Anda di halaman 1dari 2

Kebersihan merupakan amalan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian,

sama ada kebersihan rohani atau jasmani, kedua-dua perkara ini tidak boleh
dipisahkan kerana kebersihan melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah
Subhanahu Wataala. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:
Dari Abi Malik Al-Syari berkata: sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua
perkara yang melibatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, kerana
kebersihan boleh mendatangkan suasana yang tenang, kesihatan yang terjamin dan
mencapai kesejahteraan kepada kita semua.
Manakala kebersihan diri dari sudut rohani, di antaranya ialah menjaga lidah dari
mengumpat dan mencerca, menjaga mata dari memandang perkara yang tidak baik
dan sebagainya.
Dari sudut akidah pula kita hendaklah membersihkan diri dari mensyirikkan Allah
Subhanahu Wataala, dari kekufuran dan segala perkara yang boleh membawa kepada
bahaya dan dosa. Sesungguhnya setiap amalan baik dan bersih dari segi rohani dan
jasmani adalah disukai Allah Subhanahu Wataala kerana Allah Subhanahu Wataala
sentiasa menyukai hamba-Nya yang sentiasa menyucikan diri, sebagaimana dalam
Surah Al Baqarah ayat 222, tafsirnya:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi
orang yang sentiasa mensucikan diri.
Amalan kebersihan hendaklah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan kita. Islam
sangat mengambil berat aspek kebersihan ini dan memberi keutamaan supaya
menjaga kebersihan diri sendiri, tempat tinggal dan tempat ibadat, tempat-tempat
awam, tempat makan seperti restoran-restoran dan sebagainya. Islam menggalakkan
umatnya membersihkan diri sebelum melakukan tuntutan kewajipan sebelum
menunaikan sembahyang, hendaklah terlebih dahulu memastikan diri, pakaian dan
tempat sembahyangnya bersih dan terhindar dari segala kotoran.
Kita hendaklah peka dan bertanggungjawab untuk menjadikan tempat-tempat ibadat
seperti masjid, surau atau balai ibadat sentiasa dalam keadaan bersih. Begitu juga
dengan segala kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan seperti tandas atau
bilik air. Selain itu tempat-tempat peranginan, tempat-tempat riadah, saliran-saliran,
sungai-sungai dan lain-lain hendaklah dijaga supaya sentiasa baik, kelihatan bersih,
dan tidak pula dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Bayangkanlah jika pengguna tandas-tandas awam bersikap mengotor-ngotorkan dan
merosak-rosakkan kemudahan tersebut, bagaimana pula keadaan pengguna yang lain
yang ingin menggunakan kemudahan tersebut. Di mana jati diri kita selaku orang

Brunei yang pemedulian, bertimbang rasa, lutanan, kalau kemudahan awam tersebut
dikotorkan dan dirosakkan.
Perlu disedari, bahawa pengabaian kebersihan akan menyebabkan tersebarnya
pelbagai penyakit seperti denggi, kolera, cirit-birit, keracunan makanan dan
sebagainya. Dengan mengabaikan kebersihan juga akan mengakibatkan suasana alam
sekitar tidak segar dan tidak sihat.
Prinsip kebersihan di dalam Islam seperti yang ditekankan dalam berwuduk dan
bersuci dalam ibadat, sepatutnya dihayati dan dijadikan budaya dalam aktiviti
kehidupan seharian. Adapun membudayakan amalan hidup bersih ini adalah bermula
dari rumah. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membimbing dan mengajar ahli keluarga
tentang aspek kebersihan. Jadilah keluarga yang mementingkan kebersihan yang
akhirnya akan menjadikan masyarakat yang mengutamakan kebersihan.
Untuk melahirkan persekitaran hidup yang bersih dan sentiasa kelihatan menarik,
perkaraperkara berikut perlulah kita hayati bersama iaitu:
Pertama: kita hendaklah mempertingkatkan kesedaran terhadap kebersihan diri,
tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam sebagai
cermin kemurnian umat Islam yang mengutamakan kebersihan dalam semua bidang
kehidupan.
Kedua: setiap ibu bapa hendaklah mendisiplinkan diri dalam memikul
tanggungjawab menjaga kebersihan dan hendaklah memiliki sikap suka kepada
kebersihan secara berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa dan tempat
bagi menjaga imej Islam yang sukakan kebersihan.
Ketiga: mempertingkatkan amalan tegurmenegur dan nasihat-menasihati sesama kita
dalam hal menjaga kebersihan. Amalkanlah sikap tidak camah mata jika ternampak
kekotoran. Dengan demikian, ia akan melahirkan perasaan cinta kepada kebersihan
dan benci kepada kekotoran.
Keempat: menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin seperti
tong sampah, tong kitar semula dan tempat pembuangan sampah awam tanpa
membiarkan sampah sarap dan kekotoran bertaburan merata-rata.
Amalan bergotong-royong adalah satu amalan yang terpuji yang menjadi kebanggaan
masyarakat kita ketika dahulu. Akan tetapi amalan tersebut sudah semakin
berkurangan. Alangkah baiknya amalan tersebut disemarakkan kembali. Samasamalah kita bergotong-royong membersihkan persekitaran rumah, tempat ibadat,
tempat riadah, peranginan dan juga tempat-tempat awam. Janganlah hanya
mengharapkan pihak tertentu atau pekerjapekerja sahaja yang melakukannya. Kita
juga dapat memainkan peranan serta bekerjasama menjalankan amalan ini.

Anda mungkin juga menyukai