Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya
dapat saya menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Sma Darul Falah kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan dan makmal multimedia bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Nik Nabila yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini . Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya hasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan - rakan seperjuangan yang bertungkuslumus membantu menghasilkan tugasan ini dan juga bertukartukar idea dalam membantu menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menambah kefahaman dalam tajuk yang berkaitan dengan kerja projek ini. Selain itu, harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar dapat digunakan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.