Anda di halaman 1dari 21

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN 1 MAC
PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM
PANDUAN PELAKSANAAN
KURIKULUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH

TINGKATAN 1

MAC 2016
MAC 2016

KANDUNGAN

1

KANDUNGAN

MUKA SURAT

 

PRAKATA

3

1.0.

PENGENALAN

4

2.0.

MATLAMAT RBT

5

3.0.

OBJEKTIF RBT

7

4.0.

STRUKTUR KURIKULUM

4.1. Struktur kurikulum RBT Tingkatan 1

8

4.2. Komponen Kurikulum RBT Tingkatan 1

8

4.3. Kandungan Dokumen Standard Kurikulum danPentaksiran (DSKP) Tingkatan 1

9-10

4.4. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

 

11-12

5.0.

PENTAKSIRAN RBT

5.1. Kaedah Pentaksiran

14

5.2. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

15

5.3. Pengurusan Pentaksiran dan Dokumentasi

15

5.4. Pelaporan

15

6.0.

PERSEDIAAN SEKOLAH, GURU DAN MURID

16

6.1. Persediaan Sekolah

16

6.2. Kriteria Guru RBT

17

6.3. Murid RBT

18

6.4. Pengurusan dan Bilangan Murid

7.0.

PERANAN AGENSI BERKAITAN

19 - 20

7.1 Agensi Pusat KPM

7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah

 

(PPD)

7.3 Sekolah

8.0.

DOKUMEN PELAKSANAAN RBT

21

2

PRAKATA

Buku Panduan Pelaksanaan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) ini disediakan bagi membantu semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pelaksanaan kurikulum RBT di pelbagai peringkat dalam organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah sebagai panduan dan rujukan pelaksanaan kurikulum RBT. Buku ini menjelaskan konsep, pelaksanaan dan pentaksiran RBTserta peranan pihak agensi pusat, KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah dan masyarakat.Buku ini juga diharap dapat membantu KPM membuat penambahbaikan sepanjang pelaksanaan.

Maklumat di dalam dokumen ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan RBT berdasarkan kepada keputusan mesyuarat peringkat KPM. Pengguna dokumen ini adalah dinasihatkan sentiasa mengemaskini maklumat dari sumber yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan.

3

1.0

PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1 Matlamat Pendidikan Sekolah Menengah

Matlamat pendidikan sekolah menengah untuk melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan berakhlak mulia. Satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

1.2 Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:

Komunikasi

Kerohanian, sikap dan nilai

Kemanusiaan

Keterampilan diri

Perkembangan fizikal dan estetika

Sains dan teknologi

4

Sains & Teknologi
Sains & Teknologi
 Penguasaan ilmu Sains,Matematik dan Teknologi  Pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan
 Penguasaan ilmu
Sains,Matematik dan Teknologi
 Pengaplikasian pengetahuan
dan kemahiran sains,
matematik dan teknologi secara
bertanggungjawab dalam
kehidupan harian berlandaskan
sikap dan nilai dalam sains,
matematik dan teknologi
PerkembanganFizikal &Estatika  Pengaplikasian pengetahuan, kemahiran serta amalan nilai dalam jasmani dan
PerkembanganFizikal
&Estatika
 Pengaplikasian pengetahuan,
kemahiran serta amalan nilai
dalam jasmani dan kesihatan
bagi mencapai kesejahteraan
diri
 Pengaplikasian daya imaginasi,
bakat, apresiasi, kreativiti dan
inovasi dalam menzahirkan idea
dan menghasilkan karya
Komunikasi
Komunikasi
 Penguasaan kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi dalam kehidupan seharian serta
 Penguasaan kemahiran
berbahasa secara lisan dan
bukan lisan semasa
berinteraksi dalam
kehidupan seharian serta
melengkapkan diri ke arah
alam kerjaya
INSAN SEIMBANG
INSAN
SEIMBANG

Keterampilan Diri

 Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum  Penghayatan nilai positif
 Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum
 Penghayatan nilai positif
(harga diri dan keyakinan
diri)
 Penonjolan potensi,
kemahiran yang ada pada
diri dan daya kreatif
 Membina perhubungan yang
bermakna dengan individu
dan masyarakat
Kerohanian, Sikap & Nilai  Penghayatan amalan agama, sikap dan nilai murni dalam kehidupan 
Kerohanian, Sikap
& Nilai
 Penghayatan amalan agama,
sikap dan nilai murni dalam
kehidupan
 Peningkatan kepatuhan kepada
Tuhan secara berterusan dalam
kehidupan seharian
 Pembentukan insan berakhlak
mulia, berintegriti dan akauntabiliti
Kemanusiaan
Kemanusiaan
 Pembinaan warganegara untuk Abad Ke-21  Penguasaan ilmu dan pengetahuan mengkonsepsi  Perkembangan kemahiran
 Pembinaan warganegara untuk
Abad Ke-21
 Penguasaan ilmu dan
pengetahuan mengkonsepsi
 Perkembangan kemahiran
intelektual
 Penghayatan nilai asas
demokrasi
 Pembinaan Kemahiran
menyelesaikan masalah

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSM

5

2.0

MATLAMAT RBT

Kurikulum RBT bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan reka bentuk, nilai estetika dan teknologi dalam dunia pembuatan kepada murid. Murid dapat membentuk kemahiran berkomunikasi dan mencetuskan idea untuk menghasilkan produk dan dapat menjadi seorang pereka bentuk yang membudayakan pemikiran kreatif, kritis, inovatif, inventif dan keusahawanan.

2.1 Reka Bentuk Dan Teknologi Sebagai Mata Pelajaran

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan satu mata pelajaran wajib dalam KSSM. Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah menengah tingkatan 1, 2 dan 3. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang teknikal, teknologi pertanian, sains rumah tangga dan elemen merentas kurikulum seperti bahasa, kelestarian alam sekitar, nilai murni, patriotisme, kreativiti dan inovasi, keusahawanan teknologi maklumat dan komunikasi ditekankan dalam mata pelajaran ini.

3.0 OBJEKTIF RBT Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard RBT berkebolehan:

Mempunyai kesedaran terhadap perkembangan mereka bentuk pembangunan produk sesuai dengan kehidupan

Memperoleh pengetahuan dan kemahiran menggunakan peralatan bahan, dan perisian komputer yang sesuai dalam menghasilkan sesuatu produk

Berkeupayaan membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian

Memperoleh pengetahuan dan nilai murni yang relevan untuk mereka bentuk sesuatu projek berasaskan teknologi

Berkebolehan menggunakan Jujukan Reka Bentuk ( Design Cycle) dan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning) semasa

6

proses PdP dengan berkesan.

Berkeupayaan membangunkan produk melalui proses reka bentuk yang

menggunakan teknologi dan nilai ergonomik.

Mendapat maklumat mengenai pilihan bidang yang diminati dan ingin

dipelajari semasa berada di peringkat yang lebih tinggi.

Mengamalkan sikap bekerjasama dan berintegriti.

4.0 STRUKTUR KURIKULUM

4.1 Struktur kurikulum RBT Tingkatan 1

RBT melalui KSSM digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan,

standard pembelajaran dan standard prestasi yang perlu dicapai oleh murid

sebagaimana dalam jadual di bawah sebagai rujukan standard semasa PdP.

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Standard Prestasi

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai

Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap- tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.

Jadual 1 : Standard Kandungan , Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

7

4.2 Komponen Kurikulum RBT Tingkatan

1.0

Pengenalan Kepada Reka Bentuk dan Teknologi

 

1.1 Dunia Reka Bentuk

1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi

1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk

2.0

Pengurusan Projek

2.1

Pengurusan Projek Reka Bentuk

3.0

Proses Reka Bentuk

3.1

Projek Brief

4.0

 

Lakaran

4.1

Lakaran Piktorial

5.0

Aplikasi Teknologi

5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

5.2 Reka Bentuk Fesyen

 

Jadual 2: Standard Kandungan dalam RBT

4.3

Kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan Satu

BAB 1

PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DANTEKNOLOGI

1.1 Dunia Reka Bentuk

1.1.1 Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi.

1.1.2 Mengenalpasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih.

1.1.3 Menjelaskan prinsip reka bentuk.

1.1.4 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas.

1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk.

1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik.

1.1.7 Membina objek asas.

1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi

1.2.1 Menyenarai kepentingan rekabentuk dan teknologi.

1.2.2 Mengenalpasti peranan rekabentuk.

1.2.3 Menerangkan etika dalam rekabentuk.

1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang rekabentuk dan teknologi.

1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk

1.3.1 Mentakrifkan invensi dan inovasi.

1.3.2 Mengaplikasikan prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya rekabentuk.

1.3.3 Meneroka invensi dan inovasi dalam rekabentuk terkini.

8

BAB 2

PENGURUSAN PROJEK

2.1

Pengurusan Projek Reka Bentuk

2.1.1 Mentakrifkan pengurusan projek rekabentuk.

2.1.2 Menjana idea rekabentuk.

2.1.3 Mengenalpasti langkah pengurusan pelaksanaan projek.

2.1.4 Merangka perancangan projek.

2.1.5 Menganalisis perancangan projek dan jadual kerja.

2.1.6 Menyediakan anggaran kos.

2.1.7 Merancang pembentukan kumpulan kerja berdasarkan tugas dan peranan.

BAB 3

PROSES REKA BENTUK

3.1

Projek Brief

3.1.1 Mentakrifkan maksud projek brief.

3.1.2 Mengenalpasti ciri dalam projek brief.

3.1.3 Merancang projek brief untuk penghasilan produk yang kreatif.

3.1.4 Menyaring maklumat dalam projek brief.

3.1.5 Mengaplikasikan projek brief dalam bentuk jadual dan lakaran.

3.1.6 Membina mock-up atau model berdasarkan projek brief.

3.1.7 Menilai hasil mock-up atau model.

BAB 4

LAKARAN

 

4.1

Lakaran Piktorial

4.1.1 Menyenaraikan peranan lakaran dalam rekabentuk.

4.1.2 Mengenalpasti teknik lakaran piktorial

4.1.3 Menghasilkan lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D.

4.1.4 Memilih lakaran produk terbaik berdasarkan elemen rekabentuk.

4.1.5 Menilai maklumat yang ada pada lakaran yang dipilih.

4.1.6 Mencadangkan penambahbaikan keatas lakaran yang dipilih.

BAB 5

APLIKASI TEKNOLOGI

5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

 

5.1.1 Mentakrifkan sistem fertigasi.

5.1.2 Mengenalpasti komponen utama fertigasi dalam penyediaan rekabentuk.

5.1.3 Menghasilkan lakaran rekabentuk baharu sistem fertigasi.

5.1.4 Menganalisis elemen rekabentuk dalam system fertigasi.

5.1.5 Menilai lakaran rekabentuk baharu sistem fertigasi.

5.1.6 Membina mock-up atau model struktur rekabentuk baharu sistem fertigasi.

5.2 Reka Bentuk Fesyen

 

5.2.1

Mentakrifkan reka bentuk fesyen

9

5.2.2 Menyenaraikan jenis reka bentuk fesyen.

5.2.3 Mengenalpasti teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen.

5.2.4 Menghasilkan dua lakaran reka bentuk fesyen.

5.2.5 Menganalisis elemen dalam reka bentuk fesyen.

5.2.6 Membincangkan jenis bahan dalam reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran.

5.2.7 Menghasilkan reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran yang dipilih.

Jadual 2 : Kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 1

4.4 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Strategi pengajaran dan pembelajaran RBT akan menjadi lebih berkesan

dengan menggunakan strategi berikut:

PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL PENEROKAAN PEMBELAJARAN INKUIRI PEMBELAJARAN KAEDAH KONSTRUKTIVIME
PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
PENEROKAAN
PEMBELAJARAN
INKUIRI
PEMBELAJARAN
KAEDAH
KONSTRUKTIVIME
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
DAN
BERASASKAN
PEMBELAJARA
PROJEK
PEMBELAJARAN
MASTERI
PEMBELAJARAN
PENEMUAN
PENYELESAIAN
MASALAH

Rajah 4 :Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

10

KAEDAH

CATATAN

1)

Pembelajaran

Merupakan pengajaran yang menggabungkan kandungan

Kontekstual

mata pelajaran dengan pengalaman individu, masyarakat dan alam kehidupan seharian.

 

R Relating (menghubung kait)

E Experiencing (Mengalami)

A - Applying (Mengaplikasi)

C - Cooperating (Bekerjasama)

T Transfering (Memindahkan)

2)

Pembelajaran

Merupakan satu proses pembelajaran kitaran bermula dengan bertanya soalan dan keputusan dalam meminta lebih banyak soalan. Murid dapat menukar data dan maklumat daripada soalan kepada pengetahuan yang berguna

Inkuiri

 

3)

Pembelajaran

Merupakan satu pendekatan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah yang berbeza di mana pelajar diberikan projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur dibuat oleh murid.

Berasaskan

Projek

 

4)

Pembelajaran

Menggalakkan murid mencari maklumat di luar daripada apa yang diketahui oleh diri mereka sendiri, melihat ke dalam masalah dan bertanyakan pelbagai soalan dan akan membuat kesimpulan sendiri.

Penemuan

 

5)

Penyelesaian

Pembelajaran berasaskan masalah sebenar digalakkan dan dibimbing menyelesaikan dengan keupayaan mereka sendiri

Masalah

6)

Pembelajaran

Strategi PdP yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.

Masteri

7)

Pembelajaran

Murid dapat membina sendiri pengetahuan atau konsep baharu secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman yang telah diperoleh dalam pengajaran dan pembelajaran.

Konstruktivisme

 

8)

Pembelajaran

Murid belajar melalui penerokaan berdasarkan pengalaman yang sedia ada

Penerokaan

Jadual 3 : Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

11

5.0

PENTAKSIRAN RBT

Jadual menunjukkan Format Pentaksiran Komponen Jati Diri & Teknologi Vokasional

BIL.

PERKARA

PENILAIAN

 

CATATAN

1.

Kaedah

Pentaksiran Sekolah

Dinilai di peringkat sekolah.

 

Pentaksiran

 

2.

Jenis

Pentaksiran Bertulis

 

Ujian 1 Ujian bertulis (100%)

Instrumen

Soalan struktur dan objektif aneka pilihan

Peperiksaan

Pertengahan

Tahun (100%)

 
 

Peperiksaan Akhir Tahun

- 50% Pentaksiran Bertulis

- 50% Kerja Amali

KerjaAmali

   

Senarai Semak

Penilaian untuk tahun semasa.

Lembaran Kerja

Port Folio

Hasil Projek

3.

Konstruk Yang

Pengetahuan

dan

Pembelajaran secara teori.

 

Ditaksir

 

Kefahaman

 
 

Melaksanakan

kerja

amali

Kemahiran menghasilkan projek

 

prosedur

yang

betul

dan

penyediaan dokumentasi.

4.

Tempoh Ujian

Ujian bertulis

Peperiksaan

Kerja amali (sepanjang tahun)

Berdasarkan tugasan

Ujian 1 Ujian bertulis (1 jam)

 

Peperiksaan Pertengahan Tahun (2 jam)

Peperiksaan

Akhir

Tahun

(2

jam)

5.

Cakupan

Mencakupi bidang pembelajaran tingkatan 1

Konteks

6.

Pelaporan

Pemberian tahap dan secara deskriptif untuk memberikan maklumat tentang prestasi murid

Pemberian tahap dan secara deskriptif untuk memberikan maklumat tentang prestasi murid

7.

Sistem

Sistem aplikasi untuk pelaporan deskriptif

 

Sokongan

Yang

 

Diperlukan

Jadual 5 : Format Pentaksiran RBT

12

5.1

Kaedah Pentaksiran

Pelaksanaan RBT bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan dan

berkemahiran asas dalam melaksanakan kandungan RBT. Kaedah

Pentaksiran RBT terdiri daripada:

5.1.1 Pentaksiran Sekolah (PS)

Guru merancang, membina, memeriksa, menilai, merekod dan

melapor dengan merujuk DSKP.

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Masa

Sepanjangtahun

 

Pengetahuan

Konstruk

Kemahiran

Nilai

 

Contoh :

Secaralisan

Kuiz

Jenis Pentaksiran

Folio/Skrap

Kerja amali

Pemerhatian

Ujian bertulis

Jadual 6 : Kaedah Pentaksiran

5.2 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Pentaksiran RBT dilaksanakan mengikut keperluan dan kaedah DSKP yang

dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian

Pendidikan Malaysia. DSKP mengandungi standard prestasi yang perlu

dikuasai murid mengikut tahap penguasaan yang telah disediakan untuk

memudahkan guru melaksanakannya.

13

5.3

Pengurusan Pentaksiran dan Dokumentasi

5.3.1 Fail Pengurusan Pentaksiran

Fail Pengurusan Pentaksiran mengandungi nama murid dan senarai semak mengikut topik.

Guru RBT mengemaskini,menyemak, dan menyimpan Fail Pengurusan Pentaksiran di tempat yang mudah diakses.

Kandungan fail ini adalah untuk kegunaan tahun semasa sahaja.

5.3.2 Laporan Kerja Amali Murid

Laporan kerja amali ini merupakan bukti kepada pelaksanaan projek oleh murid.

Mengandungi langkah kerja penghasilan projek beserta gambar dan lengkap.

Perlu dihantar kepada guru mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Guru mentaksir gerak kerja dalam laporan amali murid.

Guru memulangkan semula laporan amali kepada murid selepas pentaksiran dilakukan.

5.4 Pelaporan

Pelaporan deskriptif bagi RBT melaporkan pencapaian murid di akhir penggal berdasarkan kepada tahap penguasaan.Guru-guru RBT perlu mempunyai panduan pelaksanaan pentaksiran merujuk kepada DSKP.

14

6.0

PERSEDIAAN SEKOLAH, GURU DAN MURID

6.1 Persediaan Sekolah

Kemudahan

prasarana yang

sesuai

6.1 Persediaan Sekolah Kemudahan prasarana yang sesuai 6.2 Kriteria Guru RBT Peralatan yang Pentaksiran yang

6.2 Kriteria Guru RBT

Peralatan yang

Peralatan yang Pentaksiran yang adil dan saksama

Pentaksiran yang adil dan saksama

lengkap

Kelayakan ikhtisas dalam bidang yang berkaitan dan memiliki opsyen pilihan kemahiran vokasional Norma guru KRITERIA
Kelayakan ikhtisas
dalam bidang yang
berkaitan dan
memiliki opsyen
pilihan kemahiran
vokasional
Norma guru
KRITERIA
mengikut
GURU
ketetapan KPM
Komited dan
kreatif memilih
kaedah PdP yang
menarik minat
pelajar
Berintegriti

15

.

6.3

Murid RBT

Peluang kepada pelajar melaksanakan aktiviti

Peluang kepada pelajar melaksanakan aktiviti

Penglibatan murid untuk penentuan tahap pencapaian

Penglibatan murid untuk penentuan tahap pencapaian

Pencapaian murid direkodkan secara sistematik

Pencapaian murid direkodkan secara sistematik

Rajah : Peranan murid RBT

6.4 Pengurusan Dan Bilangan Murid

PEMBAHAGIAN

MASA/

WAKTU

BILANGAN

CATATAN

WAKTU

MINGGU

MURID

35 MINGGU

2 JAM

1

KALI

Minimum 15

- RBT melibatkan pembelajaran berasaskan kerja amali berpusatkan murid.

@

Maksimum 25

2

kali

 

- Bilangan murid yang sedikit memberi suasana kondusif untuk aktiviti amali.

- Bilangan murid yang sedikit memudahkan guru untuk mengawal dan memantau gerak kerja murid (aspek keselamatan).

- Guru dapat memberi perhatian dan tumpuan yang lebih semasa kerja amali.

- Murid dapat menghasilkan kerja amali yang bermutu.

Jadual 7 : Pengurusan Dan Bilangan Murid

16

7.0

PERANAN BAHAGIAN KPM/JPN/PPD/SEKOLAH Berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakan program berkenaan:

7.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

a. Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain KPM untuk menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan kepada pihak atasan.

b. Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard kurikulum dan

pentaksiran kepada semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum vokasional dan akademik RBT.

c. Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (PdP).

d. Melatih Jurulatih Utama Kurikulum(JUK)RBT bagi melaksanakan kursus orientasi kurikulum serta modul PdP kepada pentadbir dan guru RBT.

e. Memantau, menilai dan menyediakan laporan kurikulum merangkumi tujuan/objektif, latar belakang, dapatan, kesimpulan, cadangan dan tindakan.

f. Memohon peruntukan kewangan untuk prasarana dan peralatan bengkel/makmal di sekolah mengikut keperluan kurikulum.

g. Memurnikan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran mengikut keputusan atau arahan pihak pengurusan KPM.

h. Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran RBT.

i. Memohonkadar peruntukan PCG (Peruntukan Geran Perkapita) bagi mata pelajaranRBT

j. Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai pelaksanaan RBT.

k. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan kurikulum bersama Jabatan Pendidikan Negeri sekurang-kurangnya 2 kali setahun

17

7.2

Lembaga Peperiksaan (LP)

a. Melatih Jurulatih Utama Kurikulum( JUK) RBT bagi perlaksanaan perkara yang berkaitan dengan orientasi kurikulum serta modul PdP “ Project Based Learning” kepada pentadbir dan guru RBT.

b. Membangun dan menyebarluaskan dokumen berkaitan pentaksiran untuk

kegunaan guru dan murid RBT.

c. Menjalankan sesi kursus/bengkel/mesyuarat untuk memaklumkan pengurusan pentaksiran RBT kepada pentadbir dan guru.

d. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pentaksiran bersama Jabatan Pendidikan Negeri sekurang-kurangnya 2 kali setahun

7.3 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

a. Mengkaji dasar pelaksanaan RBT dari semasa ke semasa.

b. Melapor dan mencadangkan penambaikkan dasar pelaksanaan RBT kepada bahagian lain dalam KPM.

7.4 Bahagian Sumber Manusia (BSM)

a. Meluluskan norma perjawatan guru RBT

b. Meluluskan norma perjawatan Pembantu Am (RBT)

7.5 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

a. Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan RBT mengikut norma perjawatan guru bidang Teknik dan Vokasional.

b. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) perjawatan guru RBT

18

7.6

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

a. Mesyuarat penyelarasan bersama Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan perancangan, pengurusan dan keperluan latihan guru-guru RBT sekurang-kurangnya 2 kali setahun

b. Membekalkan guru, melaksanakan kursus orientasi kurikulum dan latihan

kepada guru yang mengajar mata pelajaran akademik dan vokasional bagi kelas RBT

c. Melatih guru RBT untuk peningkatan kemahiran yang bersesuaian

d. Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru RBT

7.7 Bahagian Pengurusan dan Perolehan Aset

a. Menguruskan pembekalan prasarana dan pembekalan aset/ peralatan

mengikut keperluan pelaksanaan kurikulum RBT.

7.8 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

a. Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang menguruskan enrolmen guru dan pelajar RBT

b. Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Akademik yang merancang, menyelaras dan menyelia pelaksanaan dan pengurusan RBT.

c. Menyebarluaskan surat siaran berkaitan pelaksanaan RBT kepada sekolah dan pihak yang berkaitan

d. Menilai dan memantau pelaksanaan RBT menggunakan instrumen yang disediakan.

e. Pegawai Meja RBT di PPD melaksanakan pemantauan, menyediakan laporan, dapatan penilaian serta mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.

f. Memberi maklumbalas pelaksanaan RBT kepada semua bahagian KPM yang terlibat dengan RBT.

19

7.9 Pengetua

a. Memastikan RBT dilaksanakan di sekolah berdasarkan pekeliling dan surat siaran yang sedang berkuatkuasa.

b. Memastikan peruntukan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan.

c. Menghebahkan RBT melalui taklimat kepada ibu bapa/penjaga, murid dan masyarakat.

d. Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran berfungsi.

e. Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid, pelaksanaan modul dan pentaksiran RBT.

f. Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan RBT

g. Menentukan tugas Pembantu Am (RBT) membantu di bengkel/ makmal/ladang bagi membantu guru melaksanakan tugas bukan pengajaran.

h. Memasukkan 4 waktu Pengurusan Bengkel di dalam jadual waktu guru RBT sekiranya tiada peruntukan Pembantu Am (RBT)

i. Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.

j. Memberi maklumbalas pelaksanaan RBT kepada PPD/JPN/KPM.

7.10 Guru

a. Menerima dokumen standard kurikulum dan modul berkaitan RBT.

b. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kandungan DSKP.

c. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dan format dokumen pentaksiran.

d. Mendokumentasikan PdP serta pentaksiran RBT dan menyimpan di tempat yang selamat.

e. Menghadiri kursus/bengkel/mesyuarat yang dianjurkan oleh mana-mana bahagian KPM/JPN/PPD/Panitia dari semasa ke semasa.

f. Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan pelaksanaan RBT.

g. Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul RBT

h. Memastikan peralatan berfungsi serta boleh digunakan untuk PdP.

20

8.0 DOKUMEN PELAKSANAAN RBT

a. DSKP mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diperoleh dari BPK, KPM.

b. Modul pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard Kandungan boleh diperoleh dari BPK, KPM.

c. Modul berkaitan pentaksiran iaitu DSP boleh diperoleh dari LP, KPM.

d. Panduan Pelaksanaan RBT boleh diperoleh dari BPK, KPM.

e. Instrumen pemantauan RBT untuk mengenalpasti keperluan penambahbaikan pelaksanaan RBT boleh diperoleh dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM.

f. Buku Teks RBT boleh diperoleh daripada Bahagian Buku Teks.

21