgaris perbezaan antara kebaikan dan keburukan
seseorag. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese, etika
dikatakan sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang
melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek
niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari sudut pandangan
ahli falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang
bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang
bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan
terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan
dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku

profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional


mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional
kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi. Dalam Islam,
etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang
bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa
etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua
jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut
membawa seseorang untuk berinteraksi dengan orang
lain secara berprotokol, sempurna, berhemah dan
berkesan. Di samping itu juga, etika melihat secara
khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut
atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma
dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.
Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi
komitmen yang tinggi terhadap tugas sebagai pendidik
yang baik. Media massa banyak melaporkan pelbagai kes
dan isu seperti guru memukul murid, guru menerima
rasuah, guru pecah amanah, cikgu cabul murid dan
sebagainya yang menarik perhatian umum serta menguji
kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes seperti ini
semakin meningkat setahun demi setahun. Berdasarkan
pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan
ini, maka saya telah memilih satu artikel yang bertajuk
Guru menjalankan kegiatan penyalahgunaan dadah
sebagai kerja sambilan. Saya berpendapat bahawa isu
ini melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar
etika profesion perguruan.
Fenomena masyarakat yang bekerja sambilan merupakan
perkara asas yang jarang diperkatakan. Namun ia bukan
sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat termasuk
di kalangan guru pada hari ini. Guru-guru di Malaysia
umumnya tidak diketahui secara jelas sejauhmana
seriusnya mereka terlibat dengan aktiviti pekerjaan
sampingan. Bahkan, untuk mengetahui statistik sebenar
golongan yang bekerja sampingan, ia tidak mudah untuk

diperolehi disebabkan kebanyakan mereka yang terlibat


tidak bersedia untuk membuat pengakuan atas alasanalasan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, fenomena
ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah berdasarkan
kepada pemerhatian yang dilakukan oleh guru-guru
sendiri di sekolah masing-masing. Kerja sampingan
merupakan istilah yang membawa maksud seseorang
yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat
menambahkan pendapatannya walaupun memiliki
kerjaya utama.
Guru merupakan golongan profesional yang diberi
peranan penting sebagai agen perubahan dalam
masyarakat. Menurut Noriati et. al. (2010), guru yang
komited diperlukan untuk menyediakan program
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan
berpegang teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti
yang berkesan. Guru sebagai kakitangan sekolah pula
harus memberikan sepenuh komitmen kepada pihak
pentadbiran bagi melancarkan urusan berkaitan
pengurusan sekolah selain memberikan sokongan padu
dalam merealisasikan visi dan misi sekolah yang telah
digariskan (Abdullah Sani et. al. 2007).
Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting
dalam menentukan kejayaan perubahan sesuatu dasar
dan agen pendidikan yang dirancang. Malah ia bukan
sekadar ketika berada dalam waktu bertugas di sekolah,
malah pada bila-bila masa. Selain menjalankan tugas
pengajaran dan pembelajaran, bidang tugas guru turut
merangkumi pelbagai perkara yang berkaitan dengan
bidang pengurusan akademik termasuk penglibatan
dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan
murid, terlibat dalam mesyuarat serta menghadiri kursus
dan sebagainya (Burnham, 2011). Keadaan itu telah
memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam
dunia pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring
dengan keperluan semasa (Mohamad Najib, 2004).
Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia guru tetap

memerlukan masa yang perlu diluangkan untuk


menguruskan hal-ehwal peribadi sama seperti individu
lain (Lambert, 2003). Ini merupakan hak guru melakukan
semua perkara untuk kepentingan dirinya di luar waktu
bertugasnya di sekolah. Selain melakukan tugas peribadi,
mengurus keluarga atau terlibat dengan sebarang aktiviti
komuniti setempat, terdapat dalam kalangan guru yang
mengambil inisiatif melakukan sesuatu yang dapat
menambahkan pendapatannya dengan melakukan kerja
sambilan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang
kepada situasi ini di mana kesan-kesan yang wujud
daripadanya menjadi kayu ukur kepada tahap komitmen
guru-guru yang terlibat.
Menurut Mariatin (2009), oleh kerana kejayaan sesebuah
organisasi banyak bergantung kepada kesungguhan dan
komitmen yang diberikan oleh kakitangan maka,
seharusnya tidak ada sebarang halangan yang dapat
menyumbang kepada kegagalan guru dalam memberikan
komitmen kepada organisasinya. Ini disebabkan
komitmen semua guru diperlukan bagi memastikan
pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan jayanya
kerana guru adalah sebahagian daripada kakitangan yang
menggerakkan organisasi sekolah bagi mencapai misi dan
visi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Abdullah Sani, 2005).
Kerja sambilan merupakan istilah yang diadaptasi
daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu moonlighting
di mana perkataan ini pada asalnya diambil daripada
perkataan moonlight. Menurut kamus Oxford (2011),
kerja sambilan membawa maksud seseorang yang
mempunyai pekerjaan kedua di mana kebiasaannya
dilakukan pada waktu malam secara rahsia sebagai
tambahan daripada pekerjaan utamanya. Kemudian, Pere
(2007)
dan
Betts
(2002)
menyatakan
istilah
moonlighting ini seerti dengan istilaah second job,

part-time job, dual job, multiple job dan


seumpamanya. Kesemua ini bermaksud bahawa seseorang
yang bekerja sambilan secara separuh masa namun pada
masa yang sama mempunyai pekerjaan lain yang utama
di mana ia dilakukan secara sepenuh masa.
Idea ini selari dengan Champion (2010), Michael (2010)
dan Betts (2006) yang menyatakan moonlighting di
dalam Bahasa Melayu adalah kerja luar yang bermaksud
mempunyai dua pekerjaan atau lebih separuh masa serta
pekerjaan tambahan ini berlaku kepada seseorang yang
memiliki sesebuah kerjaya yang menjadi pekerjaan
utamanya.
Azanza (2000) pula berpendapat bahawa kerja sambilan
merupakan salah satu cara untuk memperolehi
pendapatan walaupun seseorang itu mempunyai
pekerjaan tetap. Di samping itu beliau turut menyatakan
kerja sambilan itu merangkumi seseorang yang bekerja
sendiri seperti menjadi perunding, mengajar kelas
malam, membuat pelaburan selain menjadikan hobi dan
kemahiran
yang
dimiliki
sebagai
cara
untuk
menambahkan pendapatan.
Berdasarkan kepada definisi dan konsep kerja sambilan
yang telah dihuraikan di atas, isu ini memfokuskan
kepada guru yang terbabit dengan sebarang kegiatan
atau aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan
sampingan semasa berada di dalam kawasan sekolah atau
sebaliknya pada bila-bila masa (Parham, 2006). Keadaan
ini sama ada bekerja separuh masa secara makan gaji di
tempat lain selepas waktu mengajar, menjalankan
perniagaan sendiri dengan menjual produk atau sebagai
agen jualan, penyediaan sesuatu perkhidmatan, memiliki
syarikat perusahaan sendiri atau usahasama dengan
keluarga
atau
sebarang
sumber
yang
dapat
menambahkan pendapatan mereka walaupun aktiviti
berkenaan dijalankan secara kecil-kecilan.
[if !supportLists]2.0 [endif]PERKEMBANGAN HUJAH
Isu berkenaan guru yang bekerja sambilan ini bukanlah

satu trend atau khusus di sesebuah tempat malahan di


mana-mana tempat dan organisasi akan wujud
kakitangan yang melakukan pekerjaan sampingan.
Walaupun faktor kewangan dilihat lebih dominan dalam
kalangan guru yang melakukan kerja sampingan (Livanos
& Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004), Robinson &
Wadsworth (2007) menyatakan ia bukan disebabkan
masalah kewangan atau menerima gaji yang rendah
daripada pekerjaan utama semata-mata. Sebaliknya
terdapat juga pelbagai faktor lain yang turut
menyumbang kepada seseorang itu mengambil keputusan
untuk melakukan pekerjaan sambilan yang merangkumi
faktor peribadi dan faktor kerjaya (Betts 2002).
Menurut Betts (2002), dalam laporannya menyatakan
salah satu faktor daripada pekerjaan sampingan itu
dilakukan adalah kerana faktor peribadi. Pandangan ini
juga turut diselari dengan para pengkaji yang lain di
mana kerjaya sampingan yang dilakukan itu tidak
berkaitan dengan faktor kewangan dan tidak dipengaruhi
oleh unsur lain selain atas kehendak diri sendiri sematamata. Kebanyakan mereka yang bekerja sambilan juga
didapati sangat menyukai untuk melakukannya tanpa
terikat dengan faktor kewangan (Hipple, 2010).
Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat
seseorang yang menjalankan kerja sampingan adalah
disebabkan oleh faktor peribadi iaitu untuk memenuhi
minat serta mengisi masa lapang di luar waktu bertugas
mereka. Bahkan wujud dalam kalangan mereka untuk
memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya di mana ia
tidak diperolehi daripada pekerjaan utamanya (Dickey
et. al. 2011, Panos et. al. 2011) dengan melakukan
sesuatu pekerjaan lain yang diminati.
Winters (2010) dalam kajiannya mendedahkan, walaupun
seseorang itu melakukan pekerjaan sampingan tetapi ia
bukan atas alasan kewangan walaupun memperolehi
pendapatan kecil daripada kerjaya utamanya seperti
mana yang dijelaskan oleh Hipple (2010). Malahan kajian

ke atas guru menunjukkan majoriti daripada mereka yang


terlibat mengakui mereka tetap akan melakukan
pekerjaan sampingan walaupun tangga gaji mereka
sebagai guru dinaikkan (Pearson et. al. 2001). Keadaan
ini menunjukkan mereka sememangnya menyukai dan
gembira dengan kerja sampingan yang dilakukan (Renna
& Oaxaca 2009) walaupun terpaksa mengorbankan masa
lapang di luar waktu bekerja.
Selain itu, seseorang yang menjalankan pekerjaan lain
selepas waktu bertugas adalah bagi meningkatkan bakat
dan kemahiran yang dimiliki serta mempunyai minat
mendalam terhadap aktiviti sampingan yang dilakukan.
Hipple (2010) berpendapat pekerjaan sampingan yang
dilakukan seseorang adalah sebagai cara untuk membina
kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yang
berbeza daripada pekerjaan utama sedia ada yang
dimiliki (Dickey et. al. 2011, Renna & Oaxaca 2009).
Terdapat juga dalam kalangan individu yang melakukan
kerja sampingan bagi membina rangkain hubungan sosial
dengan rakan baru (Betts 2002). Salah satu tujuannya
adalah untuk mengenali seseorang yang dapat
membantunya mencapai sesuatu yang diingini seperti
peluang pekerjaan baharu (Pere 2007). Kesemua alasanalasan berbentuk peribadi ini memperlihatkan mereka
melakukan kerja sampingan adalah atas dasar sukarela
dan merasa bahagia melakukannya (Hipple 2010, Averett
2001) walaupun menyedari pelbagai kesan yang akan
dihadapi daripada tindakan melakukan pekerjaan
sampingan.
Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa faktor
ekonomi atau kewangan merupakan penyebab utama
kepada seseorang itu melakukan kerja sampingan (Dickey
et. al. 2009) termasuklah dari kalangan guru. Walaupun
mempunyai pendapatan daripada pekerjaan utama
sebagai guru secara sepenuh masa, terdapat juga di
kalangan mereka yang melakukan pekerjaan sambilan
bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

Hipple (2010) berpendapat bahawa mereka yang memiliki


kerjaya lain yang mendatangkan pendapatan adalah
berpunca daripada faktor kewangan sebagai sebab
utama. Beliau turut menyebut keadaan ini adalah
disebabkan mereka mempunyai beban tanggungan hutang
atau pinjaman yang perlu dijelaskan sama seperti mana
yang dilaporkan oleh Verma (2008) dan Averett (2001).
Laporan daripada Parham (2006) juga menyebutkan
faktor penyebab guru menjalankan kerja sambilan adalah
kerana masalah kewangan dan ianya sukar untuk
dihentikan setelah terlibat dengan aktiviti bekerja
sambilan walaupun mengetahui terdapat kesan di
sebaliknya.
Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang
lebih baik dengan memperolehi pendapatan tambahan
telah menyebabkan ramai yang mengambil keputusan
untuk bekerja sampingan. Kenyataan ini selari dengan
Hyder & Ahmed (2009), Guanglia & Kim (2004), Kimmel &
Conway (2002) dan Partridge (2002) yang mengemukakan
alasan gaji atau pendapatan yang kecil daripada kerjaya
utama menjadi punca kepada seseorang itu melakukan
pekerjaan sampingan.
Terdapat kajian yang menunjukkan individu menjalankan
kerja sambilan adalah disebabkan faktor kerjaya.
Keadaan ini bermaksud seseorang itu menjalankan kerja
sampingan atas tuntutan yang berhubung dengan kerjaya
mereka sendiri (Dickey et. al. 2009), untuk menimba
pengalaman baharu (Dickey et. al. 2011), memperolehi
pengetahuan bagi memperkukuhkan kerjaya pada masa
depan dan sebagai satu cara bagi meninggalkan kerjaya
perguruan (Henderson 2000) atas pelbagai asalan.
Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh
guru-guru pada masa kini. Ada antara mereka yang
mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjadi penceramah
dalam sebarang khusus atau seminar, berniaga di pasarpasar malam, MLM, memandu teksi malah ada antara
mereka yang mungkin turut terlibat dengan pekerjaan

jenayah yang menyalahi undang-undang negara. Jesteru,


fenomena guru menjalankan kerja sambilan telah
mendapat perhatian daripada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi mengatasi masalah
tersebut, pihak kementerian telah mengeluarkan Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai
penglibatan pegawai dan kakitangan di bawah dalam
Pekerjaan Luar. Menerusi surat tersebut, Ketua Jabatan
telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat
pemantauan terhadap mereka yang berkenaan.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan
yang telah diterima dan dibangkitkan sama ada di media
cetak mahupun elektronik mengenai salah laku pegawai
yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun tenaga
pengajar sambilan sama ada mereka telah diberi
kebenaran atau tidak telah didapati tidak mengutamakan
tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang
malahan ada yang mengambil kesempatan menjadikan
institusi pendidikan sebagai platform atau medan
perniagaan dalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar
yang berunsur kepentingan peribadi.
Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang
melakukan pekerjaan luar atau kerja sampingan yang
mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan
sama ada dalam bentuk upah atau keuntungan. Namun
demikian, atas keprihatinan kementerian terhadap
keperluan para murid dalam mendalami ilmu dan
menguasai pembelajaran tambahan, pihak kementerian
telah membenarkan para pendidik untuk membimbing
murid melalui kelas persendirian di mana-mana institusi
pendidikan swasta dengan syarat aktiviti yang dijalankan
tidak bertentangan dengan kepentingan dirinya sebagai
penjawat awam.
Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan
dalaman bagi memastikan aktiviti tersebut selaras
dengan kehendak Peraturan 5, Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tujuan

Surat Pekeliling Perkhidmatan itu dikeluarkan adalah


untuk memberi garis panduan yang terperinci mengenai
pengendalian dan syarat-syarat khusus kepada pekerjaan
luar sebagai guru tuisyen atau tenaga sambilan bagi
anggota Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, kerja sampingan boleh dilakukan
oleh guru tetapi pertimbangan yang sewajarnya haruslah
diberikan supaya kerja sampingan tersebut tidak
mengganggu tugas hakiki guru di sekolah. Setiap guru
harus secara bertanggungjawab terhadap tugas sebenar
di sekolah dan menjadikan kerja sampingan benar-benar
sebagai sampingan. Guru sebaliknya tidak boleh sama
sekali menjadikan tugas hakiki di sekolah sebagai kerja
sampingan.
Namun demikian, kebenaran ini juga telah disalah
ertikan oleh guru dengan melakukan pekerjaan jenayah
sebagai kerja sampingan yang menyalahi undang-undang.
Merujuk kepada laporan berita-berita semasa yang
disiarkan melalui media massa, terdapat pelbagai isu
yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar
etika profesion perguruan sekarang ini. Antara salah satu
isu hangat yang telah menimbulkan permasalahan serta
memberi kesan terhadap profesion keguruan ialah yang
dipetik dari artikel melalui sumber laman web rasmi,
Guru Sains disyaki edar dadah akan digantung kerja
(Berita Harian Online: 21 Februari 2010).
Merujuk kepada laporan akhbar dalam Berita Harian
Online melaporkan: Guru Sains Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat yang
ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayai mengedar
dadah bakal berdepan tindakan digantung kerja,
dipindahkan atau dibayar separuh gaji. Guru sains
tersebut dipercayai mengedar dadah secara sambilan
kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan bergaya.
Menurut sumber, guru berusia 31 tahun itu baru saja
berjinak-jinak dalam pengedaran dadah kira-kira dua
bulan lalu dengan menggunakan kereta Proton Savvy

miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila


menerima tempahan dan ditahan kira-kira jam 10
malam dalam satu sekatan jalan raya di sekitar daerah
Batu Pahat.
Sumber itu berkata, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom menyatakan tindakan pentadbiran
serta merta yang dikenakan kepada guru terbabit
membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah
bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang cuba
mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini.
Menurut beliau juga, pihaknya memandang serius
kejadian seumpama itu dan tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak
yang cuba mencemarkan profesion perguruan yang
selama ini dipandang tinggi di kalangan masyarakat.
Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal
itu jelas menunjukkan bahawa guru tersebut secara
terang melanggar etika profesion perguruan dan kod
etika perguruan di Malaysia yang menyatakan bahawa
guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu
menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru kepada
pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan
negara.
Namun
dalam
kes
ini
guru
telah
membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan
peribadi. Dengan ini jelas menunjukkan sikap tidak
profesional guru tersebut yang tidak berfikir dengan
wajar tentang impak negatif yang akan dihadapi sebelum
melakukan pekerjaan sambilan tersebut yang jelas
menjejaskan masa depannya serta memburukkan nama
baik profesion perguruan yang sepatutnya disanjung
tinggi. Jesteru itu, guru berkenaan akan dikenakan
tindakan tatatertib mengikut peraturan tatakelakuan
yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak
Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung
kerja kerana guru tersebut telah disabitkan melakukan
kegiatan jenayah dalam penyalahgunaan dadah secara

kerja sambilan.
Malahan, baru-baru ini sudah terdapat isu berkenaan
guru melanggar etika profesion perguruan iaitu bekerja
sambilan telah dilaporkan menerusi Berita Harian Online:
4 Januari 2010 Guru abai tanggungjawab calar imej
profesion perguruan. Menurut sumber, beberapa
persatuan guru mengakui wujud kes terpencil guru lebih
mengutamakan kerja luar berbanding tugas hakiki
mereka di sekolah kerana mengejar pendapatan yang
lumayan. Dalam laporan tersebut, Setiausaha Agung
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim
Pheng, berkata tindakan segelintir guru yang lebih rajin
mencari pendapatan tambahan itu umpama nila setitik
rosak susu sebelanga. Maka, keadaan ini akan
memperlihatkan kesan negatif terhadap bidang profesion
perguruan dimana tindakan guru berkenaan boleh
mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan
guru adalah komited menjalankan tanggungjawab
mereka masing-masing.
Tambahan lagi, isu guru melakukan penyalahgunaan
dadah secara sambilan ini menjadi semakin hangat
apabila timbul pula laporan akhbar yang ditulis oleh M
Hifzuddin Ihksan dalam Berita Harian Online melaporkan
BETONG: Kegiatan seorang guru dari Semenanjung
menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah
sekolah menengah di sini terbongkar apabila polis
menahannya bersama 1,862 pil nospan di sini petang
semalam. Ketua Polis Daerah Betong, Deputi
Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek yang
bertugas di sebuah sekolah di Beladin dipercayai
menjadi pengedar dadah kepada pelajar sekolah sekitar
kawasan berkenaan. Suspek menjalankan kegiatan
mengedar dadah di Beladin sejak tahun lalu dan
mempunyai rangkaian pelajar yang dijadikan orang
tengah.
Guru

yang

disebutkan

di

atas

sememangnya

mementingkan kehendak dan kepuasan diri tanpa


memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya
dimiliki oleh seorang pendidik. Selain menggelapkan
masa depannya sendiri, tindakan di luar kewarasannya
itu turut memusnahkan masa depan pelajarnya ke arah
melahirkan generasi pengedar dadah yang sepatutnya di
jaga dan dilindungi olehnya sekaligus memburukkan
nama atau mencemarkan nama profesion perguruan.
Malah keadaan ini bukan sahaja mencemarkan imej
perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti dan
kepercayaan masyarakat setempat terhadap peranan
guru sebagai pendidik.
Profesion perguruan merupakan sebuah profesion yang
sangat mulia dan dipandang tinggi oleh semua golongan
lapisan
masyarakat.
Dengan
kesalahan-kesalahan
segelintir guru yang melanggar etika perguruan
sesungguhnya telah mencemarkan kemuliaan profesion
itu. Kegagalan sahsiah guru itu adalah kegagalannya
secara individu, namun mungkinkah ianya adalah
kegagalan pihak lain yang menyumbang kepada
kesalahan dan pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri.
Jika kesalahan yang dilakukannya adalah disebabkan
faktor kewangan yang mendesak guru tersebut
melakukan kerja sambilan dengan mengedar dadah untuk
mendapatkan pendapatan yang lumayan, perkara ini
hendaklah dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu
supaya dapat memantau dan mengambil tindakan tegas
terhadap guru yang lebih mengutamakan kerja luar untuk
kepentingan diri sendiri.
Mungkinkah perkara ini tidak berlaku jika guru berkenaan
dapat mengawal kemahuan peribadi yang menginginkan
kehidupan mewah dan bergaya tanpa memikirkan
keperluan utama atau dengan tujuan memenuhi
kepuasan mereka dalam bekerjaya. Jesteru itu, sebagai
seorang guru yang berprofesional harus bijak dalam
menguruskan bidang kerjaya dan peribadi dari segi
kewangan
serta
kecenderungan
minat
kerana

kebijaksanaan dalam pengurusan ini akan memberi kesan


kepada kejayaan pengajaran guru di dalam kelas. Maka,
guru perlu mengenalpasti dan merancang setiap
keperluan dan kemahuan dalam kehidupan mereka bagi
menjamin kejayaan dan kualiti hidup sebagai pendidik.
Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kegagalan
individu itu sendiri, namun jika diteliti dan diperhalusi
terdapat beberapa faktor lain yang turut menyumbang
kepada berlakunya gejala sosial seperti melakukan
kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai pekerjaan
sambilan semata-mata untuk mengejar kemewahan
hidup. Tanpa pegangan agama yang kuat, kewarasan akal
kadang kala tidak dapat menyekat kehendak naluri
individu itu untuk terus cenderung melakukan kesalahan.
Jika menurut teori Maslow (1968), kegagalan manusia
mendapatkan sesuatu keperluan yang utama boleh
menyumbang kepada seseorang cenderung melakukan
kesalahan demi mengisi keperluan yang dihajatinya.
Manakala, teori ini juga turut bertepatan dengan teori
Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Frued (18561939) melihat manusia dilahirkan dengan sifat semula
jadi dan tingkah lakunya lebih kepada naluri kehaiwanan
yang hanya dapat dibendung dengan pengalamanpengalaman dalam masyarakat dan sosialisasi. Sekiranya
pengalaman ini tiada atau kurang, maka ia cenderung ke
arah merosakkan peraturan-peraturan dalam sesebuah
masyarakat.
Fenomena bekerja sambilan bukanlah sesuatu yang baru
wujud dalam kalangan masyarakat malah dalam kalangan
guru yang bekerjaya pun situasi ini tidak terkecuali.
Faktor kewangan bukanlah satu-satunya punca yang
menyumbang kepada penglibatan guru di dalam aktiviti
bekerja sambilan dengan melakukan kegiatan jenayah
dalam kalangan guru bahkan berkait rapat dengan faktor
peribadi dan kerjaya mereka. Walaupun seseorang yang
melakukan kerja sampingan tersebut atas kemahuan

sendiri yang menginginkan hidupan yang mewah serta


pendapatan yang lumayan, namun secara tidak langsung
keputusan yang dibuat itu bukan sahaja memberi kesan
kepada diri sendiri tetapi juga melibatkan organisasi di
tempat kerja (Betts, 2002).

[if !supportLists]3.0

[endif]IMPLIKASI HUJAH

Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah


semestinya akan memberi implikasi secara langsung atau
tidak langsung terhadap diri guru itu sendiri, pelajar,
sekolah, masyarakat dan juga negara. Pembangunan
sahsiah seseorang guru sebenarnya terbentuk sejak kecil
lagi bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan
suasana di dalam rumah tempatnya membesar. Peranan
keluarga sangat penting sebagai memainkan peranan
utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah
hanyalah program sokongan peneguhan dan pengayaan
peribadi seseorang. Pembangunan guru juga bermula dari
pembangunan individu dan ia dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti baka dan persekitaran.
Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu
perkembangan dan pembangunan sahsiah ke arah lebih
positif. Jika terdapat guru yang mempunyai sahsiah
buruk dan menimbulkan isu yang negatif, pembangunan
sahsiah di kalangan guru seolah-olah tidak berjaya dan ia
sesuatu yang membimbangkan memandangkan guru
merupakan golongan yang menjadi harapan untuk
membangunkan bangsa dan negara.
Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang
ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan atau
perlakuannya. Tindakan yang dipilih dapat dilihat sebagai
tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang
merupakan tindakan yang sejajar dengan jangkaan
masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran

Malaysia.
Berita-berita
membanggakan
yang
melambangkan sahsiah positif seorang guru seperti guru
bertindak berani menyelamatkan anak muridnya serta
ketabahan guru menghadapi dugaan dan cabaran untuk
mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang
membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan.
Namun tindakan negatif yang tidak melambangkan
sahsiah guru seperti isu guru edar pil khayal kena tahan
dan guru abai tanggungjawab calar imej profesion
perguruan turut menjadi fokus perbincangan utama
media massa dan para penyelidik.
Isu-isu yang positif mahupun negatif sebegini telah
memberi impak yang besar terhadap profesion
perguruan. Isu positif akan meningkatkan semangat dan
motivasi para guru, meningkatkan kepercayaan
masyarakat serta turut mengharumkan persada
pendidikan. Walaubagaimanapun, kewujudan isu negatif
telah mula menjadikan kebanggaan kita terhadap
profesion perguruan kini semakin pudar. Malah, pihak
media, penyelidik bahkan masyarakat telah memberikan
tekanan dan desakan yang hebat terhadap pihak warga
pendidik, sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia
khasnya.
Isu guru mengedar dadah secara kerja sambilan adalah
antara isu yang melanggar etika perguruan dan ianya
semakin hangat diperkatakan. Ia boleh meninggalkan
kesan yang bukan sedikit terhadap pembangunan sahsiah
individu itu sendiri dan terhadap pembangunan sahsiah
golongan guru yang lain. Kesan tindakan itu turut
memberi impak terhadap pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung termasuklah pihak sekolah,
Jabatan Pendidikan serta Kementerian Pelajaran
Malaysia. Malahan tindakan guru mengedar dadah
menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang tengah
akan turut mendatangkan impak kepada pelajar dan
keluarga pelajar tersebut.

Guru berkenaan telah melakukan satu kesalahan jenayah


menyalahgunakan dadah yang menunjukkan kelakuannya
yang dilarang dengan cara yang boleh memburukkan atau
mencemarkan nama baik perkhidmatan profesion
perguruan. Kesalahan guru berkenaan akan dikenakan
tindakan tatatertib Peraturan 7 mengikut peraturan
tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana
Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman
gantung kerja. Malah, berdasarkan laporan akhbar
tersebut menyatakan bahawa guru dipercayai mengedar
dadah secara kerja sambilan kerana mahu menjalani
kehidupan mewah. Jesteru itu, kes ini menunjukkan guru
tersebut melanggar peraturan tatakelakuan dan
tatatertib iaitu Peraturan 4(2), di mana guru berkenaan
membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan
peribadinya. Jika disabitkan kesalahaan tindakan
tatatertib akan dikenakan di mana ia bergantung kepada
jenis pelanggaran tatakelakuan seperti tindakan amaran,
denda atau lucut hak emolumen, tangguh pergerakan
gaji, turun gaji, turun pangkat dan penggantungan kerja.
Guru yang telah melakukan kesalahan jenayah seperti
mengedar dadah secara sambilan ini telah menampakkan
sahsiahnya yang sangat rendah dan martabatnya sebagai
guru dikesali kerana seorang guru tidak sepatutnya
memiliki sahsiah sedemikian, bahkan guru antara
golongan terpelajar dan berilmu. Sepatutnya, guru
memainkan peranan cuba membimbing generasi muda
mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan bukannya
guru sendiri bertindak membekalkan dadah tersebut
kepada pihak lain. Pembangunan sahsiah guru terbabit
akan dikategorikan sahsiah yang negatif walaupun dia
seorang guru yang berkaliber dan berjasa. Moralnya akan
menjadi persoalan dan diperkatakan oleh setiap lapisan
masyarakat serta mendapat cemuhan. Segala kebaikan
dan bakti yang dicurahkan selama ini akan hilang begitu
sahaja. Malahan, kes pengedaran dadah ini juga

merupakan satu kegiatan jenayah yang boleh membawa


hukuman mati dan penjara jika disabitkan kesalahan.
Jika dia dijatuhkan hukuman, alangkah rendahnya
martabat seorang pendidik yang terpaksa menghabiskan
masa bersama-sama pesalah lain yang rata-rata bukanlah
dari golongan cendikiawan sepertinya.
Sekiranya guru berkenaan sudah selesai menjalani
hukuman atau berjaya membayar denda yang dikenakan,
isu ini pasti tidak akan berhenti begitu sahaja. Isu dan
sashsiah guru ini akan tetap menjadi tajuk bualan dan
dia akan dipandang serong oleh orang lain. Di sekolah,
guru ini tidak lagi dihormati malah mungkin akan ditakuti
oleh pelajar. Rakan sekerja juga berkemungkinan akan
mempertikaikan tugasnya mendidik pelajar dan jika dia
sudah insaf, guru ini masih terpaksa menerima balasan di
dunia mahupun di akhirat di atas perbuatannya sekiranya
ia masih diragui serta tidak diberi kepercayaan. Malahan
guru-guru dari sekolah lain juga akan menjadikannya
sebagai bualan atau akan menjadikannya sebagai
sempadan dan ingatan terhadap perkara yang sudah
terjadi. Masyarakat sekeliling pula akan turut
menjadikan perkara sebegini adalah lumrah di dalam
masyarakat kita dan melabelkan guru tersebut sebagai
penjenayah yang boleh membunuh generasi bangsa.
Kesan daripada itu, sahsiah guru yang akan dibina selepas
itu akan menjadi lebih sukar dan dan memerlukan
banyak kesabaran untuk melaluinya. Ia perlulah tabah
menghadapinya kerana tindakan yang dilakukan akan
meninggalkan kesan mendalam dan sepanjang hayat.
Selain itu, kesan buruk seorang guru sebagaimana
tertuduh melakukan kes berkenaan bukan sahaja
memburukkan imejnya sebagai guru secara peribadinya,
malah tempiasnya turut dirasai oleh semua guru. Ia
seolah-olah menunjukkan keperibadian guru yang gagal
mencerminkan
seorang
guru
yang
sebenarnya
sebagaimana yang diaspirasikan oleh Negara. Melalui kod
etika guru yang diperkenalkan, guru bertanggungjawab

terhadap rakan sekerja. Namun, perbuatan jenayah ini


diibaratkan telah mengkhianati rakan sekerja lain yang
turut menanggung malu akibat daripada perbuatan rakan
mereka yang bergelar seorang guru.
Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan
mengedar
dadah
secara
kerja
sambilan
yang
dilakukannya menyebabkan masyarakat menilai sahsiah
guru secara umum bahawa guru-guru sekarang sudah
tidak bersahsiah. Adakah benar bahawa guru-guru
sekarang menjadi guru bukan atas dasar minat dan
tanggungjawab, tetapi disebabkan mahu mendapat
sesuatu pekerjaan demi menjamin ekonominya? Adakah
gaji pekerjaan seorang guru tidak mencukupi di sebabkan
desakan kewangan, tekanan hidup dan desakan nafsu
kemahuan mengejar pendapatan tambahan yang lumayan
serta menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa
mempunyai rasa bersyukur di atas rezeki yang diperolehi
sehingga sanggup melakukan kegiatan mengedar dadah
sebagai kerja sambilan? Guru-guru ini tidak menghayati
sepenuhnya
akan
tanggungjawab,
maksud
yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan kod
etika perguruan kerana jawatannya dianggap sebagai
sandaran untuknya mendapatkan sumber ekonomi, bukan
atas dasar tanggungjawab.
Isu guru menjalankan kegiatan mengedar dadah sebagai
kerja sambilan yang menyalahi undang-undang negara ini
biasanya ia dilakukan tanpa mengira masa sama ada
setelah tamat waktu kerja rasmi atau dilakukan pada
waktu malam dan masa terluang. Setelah penat bekerja
di sekolah sepanjang hari, guru menyambung kerja
mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut.
Keadaan ini sudah pasti memerlukan tenaga kerja yang
maksimum dan akhirnya guru berkenaan yang akan
menerima kesanya. Mereka pasti akan keletihan dan
pergi ke sekolah pada keesokan harinya dalam keadaan
yang lesu dan tidak bermaya atau pergi ke sekolah sibuk
melakukan pekerjaan sampingan. Akhirnya segala

perancangan pengajaran dan pembelajaran tidak dibuat


dan tugas mengajar dilaksanakan secara ala kadar
sahaja, sekadar melepaskan batuk di tangga. Guru
seharusnya menjadikan tugas di sekolah sebagai tugas
utama, kerja luar hanya sampingan sahaja. Namun, agak
malang kerana perkara yang terjadi adalah di sebaliknya.
Kerja luar sudah menjadi kerja utama, sebaliknya tugas
mengajar pula yang menjadi kerja sampingan mereka.
Keadaan ini amatlah menyedihkan dan sekiranya ia tidak
diatasi para murid akan turut menjadi mangsa tindakan
segelintir guru berkenaan.
Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi
kesan tumpuan terhadap kerjaya utamanya sebagai
pendidik. Guru berkenaan akan dilihat kurang
memberikan komitmen terhadap tugas seterusnya
organisasi mereka iaitu sekolah. Keadaan ini akan
menyumbang kepada pelbagai masalah lain yang
berhubungkait
dengan
bidang
tugas
yang
dipertanggungjawabkan ke atasnya. Selain itu, kurangnya
komitmen terhadap kerjayanya telah menyebabkaan
prestasi menjadi merosot disebabkan hilang daya
tumpuan semasa melakukan tugas. Hyder & Ahmed
(2009) menyatakan individu yang menjalankan pekerjaan
sampingan memperuntukkan masa selepas waktu bekerja
utamanya hingga menjejaskan produktiviti dan prestasi
mereka sendiri.
Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang
menyatakan mereka yang bekerja sambilan ini
mengalami masalah kekurangan tenaga dan kurang daya
keupayaan sehingga menjejaskan tumpuan untuk
menjalankan tugas. Ini kerana guru terbabit biasanya
menjalankan kegiatan tersebut pada waktu malam dan
memerlukan tenaga untuk menjalankan pekerjaannya.
Maka, keadaan ini juga akan menyebabkan tahap
poduktiviti berkurangan yang dilihat sebagai satu liabiliti
kepada pihak sekolah.
Kesan yang wujud hasil daripada perbuatan guru tersebut

yang melakukan pekerjaan sambilan dengan mengedar


dadah adalah berhubung dengan komitmen mereka
terhadap sekolah sebagai guru dan kakitangan perlu
dinilai adakah ia menjejaskan komitmennya sebagai guru
di
sekolah
terhadap
proses
pengajaran
dan
pembelajaran, organisasi dan juga profesion. Ini
disebabkan kerjaya perguruan memerlukan komitmen
yang tinggi memandangkan guru merupakan agen yang
membawa kepada perubahan bagi sesebuah negara
melalui sistem pendidikan yang bersifat dinamik.
[if !supportLists]4.0 [endif]CADANGAN/RUMUSAN
Berdasarkan kepada huraian yang dijelaskan berkenaan
isu guru melakukan kegiatan penyalahgunaan dadah
sebagai kerja sambilan, saya mencadangkan bahawa
setiap guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan
dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid.
Pembentukan sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan
sikap yang elok, bersabar, bermurah hati, sentiasa
bersifat tenang dan mampu menguruskan kehidupan
serta kewangan dengan lebih berkesan. Kebanyakan
kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada
latihan yang diikutinya semasa menjalani kursus di
institusi perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman
terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanakkanak serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan.
Selain daripada menjalankan tugas di dalam bilik darjah,
guru juga perlu sedar akan peranan lain yang diharapkan
oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan menjadi
pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing
di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor,
pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang baik dan
seterusnya menjadi contoh sahsiah yang terpuji kepada
masyarakat. Sebagai seorang guru perlu membimbing
generasi muda kini tentang keburukan penyalahgunaan
dadah dan bukannya dia sendiri yang bertindak
mengherat pelajarnya ke kancah dadah yang menjadi
musuh pembunuh utama negara.

Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti


kursus-kursus dan seminar motivasi pendidikan yang
dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengenai
etika profesion perguruan. Sebagai contoh, guru boleh
mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus
Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus
pendidikan ini penting bagi seseorang guru untuk
mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam
profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks
selari dengan era globalisasi kini. Oleh kerana sistem
pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk menyokong
usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan
dharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada
budaya yang berasakan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul
Hamid, 1998) demi meletakkan nama negara setanding
dengan negara maju yang lain.
Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan
supaya
pihak
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
mempelbagaikan aktiviti dan program kepada bakal
pendidik semasa menjalani kursus latihan di institusi
perguruan lagi. Contohnya, mengadakan bengkel,
ceremah, seminar, pertandingan, aktiviti sukan dan
sebagainya. Di dalam program ini guru-guru pelatih akan
didedahkan dengan konsep sebenar berkenaan kod etika
dan akauntabiliti keguruan. Penyediaan program dan
aktiviti seperti ini akan melahirkan pendidik negara
bangsa yang beretika dan mempunyai sahsiah yang
tinggi.
Di samping itu, berkenaan isu kegiatan guru mengedar
dadah secara kerja sambilan dengan menggunakan
rangkaian pelajar sebagai orang tengah perlu dipandang
serius oleh pihak berkaitan terutamanya pihak sekolah,
pihak berkuasa dan juga Kementerian Pelajaran. Saya
mencadangkan agar guru terbabit dikenakan hukuman
yang berat seperti buang kerja dan tidak dibenarkan
untuk memohon sebarang pekerjaan di bawah

perkhidmatan awam kerana tindakan yang dilakukan


merupakan satu kegiatan jenayah yang bukan sahaja
mencemarkan imej profesion perguruan malah dadah
adalah merupakan musuh utama negara. Pandangan saya
ini adalah selari dengan pendapat Ketua Pengarah
Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, yang
menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang
dikenakan
kepada
guru
terbabit
membuktikan
Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur
kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej
profesion perguruan di negara ini. Maka, saya sangat
bersetuju dengan pendapat beliau bahawa peraturan dan
hukuman sedia ada yang telah ditetapkan perlu
dilaksanakan dengan tindakan yang tegas.
Seterusnya, sebagai guru terlatih kelak seharusnya
menunjukkan penampilan diri sebagai pendidik dengan
mempunyai pelbagai ilmu tradisional dan moden. Guru
juga perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan
aspirasi pendidikan negara dengan jelas dan mantap.
Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika
cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan
etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial
merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej,
gerak-geri yang elok mengikut kesesuaian semasa
berinteraksi dan pergaulan sehariannya. Guru haruslah
berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan
dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial
yang disenangi.
Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa
mendapat perhatian walau di mana mereka berada.
Segala tindak tanduknya sering diperhatikan oleh
masyarakat sekeliling. Keadaan ini menjadi satu
kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri
dan menunjukkan contoh akhlak yang baik bagi
memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana
guru ibarat idola dalam masyarakat, maka guru perlu
berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-

nilai kesantunan agar dapat menyesuaikan diri dalam


sebarang keadaan yang dihadapinya.
Sebagai seorang guru iaitu pendidik generasi bangsa
perlu sentiasa mendalami diri dengan pelbagai ilmu dan
kemahiran yang dapat mengimbangi pemikiran sedar dan
bawah sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil
tidak akan menjejaskan etika profesionnya yang akan
meninggalkan impak ke atas semua pihak termasuklah
dirinya sendiri. Sememangnya banyak isu yang timbul
atau ditimbulkan melibatkan guru dilihat sebagai
melanggar etika perguruan seperti isu melakukan
kegiatan menyalahgunakan dadah sebagai pekerjaan
sambilan. Etika seorang guru yang perlu dipatuhi
melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua pihak
yang terlibat dengannya secara langsung atau tidak
langsung.
Pelanggaran
etika
perguruan
sebagai
profesionnya akan mengakibatkannya dilabel sebagi
individu gagal dan bersahsiah negatif.
Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa
setiap individu telah dilahirkan dengan sifat-sifat yang
baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai, pergaulan
banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat. Setiap isu
yang timbul melibatkan guru sebenarnya bukan
menunjukkan kegagalan guru secara keseluruhannya,
namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara
individu disebabkan kegagalannya menterjemahkan
sesuatu keburukan yang dilakukan akan meninggalkan
impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak yang lain.
Kebebasannya untuk membuat sesuatu pilihan dan
keputusan menyebabkannya gagal
menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul
lantaran wujud gangguan psikologi kawalan luaran yang
menghalangnya daripada membuat keputusan yang
terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan
moral serta akibat beberapa keperluan asasnya tidak
dapat dipenuhi dengan baik.