Anda di halaman 1dari 12

Ayat Pasif

Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai
subjek, contohnya seperti ayat di bawah ini.
Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. (Ayat aktif= pelaku sebagai
subjek)
Objek

Kerja itu sudah saya laksanakan semalam. (Ayat Pasif=objek sebagai subjek)
Subjek

Jenis-jenis Ayat Pasif


Terbahagi kepada:
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
2. Ayat pasif dengan kata ganti diri ketiga.
3. Ayat pasif berimbuhan ber...- dan ke-...-an
4. Ayat pasif berimbuhan ter-...
5. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
1. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Kata ganti nama orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata
kerja pasif berimbuhan di-. Oleh itu, kata ganti nama diri orang pertama (aku,
saya, kami, kita, patik, hamba) dan kata ganti nama orang kedua (anda, awak,
engkau, kamu, kalian) haruslah berada di hadapan kata kerja (tanpa imbuhan
di).
Contoh:
Kerja itu sudah saya laksanakan semalam () ayat pasif
Kerja itu sudah dilaksanakan oleh saya semalam. (X)
(Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. ayat aktif transitif)
Rumah itu telah kami cat bersama-sama. ()
Rumah itu telah dicat oleh kami bersama-sama. (X)
(Kami telah mengecat rumah itu bersama-sama. ayat aktif transitif)
Cerita seram itu telah kalian dengar. ()
Cerita seram itu telah didengar oleh kalian. (X)
(Kalian telah mendengar cerita seram itu. ayat aktif transitif)
Hutang itu mesti engkau jelaskan esok. ()
Hutang itu mesti dijelaskan oleh engkau esok. (X)
(Engkau mesti menjelaskan hutang itu esok.- ayat aktif transitif)

*Walau bagaimanapun, kata kerja berimbuhan ter boleh menerima


kata sendi oleh yang diikuti kata ganti nama diri pertama dan kata
ganti nama diri kedua. Contohnya seperti ayat di bawah ini.
Meja yang besar itu terangkat oleh saya. ()
Nota:
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri
kedua mesti ditulis bersebelahan dengan kata kerja pasif tanpa imbuhan
awalan di (hukum aneksi persona). Kesalahan berlaku jika kata-kata lain
seperti kata bantu (telah, perlu, sudah, akan dll.) disisipkan antara pelaku
dengan kata kerja pasif.
Contoh:
Kereta itu awak harus pandu. (X)
Kereta itu harus awak pandu. ()
Kerja itu kami sedang siapkan. (X)
Kerja itu sedang kami siapkan. ()
Tuan Pengetua saya akan temui esok. (X)
Tuan Pengetua akan saya temui esok. ()
2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga (termasuk pelaku =
kata nama khas dan kata nama am).
Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerjapasif di-
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang oleh Rahim kelmarin. ()
Motosikal itu telah Rahim tunggang kelmarin. (X)
Kerusi dan meja itu sudah disusun oleh murid kelas 3A pagi tadi. ()
Kerusi dan meja itu sudah murid kelas 3A susun pagi tadi. (X)
Bola
Bola
Bola
Bola

itu
itu
itu
itu

ditendang oleh Helmi dengan kaki kiri. ()


ditendang dengan kaki kiri oleh Helmi. ()
ditendang dengan kaki kiri Helmi. (X)
Helmi tendang dengan kaki kiri. (X)

Nota : Kata sendi oleh boleh digugurkan jika tidak menjejaskan makna.
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang Rahim kelmarin. ()
Kerusi dan meja itu disusun pengawas sekolah pagi tadi. ()
Perhatian : Jika kata sendi oleh terletak jauh daripada kata kerja, maka
oleh tidak boleh digugurkan kerana akan menjejaskan makna ayat.
Contoh:
Motosikal itu telah ditunggang kelmarin oleh Rahim. ()
Motosikal itu telah ditunggang kelmarin Rahim. (X)

3. Ayat pasif berimbuhan (ber-.., dan ke-...-an)


Contoh:
Baju Raju belum bercuci lagi (belum dicuci).
Kumisnya itu belum bercukur (belum dicukur).
Seluruh dunia kegemparan oleh serangan Amerika itu (ditimpa rasa
gempar).
Rumah Pak Abu kecurian petang semalam. (ditimpa kejadian curi)
Aminah kehujanan ketika pulang dari sekolah (ditimpa hujan)
4. Ayat pasif berimbuhan ter-...
(a)
sudah diterasing
=
sudah diasingkan
terhasil
=
sudah dihasilkan
(b)

keupayaan atau kemampuan


Novel yang tebal itu tidak terbaca oleh saya.
Batu yang besar itu tidak terangkat oleh mereka.
Gunung Ledang yang terkenal dengan legendanya terdaki oleh

kami.
(c)

Imbuhan awalan ter yang membawa maksud tidak sengaja


(juga digunakan dalam ayat aktif transitif)
terbawa
=
tidak sengaja membawa / dibawa
tersepak
=
tidak sengaja menyepak / disepak
tertembak =
tidak sengaja menembak / ditembak
Contoh ayat:
Pemburu itu tertembak rakannya sendiri (ayat aktif
transitif)
Rakannya sendiri tertembak oleh pemburu itu. (ayat pasif)
5. Ayat pasif dengan perkataan kena.
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja
dasar yang tidak menerima imbuhan awalan.
Contoh:
Anak ahli korporat itu kena culik.
Budak nakal itu kena rotan oleh bapanya.
Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
Ah Chong kena kejar oleh anjing.
6. Ayat pasif yang mempunyai DUA objek
Contoh :
(1) Upin membelikan Ipin
aktif)
(objek tepat)
(2) Upin menghadiahi Ipin
(objek tepat)

sebatang pembaris (ayat


(objek sipi)

sebuah buku (ayat aktif)


(objek sipi)

Nota: Apabila ayat di atas dipasifkan hanya objek tepat sahaja yang bertugas
sebagai subjek dalam ayat. Jika objek sipi yang dibawa ke hadapan (bertugas
sebagai subjek) ayat itu dianggap tidak gramatis.
Contoh:
(1a) Ipin dibelikan sebatang pembaris oleh Upin ()
Sebatang pembaris dibelikan kepada Ipin oleh Upin. (X)
(2a) Ipin dihadiahi sebuah buku oleh Upin. ()
Sebuah buku dihadiahi oleh Upin kepada Ipin. (X)

Ayat Aktif
1. Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang
diterangkan.
2. Dalam ayat aktif, kata kerjanya mempunyai awalan meN- dan disudahi tanpa atau dengan
-kan atau -i.
3. Ayat aktif terdiri daripada:
a. Ayat aktif transitif. Contoh ayat: Dia membeli buah durian.
b. Ayat aktif tak transitif. Ayat ini dibahagikan pula kepada dua jenis iaitu:
(i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
Contoh ayat:
Pokok itu membesar.
*Pokok itu membesar dengan cepatnya.
(ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Penyakitnya beransur sembuh.
*Penyakitnya beransur.

Ayat aktif transitif

1) Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang
mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa
komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu transitif?Mudah sahaja. Cuba tanya Apa? Selepas
kata kerja itu. Jika ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja transitif. Kata kerja
transitif mempunyai objek.

Contoh : Arif menaiki basikal. Menaiki apa? (ada jawapan)


Contoh :

Dia membeli buah durian.


subjek = Dia
kata kerja transitif = membeli
objek = buah durian

2) Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang menerima dua
objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi.
Contoh :" Puan Aisyah menghadiahkan anaknya sebuah basikal."
Puan Aisyah
menghadiahkan
anaknya
sebuah basikal

(subjek)
( kata kerja transitif )
(objek tepat )
(objek sipi).

3) Ayat aktif transitif juga boleh digugurkan objeknya.


- Objek yang boleh digugurkan itu hanya ganti nama diri orang pertama.
contoh:
"Keberaniannya sungguh menghairankan kami."
subjek = keberaniannya
kata penguat = sungguh
kata kerja transitif = menghairankan
objek yang digugurkan = kami

Ayat aktif tak transitif

1) Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambutnya.
Tips:
Bagaimanakah kita tahu kata kerja itu tak transitif? Mudah sahaja. Cuba tanya Apa?
Selepas kata kerja itu. Jika tidak ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja tak transitif.
Kata kerja tak transitiftidak mempunyai objek.

Contoh : Saya berenang. Berenang apa?(tiada jawapan)

2) Ada dua jenis ayat aktif tak transitif :


-keterangan yang boleh digugurkan
-keterangan yang tidak boleh digugurkan

(i) keterangan yang boleh digugurkan


Contoh : -Kumpulan remaja itu sedang berbual dengan rancaknya.
-Kumpulan remaja itu sedang berbual.

Mengubah Ayat Aktif menjadi Ayat Pasif

Menukar ayat aktif menjadi ayat pasif


Ayat aktif transitif ialah;
1.
2.

Ayat yang mengandungi kata kerja transitif


Mengutamakan subjek asal sebagai judul

Formula susunan ayat aktif :


Subjek (Frasa Nama) + kata kerja aktif transitif + Objek + Keterangan

bil

Subjek

predikat
Kata kerja
transitif

(Frasa
Nama)

Objek
tepat

Objek
sipi

Keterangan

Pelajar itu

menyepak

bola

dengan
deras

Kakak

memasak

bubur
kacang

semalam

Kakak

memetik

bunga

di taman
bunga

Perdana
Menteri

merasmikan sekolah

Perempuan menyikat
itu

rambut

pada sebelah
petang
anaknya

Ayat pasif ialah;


1.
2.

Ayat yang mengandungi kata kerja pasif


Ayat yang mengutamakan objek sebagai judul

Formula susunan ayat pasif:


Subjek (objek) + di + kata kerja pasif + oleh + frasa nama + keterangan

bil

Subjek
(objek)

predikat
di + Kata oleh + Frasa Objek
kerja pasif
Nama

Keterangan

Bola

disepak

oleh pelajar
itu

dengan deras

Bubur
kacang

dimasak

oleh kakak

semalam

Bunga

dipetik

oleh kakak

di taman
bunga

Sekolah

dirasmikan oleh
Perdana
Menteri

Rambut
anaknya

disikat

pada sebelah
petang

oleh
perempuan
itu

CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh
bapa saudara saya.
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana
sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh
guru disiplin yang garang tersebut.
3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit
tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan olehdoctor yang
berkaca mata tebal itu.
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.


Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan
gadis tersebut.
3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada
awal bulan lalu.
4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari
Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat
tentang pelaburan saham tersebut.
5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja
di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah
diproses itu ke dalam bekas plastik.

REFLEKSI
Assalamualaikum wbt.Syukur Alhamdulillah akhirnya dapatlah saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.Tugasan ini diberikan untuk memenuhi keperluan kursus
Progran Pensiswazahan Guru bagi ambilan Jun 2011.

Tugasan ini memerlukan saya untuk membuat penambahan isi bagi memantap dan
mengembangkan huraian tentang Rumus menukar ayat aktif kepada ayat pasif.Artikel ini
perlu diambil daripada majalah Pelita Bahasa yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, saya mempunyai masalah kekangan masa


menyiapkan tugasan memandangkan tugasan ini di berikan semasa awal persekolah. Ini
kerana banyak kerja-kerja sekolah terpaksa dibuat. Akan tetapi dengan kebijaksanaan saya
membahagikan masa akhirnya siaplah tugasan ini

Disamping itu juga ,saya mengalami masalah dalam mencari maklumat yang
dikehendaki oleh pensyarah. Saya terpaksa membuat rujukan diperpustakaan awam,
sekolah dan juga membuat rujukan di internet.Selain itu juga,rakan-rakan juga tidak lokek
ilmu untuk dikongsikan

Setelah menyiapkkan tugasan ini saya lebih faham akan apakah itu ragam ayat.Di
dalam ragam ayat ada ayat pasif dan ayat aktif.Saya juga memahami bagaimana untuk
menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.Secara tidak lansung ilmu ini akan saya
manfaatkan dalam meneruskan kelansungan saya sebagai seorang guru
Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standart yang diinginkan oleh pensyarah
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai