Anda di halaman 1dari 1

Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing.

Gejala sosial dapat


diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu.
Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan
kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan
sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun
negara.
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah
melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik
yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana
golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan
merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan
cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah
sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan
jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
Melalui media massa mahupun media cetak pelbagai kes gejala sosial yang sering
menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.

Anda mungkin juga menyukai