Anda di halaman 1dari 29

1.

PENGENALAN
Kemahiran pedagogi merupakan salah satu aset yang harus dikuasai oleh golongan

pendidik yang bergelar sebagai guru. Ini kerana, penguasaan dalam kemahiran pedagogi dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan terancang dan teratur.
Penguasaan tentang pedagogi amat penting di kalangan pendidik dan bakal pendidik kerana
merekalah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara yang berilmu
penegtahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

untuk

mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

2.0

PEDAGOGI
Kajian menunjukkan bahawa pedagogi berasal daripada perkataan Latin yang

bermaksud kaedah mengajar kanak-kanak. Namun begitu, seiring dengan peredaran masa dan
pemantapan bidang pendidikan, konsep pedagogi telah berkembang dan digunakan dalam
konteks pengajaran di semua peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti.
Page (1975) menerangkan bahawa pedagogi ialah seni dan sains pengajaran. Pendapat
ini sama maksudnya dengan penjelasan yang diberikan oleh Cruickshank (1995) yang
mengatakan bahawa pedagogi ialah seni dan sains pengajaran yang meliputi prinsip, strategi,
kaedah, teknik dan pelbagai pertimbangan untuk menjayakan sesuatu pengajaran. Pengajaran
dikatakan suatu seni kerana perlu mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar,
memilih kaedah yang sesuai dengan pelajar, memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai dan
melayan pelajar sebagi insan yang berpotensi yang perlu dilaksanakan secara halus serta
berhemah. Pengajaran dikatakan suatu sains kerana pengajaran perlu dilaksanakan secara
sistematik dengan maklum balas tentang pengajaran digunakan untuk mempertingkatkan mutu
pengajaran pada masa hadapan (Highet 1950).
Menurut Shrifah Alwiyah (1976) menyatakan pedagogi ialah ilmu yang menerangkan
tentang kaedah pengajaran yang meliputi prinsip pengajaran, pengurusan bilik darjah dan
teknik penyampaian yang membolehkan guru mencapainya objektifnya. Pernyataan ini benar
kerana sebagai seorang guru harus mempunyai pelbagai kemahiran dalam mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna untuk melahirkan pelajarpelajar yang berilmu pengetahuan.
1

Menurut Robert E.Slavin (1997), pedagogi itu adalah sebagai penghubung di antara apa
yang guru mahu pelajarnya belajar dengan pembelajaran sebenar yang pelajarnya akan
peroleh. Dalam konteks ini, warga pendidik harus kreatif dan inovatif untuk mengaplikasikan
ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya membolehkan para pelajar dapat
menyesuaikan diri mereka dengan keadaan pembelajaran dan akhirnya dapat mencapai
objektif pelajaran.
Menurut N.S Rajendran (2001), pedagogi adalah proses pengajaran dan pembelajaran
dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah dan satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang
berjaya dalam satu bilik darjah tidak semestinya akan juga berjaya dalam bilik darjah yang lain.
Pada pendapat saya, bilik darjah yang baru berbeza daripada bilik darjah yang lama dari segi
kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan.
Ringkasnya, pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang
berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar
merangkumi proses pengajaran yang optimum. Oleh hal demikian, pengetahuan dan
penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi di kalangan golongan pendidik pastinya akan dapat
membantu

mereka

dalam

menjayakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dirancangkan seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran yang telah digariskan.

3.0

TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam

kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing, preceiving and understanding
life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanakkanak biasa dan istimewa juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.
Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika
kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anakanak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa
mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh
ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr.Roger Sperry turut menyatakan kaitan
kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan
jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya
2

manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. Teori kecerdasan
berkembang mengikut konteks penggunaannya.

3.1

Jenis-Jenis Teori Kecerdasan Pelbagai


3.1.1

Kecerdasan Verbal Linguistik


Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara
berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini
sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka
juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar,
bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka
terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk
merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini
adalah

dengan

menggunakan

stesen

pembelajaran

dan

melalui

pengajaran serta penerangan lisan.


3.1.2

Kecerdasan Logik Matematik


Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah
kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap
membuat

pengiraan,

boleh

membuat

perbandingan,

cekap

menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer.


Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan
saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang
abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau
bagaimanapun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal
yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah
penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif.
3.1.3

Kecerdasan Visual Ruang


Visual-Ruang
pula
merupakan

kebolehan

mengesan

dan

menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah


kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran
dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam
bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan
mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan
3

melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi
sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah.
3.1.4

Kecerdasan Kinestetik
Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan menggunakan badan untuk
menyatakan

idea,

perasaan

dan

untuk

menyelesaikan

masalah

termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan


dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir
dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor
halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan
bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor.
Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi,
permainan, main peranan dan membina model.
3.1.5

Kecerdasan Muzik
Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan
melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan
irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai
kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat
muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah
yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau
apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk
menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Pelajar yang mempunyai
kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran
lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan
muzik.

3.1.6

Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan,
motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai
kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta
berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada
tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang
kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa
sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah
kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara
tersirat. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan
4

lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan


sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas.
3.1.7

Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri
sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah
kemahiran

membandingkan

diri

sendiri

dengan

orang

lain

dan

mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai


kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan
diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan
boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan
mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka
belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran
dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik.
3.1.8

Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan
menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batubatan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang
mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan
polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan. Ia
juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi
pakaian dan makanan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis
belajar dengan lebih berkesanmelalui aktiviti luar kelas.

4.0

APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SEJARAH TAHUN 4


4.1

Kecerdasan Kinestetik
Kecerdasan Kinestetik membolehkan pelajar boleh berjalan, berlari, berlompat,

menari dan sebagainya. Pelajar ini gemar membuat aktiviti-aktiviti seperti ini. Pelajar ini
suka membuka dan mengasing-asingkan bahagian benda kemudian memasangkan
semula. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan
bahasabadan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Mereka juga berkebolehan
untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, main peranan dan membina model.
5

Guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membolehkan pergerakan aktif yang


memerlukan Hands On.
Contoh 1
Guru boleh melakukan aktiviti Hands On untuk tajuk Kenali Sejarah. Di muka
surat 3 terdapat aktiviti reka cipta model artifak. Guru boleh mengajak pelajar untuk
membentuk model artifak dengan menggunakan plastisin. Kemudian guru boleh
meminta pelajar mempamerkan hasil kerja mereka.
Kelebihan
Aktiviti ini juga dapat menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Pelajar dapat
memahami tajuk yang diajar dengan lebih jelas. Pelajar juga tidak berasa bosan malah
melibatkan diri dalam aktiviti dengan penuh semangat. Apabila pelajar terlibat sendiri
dalam membina artifak, pelajar dapat melihat dan merasai pembelajaran itu. pelajar juga
dapat mengalami pengalaman sebenar dan ia akan memberi rangsangan pada diri
sendiri.
Kelemahan
Aktiviti sebegini juga mempunyai beberapa kelemahan. segelintir pelajar berasa
bosan melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Mereka tidak berminat membuat artifak
dan sebagainya kerana ia akan mengambil masa yang panjang. Apabila pelajar
mengelakkan diri dlam aktiviti ini, mereka tidak dapat melihat dan merasai pembelajaran
itu.

Contoh 2
Guru boleh membimbing pelajar membuat jadual mingguan supaya mereka menghargai
masa dalam kehidupan mereka. Kemudian guru boleh meminta pelajar supaya mengikuti jadual
mingguan tersebut dalam kehidupan harian.
Kelebihan
Di sini guru dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin dan sentiasa memahami
perancangan yang dibuat. Pelajar dapat merancang dan mengagihkan masa dengan betul
6

untuk membuat aktiviti harian. Pelajar juga tidak membuang masa dan dapat mengelakkan diri
dan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Kelemahan
Pelajar yang berdisiplin akan mengikut perancangan yang mereka buat. Tetapi pelajar
yang nakal hanya mendengar apa yang guru mengatakan malah mereka tidak mengikut jadual
mingguan yang mereka buat. Mereka mempersiakan apa yang guru mengajar di dalam kelas.

4.2

Kecerdasan Linguistik

Kecerdasan linguistik membolehkan pelajar untuk memahami dan memanipulasikan


bahasa dan perkataan. Kebanyakkan pelajar mempunyai kebolehan seperti membaca, menulis,
bercakap dan sebagainya. Mereka mahir dalam melengkapkan teka silang kata dengan
perkataan perbendaharaan kata, bercerita, mengambil bahagian dalam perbahasan, mencipta
puisi, menulis cerpen atau rencana dan sebagainya. Guru boleh meningkatkan kecerdasan ini
dalam kalangan pelajar dengan memberi aktiviti seperti mencari maksud perbedaharaan kata,
perbincangan dalam kumpulan dengan memberi sesuatu tajuk dan sebagainya.
Contoh 1
Guru boleh melakukan aktiviti menyusun semula huruf dalam petak yang disediakan dan
dan menyuruh salin semula huruf yang bernombor dalam petak mengikut nombor yang sama
yang terdapat di muka surat 30. Kemudian guru boleh mengarah pelajar membaca perkataan
yang betul mengikut giliran pelajar.

Kelebihan
Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir apabila pelajar mencuba menyusun
perkataan. Aktiviti ini menyebabkan pelajar tidak berasa bosan malah menarik minat terhadap
pengajaran tersebut. Pelajar juga dapat mengenali pelbagai perkatan baru melalui aktiviti ini.
Jika pelajar sendiri menyusun perkataan tersebut, maka mereka dapat merasai aktiviti dan
pembelajaran itu. Ia akan memberi rangsangan pada diri sendiri.
Kelemahan
7

Aktiviti ini juga mempunyai kelemahan iaitu pelajar yang berada dalam tahap sederhana
dan lemah akan mengalami masalah untuk menyusun perkataan. Mungkin mereka kurang
mahir dalam aktiviti bahasa, ia akan mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan aktiviti
tersebut. Oleh itu, ia akan membazirkan masa pelajar yang mahir.
Contoh 2
Guru boleh melakukan aktiviti bahasa untuk tajuk Salasilah Keluarga Saya yang
terdapat di muka surat 20. Guru boleh meminta pelajar untuk membina salasilah keluarga
mereka secara ringkas. Kemudian guru boleh menyuruh pelajar ceritakan salasilah keluarga
mereka di hadapan kelas.
Kelebihan
Aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang yakin pada diri sendiri kerana mereka dengan
yakinnya menceritakan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Salasilah keluarga masing-masing
amat penting. Setiap individu harus mengetahui tentang salasilah keluarga tersendiri. Salasilah
keluarga dapat mengeratkan hubungan antara anggota keluarga. Aktiviti ini membantu pelajar
pentingnya mengetahui tentang salasilah keluarga.
Kelemahan
Aktiviti ini mungkin mengambil masa yang panjang kerana ada sesetengah pelajar tidak
mengatahui tentang salasilah keluarga mereka. Pelajar harus menanya ibu bapa mereka untuk
mengetahui maklumat tersebut. Ada ibu bapa yang tidak mengetahui tentang salasilah keluarga
sendiri. oleh itu, ia menyebabkan pelajar sukar untuk maklumat tersebut.

4.3

Kecerdasan Logik dan Matematik

Kecerdasan Logik Matematik membolehkan pelajar mengira, mengumpul, menyusun,


mentafsir, meramal, menganalisis dan membuat kesimpulan. Kebanyakkan mereka gemar
dalam menyelesaikan masalah matematik. Mereka berfikir dari segi sebab dan akibat. Mereka
juga suka bermain permainan matematik seperti catur, monopoli, domino dan sebagainya. Guru
boleh melaksanakan aktiviti seperti menganalisis dan membuat kesimpulan.
Contoh 1

Guru boleh melakukan aktiviti untuk tajuk Konsep Masa dalam Sejarah yang terdapat
di muka surat 5. Tajuk ini membantu pelajar memahami sejarah, setiap peristiwa yang berlaku
dikaji mengikut urutan masa. Guru boleh mengarahkan pelajar untuk menghasilkan garis masa
peristiwa penting dalam hidup mereka. Kemudian guru boleh meminta pelajar membentangkan
garis masa tersebut di dalam kelas.
Kelebihan
Aktiviti ini membantu pelajar untuk mengenali apa itu garis masa dan kronologi masa.
Apabila pelajar sendiri menghasilkan garis masa peristiwa penting dalam hidup mereka, ia
membantu untuk mengigatkan dan mereka tidak akan lupa tentang peristiwa yang berlaku dalm
hidup mereka selama lamanya. Ia akan kekal dalam ingatan pelajar.
Kelemahan
Aktiviti ini juga mempunyai kelemahan seperti mungkin segelintir pelajar tidak ingat
peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan mereka. Apabila pelajar cuba mengingatkan
peristiwa-peristiwa penting ia akan mengambil masa yang lama. Disini pelajar akan
membazikan masa untuk mengingatkan peristiwa tersebut.

4.4

Kecerdasan Visual Ruang

Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang pelajar melihat
sesuatu secara jauh dan mendalam. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini memiliki
keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu secara kreatif. Mereka amat
berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. Mereka berkebolehan
untuk menghubungkaitkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta minda, graf dan
bentuk grafik

yang lain. Oleh itu, ia memudahkan pelajar belajar mengenalpasti dan

menghubungkaitkan konsep. Mereka juga berkebolehan untuk membuat persepsi tentang alam
sekitar. Kebanyakkan mereka cenderung untuk belajar dari persembahan visual seperti filem,
gambar video dan demontrasi dengan menggunakan model. Guru boleh melakukan aktiviti
dengan melukis carta, graf, peta minda, gambar rajah, peta lakar dan sebagainya.
Contoh 1

Guru boleh melakukan aktiviti untuk tajuk Keluarga yang Bahagia yang terdapat di
muka surat 27 dengan menggunakan peta minda dan mengarahkan pelajar untuk
menyenaraikan cara mewujudkan keluarga yang bahagia. Kemudian guru boleh meminta
pelajar untuk membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
Kelebihan
Aktiviti ini membantu para pelajar untuk mengenali ahli keluarga mereka secara
mendalam. Aktiviti ini juga membantu pelajar untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli
keluarga. Dengan ini dapat mengurangkan masalah-masalah yang berlaku dalam keluarga
seperti perselisihan dan sebagainya. Selain itu, apabila pelajar menggunakan peta minda dalam
pengajaran dan pembelajaran ia akan menjimatkan masa pelajar. Pelajar dapat menyusun idea
yang diperolehi dengan lebih baik dan mampu mengembangkan isi dengan baik. Pelajar tidak
perlu mengulang isi yang sama dalam aktiviti mereka. Aktiviti ini dapat melatih kreativiti dan
inovasi pelajar secara ekstransik.
Kelemahan
Pelajar akan keliru untuk memilih peta minda disebabkan terdapat pelbagai jenis peta
minda. Jika pelajar keliru, mereka berasa bosan untuk melakukan aktiviti tersebut. Mereka tidak
akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ini. Pembelajaran tersebut, tidak akan mencapai
objektyifnya.

4.5

Kecerdasan Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan


meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri
seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang
terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada
bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik
ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang dan sebagainya.
Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat
muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung
dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan
mengingati nada-nada bunyi atau muzik. Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu
10

dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan
nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma,
ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik.
Contoh 1
Guru boleh melakukan aktiviti untuk tajuk Tokoh Terbilang. Guru boleh mengarahkan
pelajar mengubah rentak dan tempoh dalam melodi yang mudah untuk syair Tokoh Terbilang
Kesultanan Melayu Melaka yang terdapat di muka surat 97. Kemudian meminta pelajar
menghafal lagu tersebut dan menyanyikan melodi tersebut dalam kumpulan di hadapan kelas.
Kelebihan
Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara
mempengaruhi minat pelajar terhadap tajuk yang diajar. Jika guru melakukan aktiviti ini, murid
lebih berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam. Pelajar akan
merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti memainkan alat-alat muzik, mengubah rentak,
melodi dan sebagainya. Apabila pelajar sendiri melibatkan diri membuat aktiviti ini, pelajar dapat
melihat dan merasai pembelajaran itu. Murid juga dapat mengalami pengalaman sebenar dan ia
akan memberi rangsangan pada diri sendiri.
Kelemahan
Semua pelajar tidak boleh menghafal lirik. Pelajar yang lemah akan mengalami
kesukaran untuk menghafal lirik. Selain itu ada pelajar yang tidak pandai mengubah rentak dan
tempoh dalam melodi. Mereka juga akan mengalami kesukaran mengubah rentak dan melodi
dalam sesebuah lagu. Apabila pelajar menghadapi masalah sebegini, kemungkinan besar
mereka berasa bosan dan tidak akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sebegini.

4.6

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini
adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang
lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap
orang lain secara praktikal seperti menggalakan pelajar-pelajar terlibat dalam sesuatu aktiviti.
kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula
11

wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah
memasuki alam pekerjaan. Mereka menggunakan pandangan mereka mengenai orang lain
untuk berunding, memujuk , dan mendapatkan maklumat . Mereka suka berinteraksi dengan
orang lain dan biasanya mempunyai banyak kawan-kawan .Kecerdasan interpersonal dimiliki
juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya,
seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan
pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam
interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat. Seseorang yang mempunyai
kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak
dalam menyampaikan idea dan pendapat.
Contoh 1
Guru boleh melakukan aktiviti berkaitan dengan kecerdasan interpersonal dalam tajuk
Bendahara yang Bijaksana dan Laksamana yang gagah Berani yang terdapat di muka surat
102 dan 103. Guru boleh mengagihkan kelas kepada 2 kumpulan dan meminta setiap
kumpulan mencari maklumat tentang Bendahara dan Laksamana melalui pelbagai sumber.
Kemudian meminta pelajar membentangkan maklumat tersebut kepada kelas. Seterusnya
meminta pelajar untuk memain peranan untuk tugas seorang Laksamana dan Bendahara dalam
kumpulan masing-masing.
Kelebihan
Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran akan memberi peluang kepada pelajar
untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Aktiviti ini
membolehkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jika pelajar melibatkan diri dalam aktiviti main peranan, ia dapat melahirkan nilai yakin pada diri
sendiri dalam diri mereka. Pelajar juga dapat berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar
lain. Selain itu, melalui lakonan berdasarkan subjek sejarah, pelajar dapat menghayati nilai-nilai
dan sikap orang lain. Ia juga membantu pelajar mempertingkatkan penguasaan kemahiran
bahasa dengan berkesan.
Kelemahan
Aktiviti ini juga ada beberapa kelemahan seperti pelajar akan berasa gelisah kerana
mungkin mereka tidak pernah ada pengalaman berlakon. Jika tiada pengalaman berlakon
prestasi pelakon yang kurang baik dan tidak menarik akan menimbulkan perasaan bosan di
12

kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau mengejek kesilapan pelakon tersebut.
Selain itu, hanya murid yang terlibat dalam lakonan sahaja yang mendapat pengalaman secara
langsung dan faedah-faedah berlakon.

4.7

Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali
diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai
kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta
kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan,
kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu
mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang
dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan
beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.
Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka
kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan
berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa
belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki
kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih
suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta
mempunyai keperibadian yang tertutup. Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh
melatih kecerdasan intrapersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri,
keinginan, cita-cita, dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak
kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli
psikologi dan lain-lain.

Contoh 1
Guru boleh melakukan aktiviti berkaitan dengan kecerdasan intrapersonal dalam tajuk
Kenali Diri Saya yang terdapat di muka surat 18 dan 19. Guru boleh memberi latihan
melengkapkan borang berdasarkan sijil kelahiran masing-masing. Pelajar dikehendaki mengisi
maklumat-maklumat peribadinya dengan sendiri. Bagi mendapatkan maklumat yang lengkap

13

pelajar dikehendaki membawa sijil kelahiran masing-masing untuk melengkapkan borang


tersebut.
Kelebihan
Pelajar akan berusaha untuk mendapat maklumat peribadi mereka. Apabila pelajar
sendiri melengkapkan borang maklumat peribadi, pelajar dapat mengenali keterangan
mengenai butir-butir kelahiran. Jika mereka sudah ada pengalaman mengisi borang maklumat
diri sendiri, ia akan membantu mereka untuk mengisi apa jua jenis borang pada masa akan
datang.
Kelemahan
Aktiviti ini juga ada beberapa kelemahan seperti pelajar akan berasa gelisah untuk
mengisi borang kerana ia adalah satu aktiviti yang baru bagi mereka. Oleh itu, mereka mungkin
berasa konflik untuk melengkapkan borang. Terdapat juga pelajar yang lemah. Ia akan
menyukarkan mereka untuk melengkapkan borang maklumat diri.

4.8

Kecerdasan Naturalis

Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang


keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat
prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka
juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina sesuatu sistem baru, menjana
idea yang berkait dan pandangan yang jauh ke hadapan. Mereka juga mempunyai kebolehan
dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi atau kelas,
menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui. Individu yang memiliki kecerdasan
ini sangat selesa apabila berada bersama alam yang terbuka seperti pantai, hutan dan
sebagainya atau mereka juga dikenali sebagai pencinta alam. Mereka mudah terasa, sensitif
atau peka apabila sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar wujud. Antara aktiviti yang
boleh merangsang kecerdasan ini dalam kalangan para pelajar ialah seperti berkebun,
memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi mendaki gunung. Antara kerjaya yang
memerlukan kecerdasan jenis ini adalah seperti ahli geologi, ahli biologi, pendaki gunung,
petani, ahli botani dan kerjaya lain yang melibatkan sains. Secara amnya, seseorang yang
14

mempunyai kecerdasan naturalis ini hampir sama seperti pemikir dan ahli-ahli falsafah yang
telah berjaya.
Contoh 1
Guru boleh melakukan aktiviti kecerdasan naturalis dalam tajuk Pentingnya Alam
Sekitar yang terdapat di muka surat 64 dan 65. Mula-mula guru harus menerangkan tentang
kepentingan alam sekitar kepada manusia. Guru harus menjelaskan iaitu tumbuh-tumbuhan
dapat mengeluarkan gas oksigen yang diperlukan untuk pernafasan. Hutan pula menjadi habitat
bagi haiwan dan kawasan tadahan hujan. Sungai pula sebagai sumber air untuk kepada
manusia. Oleh itu, perbuatan memusnahkan hutan akan mengakibatkan kandungan oksigen
berkurangan dan karbon dioksida akan bertambah. Begitu juga perbuatan membuang sampah
dan sisa toksik ke dalam sungai akan menjejaskan sumber air minuman yang bersih. Faktor ini
akan menyebabkan bumi tercemar dan habitat haiwan terganggu. Bagi memastikan alam
sekitar terpelihara, boleh mengitar semula barangan, menanam lebih banyak pokok dan
mengurangkan penggunaan elektrik. Aktiviti hands on yang sesuai untuk dijalankan oleh guru
ialah semasa pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah adalah membawa pelajar-pelajar
untuk menanam bunga di sekeliling sekolah. Guru boleh mengajar pelajar-pelajar untuk
mengenali flora dan fauna yang terdapat di sekolah. Selepas itu, guru boleh mengajar cara
untuk membaja dan menanam pokok bunga.
Kelebihan
Pelajar akan sedar tentang menjaga kepentingan alam sekitar untuk mendapatkan
sumber-sumber dari alam sekitar. Pelajar juga akan mengelakan membuang sampah di merata
tempat. Mereka cuba mengekalkan kebersihan alam sekitar demi kebaikan diri sendiri. Pelajar
juga akan tahu penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran
yang sejuk nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Apabila pelajar
sendiri menanam pokok bunga, mereka akan merasai sendiri kepentingan alam sekitar dan
mereka tidak akan melakukan perbuatan kurang sihat seperti membuang sampah di meretarata tempat.
Kelemahan
Segelintir pelajar tidak suka aktiviti seperti menanam pokok bunga kerana mereka tidak
minat dalam kegiatan pekebunan. Kemungkinan mereka akan pandang rendah terhadap aktiviti
ini. Mereka tidak melibatkan dirinya kerana berasa bosan terhadap aktiviti ini. Bukan semua
15

pelajar mempunyai perasaan mencintai alam sekitar. Ada ramai yang tidak menghiraukan
kebersihan alam sekitar.

5.0

APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SEJARAH TAHUN 5


5.1

Kecerdasan Linguistik
Contoh 1

16

Guru boleh melakukan aktiviti kecerdasan linguistik dalam tajuk Raja dan
Kerajaan yang terdapat di muka surat 2 dan 3. Guru boleh mengarahkan pelajar
mencari maklumat tentang bidang kuasa Sultan pada zaman Kerajaan Melayu Awal,
semasa Pentadbiran British dan pada masa kini. Kemudian guru boleh meminta pelajar
menceritakan bidang kuasa Sultan pada zaman Kerajaan Melayu Awal, semasa
Pentadbiran British dan pada masa kini dalam kumpulan.
Kelebihan
Pelajar dapat memahami tajuk ini secara mendalam. Pelajar dapat mengetahui
bidang kuasa Sultan pada zaman Kerajaan Melayu Awal, semasa Pentadbiran British
dan pada masa kini. Mereka dapat membanding beza kuasa lama dan baru. Oleh itu,
mereka dapat mengetahui tentang isu-isu kuasa pada masa kini. Apabila pelajar sendiri
melibatkan diri untuk mencari maklumat dan membentangkan dalam kelas, mereka akan
lebih memahami tentang tajuk dan pembelajaran tersebut.
Kelemahan
Pelajar yang sederhana dan lemah tidak dapat memahami tajuk ini secara
mendalam kerana mereka perlu mengetahui bidang kuasa Sultan pada zaman Kerajaan
Melayu Awal, semasa Pentadbiran British dan pada masa kini. Mereka harus
mengetahui

isu-isu

semasa

untuk

lebih

memahami

tajuk

ini.

Mereka

perlu

memperbanyakkan latihan mencari maklumat berdasarkan tajuk ini. Bagi mendapatkan


maklumat yang luas, mereka perlu berusaha banyak dan memperbanyakkan pencarian
maklumat untuk mendapatkan maklumat. Ada segelintir pelajar malas mencari atau
mendapatakan maklumat. Oleh itu, mereka tidak dapat memahami tajuk tersebut secara
teliti dan mendalam.

Contoh 2
Guru boleh melakukan aktiviti linguistik dalam tajuk Pengaruh Bahasa Lain
dalam Bahasa Melayu di muka surat 27. Guru boleh meminta pelajar dengan
menggunakan pelbagai sumber, mencari dan senaraikan kosa kata Bahasa Melayu

17

yang asli. Seterusnya meminta pelajar menghafal dan membentangkan dapatan mereka
di hadapan kelas.
Kelebihan
Pelajar akan mengenali pelbagai perbendaharaan kata seperti bahasa Sanskrit,
bahasa Arab, bahasa Portugis, Belanda, Inggeris, Tamil dan Cina. Malah, apabila
seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur
dengan lancar dalam bahasa berkenaan. pelajar itu juga akan dapat menguasai sesuatu
bahasa dengan mudah. Ini akan membantu mereka berkomunikasi dengan lancar dalam
bahasa itu.
Kelemahan
Pelajar yang kurang pandai akan menjadi bosan apabila mereka tidak faham
maksud untuk kosa kata yang mereka cari. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut
kurang minat terhadap pembelajaran tersebut. Mereka akan menjadi kurang aktif dan
tidak menunjukkan kesungguhan membelajar dalam pembelajaran tersebut.

5.2

Kecerdasan Logik Matematik


Contoh 1
Tajuk Perjuangan Menuntut Kemerdekaan yang terdapat di muka surat 72 dan

73 boleh mengaitkan dengan Kecerdasan Logik Matematik. Tajuk tersebut menunjukkan


proses mencapai kemerdekaan Perseketuan Tanah Melayu. Ia menunjukkan sesuatu
perjuangan mengikut aliran. Guru boleh meminta pelajar memcari maklumat tambahan
tentang

perjuangan

menuntut

kemerdekaan.

Kemudian

mengarahkan

pelajar

menyenaraikan tarikh dan tahun peristiwa-peristiwa perjuangan menuntut kemerdekaan.

Kelebihan
Apabila pelajar membaca topik tersebut, pelajar boleh mudah memahami tajuk
tersebut kerana menunjukkan proses pencapaian kemerdekaan mengikut tahun. Pelajar
boleh mengingat tarikh dan tahun peristiwa-peristiwa yang berlaku untuk mencapai
18

mencapai kemerdekaan. Selain itu, konsep pertarikhan dalam Sejarah merupakan salah
satu aspek penting dalam pengetahuan sejarah iaitu Kemahiran Pemikiran Sejarah.
Kemahiran ini membolehkan pelajar-pelajar memahami konsep tarikh mengikut
kemajuan sesuatu peristiwa serta dapat mengaitkan masa lalu, masa kini dan akan
datang.
Kelemahan
Pelajar menganggap menguasai peristiwa sejarah sebagai mengingati tarikhtarikh. Bukan semua tarikh perlu diingati memadai dengan tarikh penting dan bermakna
kepada negara, bangsa dan diri. pelajar gagal mengenal pasti tarikh-tarikh bermakna
atau tarikh yang penting untuk diingati. Hal ini menyebabkan ramai pelajar menghadapi
fobia tarikh yang membunuh minat mereka terhadap pembelajaran sejarah.
Contoh 2
Guru boleh mengarahkan pelajar menghasilkan bendera kebangsaan mengikut
nisbah yang tepat. Guru boleh meminta pelajar membuat bendera dengan ukuran yang
betul. Disini pelajar akan menggunakan pengiraan yang tepat untuk menghasilkan
berdera yang sempurna.
Kelebihan
Pelajar akan mengetahui tetang ukuran standard bendera kebangsaan yang
telah ditetapkan agar corak bendera kebangsaan tidak mudah berubah dan sentiasa
dihormati. Pelajar dapat mengenali ukuran standard bendera kebangsaan ialah 91.5 cm
lebar dan 183 cm panjang dan nisbah sebuah bendera Malaysia ialah 1:2. Pelajar juga
dapat mengetahui tentang ukuran bendera kebangsaan yang telah ditetapkan dan
dibuat oleh Encik Mohamed Hamzah. Selain itu, hasil pelajar sendiri membolehkan
mereka tidak lupa akan ukuran bendera kebangsaan sampai bila-bila. Ukuran tersebut
sebati dalam ingatan mereka.

Kelemahan
Ada sesetengah pelajar kurang mahir dalam logik matematik. Mungkin pengiraan
mereka tidak tepat seperti yang ditetapkan. Ini akan membolehkan penghasilan bendera
19

kebangsaan kurang tepat dan apa yang kita dikehendaki tidak dapat dihasilkan seperti
asal. Ukuran-ukuran yang ditetapkan akan menjadi tidak tepat.

5.3

Kecerdasan Visual Ruang


Contoh 1
Guru boleh memberi aktiviti untuk tajuk Penjajahan dan Campur Tangan British

yang terdapat di muka surat 40 dan 41 dengan menggunakan peta pemikiran. Guru
boleh mengarahkan pelajar melukis secara kreatif peta pemikiran berkaitan dengan
sistem pentadbiran British dalam kertas mahjung. Guru boleh membimbing pelajar
mengenal pasti negeri-negeri yang dijajah dan mendapat campur tangan British.
Kemudian guru boleh meminta pelajar-pelajar menyurih peta Malaysia, mewarna dan
melabelkannya dengan jenis pentadbiran akibat dijajah dan campur tangan kuasa luar.
Kemudian mengarahkan membentangkan hasil l peta pemikiran di hadapan kelas.
Kelebihan
Aktiviti melukis peta pemikiran membolehkan pelajar mendapat suatu gambaran
yang jelas terhadap topik yang dibelajar. Hubungan idea dalam peta pemikiran mudah
dikenalpasti kerana ia dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan warna yang
menarik. Semua idea atau maklumat yang telah dialami adalah dirakamkan dalam
ingatan. Peta pemikiran berfungsi sebagai kunci membuka pintu ingatan pelajar. Peta
pemikiran hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat
yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta pemikiran
bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah
lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear. Selain itu, apabila pelajar
sendiri melukis peta pemikiran tentang topik yang diajar, mereka akan memahami dan
merasai pembelajaran tersebut.

Kelemahan

20

Terdapat pelbagai jenis peta pemikiran. Pelajar mungkin mengalami masalah memilih
untuk peta pemikiran yang sesuai bagi topik yang dibelajar. Peta pemikiran mempunyai banyak
cabang. Oleh yang demikian, pelajar boleh mengeliru untuk memahami fakta tersebut.

5.4

Kecerdasan Kinestetik
Contoh 1
Guru boleh melakukan aktiviti

Hands On untuk tajuk Ketua Negeriku. Di

muka surat 6 yang terdapat aktiviti reka cipta model mobail bagi menghargai ketua
negeri. Guru boleh mengajak pelajar untuk membentuk model mobail dengan
menggunakan alat-alat seperti gunting, gam, warna benang dan sebagainya. Kemudian
guru boleh meminta pelajar mempamerkan hasil kerja mereka dan mengantungkan
mobail tersebut di sudut matapelajaran sejarah.
Kelebihan
Aktiviti ini juga dapat menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Sejarah.
Pelajar dapat memahami tajuk yang diajar dengan lebih jelas. Pelajar juga tidak berasa
bosan malah melibatkan diri dalam aktiviti dengan penuh semangat. Apabila pelajar
terlibat sendiri dalam membina model mobail, mpelajar dapat melihat dan merasai
pembelajaran itu. Pelajar juga dapat mengalami pengalaman sebenar dan ia akan
memberi rangsangan pada diri sendiri.
Kelemahan
Aktiviti sebegini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah guru
perlu melakukan persediaan awal untuk melakukan aktiviti ini. Oleh itu, ia akan
mengambil masa panjang dan juga membazirkan masa guru. Selain itu, guru perlu
meningkatkan kawalan kelas supaya pelajar-pelajar tidak bising semasa melakukan
aktiviti ini

5.5

Kecerdasan Muzik
Contoh 1

21

Guru boleh melakukan aktiviti Hands On untuk tajuk Bendera Berkibar yang
terdapat di muka surat 113. Lagu Jalur Gemilang menerang tentang maksud bendera
kebangsaan negara kita. Guru boleh menyemai semangat jiwa merdeka dalam diri
pelajar melalui lagu ini. Guru boleh membimbing murid menyanyikan dan menghayati
lagu Jalur Gemilang. Kemudian meminta pelajar menghafal lirik lagu Jalur Gemilang dan
mempersembahkan lagu tersebut beserta iringan alat muzik dalam kumpulan di
hadapan kelas.
Kelebihan
Aktiviti ini membolehkan pelajar melahirkan semangat jiwa kemerdekaan dalam
diri sendiri. Pelajar juga dapat menyanyikan dan menghayati makna lagu tersebut
secara mendalam. Apabila pelajar sendiri menyanyi dan memainkan alat muzik, mereka
akan dapat merasai dan menghayati lagu tersebut. Mereka akan tercapai objektif
pembelajaran itu.
Kelemahan
Semua pelajar tidak boleh menghafal lirik. Pelajar yang lemah akan mengalami
kesukaran untuk menghafal lirik. Oleh itu, mereka rasa bosan terhadap pelajaran
tersebut. Mereka tidak aktif dalam aktiviti ini. Mereka akan cuba mengelakkan dalam diri
untuk melibatkan diri dalam aktiviti sebegini.

5.6

Kecerdasan Interpersonal
Contoh 1
Guru

boleh

melakukan

aktiviti

kecerdasan

interpersonal

dalam

tajuk

Tergugatnya Kuasa Pentadbiran yang terdapat di muka surat 44 dan 45. Guru boleh
memilih secara rawak 8 orang pelajar untuk memain peranan cerita yang terdapat di
muka surat 44 dan 45. Kemudian guru boleh meminta pelajar memahami dialog dengan
mengaitkan kesan campur tangan British dalam pentadbiran negeri. Guru boleh
memberi setiap pelajar satu watak dan mengarahkan mereka berlakon secara
mendalam watak cerita tersebut supaya mereka memahami pelajaran tersebut.
Kemudian pelajar akan melakonkan cerita itu di hadapan kelas.
Kelebihan

22

Jika pelajar melakonkan watak-watak yang terdapat dalam cerita, mereka akan
lebih memahami watak itu secara mendalam. Apabila pelajar lebih memahami cerita itu,
pembelajaran tersebut akan mencapai objektifnya. Aktiviti seperti ini membantu untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai sikap berkeyakinan serta berani pada masa akan
datang.
Kelemahan
Aktiviti ini juga ada kelemahan seperti segelintir pelajar tidak suka untuk
berlakon. Mereka berasa gelisah dan takut untuk berlakon di hadapan orang. Aktiviti
lakonan

membolehkan

pelajar

menjadi

bosan dan

kurang menarik

terhadap

pembelajaran itu.

5.7

Kecerdasan Intrapersonal
Contoh 1

Guru boleh memberi aktiviti kecerdasan intrapersonal dalam tajuk Rajaku Berdaulat
yang terdapat di muka surat 4 dan lima. Guru akan menerangkan tentang konsep daulat dan
derhaka kepa pelajar. Kemudian membimbing pelajar memahami kepentingan taat setia kepada
negara. Apabiala pelajar membaca petikan yang terdapat di muka surat 4 dan 5, pelajar akan
mengetahui maksud perkataan daulat iaitu daulat melambangkan kekuasaan Raja terhadap
kerajaan dan kawasan pemerintahannya. Manakala derhaka puala bermaksud rakyat ingkar
kepada perintah Raja dan sebagai rakyat kita perlu patuh dan taat setia kepada Raja bagi
memastikan negara kita sentiasa aman. Pelajar dapat mengetahui tentang tajuk ini secara
mendalam. Selepas pelajar memahami tajuk ini, guru boleh meminta pelajar secara individu
menceritakan cara mereka mentaati keluarga dan guru apabila mereka berada di rumah dan di
sekolah. Kemudian guru boleh mengarah pelajar menceritakan dapatan mereka di hadapan
kelas.

Kelebihan
Pelajar akan menceritakan bagaimana mereka akan mentaati keluarga dan guru di
hadapan kelas. Jika pelajar secara individu melakukan aktiviti ini, boleh melahirkan rasa
keberanian dalam diri mereka. Pelajar akan tidak berasa gelisah atau takut apabila mereka
23

menceritakan sesuatu topik di khalayak ramai. Apabila pelajar sendiri melakukan aktiviti ini,
pelajar dapat meningkat penguasaan bahasa mereka secara mendalam. Mereka dapat
berkomunikasi secara spontan antara satu sama lain.
Kelemahan
Aktiviti ini juga ada beberapa kelemahan seperti pelajar akan berasa gelisah dan takut
untuk melakukan aktiviti ini di khayalak ramai. Segelintir pelajar tidaka fasih untuk menceritakan
sesuatu topik dengan lancar dan baik. Ini menyukarkan mereka melakukan aktiviti seperti ini.
Akitiviti seperti ini menyebabkan pelajar berasa bosan dan tidak minat terhadap pembelajaran
tersebut.

5.8

Kecerdasan Naturalis
Contoh 1

Guru boleh melakukan aktiviti kecerdasan pelbagai dalam tajuk Bungan Kebangsaan
Malaysia yang terdapat di muka surat 150 dan 151. Mula-mula guru boleh membimbing pelajar
untuk memahami sejarah pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan Malaysia. Guru
juga akan menerangkan tentang perkaitan antara bunga raya dan prinsip rukun negara kepada
pelajar. Kemudian mengarahkan pelajar membaca dan memahami sendiri petikan yang
terdapat di muka surat 150 dan 151. Selepas pelajar membaca, guru boleh melakukan aktiviti
soal jawab terhadap tajuk tersebut. Kemudian guru boleh membawa pelajar-pelajar sekeling
sekolah untuk merasai bunga kebangsaan iaitu bunga raya yang terdapat disekeliling sekolah.
Guru boleh meminta pelajar mengira jenis-jenis bunga kebangsaan yang terdapat di sekeliling
sekolah.
Kelebihan
Pelajar akan mengetahui tentang kepentingan bunga raya sebagai lambang negara di
negara kita. Mereka juga akan mengetahui jenis-jenis bunga raya yang terdapat di negara kita.
Mereka juga akan mengetahui bahawa terdapat hampir 300 jenis bunga raya di seluruh dunia.
Selain itu, mereka juga mengetahui kegunaan lain bunga raya dalam kehidupan harian.
Kelemahan

24

Aktiviti ini juga mempunyai kelemahan seperti ketiadaan pokok bunga raya di sekeliling
sekolah mereka. Bukan semua sekolah menanam pokok-pokok bunga raya. Oleh demikian,
pelajar akan mengalami kesukaran untuk mengetahui tentang kepentingan bunga raya dan
jenis-jenis bunga raya.

6.0

RUMUSAN
Pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner adalah penting

untuk membolehkan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut minat
25

pelajar-pelajar. Ia akan memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan sesi pengajaran
mengikut lapan jenis kecerdasan. Selain itu, pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai
dapat dibangunkan oleh guru dalam kalangan pelajar-pelajar sekiranya guru memahami ilmu
tentang teori kecerdasan pelbagai. Guru juga dapat mengasah bakat pelajar dengan
kefahaman yang kukuh terhadap teori kecerdasan pelbagai ini. Guru boleh mengenalpasti cita
rasa pelajar-pelajar dengan tepat untuk membantumembangunkan daya kreativiti pelajarpelajar tersebut.
Di samping itu, kecerdasan pelbagai memberi peluang kepada guru untuk mendalami
aspek penilaian yang lebih berkesan. Kecerdasan yang berbeza-beza akan menghasilkan
penilaian yang mantap terhadap kemampuan pelajar-pelajar dalam sesuatu bidang. Teori
kecerdasan pelbagai juga secara tidak langsung menyokong pembelajaran bersepadu dan
menyeluruh yang selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam pada itu, ia dapat
mewujudkan suasana kolaboratif dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan ini
dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar-pelajar. Kesemua kecerdasan adalah
dimiliki oleh setiap individu, tetapi tahapnya adalah berbeza-beza. Keadaan ini akan
menggalakkan inovasi dan penyelidikan-penyelidikan yang baru dalam pengajaran dan
pembelajaran.

7.0

REFLEKSI
Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat

pelbagai manfaat. Antaranya ialah saya dapat mengenal Kaedah mengajar subjek Sejarah
26

Sekolah Rendah dengan lebih terperinci dalam mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Saya sebelum ini, tidak begitu mengambil berat mengenai

subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan. Tetapi
Subjek Sejarah ini amat penting untuk mengetahui dan memahami tingkah laku manusia ,
sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan
warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu
manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan
kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau
yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria
tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard
Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh
budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori
Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif
dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan
manusia.
Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan
seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu
mempunyai tahap kecerdasan yang

berbeza kecerdasan dan kecerdasan

tersebut boleh

ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan
guru memainkan peranan penting untuk merancang

aktiviti dalam pengajaran dan

pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada lapan
kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner
Pengaplikasian pengetahuan teori kecerdasan pelbagai berupaya membangunkan
bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Hal ini kerana selain melihat pada kecerdasan intelek
yang ada pada seseorang pelajar, guru harus melihat kepada kecerdasan emosi yang ada
padanya. Contohnya, seseorang pelajar yang dikatakan cergas atau bijak tidak lagi boleh diukur
dan dilihat melalui kecermerlangan dalam bidang akademik sahaja. Sebaliknya, kecerdasan
emosi yang ada dalam dirinya semasa mengendali sesuatu perkara juga amatlah penting.
Dengan itu, kreativiti dan usaha guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang berasaskan kecerdasan yang pelbagai
berupaya membangunkan bidang akademik. Di samping itu, pengetahuan guru terhadap

27

kecerdasan yang terdapat pada pelajar membolehkan guru memperbanyakkan aktiviti


kokurikulum di dalam ataupun di luar kawasan sekolah bagi mengembangkan segala bakat
dan potensi pelajar yang terpendam. Jadi, secara tidak langsung bidang kokurikulum pelajar
juga dapat dibangunkan.
Bagi pelajar pula, apabila mereka dapat mengetahui kecenderungan kecerdasan
pelbagai

yang

terdapat

dalam

diri

mereka

sendiri,

ia

dapat

membantu

mereka

memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka. Contohnya, seorang pelajar yang


mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi biasanya akan lebih cenderung untuk melibatkan
diri dalam aktiviti yang banyak menggunakan anggota tubuh badan dan ketahanan fizikal
seperti berlari dan berenang. Jadi, tidak mustahil mereka akan memjadi seorang atlit sukan
yang unggul sekirannya mereka menggunakan kecenderungan kecerdasan tersebut untuk
melatih diri bersungguh-sungguh dan memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka.
Pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai membolehkan guru menjalankan
pengajaran mengikut minat pelajar. Ia akan memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan
sesi pengajaran mengikut atau berpandukan jenis-jenis kecerdasan ini. Selain itu, pemahaman
tentang teori kecerdasan pelbagai dapat menggabungkan bidang akademik dan kokurikulum
pelajar. Kedua-dua bidang dapat dibangunkan oleh guru di kalangan pelajar sekiranya guru
memahami ilmu tentang teori kecerdasan pelbagai.
Kesimpulannya, melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui kepentingan menyerapkan
kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di
luar bilik darjah adalah mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh diaplikasikan oleh guru. Setiap
kecerdasan mempunyai aktiviti atau kaedah yang boleh dilakukan oleh guru untuk
membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahirannya. Oleh itu, proses pengajaran dan
pembelajaran harus dirancang dengan strategik yang betul.

BIBLIOGRAFI

28

Laman Web
http://sjktldgtumbuk.files.wordpress.com/2014/01/dskp-sejarah-tahun-4.pdf
http://www.slideshare.net/yusriwahab4898/dskp-sejarah-tahun-5

Buku
Akashah Bin Ismail, Jayakumari.M, 2013.Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Shakila Parween Yacob etc. 2014.Sejarah Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

29

Anda mungkin juga menyukai