13 Mei Daripada Catatan Tunku Abdul Rahman
13 Mei Daripada Catatan Tunku Abdul Rahman
Bahagian 1
1. PENGENALAN
Tulisan ini akan memaparkan analisis ke atas sebuah buku bertajuk Sebelum
dan Selepas 13 Mei yang diterbitkan oleh Penerbitan Utusan Melayu Berhad,
Kuala Lumpur, cetakan tahun 1969. Buku ini ditulis oleh Yang Teramat Mulia (AlMarhum) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul
Hamid Kedah (selepas ini diringkasnya sebagai TAR sahaja) yang mana
merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, dan Malaysia yang
pertama.
Kami berpendapat bahawa keterangan-keterangan yang diberikan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia itu sendiri, selaku orang yang terlibat secara langsung
dalam peristiwa tersebut, mempunyai nilai yang amat tinggi dari segi sejarah
untuk dikaji dan dianalisis, demi kebenaran yang cuba dipesongkan oleh
sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab dan berkepentingan ke atas
sejarah hitam negara pada hari ini.
Tulisan ini dibuat sebagai sumbangan dari penulis untuk mengimbau dan
menjelaskan keadaan yang berlaku demi kebaikan negara kita sendiri;
khsususnya perpaduan antara kaum atau rakyat berbilang dan seterusnya
kesejahteraan negara; dari ancaman unsur-unsur yang tidak sihat yang cuba
memainkan isu 13 Mei dan memutarbelitkannya demi kepentingan politik sempit
mereka.
Untuk makluman pembaca, tulisan ini dibuat secara spontan. Oleh itu sudah
tentu banyak kesalahan taipan, ejaan, dan seumpamanya akan dikesan. Maklum
dengan keadaan demikian, maka kami mengalu-ngalukan sebarang pembetulan
daripaa para pembaca.
2. FAKTOR-FAKTOR DAN RENTETEN PERISTIWA YANG MEMBAWA
KEPADA PERISTIWA HITAM 13 MEI, 1969
2.1 KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 1969
TAR dengan jelas menyatakan bahawa terdapat banyak peristiwa yang berlaku
yang mana pada akhirnya menimbulkan huru-hara pada 13 Mei, 1969.
Menurut beliau, kesemua pilihanraya-pilihanraya yang telah dijalankan
sebelumnya iaitu sejak kemerdekaan telah dapat dilaksanakan dengan baik,
hatta Pilihanraya Umum (selepas ini diringkaskan sebagai PRU sahja) 1969.
PRU 1969 jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei, 1969 di Malaysia Barat berjalan
dengan licin lagi lancar sebagaimana PRU-PRU sebelumnya.
Namun, semasa PRU 1969, kempen pilihanraya telah dijalankan dengan begitu
buruk dengan perbuatan-perbuatan liar yang dilakukan dan ucapan-ucapan yang
tidak bertanggung jawab daripada pihak pembangkang.
2.2 ANASIR-ANASIR KOMUNIS
TAR berpendapat terdapat anasir-anasir komunis yang memainkan peranan
dengan hujah beliau bahawa beliau, selaku Perdana Menteri yang menjaga
keselematan negara, menerima pelbagai maklumat dan laporan-laporan sulit. Ini
tidak dapat tidak kita percaya akan keterangan beliau kerana beliau adalah
orang yang bertanggung jawab dalam hal yang berkenaan. Dalam buku
berkenaan juga beliau, walaupun secara tidak terancang, telah mengemukakan
beberapa bukti akan hakikat ini.
2.2.1 HARTAL DI PULAU PINANG
Antara perkara yang disebutkan oleh TAR ialah peristiwa yang berlaku di Pulau
Pinang pada 19 November, 1967 yang mana dibuat contoh oleh TAR sebagai
bukti yang jelas anasir-anasir komunis telah bergerak secara terang-terangan
atau secara sulit untuk melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan
Malaysia.
Dalam peristiwa di Pulau Pinang pada tahun 1967 ini, TAR melaporkan bahawa
anggota-anggota China dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah mengambil
kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia
sebagai alasan untuk melancarkan hartal. Lanjutan daripada hartal ini,
pertempuran-pertempuran telah tercetus di mana orang-orang Melayu dan
penyokong-penyokong setia kerajaan telah diserang. Beberapa orang
terperangkap dalam kejadian yang berlaku juga telah terbunuh dan cedera.
Perkara ini hanya dapat diredakan apabila pasukan-pasukan keselamatan
berjaya mengembalikan ketenteraman dan mengenakan perintah berkurung,
serta menangkap orang-orang yang disyaki.
Menurut TAR, komunis bertujuan melancarkan hartal ke seluruh negara. Namun,
rancangan mereka gagal kerana penduduk-penduduk di tempat lain tidak
mengindahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan seperti biasa.
2.2.2 HUKUMAN GANTUNG KE ATAS KOMUNIS YANG BELOT SEMASA
KONFRONTASI
Pada bulan Jun tahun 1968, hukuman gantung hendak dilaksanakan ke atas
sebelas (11) orang China yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya
(ringkasnya PKM) yang mana dihukum mati kerana membantu pihak Indonesia
yang diketuai oleh Presiden Sukarno yang melancarkan kempen Ganyang
Malaysia dalam usaha mereka menyerang selatan tanahair, iaitu Johor.
Perintah hukuman gantung yang sama juga dikenakan ke atas dua (2) orang
Melayu di Perak.
Dr Tan Chee Khoon yang menjadi ahli Parlimen Parti Buruh bagi kawasan
Batu, Selangor, telah membuat rayuan agar hukuman gantung itu tidak
dilaksanakan. Beliau dan ahli-ahli Parti Buruh dan (yang disebutkan oleh TAR
disertai bersama) penyokong-penyokong komunis telah melancarkan kempen
besar-besaran, dari rumah ke rumah, atau dari pintu ke pintu (kedai) untuk
memungut tandatangan dan menimbulkan tanda simpati orang ramai terhadap
11 orang yang dihukum sebagaimana yang diterangkan di atas. Menurut TAR,
akhbar-akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen yang
dilakukan ini.
TAR mendakwa anasir-anasir yang pro-Komunis tersebut telah menghasut ibu
bapa dan para waris pemuda-pemuda yang dihukum bunuh itu supaya
mengadakan perjumpaan beramai-ramai untuk membantah. Akan tetapi, rayuan
mereka tersebut telah ditolak oleh Sultan Johor dan Sultan Perak ketika itu.
Menjelang tarikh perlaksanaan hukuman gantung itu, di luar penjara Pudu di
Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu telah berlangsung
tunjuk-tunjuk perasaan secara liar di mana mereka membaling batu ke atas
kendaraan yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas. TAR menyatakan
bahawa orang-orang yang melakukan tunjuk perasaan liar berkenaan sebagai
belia-belia komunis.
Atas pendapat atau kebijaksanaannya untuk mengelakkan timbulnya
pergaduhan di seluruh negara yang membawa kepada rusuhan antara kaum
yang boleh menumpahkan darah, TAR telah menghadap Sultan Johor dan
Sultan Perak ketika itu untuk membincangkan meringankan hukuman gantung
berkenaan. Kedua-dua baginda Tuanku Sultan Johor dan Sultan Perak telah
bersetuju lalu kesemua mereka yang terbabit diringankan hukuman kepada
penjara seumur hidup.
Kita tidak boleh melihat ini sebagai satu kelemahan TAR dalam membuat
keputusan atau mengendalikan keadaan, di mana logik TAR dalam hal ini dapat
diterima. Beliau menyatakan bahawa sama ada tindakannya betul atau salah,
tujuannya adalah untuk [ memetik kata-katanya ] menyelamatkan seribu jiwa
dengan menyelamatkan sebelas komunis di Johor dan dua penderhaka di Perak
dari hukuman gantung.
Kesan tindakan beliau itu adalah terhentinya tunjuk perasaan dan keamanan
dapat dipulihkan.
Anasir-anasir Komunis
mencetuskan huru-hara.
yang
memainkan
peranan
dalam
Kita juga telah memaparkan keterangan TAR akan faktor kedua iaitu
peranan anasir-anasir Komunis tersebut sejak dari awal lagi iaitu
sekitar tahun 1967. 2 peristiwa besar yang berlaku pada masa itu
yang mana terbukti benar sebagaimana yang dijelaskan oleh TAR ialah
1) Hartal Pulau Pinang pada 19 November 1967 yang didalangi
oleh anggota-anggota China dalam Gerakan Belia Mao
Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah
kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia, dan
2) Perintah hukuman gantung yang dikenakan ke atas
anggota komunis dan pengkhianat negara, iaitu ke atas
sebelas (11) orang China yang menjadi anggota Parti
Komunis Malaya di Johor dan dua (2) orang Melayu di Perak.
Selain daripada dua (2) faktor di atas, faktor ketiga yang tidak
kurang pentingnya yang menyumbang kepada peristiwa hitam 13 Mei
1969 adalah anasir-anasir daripada puak pelampau kiri atau
golongan Sosialis.
Dalam buku yang menjadi rujukan utama kita yang ditulis oleh TAR,
beliau tidak membezakan anasir-anasir Komunis dan anasir-anasir
puak pelampau kiri atau Sosialis ini. Kami pula mengkelaskan keduadua golongan ini kepada dua kategori yang berbeza kerana kami
percaya matlamat Komunis ialah cuba merampas kuasa melalui jalan
huru-hara. Sebaliknya golongan Sosialis cuba mendapatkan
pengaruh atau kuasa (walaupun tanggapan secara zahirnya adalah)
melalui perwakilan peti undi yang mesti diperolehi menerusi
pilihanraya.