Anda di halaman 1dari 8

Perkembangan sosial ialah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang

lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Terdiri daripada
kemahiran interaksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri, dan
kawalan kendiri. Perkembangan sosial juga membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan
orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya (Mohd
Syafie, 2010). Selain itu, perkembangan sosial juga membolehkan kanak-kanak mempelajari
sesuatu yang baru dan menyesuaikan diri di persekitaran.
Eric Homburger Ericson merupakan seorang tokoh psikologi yang telah mencipta teori tentang
perkembangan manusia. Beliau telah menjadikan pengalaman hidupnya sendiri sebagai
panduan untuk membentuk teori ini. Beliau dilahirkan pada 15 Jun 1902 di Frankfurt, Germany
dan meninggal dunia pada 12 Mei 1994. Beliau menggabungkan tiga faktor iaitu faktor kendiri,
emosi dan faktor sosial. Teori ini digelar psikososial kerana mempengaruhi perkembangan
individu(Wikipedia, 2015). Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individuindividu di persekitaran kanak-kanak.
Menurut Teori Perkembangan Erik Erikson, perkembangan psikologi yang sihat membolehkan
manusia mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu.
Perkembangan psikososial ini akan membentuk personaliti seseorang kanak-kanak. Erik
Erikson telah menyarankan lapan peringkat perkembangan manusia di sepanjang hayat
(Kamarulzaman Kamaruddin, 2009). Setiap peringkat terdapat dua faktor yang bertentangan
iaitu daripada layanan dan pengalaman yang diterima oleh seseorang dan kejayaan di dalam
sesuatu peringkat membolehkan seseorang itu mencapai kejayaan di dalam peringkat yang
seterusnya.
Kepercayaan

Bayi bergantung kepada ibu bapa untuk mendapat layanan yang

baik.
Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.
Bayi akan menjadi seorang yang optimis sekiranya keperluan

Lawan
Ketidakpercayaa
n

bayi dapat diterima dengan baik.

(0-18 bulan)
Autonomi Lawan

Kanak-kanak

berasaskan keupayaan pergerakan motor.


Diberikan kebebasan melakukan tugasan.
Rasa diri kurang cekap.

Rasa Malu
(18 bulan hingga
3 tahun)

menentukan

tingkah

laku

dan

keupayaan

Keupayaan

meningkat.
Mereka bekerjasama dengan kanak-kanak lain.

Rendah

Kanak-kanak telah menguasai kemahiran hidup yang formal


Bercampur gaul dengan kawan sebaya

Mereka mencari-cari keperibadian mereka


Remaja yang berjaya mengatasi krisis ini akan menjadi matang

Inisiatif

Lawan

Rasa Bersalah
(4

hingga

tahun)
Ketekunan
Lawan

motor

dan

intelektual

kanak-kanak

semasa

Diri
(6

hingga

tahun)
Identiti

11

Lawan

Kekeliruan

dan memperoleh kepastian kendiri.

Identiti
(12 hingga 18)
Kerapatan

Orang

yang

berjaya

dalam

permasyarakatannya

mula

Lawan

mengalami perhubungan yang benar-benar mesra dengan

Pengasingan

pasangan pilihan mereka


Orang yang gagal di peringkat ini akan mengalami perasaan

(18

hingga

35

yang kosong dan terasing.

tahun)
Generativiti

Lawan

yang bertimbang rasa dan mempunyai daya kreativiti yang

Pemusatan

Kendiri
(35

hingga

Lawan Putus Asa


atas)

tahun

tinggi.
Mereka menjadi ibu bapa yang melaksanakan peranan dan
tugasan dengan kepuasan dan tanggungjawab.

60

tahun)
Kesepaduan
(60

Individu yang berjaya di peringkat ini akan menjadi manusia

Orang yang telah berjaya dalam ketujuh-tujuh peringkat


sebelumnya akan menjadi orang dewasa yang matang dan

ke

berada di kemuncak perkembangan dan penyesuaian diri.


Orang yang gagal di peringkat sebelumnya akan mengalami
rasa putus asa.

PERINGKAT PENCAPAIAN (6-11 TAHUN)


Sejak lahir sehingga remaja dan tua setiap manusia akan mengalami perubahan dari aspek
fizikal, sosial, kognitif, dan emosi. Untuk mencapai kematangan, aspek-aspek ini akan berlaku
perubahan. Sebagai guru, kita perlu memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan
pelajar. Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada perubahan kuantitatif iaitu perubahan
yang boleh diukur seperti ketinggian dan berat dan perubahan kualitatif yang bermaksud proses
perubahan contohnya kemahiran berfikir dan bersosial. Perkembangan kanak-kanak berlaku
secara beransur-ansur dan berterusan, hasil daripada tindakan yang saling berkait antara
proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan semulajadi dan sifat-sifat sejagat. Pada
peringkat ini, penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan kanak-kanak bertambah baik. Otak
mata sudah matang untuk membaca. Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan
bunyi-bunyi yang berlainan. Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat dan isipadu.
Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar dan hubungannya dengan simbol bahasa. Pada
peringkat ini, kanak-kanak masih berada di sekolah rendah.
Mereka telah menguasai kemahiran hidup yang formal dan becampur gaul dengan
kawan sebaya serta tahu ikut peraturan (Kamarulzaman Kamaruddin, 2009). Mereka juga
sudah mampu bermain permainan yang memerlukan pasukan yang memerlukan peraturan dan
bukan hanya bermain secara bebas. Setiap kanak-kanak akan menghadapi peringkat
pembelajaran kemahiran baru atau menghadapai risiko perasaan rendah diri jika menemui
kegagalan atau tidak cekap terhadap sesuatu perkara (Farha Aziz, 2015). Contohnya, kanakkanak yang memasuki alam persekolahan akan cuba bersaing dengan rakan-rakan mereka
untuk mendapat kedudukan yang terbaik di dalam kelas. Apabila mereka gagal mendapatkan
apa yang dimahukan, mereka akan berasa rendah diri dan kecewa. Mereka juga akan
merasakan masa hadapan mereka tidak cerah dan rasa mengalah. Kejayaan dalam melakukan
sesuatu akan memuaskan hati kanak-kanak (Siti Nurdiyana, 2015). Selain itu, kanak-kanak
mempunyai kemahiran kognitif iaitu memahami bahawa sesuatu objek yang mengalami
perubahan ketara masih mempunyai sifat yang sama (Leow Moi Mooi, Norliza Jaafar &
Norulazilah Nordin, 2014). Kemahiran kognitif membolehkan kanak-kanak melakukan
kemahiran pengelasan, konsep ruang, nombor, proses sains dan cara menyelesaikan sesuatu
masalah. Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran kognitif ini dengan lebih berkesan dengan
cara interaksi dengan benda-benda yang terdapat di sekeliling mereka.

Peringkat ini merupakan peringkat yang paling berjaya dalam tempoh persekolahan. Hal
ini demikian kerana, kanak-kanak pada peringkat ini lebih patuh dan mudah menerima nasihat
daripada orang yang lebih tua. Pada peringkat ini, anak-anak lebih mudah mendengar kata dan
tidak membantah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, peribahasa ini
menekankan tentang pentingnya mendidik anak-anak ketika usia mereka masih kecil. Hal ini
penting untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna kelak. Selain itu, kanakkanak pada peringkat ini lebih banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, orang yang
bertanggungjawab untuk mengajar mereka ialah guru. Kanak-kanak pada ketika ini lebih mudah
mendengar kata berbanding peringkat seterusnya. Hal ini kerana, mereka masih belum
terdedah dengan anasir-anasir luar. Oleh itu, setiap apa yang diperkatakan guru mereka akan
menurut tanpa banyak membantah. Pembentukan kanak-kanak ini dari kecil penting kerana
kanak-kanak lebih mudah dibentuk.
Remaja pada peringkat ini cuba keluar untuk mencari dunia mereka dan dalam peroses
tercari-cari siapa mereka. Oleh itu mereka kerap kali terlibat dalam kenakalan, penentangan
dan mengkhuatiri diri sendiri (Kamarulzaman Kamaruddin, 2009). Pada peringkat ini, mereka
cuba memahami diri. Remaja juga sensitif terhadap perubahan badan dan kendiri (Mok Soon
Sang, 2012). Sekiranya remaja pandai memilih rakan yang baik, maka remaja tersebut juga
akan menjadi baik (Nurul Izzah, 2007). Pada peringkat pencapaian pula, kanak-kanak
menunjukkan minat terhadap banyak perkara (Mok Soon Sang, 2012). Selain itu, mereka juga
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Kanakkanak juga mempunyai sifat kerajinan yang tinggi pada tahap ini. Hal in demikian kerana,
mereka mempunyai keinginan belajar yang tinggi. Oleh itu, peringkat pencapaian merupakan
peringkat yang paling berjaya dalam alam persekolahan.

PERANAN GURU
Guru tidak hanya berperanan dalam mengajar anak-anak muridnya, tetapi guru juga
perlu memberikan kasih sayang kepada anak-anak muridnya. Oleh itu, guru perlulah
memperlakukan anak muridnya dengan sabar dan mengajar dengan penuh kasih sayang.
Hubungan yang baik antara guru dan anak murid akan melahirkan suasana sekolah yang
gembira dan menyebabkan murid-murid berasa lebih bersemangat untuk datang ke sekolah.
Namun begitu, wujudnya persaingan antara murid-murid di sekolah sehingga menyebabkan
murid menjadi takut dan rendah diri (Kamarulzaman Kamaruddin, 2009). Pada peringkat ini,
kanak-kanak

mengalami perasaan rendah

diri

apabila gagal melakukan

apa yang

dikehendakinya. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk melahirkan anak murid yang
berkualiti. Murid yang mempunyai rasa rendah diri akan menghadapi masalah untuk
berinteraksi dengan murid lain. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan yang
tinggi. Selain itu, murid juga susah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Masalah tidak
yakin dengan diri sendiri ini akan mengakibatkan murid menjadi sentiasa takut dan bimbang
untuk bergaul dengan orang lain. Hal ini akan menyebabkan murid tersebut tidak seronok untuk
ke sekolah.
Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu memberikan layanan yang mesra kepada
murid berkenaan dan mengambil berat serta bersikap adil. Hal ini menyebabkan murid tersebut
rasa diberi perhatian dan dihargai. Murid tersebut akan berasa lebih seronok untuk ke sekolah.
Selain itu, melalui cara ini, keyakinan diri dalam diri murid tersebut mampu dipupuk.
Seterusnya, guru perlu membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil. Oleh itu, murid
tidak melakukan aktiviti secara berseorangan. Pembelajaran secara kerjasama adalah strategi
yang paling sesuai untuk memastikan penglibatan pelajar (Rief, 2007). Murid juga akan menjadi
lebih bersemangat untuk membuat tugasan yang diberikan. Selain itu, guru juga boleh
menyediakan satu permainan yang memerlukan semua murid untuk bekerjasama. Hal ini
membuatkan murid menjadi lebih yakin untuk berkomunikasi sesama rakan. Seterusnya, guru
juga boleh memilih permainan yang memerlukan ketua. Dengan ini, guru boleh membuat giliran
untuk murid menjadi ketua. Oleh itu, murid-murid akan menjadi lebih yakin. Semangat
kepimpinan juga dapat diasah melalui aktiviti tersebut.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, teori Erik Erikson mempunyai lapan peringkat penting tetapi peringkat yang
dibincangkan hanya tiga peringkat iaitu peringkat inisiatif, identiti, pencapaian. Melalui analisis
yang dilakukan penulis, peringkat pencapaian merupakan peringkat yang paling penting dalam
alam persekolahan murid-murid. Hal ini demikian kerana, menerusi kajian yang dijalankan,
peringkat pencapaian mempunyai nilai-nilai yang positif yang lebih berbanding nilai negatif. Jika
kanak-kanak berjaya melepasi peringkat ini, mereka akan menjadi seorang yang berkeyakinan
tinggi. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru perlu memainkan peranan dalam mendidik kanakkanak pada usia begini. Hal in disebabkan, kanak-kanak memerlukan perhatian yang
secukupnya pada peringkat ini. Dengan adanya, bimbingan daripada ibu bapa dan guru-guru,
kanak-kanak ini akan mampu menjadi individu yang cemerlang pada masa hadapan.

RUJUKAN

Buku
Kamarulzaman Kamaruddin. (2009). Psikologi Perkembangan: Panduan Untuk Guru.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mok Soon Sang. (2012). Prinsip Teras Pengajaran dan Pembelajaran I. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Leow Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah Nordin. (2014). Perkembangan Kanakkanak. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.
Rief, S. F. (2007). Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD.
Selangor Darul Ihsan : Pts Publications Sdn. Bhd.

Internet
Farha Aziz. (2015, Ogos 25). Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak.
Retrieved from Teori Perkembangan Erik Erikson:
http://muzikrbtpsikologi.blogspot.my/2012/08/teori-perkembangan-erikerikson_29.html
Mohd Syafie. (2010, Julai 13). Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-kanak.
Retrieved from http://www.slideshare.net/syafie90/pringkat-pringkatperkembangan-kanakkanak-dan-teoriteori-perkembangan-yang-berkaitan
Nurul Izzah. (2007, November 22). Memahami identiti dan kecelaruan remaja.
Retrieved from Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.ht
m
Siti Nurdiyana. (2015). Teori Perkembangan Psikososial. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/16874808/Teori-perkembangan-Psikososial-ErikErikson
Wikipedia. (2015, Jun 6). Retrieved from Erik Erikson:
https://en.wikipedia.org/wiki/Erik_Erikson