Anda di halaman 1dari 10

Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Gemilang Seri Jementah Dan Majlis Perpisahan

Pengatua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah Tahun 2013.


Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati En. Amran bin Othman, Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, dengan diiringi oleh Yang Berusaha
Puan Pengetua dan barisan kepimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Jementah.Para guru dan pelajar diminta berdiri.
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang dipohon kayu;
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah adat pusaka Melayu.
Sebagai tanda cinta akan Negara, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu
Sekolah dan Bangsa Johor. Dif-dif jemputan dan para hadirin dipersilakan
berdiri.
(Nyanyian Lagu Sekolah dan Bangsa Johor)
Para hadirin dipersilakan duduk.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka kata.
Bismillahirahmanirahim,
Yang Berusaha Pn.Hjh Jamisah binti Sainon, Puan Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Jementah.
Yang Dihormati En.Amran bin Othman, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah.
Yang Dihormati Barisan Pentadbir, Guru-guru Kanan Bidang Mata Pelajaran,
guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi serta para penerima anugerah
sekalian.
Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti;
Selamat datang kami ucapkan,
Kepada hadirin yang dihormati.
Selamat datang ke Majlis Anugerah Gemilang Seri Jementah, peringkat
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah bagi tahun 2013.
Alhamdulillah, menjunjung kesyukuran setinggi-tingginya ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah rahmatnya, dapatlah kita bersama-sama

berkumpul di Dataran Ilmu SMK Seri Jementah pada pagi yang ceria ini di
dalam majlis yang cukup bermakna ini.
Untuk makluman hadirin sekalian, Majlis ini diadakan adalah bagi menghargai
jasa dan bakti pelajar-pelajar dan guru-guru serta staf sokongan yang telah
memberikan sumbangan dalam mengharumkan nama sekolah ini, sama ada
di peringkat Daerah, Negeri, ataupun Kebangsaan, khususnya dalam pelbagai
aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Hadirin sekalian.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Al-Fadhil Ustaz Samsudian Bin Jaamit untuk memimpin bacaan
doa dan bersama-samalah kita mengaminkannya. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Samsudian
Bin Jaamit atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga Allah akan memberkati
majlis kita pada pagi yang mulia ini.
Berburu ke sarang tempua,
Dapat rusa berbelang kaki;
Majlis mempersilakan Puan Pengetua,
Menyampaikan ucapan dari hati.
Hadirin hadirat sekalian,
Untuk itu, bagi memulakan acara kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang berusaha Pn.Hjh Jamisah
binti Sainon, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Pengetua
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Seterusnya, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan
Yang Dihormati En.Amran bin Othman, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah untuk menyampaikan


ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Gemilang Seri
Jementah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah tahun 2013.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Buah selasih di dalam puan,
Dibawa gadis ke Tanjung Jati;
Takkan hilang jasamu tuan,
Telah tersemat di dalam hati.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Dihormati En.Amran bin Othman, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah atas ucapan dan
kesudian beliau untuk merasmikan Majlis Anugerah Gemilang Seri
Jementah , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah tahun 2013
sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah.
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha,
Pn.Hjh Jamisah binti Sainon , Pengetua SMK Seri Jementah, menjemput dan
mengiringi Yang Dihormati En.Amran bin Othman, Yang DiPertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah bagi
menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Untuk makluman semua, penerima Anugerah akan menerima sebuah piala,
dan sijil penghargaan.
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi Kategori Anugerah
Pelajar.
1. Pelajar Unggul
2. Kehadiran Terbaik 100%
3. Sahsiah Terpuji
4. Ketua Pengawas
5. Pelajar Inovatif
6. Bilik Darjah Cemerlang
7. Kelab Persatuan Cemerlang
8. Pasukan Beruniform Cemerlang
9. Olahragawan Cemerlang
10.Olahragawati Cemerlang
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kategori Guru / Staff.
1. Subjek Terbaik 2011 (PMR).

2. Subjek Terbaik 2011 (SPM)


3. Pencapaian 100% Subjek (PMR)
4. Pencapaian 100% Subjek SPM
5. Anugerah Lonjakan Saujana PMR
6. Anugerah Lonjakan Saujana SPM
7. Skor A terbaik dalam subjek PMR
8. Skor A terbaik dalam subjek SPM
9. Pengurusan Panitia Cemerlang
10.Pengurusan Fail Panitia Cemerlang
11.Pengurus Panitia Cemerlang
12.Pengurusan Unit Cemerlang
13.Guru / Staf Inovasi
14.Guru / Staf Prihatin
15.Kehadiran Terbaik Guru / Staf
16.Bilik Khas Terbaik
17.Anugerah Khas Juri.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas
kesudian Yang Dihormati En.Amran bin Othman, Yang DiPertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Jementah
menyempurnakan upacara penyampaian piala dan sijil penghargaan kepada
penerima anugerah.
Bersarang lebah di Kuala Langat,
Manis madunya pabila dimakan;
Suasana meriah bertambah hangat,
Pelbagai persembahan kami persembahkan.
Hadirin sekalian, bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini, sebagai
pemanis halwa telinga, sama-samalah kita menyaksikan persembahan
daripada pelajar-pelajar UKM5 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah.
Dengan sukacitanya dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas persembahan itu tadi. Syabas
dan tahniah diucapkan.
Hadirin sekalian,
Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik dikenang selalu.
Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, majlis dengan segala
hormatnya
mempersilakan
Yang
berusaha
Puan
Pengetua untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Dihormati
En.Amran bin Othman, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah

Menengah
Kebangsaan
dipersilakan.

Seri

Jementah.Dengan

segala

hormatnya

Majlis merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang
Dihormati En.Amran bin Othman, atas kesudian beliau menerima
cenderamata itu tadi, dan Yang berusaha Puan Pengetua atas kesudian
menyampaikan cenderamata itu tadi.
Hadirin hadirat sekalian,
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budimu tuan rasa nak junjung.
Diharapkan En.Amran akan dapat bersama-sama lagi dengan kami, pada
majlis yang berbeza, pada lain ketika.
Justeru, majlis merakamkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang
Dihormati En.Amran bin Othman, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah atas kesudian memeriahkan
majlis kami pada hari ini.
Agenda majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan Majlis Perpisahan
Pengetua.
Waktu yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Perpisahan Pn. Hjh Jamisah binti Sainon
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang Diraikan Pn. Hjh Jamisah binti Sainon, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Jementah sepanjang perkhidmatan beliau di sini.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat sekalian.
Majlis perpisahan pada hari ini dimulakan dengan ucapan daripada wakil
pelajar. Untuk tujuan tersebut majlis dengan sukacitanya menjemput
.. tampil ke hadapan untuk menyampaikan
ucapan bagi mewakili seluruh anak didik SMK Seri Jementah. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada . Di atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada En. Sani bin Ngatimin, Pengerusi
Kelab Bilik Guru Dan Staff SMK Seri Jementah. Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan yang telah disampaikan oleh En. Sani bin Ngatimin
mewakili barisan guru dan staff SMK Seri Jementah.
Agenda seterusnya ialah ucapan daripada Yang Dihormati En.Amran bin
Othman, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Jementah.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan yang telah disampaikan oleh En.Amran bin Othman,
Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Jementah.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan Pn. Hjh Jamisah binti Sainon Pengetua SMK Seri
Jementah.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Diraikan Pn. Hjh Jamisah binti Sainon atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn. Hjh
Jamisah binti Sainon
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan En.Amran bin Othman, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah untuk mengiringi Yang
Diraikan Pn. Hjh Jamisah binti Sainon untuk menerima cenderamata kenangkenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada
-

Wakil Pekerja Swasta

Wakil dari Staf Sokongan

Wakil dari Kelab Bilik Guru

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Mohd
Ariffin bin Topandi untuk menyampaikan cenderamata daripada Barisan
Pentadbir SMK Seri Jementah.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus
untuk Yang Diraikan
Pn. Hjh Jamisah binti Sainon. Seterusnya sebagai tanda ikatan terus abadi di
bumi Seri Jementah, apalah kiranya Puan sudi ke laman galeri untuk upacara
perasmian Galeri seterusnya menanam pokok sebagai tanda
ingatan yang tak akan dilupakan. Untuk tujuan tersebut, majlis sekali lagi
menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Amran mengiringi Pn. Hjh
Jamisah ke laman galeri.Dipersilakan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Majlis juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hjh Jamisah binti
Sainon kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar puan bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.Kendatipun kita berpisah namun kenangan yang
terukir akan terus terpahat dalam ingatan.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis ini.
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang di rumpun buluh;
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.
Permata jatuh ke rumput,
Jatuh ke rumput berbilang-bilang;
Dari mata takkan luput,
Dalam hati takkan hilang.
Menaiki bahtera Putera Kedah,
Sarat muatan buah kelapa
Majlis kita bernoktah sudah
Sekalung penghargaan kepada semua.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
Sehingga bertemu lagi, majlis disudahi dengan wabillahi taufik walhidayah
wassalaualaikum warahmatullah hiwabarakahtu, dan salam sejahtera.
Sekian, terima kasih.
Majlis tamat dan bersurai.

ana@serijementah_hariQ2013

10